Saturday, February 12, 2011

aku.17 tahun & musim 'boh' di ganu

aku.17 tahun & musim 'boh' di ganu
(aku.17 tahun & musim tengkujuh di terengganu)
sedang aku sibuk menyiapkan nota anatomy sambil melayan segala isi FACEBOOK,
tetiba kuar persoalan ni :
"ganelah musim boh terik ni weh..gamok ade hok rumoh naek air kapong"
"macammana lah musim tengkujuh kali ni..maybe ada rumah yang naik air akibat banjir kat kampung"

ntah kenapa..persoalan ni yang bermain2 lam fikiran aku..aku cuba tuk memahami fikiran aku : mm..maybe sebab hari2 aku tengok kelibat salji yang turun lebat dan terfikir tentang hujan lebat di tempat aku..

YA...MEMANG AKU RINDUKAN MUSIM TENGKUJUH DI NEGERI AKU !
macam2 kenangan manis dah aku rasai sepanjang 17 tahun aku lalui musim ni(2010-18 tahun dah kat moscow),

bukan gambar real

memang best jadi budak kampung !
AKU INGAT LAGI..
bila tiba je bulan november (bulan yang hujan mula turun dengan lebat) : xde keje lainla aku n geng2 semua..balik sekolah..pe lagi??
terjun lam alur !
haha..apa taknya,bila hujan turun,paras air dalam alur (cam sungai tapi kecik je yang airnya mengalir dari bukit)akan naik !dan time ni lah sedap sangat gi mandi2 kuba (kerbau)@mandi xcuci..nak cari ikan skila (ikan sekila-kecil2 dan warna-warnimemang senang time ni !
lau aku dulu,aku suka cari ikan puyu..ikan puyu ni biasenya ada kat kawasan2 lumpur (tanah berair yang menjadi lumpur selepas hujan @ kawasan sawah padi)

ikan puyu ni agak ganas perwatakan dia..so,bila nak tangkap kene hati2,sakit lau kena duri2 kat badan dye

dah cukup bab main2..sekarang aku nak cerita lak bab makan..hehe..
lau musim winter kat moscow, penduduk sini lebih gemar makan roti,minum air tea panas takpun kopi panas..berbeza lak bila musim tengkujuh kat ganu (terengganu),time tengkujuh ni la time tuk manghabiskan semua ubi2 yang ada ;)
ubi keledek..ubi steler..ubi kayu..ubi keling..
memang ngam !



certain orang suka makan ubi rebus ngan isi nyior (isi kelapa),tapi aku suka makan ngan gula..best..hingga menjilat jari ;)

apa yang membuatkan tengkujuh ni lebih happening!:aku akan dapat makan kecau! (cam siput kecil)..kecau ni akan banyak bila musim hujan dan boleh dijumpai di kawasan sawah padi..biasanya ma aku akan serve gulai kecai..best la!sedup2 isi kecau yang manis..dok leh nok bayang ase (tak terbayang rasanya)..
GGGLLLUUURRRR!!!


terlalu banyak sebenarnya kenangan2 aku ngan musim tengkujuh ni..rindu memang rindu..tahun lepas 1st time aku xmerasai tengkujuh di bumi sendiri..dan kini baru aku sedar betapa aku harus menghargai 17 tahun bersama dengan musim ni..musim salji di moscow,walau sesejuk manapun ia,seindah manapun ia dengan kelibat salji yang memutih,namun takkan sama istimewanya musim 'boh'@tengkujuh di bumi aku sendiri : terengganu..memang takkan ada nilainya ;)


*lau korang terfikir kenapa musim tengkujuh tu dipanggil musim 'boh'..aku sebenarnya pun tak tahu..kena tanya yang pakar dulu ni..hehe
*agak banyak pengunaan kata2 terengganu lam ni..xpe,aku dah sertakan maksudnya..korang belajar la k;)
*maaf sebab semua gambar bukan original daripada aku sendiri..time makan n main2 dulu,tak terfikir lak aku nak amik gambar..hehe

Tuesday, February 8, 2011

NEW sem = NEW group + NEW subject


3 minggu yang paling indah lam hidup aku !
nak je aku iktiraf diri aku raja 3 minggu ;)
bangun lewat (subuh xtinggal ye)
tidur pun lewat (xsah lau jam tak melepasi kul 3 pagi !)
tengok MOVIE (macam2 dah..dari hindustan travel ke hantu thailand..hehe)
game RED ALERT (dah jadi winner banyak kali !)
FB + makan = tidur (..KG maintain lagi..hehe)
shopping + jalan2 round jerman seminggu
lam tempoh ni gak..aku dapat berkenalan ngan BLOG
(aku ingat lagi..1st post aku 1 januari 2011..hehe)
dan hari ni..
pejam celik..pejam celik
esok aku dah nak masuk SEM 2
cuti 3 minggu aku akan berakhir !

a lot of new subject !
jangan pening2kan kepala korang ye ngan jadual yang xberapa nak 'cute' ni..hehe
lau korang nak tau,yang aku bulatkan merah tu : subjek baru yang akan aku belajar tuk sem kali ni..

HISTOLOGY,EMBRYOLOGY & CYTOLOGY
MEDICAL PHYSICS
MEDICAL TERMINOLOGY
CLINICAL ANATOMY
HISTORY OF RUSSIA & PATRIOTIC HISTORY

yang pasti
apa yang lebih bagi kesan kat aku ngan kehadiran SEM baru ni..
I'll have new classmates !
from group 4 >>>> 14
jauh kot aku travel kali ni
start sem ni,aku akan bertukar ke group 14..
ntah la macam mana aku tersangkut kat group 14..dah macam2 cara aku buat tuk cuba nak tau kenapa..yang aku dapat tahu,ahli group aku dah terlalu ramai n pihak U nak manage betul2,then nama aku yang terpilih tuk keluar lam group ni..
yang penting..tu semua mesti ada hikmatnya kan..
new environment..new teachers 
n maybe new spirit !
buat semua classmate2 aku lam group 4..
ateh,cerah,ah peng,ijam,dahe,kak faz,najmi,arina,wanie,atik,sya
confermlah aku akan rindukan telatah2 korang ;)
terbaik group 4!



suasana lam lecture hall

dan buat semua 1st year student moscow state medical university
esok dah nak masuk lembaran baru..
gud lux tuk everybody
kasi gempak sem 2 !

Friday, February 4, 2011

coming soon : lagi 2 baby tahun ni !

cuba korang tengok wajah-wajah manis ni ;)
ni la 5 orang barisan askar perempuan aku yang bakal menjadi wirawati!

dari kiri sekali : si comel yang tak padan kecik tapi cili padi,nur ilmi syadiyah..then yg paling manis kat tengah,sweet sekali!,nur ilham salsabila dan yang hujung kanan,my 'korean girl',nur imani syarafana


dan yang ni..dari kiri :yang comel manis suara merdu bak buluh perindu;) malihah qaisarah dan yang sebelah kanan tu heroin yang penuh sempoi dengan watak yang cukup lucu! raudhah insyirah

tengok muka-muka ni...penuh harapan nak barbie !!!

ha..ni memang manis..baby solehah ;)

tengok budak ni..majuk je keje..ish33

wajah2 ni la yang selama ni menjadi penyeri 
lam hidup aku & family aku..
tanpa karenah budak2 ni,memang bosan giler hidup aku ni!
(maklumlah nak harapkan dapat adik..mmm..berjanggutlah aku..hehe)

dan hari ni..aku happy lagi..walaupun aku duk jauh,
tapi still kgembiraan tu aku dapat rasai!
ALHAMDULLILAH..
rezeki allah..
2 baby lagi tuk family aku tahun ni !
setelah beberapa tahun family aku menyepi tanpa kehadiran baby ;)

1st sekali,tuk kakak aku yang bakal akan melahirkan baby bila2 masa je lagi,
(sekarang pun boleh jadi..hehe)
kak nyah : dun wory,baby laki or pmpuan..still penyeri;)
jangan buat perkara2 berat2 last minute ni..
duk je atas kerusi,skype ngan oyi,then tunggu masa je lagi! 

ni la kak aku yang akan lahirkan baby bila2 mase je lagi..
kak nyah aku ni setiap kali pregnant,mengidam memang hebat sekali !
nak tahu ??
baru2 ni abah n ma aku dari terengganu sanggup pergi ke lipis (tempat kak aku tinggal sekarang ni) semata2 nak hantar telur penyu!hahaha...
lau xhantar,entahlah apa jadi kat kak aku ni..haha
dan aku harapkan semoga semuanya selamat nanti!

dan yang ni pengantin baru yang bakal melahirkan baby bulan 9 ni !

\
korang ingat lagi  post aku sebelum ni tentangwedding of the year ?
haa..nilah empunya diri..alhamdullilah,akhirnya bakal akan timang cahaya mata pertama !
1st aku dapat tau cekda pregnant , time skype ngan family 3 hari lepas,
dia bagitau dia pregnant ! : tergamam sekejap aku sini..
haha..prestasi bagus sekali ! 
apa2 pun,tahniah dan jangan takut2 1st time ni !

tuk kak aku yang comel paling sulung sekali ni : 
kak ja,jangan menyepi..yaya dah besar..
harap2 muncul selepas ni..hehe ;)
amin


dan apa yang aku harapkan daripada kak2 aku yang tengah pregnant sekarang ni:

1. jangan mengidam banyak2 sangat..kesian laki2 korang.hehe

2. aku harap sangat tentera laki kali ni ! dapat tambah team bola..haha

3. sabar menanti hari yang happy ni..jangan lupa skype !

4 dan yang terakhir sekali...pastikan pas ni rumah time raya lagi gempak ngan kehadiran baby2 ni! kasi gempak habis ! haha

selamat melahirkan baby ;)


* abg aku yang bakal kahwin bulan 3 nanti, mohd khazaimi..:pas ni time ko lak..tunggu post daripada aku !
*time tuk aku nak timang anak sendiri lama lagi..mmm..belajar dulu then baru fikir sal ni ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...