Sunday, May 22, 2011

skrip lama kembali berulang : tanah runtuh hulu langat



berita terkini yang telah mengemparkan negara
episod tanah runtuh dan nyawa terkorban kembali menjelma
dan kali ni melibatkan mangsa-mangsa yang hampir semuanya
anak yatim yang masih belum mencapai usia remaja
gerakan mencari dan menyelamat seperti sudah sampai ke kemuncaknya
tatkala 25 mangsa yang hilang sebelum ini sudah ditemui
dan 16 daripadanya terkorban


AL-FATIHAH
buat keluarga dan ahli kerabat mangsa yang terkorban
semoga tabah menghadapi dugaan ini..

cukup menyayat hati
skrip lama berulang kembali
tragedi tanah runtuh yang disangka-sangkakan berakhir di Bukit Antarabangsa (2008)
menjelma lagi di Hulu Langat tahun ini
dan kali ini ianya melibatkan
warga-warga
Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa

penduduk awam bertungkus-lumus mencari mangsa yang tertimbus

tragedi tanah runtuh kali ni melibatkan kemusnahan dewan serbaguna dan surau

lokasi kejadian (pinggir bukit)

ahli keluarga tidak tahan sebak tatkala menatap wajah ahli keluarga mereka yang terkorban

video ini menceritakan segala-galanya

kalau dulu
peristiwa Highland Tower dianggap peristiwa terburuk pernah negara kita alami
sehingga saat ini,setiap blok kondominium mewah ini tiada berpenghuni
kata kerajaan :
hentikan pembinaan kondominium di atas bukit
denda buat jurutera dan arkitek yang ingkar
tiada lagi komproni untuk rasuah
namun
 hari ni bercambah2 pulak kondominium mewah di kawasan lereng2 bukit..
mengapa ?

begitu juga tradegi sama berulang dua tahun lepas
tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa..sudah cukup menyayat hati
meranapkan hampir separuh kawasan perumahan mewah
satu tamparan hebat buat negara
sktuktur binaan yang hebat
namun
puluhan nyawa terkorban
silap kita ?

kerakusan manusia ada dimana-mana
kerana ringgit segalanya binasa
mengapa semua ini boleh berlaku ?
silap kitakah membiarkan episod ini kembali berlaku 
sedangkan pengajaran sebelum ni sudah tersedia ada?
bencana berlaku di depan mata

bangkitlah kerajaan hasil pilihan rakyat jelata!
kita tidak mahu lagi peristiwa sebegini berulang kembali
episod duka yang mengorbankan nyawa
kita tidak mahu lagi tragedi ini kembali
cukuplah ini yang terakhir buat negara
kerana segala jalan dan penyelesaian itu ada
di tangan pemerintah
kita hanya mampu merancang
sedangkan ALLAH SWT yang menentukan
amin..

Friday, May 20, 2011

senyum sokmo ----> mkhadhari


seminggu tanpa entry..tanpa sebarang khabar n berita kat laman ni
dan hari ni aku kembali
kali ni aku muncul bukan lagi membawa versi khadhari yang berumur 18 tahun..
tapi khadhari yang berumur 19 tahun (baru 3 hari);)
syukur..alhamdullilah..
usia yang semakin meningkat..mengajar aku untuk berlagak lebih matang
usia yang makin bertambah ni..
membuatkan jiwa dan naluri aku lebih untuk muhasabah diri
dari mana aku datang..kemana aku pergi dan kearah mana aku akan kembali
usia yang semakin menongkah ni jugak,membuatkan aku berfikir sejenak
masa seolah2 membawa aku ke satu destinasi:destinasi yang akan kekal abadi
semakin dekat diri aku menuju ke alam yang kekal nanti
begitulah kita manusia,tidak boleh lari daripada arus ini
selamat hari lahir ke-19 buat diriku sendiri ;)
semoga panjang umur..dimurahkan rezeki,bahagia disamping yang tersayang
dan diberkati oleh ALLAH SWT;)

nah..hadiah untuk birthday boy.haha..berseri2 aku time ni..
aku dapat pencuci muka ngan syampu free ramuan telur ngan kek.haha


dan
 entry aku kali ni gak
aku nak sahkan yang ni wajah blog aku yang baru !
korang jangan terkejut
aku tetap khadhari senyum sokmo yg dulu
tapi kali ni aku dah tukar aku punya theme jadi nama aku
(xade kene mengena ngan hidup atau yg mati yep)


ni rupa laman blog lama aku sebelum direnovatekan.haha


korang nak tahu tak siapa yang design wajah baru blog aku ni?
siyesly,lau nak harapkan aku memang xada masa
lagipun aku xla pandai buat semua ni;)
so 
aku nak ucap jutaan terima kasih buat blogger hebat cik qina
coz tolong aku design blog ni menjadi baru
memang aku terharu giler
ni kira hadiah birthday aku la yep.hehe
ni blog terbaru cik qina (dia ada lagi satu blog) :
http://nurulqina.blogspot.com/
tq again buat qina
blog aku dah versi matang sekarang ;)


amacam?
korang ok x ngan wajah baru blog aku ni?
xde lagi dah senyum sokmo
tapi aku...mkhadhari ;)
buat semua teman2
teruskan mengunjungi blog aku 
insyaALLAH..entry mendatang akan aku coretkan ngan penuh teliti dan top habis !;)
selamat berblogging !;)

Monday, May 9, 2011

SPRING : jom BBQ!

alhamdullilah
musim yang dinanti2 dah pun tiba
memang best giler !
suhu dah menjangkau 15-25 degree
rasa cam dah kat malaysia
cuma kelembapan udara masih sekitar belasan degree
bestnye tak terkira..
syukur..nikmat ALLAH SWT itu sentiasa ada;)

jom BBQ !
time spring ni la nak bakar2 ayam
beriadah kumpul ramai2
dan semalam
berBBQ + jalinan ukhwah 
anak2 terengganu tajaan YT kat moscow ni telah didiadakan
sume berkumpul xkira tahun pengajian
bakar ramai2,main pun ramai2,bergalok (bergurau) pun ramai2.hehe

memang sempoi habis !

kasi bakar sama itu roti dan ayam!

tanpa mereka,tiadalah ayam itu dibakar dengan sedapnya;)

kerja : mengumpulkan ayam yang telah siap dibakar.hehe

kite bakorr je >

kata orang : genggam bara api biar sampai jadi arang
kesimpulannya : ayam tersedia untuk dibakar.hehe

wah ! best giler ayam2 ni !

mereka menunggu ayam dengan penuh sopan ;)

paih sudah kepanasan..

sambil tunggu BBQ siap,jom main ni !

aktiviti : tak kenal maka tak cinta !

keram dah terkena!

dah habis bakar,habis aktiviti
pe lagi..jom makan !;)

bergambar jap.hehe

bergambar ngan senior otai abg miji (tengah)
dah nak grade bulan 6 nanti
terbaeek punyer!

semoga ukhwah ini tidak akan putus
kerana bermulanya ia melalui pertemuan
dan berakhirnya ia nanti melalui kematian
amin

jom BBQ lagi len kali !;)

credit to photographer : kak ika & shahir
cantik!!;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...