Friday, March 11, 2011

dan ini DUNIA

aku mula tertanya2
dimana keagungan dunia yang sebenarnya?
aku mula tercari2 
dimana keindahan dunia yang sahihnya?
aku mahu lihat segala bukti laungan penghuni dunia
akan hebatnya erti 
cinta
harmoni
sejahtera
bahagia
aman sentosa
dan
kaya harta

dan bila mata aku melihat di sekeliling dunia
sejenak aku memandang ke kiri

seketika aku memandang ke kanan


sesaat kelibat mata aku memandang ke depan

dan seminit melemparkan renungan ke belakang

 inikah paparan indah dunia yang semua hebahkan?
tiada lagikah paparan2 menarik untuk tatapan aku 
generasi setahun jagung yang penuh 
dengan cas penarik
dan sifat ingin mencuba 
atas setiap penglihatan yang ada?

dan kerana ini ke
kawan2 seusia aku di luar sana meniru semua gaya indah dunia ini?
dan sebab ini ke
kawan2 seusia aku kini ternoda mencari segala segi keseronokan dek mencuba nasib memenuhi kehendak dunia?
anak gadis yg seperti sudah hilang ayunya

anak teruna yg seperti sudah hilang sifat kepahlawannya

bayi hasil benih haram dibuang merata2.apa ingat sampah ke?


dimana pergi
pedoman hidup
kesopanan yang dicanang
akhlak ummah yang ditunjang
atau mungkin ada betulnya kata tun dr. mahathir
adakah melayu sudah lupa?

sedang ibu bapa sendiri berbangga dengan 'status' diri anak2 muda mereka bergelar insan terhebat kebanggaan dunia
dimana pergi kawan2 aku yang dulu 
duduk semeja bermain mengaji bersama
sudahkah mereka memasuki alam dunia yang indah ini sehinggakan melupakan dunia yang sepatutnya mereka berada?


wahai penghuni2 dunia
salah siapakah ini semua?
siapakah yang mahu mengangkat tangan mengaku kesalahan dan ingin bertanggungjawab atas apa yang berlaku?


akuilah
ini semua silap kita
hentikanlah segala kata2 manis yang kita ungkapkan selama ni..
hentilah memuji segala benda yang langsung tidak membawa makna..
boikotlah segala bahan2 yang sedap hanya di mulut tapi padah di jiwa..
berhentilah menyambut manis kedatangan anasir2 negatif sosial..


sampai bila lagi kita mahu ini terus bermaharajalela?
cukuplah generasi aku hari ini yang melihat 
dan 
memandang dunia yang berlagak ngeri seperti hari ni..
jangan lagi kita biarkan generasi kita akan datang,anak2 cucu2 kita melihat lagi dunia 'indah' seperti hari ini..
AYUH kita berubah kepada yang lebih baik
menjadi insan yang berada tepat pada jalan aliran PENCIPTA


kerana apa yang berlaku kepada dunia hari ni


adalah disebabkan penghuni2nya..
dan kesalahan itu terletak di tangan kita


firman allah SWT:

'Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)' 

Surah Ali Imran : 14

Tuesday, March 8, 2011

JANGAN pandang camera!!!

klik punyer klik,
ngah2 ngendap lam laman2 blog org len..
tetibe aku jumpa 1 contest yang memang menarik!
contest yang agak sempoi dan cool habis!!
contest yang mengangkat martabat gambar2 yg posing tnpa tengok kamera!
hehehe



kata pemilik blog,ni contest pertama yg dia bikin..
dan aku pun rasa bertuah
nie contest pertama yg aku join gak!
aku pun xkenal mana pereka contest cool ni..
blog dia pun aku baru 1st time bukak
memang menarik!
then ade contest ni
pe lagi..ade peluang,join je!;)

jom usha2 blog si pereka contest ni!

dan gambar pilihan aku tuk contest ni
hahaha..
nila gambar poyo aku
tanpa melihat kamera
dan agak sesuai tuk contest ni
jangan penganjur reject sudah!
hahaha

dan last sekali
aku nak ajak lak geng2 aku yang hebat berblogging sekarang ni
meh kita pakat masuk contest ni!
bukan ape pun beb
saje hilangkan bosan,stress study je manjang!hehe

dan buat sume sekali yang bukak entry aku ni
jom2 masuk contest ni!
sory xtertag korang
kasi gempak habis gambar posing korang yang xpandang kamera k!
nie link die : CLICK HERE

adioss;)

Thursday, March 3, 2011

tsunami ANATOMY melanda!

masa tuk aku berehat..
youtube,games,FB n berBLOOGING jap;)

sory lah ATLAS,aku bukan untuk kau 24 jam..
diri kau terlalu complicated tuk didalami setiap saat..
apatah lagi mencintai kau..sesuatu yang cukup mengerunkan....
lagak kau yang agak ngeri tu memang dah cukup terbiasa bagi aku.. 
yang dah mengenali kau semenjak SEM lepas..

dah2..aku dah letih tuk mengungkapkan kata2 indah..
aku tau kau dah makin popular akhir2 ni,.
lam FB pun dah ramai yang duk cakap2..
yang duk ungkap2..
tentang diri kau yang dah mula nak HOT..
syndrom yang kau bawa kali ni..dah cukup buat semua tersentak !

lukisan esther memang cantik..dan kali ni esther tampil ngan lukisan khas versi anatomy;)

esther mengakui cintanya terhadap anatomy..

patah mengharapkan jejaka tampan sehangat anatomy muncul lam hidupnya..

shafiq meluahkan perasaan happynya bersama ATLAS..


ah peng lak cam dah surrender ngan cinta anatomy..

cerah mengakui kehadiran anatomy dah buat hidup dia bahagia..

rahsia terbongkar!3 mac tarikh tuk fizan dating ngan anatomy??

tsunami anatomy dah seperti menghentam seluruh pelusuk moscow
dan kesannya kini mula dirasai
oleh aku ngan kawan2 : dak2 first year MSMU..
yang mula dilamun cinta ngan ANATOMY!





surat cinta tuk ANATOMY..
jangan memeningkan kepala korang ngan membaca nota kaki ni.hehe

ligamentum
canalis
ductus
lobus
musculus
fissura
fossa
nilah santapan harian aku n semua pelajar jurusan MEDIC setiap hari..
santapan ni akan sedap jika ditambah dengan secubit KESABARAN..
akan enak jika diletakkan sesudu KEGIGIHAN..
dan akan lengkap ramuannya jika direbus bersama KEINGINAN..
dan akan best lau makan berulamkan SAHUTAN CABARAN..
pergggghh!!

dan bagi aku..
mengenali ANATOMY..
seperti satu nikmat yang tak terhingga..
seperti satu peluang yang tak terungkap dek kata..
mengenali asal diri dan kebesaran ilahi :
manusia kejadian paling sempurna ciptaan Yang Maha Esa
itulah nikmat terbesar tsunami ANATOMY yang melanda !

jom sambung study!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...