Wednesday, April 13, 2011

HITAM tu memang COOL!

hari ni hari yang ceria bagi aku..
walaupun menanti aku 2 lagi exam minggu ni.hehe
alhamdullilah
aku dah lepas skill test tuk general chemistry..
habis tu,aku pergi lepak2 ngan kawan2 kat kedai sushi..
kasi hilang stress skit!

dan bila aku balik
bukak laptop dah memang adab hari2,
bukak FB,bukak blog :
aku dapat 1 komen : 


terkejut aku ! dan qin komen kat entry satu contest yang pernah aku join 2 bulan lepas:
CONTEST HITAM ITU COOL !
dan bila aku bukak blog penganjur : yup..betul2 confirm aku menang;)


ALHAMDULLILAH
xsangka aku terpilih sebagai pemenang dalam kalangan yang terbaik !
walaupun aku ni still setahun jagung lam dunia blogging ni..
tak sangka jugak
cerita aku tentang detik2 aku mula datang moscow dulu 
berjaya pikat hati cik husna,penganjur contest ni


buat HUSNA dan pasangan AZRIN..TQ atas pengiktirafan ni
yup..aku betul2 hargai
dan buat husna jugak,
good luck for your study
go go go KOREA!;)
semoga HITAM tu akan terus COOL..& COOL!

di kesempatan tu,marilah sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH buat kawan sekampung aku yang meninggal dunia semalam akibat kemalangan..allahyarham ARIF,akan sentiasa lam ingatan..gelak tawa allahyarham akan sentiasa diingati..semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..
AMIN

Monday, April 4, 2011

saya SAYANG Ibu

moscow mula melabuhkan tirau musim winternya..alhamdullilah suhu hari ni 8 degree : terasa cam dah kat malaysia!sinaran matahari pun seperti sudah terpancar jelas fungsinya : memancarkan haba..nikmat ALLAH SWT sememangnya tiada nilainya;)


contest : saya SAYANG Ibu saya :
kredit to : ateh @ hairie (pereka contest ni)..
ok2..aku join contest ko!;)
lau korang nak tau lebih lanjut tentang contest ni jom usha2 lam laman ni : KLIK SINI

****************************************************
hati aku mula sebak tatkala sejadah mula dilipat dan diletakkan ditempat asalnya..yaaa..doa kepada seorang ibu sentiasa mengiringi setiap ibadatku..
membuka buku latin untuk meyiapkan tugasan..tetiba hati aku beralih kepada satu kisah..yang baru tadi memasuki episod hidup aku


>ianya bermula apabila train yang aku naiki untuk ke kelas berhenti di satu stesen bernama akademisiskaya..aku melihat kelibat seorang wanita mendukung seorang anak yang pada pandangan aku berusia dalam lingkungan 2 tahun..kelibat mereka pada awalnya langsung tidak menarik perhatian aku memandangkan ketika tu aku sedang rancak membaca buku mcQ histology..selepas 1 pandangan kepada mereka,mata aku beralih kembali kepada buku histologyku..dan pada 1 ketika,tetiba satu tangisan seorang bayi kedengaran sehinggakan mengganggu penumpang2 lain..pandangan aku mula teralih kepada wanita tadi..yup,tangisan itu adalah tangisan anak wanita tadi..secara tiba2,hati aku menjadi sebak..hormon terkilan dirembeskan tatkala melihat kelibat wanita tadi seperti terkial2 cuba menenangkan anaknya,memberi susu,sehinggakan tiada penyelesaian menyebabkan wanita tadi menangis..YA ALLAH..terlalu besar pengorbanan seorang ibu..
aku bukan siapa2 untuk berkongsi cerita ni kepada umum tapi bagi aku..kehadiran mereka dalam train tadi walaupun hanya seketika di pandangan aku..telah berjaya membuka mata dan hati aku : aku SAYANG ma aku !


saat ni : apakah khabar ma aku di sana ? jauh dari pandangan aku.. apa mungkin ma akan ada lagi untuk aku apabila aku kembali kepada ma 3 bulan lagi ?
aku ingat lagi..aku kecil2 dulu,apa yang keluar dari mulut aku,pasti aku akan dapat kalau bukan ketika tu jugak..tapi hari2 lain..
yee..begitu besar takhta bongsu aku..
kakak2 abang2 aku dah besar panjang,cuma tinggal aku yang still budak2 time tu..aku ingat lagi masa kecik2 dulu,lau aku nak mainan,lau aku xdapat lam masa seminggu,aku akan mengamuk : habis hancur la 1 rumah..xsah lau x 1 pinggan kat dapur aku pecahkan !abah aku marah..tapi ma aku ? bertindak sebagai agen penyelamat aku..tenangkan abah..aku?tersenyum dan apa aku nak..aku dapat !


pada 1 ketika,aku nakal,aku naik suara kat ma..abah aku rotan aku kuat2..tapi ma?ma still tenangkan abah dan cuba pulihkan segala kesakitan pada badan aku walaupun pada hakikatnya kesakitan tu memang wajar dihadiahkan tuk aku !


aku naik sekolah menengah..aku dah matang skit..tapi ? takhta aku memang tiada erti rendah dan hilang..apa yang aku nak,sume aku dapat,pergi ke sekolah ngan motosikal keluaran terbaru..
hebat kan aku ?
ni pun ma yang pujuk abah tuk belikan kat aku..
konon2 hadiah aku dah besar;)
kadang2 tu aku keluar malam2..makan2 sekejap ngan geng2 aku..ma nasihat JANGAN..dan aku tetap pendirian..aku salah ke??
1.aku dah bagitau..aku akan balik sebelum jam 11
2.aku xkan buat mende2 xbaik
3.aku dah besar kot..
lau masuk lam court keadilan..aku akan menang x?


dah macam2 karenah aku hadiahkan kat ma aku..hadiah yang buat aku cukup terharu..besar kesabaran ma menjaga aku..


dan ALHAMDULLILAH..time SPM,aku cemerlang..aku dah berjaya ! aku dah buktikan kat ma aku yang aku mampu berikan kejayaan tuk ma n abah !


tapi..bila aku cakap kat ma,aku nak ke UM je..ma xsetuju..kenapa???
aku tak setuju apabila ma kata dia nak aku ke luar negara dan cuba nasib lam bidang kedoktoran..time ni,aku mula rasa terancam dan tergugat,,aku rasa ma dah tak sayang aku dah !
dah la aku anak bongsu dan nak plak ma nak aku jauh2 ngan dia?
lau apa2 terjadi kat dia..bagaimana aku?
sungguh xadil..aku tau ma dah xlarat nak jaga dan layan karenah remaja aku..
mula2 aku memang tak setuju ngan pendirian ma ni..aku tetap ngan pendirian : aku nak pegi UM..aku dapat tawaran UM..maybe aku fikir aku xmau jauh daripada ma abah dan orang yang aku sayang..aku cam tak sanggup..


tapi atas harapan seorang ibu..aku rela..aku sanggup korbankan apa saja demi ma..kenakalan aku dah berakhir..segala apa yang aku buat saat ni..dan ketika ni..aku nak tebus balik kesalahan aku kat ma dulu !
setiap perilaku aku hari ni..aku sejuk dalam keadaan winter..aku bersama2 kawan2 jalan2..aku belajar..aku teringat ma..aku tak tipu..ma hadir lam pandangan aku setiap saat..



dan apabila kejadian dalam train berlaku tadi..barulah aku mengerti..ma nak aku ke overC untuk kebaikan dan masa depan aku..bukan untuk kepentingan ma..tapi untuk aku..yee..jalan ini terbaik untuk aku;)


aku bertuah sebab ma masih ada lagi untuk aku tak seperti orang2 diluar sana yang ada telah kehilangan ibu tersayang..
setiap saat saki baki hidup ma aku nak penuhi dengan doa dan kegembiraan..walaupun hakikatnya aku jauh berjuta2 batu daripada ma..
buat semua..aku nak semua jadi saksi aku..aku janji aku akan menjadi terbaik untuk ma selepas ni..aku berdoa..aku menjejakkan kaki di bumi tumpah darah aku nanti..aku akan dapat melihat kelibat ma walau ma dalam keadaan gembira ataupun tangisan..AMIN


teman2,pengunjung blog,
maaf andai cerita ini tiada ertinya dimata kalian,tapi bagi aku,selagi ibu kita masih hidup,jangan pernah kita berpaling daripada ibu kita..ada ibu hari ni bukan bererti ada lagi ibu untuk hari esok..
dan untuk contest ni:aku nak tagkan kepada 2 orang geng aku :



semoga ma sentiasa sihat disana..nantikan kepulangan oyi...tak beberapa lama lagi waktunya..akan tiba jua..AMIN

Friday, April 1, 2011

AKU ISMAIL dan PALESTIN

assalamualaikum WBT..
salam ukhwah dari bumi palestin buat 
semua rakan-rakan seusia aku di pelusuk seluruh dunia,
buat saudara-saudara seagama yang lebih tua dan 
buat semua penghuni-penghuni dunia yang tercinta..

 nukilan ini daripada hati..untuk semua..
satu bukti aku bukan watan yang menyerah kalah tapi aku watan yang berjuang tanpa penat lelah!

nama diberi : ISMAIL
aku tak tahu dari mana asal nama ini diberi..
panggilan ini yang diungkap oleh orang-orang sekililing aku 
sejak aku kecil lagi..
umur aku sudah menjangkau 10 tahun..
tiada ibu ataupun abi..kakak..abang mahupun adik..
setahu aku mereka semua meninggalkan aku buat selama-lamanya ketika aku berusia 10 hari dan puncanya  aku masih xpasti (inipun aku dapat maklumat daripada nenek aku yang sedang menjaga aku sekarang)
hobi aku bermain pistol berdas hidup dan mencari makanan di kawasan pelupusan sampah

pelajaran? 
aku cuma tahu memegang pistol kecil 
yang berdas 12 peluru..
aku diajar oleh kawan aku , soleh yang lebih tua 2 tahun berbanding aku..
kata soleh : aku kena belajar pegang dan guna pistol untuk bantu nenek aku..
bantu kawan2 aku..bantu palestin aku..
kenapa soleh kata begitu?
aku sayang semua !
aku sayang nenek aku...aku sayang soleh,jamal,amar dan kawan2 aku..aku sayang negara aku..

aku xmahu lagi jamal dan amar menyembunyikan diri setiap kali ada tentera berbaju coklat datang kearah kami..

aku xmahu dah kawan2 nenek aku menangis meratap kematian orang2 yang mereka sayang..

aku xmahu dah sujud mengadap allah dalam ketakutan..

kadang-kadang aku geram..marah sangat2 !
aku xada cara lain,aku ambil je batu,aku lempar kat kereta besar tu!
kenapa kereta besar ni selalu ganggu aku ,nenek, kawan2 dan jiran2 aku??
apa dia mahu daripada kami ?

kenapa nenek syima diperlakukan sebegini rupa ?
apa salah nenek syima ?

kenapa pagar besar ini yang memisahkan aku dengan kawan2 ?
salahkah aku bermain2 bersama2 kawan selama ni?

aku dah besar..
aku dah matang..
aku dah boleh berfikir 
tentang apa yang aku lihat sekarang..
bumi aku hancur punah ranah dinodai 
oleh perakus duniawi !

aku perwira bangsa..
umur aku bukan penghalang dan
 alasan untuk aku mudah menyerah kalah !
aku xsanggup lagi mendengar cerita tipu helah nenek aku setiap kali aku bertanyakan tentang ibu..abi..kakak dan abang aku..
aku tau mereka mati ditembak tentera rejim yang zalim dan tak berperikemanusiaan..
aku sudah besar..aku mengerti apa yang dah terjadi..
aku dapat menilai sendiri..
dari kaca mata aku yang pilu ini..



inilah pandangan dan suasana disekeliling aku hari-hari..
penuh dengan watak tragis..

firman ALLAH SWT surah Al Hajj ayat 40 :

(yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: “Tuhan kami hanyalah Allah”. Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa

kawan-kawan..
sampai bilakah dunia aku akan begini ?
bilakah aku akan mampu bahagia dan aman seperti hidup korang ?
di mana sekolah , taman permainan , padang bola untuk aku dan kawan2 ?
apakah erti kasih sayang keluarga 
yang aku tak pernah cuba dan rasa ?


dan
bilakah persoalan2 aku ini akan terjawab ?

kawan-kawan..
berhentilah sebentar dari dunia indah dan lamunan mu,
berhentikan sebentar bermain playstation,facebooking,
bantulah aku menegakkan keadilan..
berdoalah yang terbaik untuk perjuangan aku di bumi palestin ini..
sesungguhnya kejahatan itu akan berakhir dan terhapus..
itu janji ALLAH SWT
untuk aku dan semua..

kawan-kawan
doakan aku dan kawan2 disini akan terus tabah
menghadapi segala onak dan ranjau
teruskan perjuangan :
mencari jalan-jalan kedamaian
bebaskan bumi ini dari kerakusan penjajah !
buktikan : palestin itu bumi aku dan kita semua !


buat semua kawan2 yang telah terkorban dalam perjuangan ini dan buat semua kawan2 yang ingin bersatu hati membantu perjuangan ini..
jumpa semua di medan pertempuran !
ke jalan ALLAH SWT 
-ismail-

****************************************************
cerita ini hanyalah rekaan..watak ismail dan yang lain juga adalah rekaan semata2..kisah ini amat bermakna untuk dibuat pengajaran oleh semua..sempena kempen PALESTIN ! KITA PUNYA ! anjuran Persatuan Perubatan Islam Moscow (PPIM) : cerita ini khas untuk anak-anak watan palestin yang sedang berjuang untuk mempertahankan panji-panji keadilan mereka..
dan kita bagaimana ?adakah cukup sekadar duduk membaca dan sedih mendengar cerita menyayat hati dan jiwa?ayuh sama-sama kita membantu saudara-saudara kita di Palestin !buktikan kita insan PRIHATIN !

Firman ALLAH SWT suarah Al-Hasyr ayat 2 :

Dia-lah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran yang pertama. Kamu tidak menyangka, bahwa mereka akan keluar dan merekapun yakin, bahwa benteng-benteng mereka dapat mempertahankan mereka dari (siksa) Allah; maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah melemparkan ketakutan dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang mukmin. Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai wawasan.

ya allah ya tuhanku..
selamatkan penduduk2 palestin..
berikanlah mereka kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang nanti
AMIN


AYUH ! PALESTIN ITU KITA PUNYA !
khadhari@blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...