Wednesday, June 8, 2011

contest muka terperanjat beruk


study, study n study
esok general chemistry,lusa anatomy n histology
tu je yang ada lam brain aku sejak dua menjak ni;)
release tension jap.usha2 blog.teringin lak aku nak post entri baru
sekarang aku nak cari feel skit
yup
aku nak join 1 contest ni !

CONTEST MUKA TERPERANJAT BERUK
hahaha..sempoi habis contest ni



thanx cik jieha coz invite aku join 1st contest dia ni ;)

MUKA TERPERANJAT?
haha..
aku ada 1 gambar ni
agak r terperanjat b***k !


gambar ni aku amik waktu aku kat zoo berlin,german 
aku ingat gi time ni
singa 'cute' kat belakang aku tu bukan men gi berlagak ayu time aku n geng2 sampai
(sebijik cam gadis ayu)
aku ingat singa jerman ni..baik2..sopan2;)
time pegi dekat je.mak oih!
jantan upenye singa ni!haha
meraung tak tentu pasal..gempak 1 zoo.cam nak makan orang je
terperanjat adrenalin lam badan aku.
cayalah singa tu
aku akan ingat dia sampai bila2 r;)

dan tuk contest kali ni
aku nak tag kat sorang blogger sempoi ni yang aku rase amat mahir bab2 terperanjat ni :


buat semua teman2
lau korang rasa contest ni sempoi
lau korang rasa nak mengangkat martabat gambar2 korang yang terperanjat habis 
pe lagi??
jom2 join contest ni
and jangan lupa
doakan aku yang terbaik tuk final exam yang just around the corner ni!
amin;)

Saturday, June 4, 2011

title : 'medical student'


membuka tinta hari ni dengan lafaz bismillahirahmanirrahim
permulaan hari yang cukup indah..bumi moscow hari ini cukup tenang dan damai
alhamdullilah..nikmat ALLAH SWT tiada pengakhiran ;)

mendapat satu noti yang cukup berguna apabila aku log in FB
membuatkan aku tetiba mahu berkongsi ngan sume hari ni :
post daripada seorang pelajar perubatan di indonesia dalam salah 1 group yang aku join lam FB
tahniah buat semua pelajar2 perubatan seluruh dunia
kecekalan,kegigihan dan pengorbanan selama ni terbukti
dengan pengiktirafan Guinness Book Of World Records;)

segala apa yang dirasa..xkan mampu diganti dengan pengiktiran ini
TOUGH kah study medic?
GAHkah bertitle : 'medical student'?

aku terlalu muda dalam bidang ni untuk berkongsi
aku terlalu cetek pengalaman untuk bercerita
aku terlalu baru untuk memberikan idea
pendapat aku ringkas je..
buat apa nak GAH..gaji rendah berbanding bakal graduan engineering
duduk hospital..bukannya CEO sebuah syarikat 
nak kata berbakti..CIKGU pun berbakti
tanpa CIKGU tiadalah doktor kan?
so..jangan jadikan alasan title doktor mahupun medical student
membuatkan kita hebat mahupun gah..salah sama sekali
kita semua sama 
sama seperti mana mereka yang berada dalam bidang yang lain juga


 TOUGH?
sesuatu yang enak untuk dikongsi
setahun dalam bidang ni
walaupun satu angka yang masih kecil bunyinya
aku rasa aku dah dapat feel ;)
TOUGH bidang ni ertinya kita HAPPY ;)

siapa kata pelajar medic xleh bersosial?
siapa kata pelajar medic wajar deactive blog,FB or TWITTER?
siapa kata pelajar medic masam muka kerana tension study?
siapa kata belajar medic perlu berkurung hendap buku tiap jam dan hari?

pandangan2 nilah yang hanya meletakkan jurusan ini digeruni
rata2 pelajar lepasan SPM meletakkan tindakan yang sama
peluang melanjutkan pelajaran lam bidang kedoktoran ditolak
kalau terima pun atas desakan family
tu pun xikhlas..sampai tensionkan diri
dek takut merana..tersadai ditengah jalan..tak boleh ikut syllabus
tidak ada life..24 jam belajar sampai akhir usia
adakah ini semua mentaliti masyarakat kita kini?
itu silapnya kita..


cuba kita fikirkan ini :
tiada kejayaan tanpa usaha
tiada pengorbanan tanpa kecekalan
tiada erti kegigihan tanpa pengorbanan
belajar jurusan perubatan..seperti juga bidang2 yang lain
memerlukan masa untuk belajar,ulangkaji dan research
tapi tanpa menidakkan erti bersosial dan bermain 

jalan perubatan ini adalah jalan yang mulia
ilmu yang kita cari ini adalah ilmu untuk dunia dan akhirat
niat kita juga adalah sama : belajar untuk menolong masyarakat di luar sana yang merana
kita mencari keberkatan...kita mencari keredhaan
hari2 kita study
dengan harapan satu hari kelak ilmu ini mampu kita aplikasikan dengan cemerlang
hari2 kita membaca untuk exam
dengan harapan ilmu ini melekat dalam diri untuk kegunaan kelak
hari2 kita mengadap buku anatomy..kita happy
kerana penciptaan manusia itu cukup unik untuk diungkap
hari2 kita bersuka ria
dengan kata erti kita mencapai sedikit fun selepas menimba segala ilmu pengetahuan
hari2 kita ke kelas
khusyuk menghafaz..rujuk lecturer..bererti kita minat : kita mahu terus mengungkap
ilmu perubatan..ilmu yang diangkat martabatnya di sisi Maha Pencipta
kita berjalan hari2
dengan harapan segala ilmu yang tersimpan di minda
akan mampu menjadi rujukan tatkala menolong orang yang merana kesakitan
dan hari2 kita berdoa selepas solat
dengan harapan jalan yang kita dapat ini akan mendapat berkat dan kejayaan

bukankah itu namanya kita HAPPY dan FUN?









buat semua teman yang berada di bumi russia
walaupun title : 'medical student' kita diragui sesetengah masyarakat kuno di bumi sendiri
namun ingatlah,mereka berkata2 bukan atas dasar pengalaman
yang melalui segala pengalaman itu kita..dan yang berjaya itu juga kita
bukan mereka
mana mungkin kualiti kita diragui,kita pelajar cemerlang yang dihantar khas ke luar negara
untuk menimba segala tinta ilmu yang tiada di bumi sendiri
cemerlangnya kita di sini..tidak memerlukan kefahaman daripada mereka
kerana setiap ilmu perubatan yang kita pelajari tak ubah seperti perubatan di bumi sendiri
membezakan kita : hanya mentaliti cetek yang penuh hasutan dengki
biarkan mereka dengan kata2 kita syok sendiri..berkhayal tak tentu hala
tanpa mereka ketahui..seawal pagi kita bangun..harungi segala halangan
jauh perjalanan..meredah segala bentuk suhu persekitaran
untuk mencari ilmu bekalan buat merubat anak2 bumi sendiri yang menderita sakit
memohon pertolongan..niat kita ikhlas..demi kebaikan semua;)

buat semua rakan2 yang sedang memegang title : medical student
jangan pernah berbangga dengan title yang ada
jangan pernah berlagak hebat dengan apa yang kita rasa
kerana adanya kita hari ni adalah untuk masa depan negara
tanggungjawab kita..komitmen kita kelak
bakal menguji sejauh mana bakti kita kepada masyarakat
jangan pernah menodai erti sebenar title ini
kerana sesukar manapun jalan yang kita hadapi detik ini
sesenang manapun jalan yang kita tempuh untuk hari mendatang
kita menuju kearah jalan keredhaan..keredhaan ALLAH SWT..dunia dan akhirat;)


buat semua adik2 yang sedang atau ingin mencuba nasib dalam bidang perubatan
niat dan misi korang amatlah tepat
belajarlah rajin2 untuk mendapat tempat
perbetulkan niat..teruskan istiqamah..
jangan hiraukan kata2 mak limah mahupun mak tipah..media mahupun buah mulut akhbar
kerana yang menjadikan diri kita manusia..adalah kita
 yang mencanangkan masa depan kita..adalah kita
dan yang melalui segala isi keperitan,kegembiraan dan kebahagiaan juga kita
bukan mereka


jalan kita masih panjang..bukan untuk sehari dua
kukuhkan kekuatan diri..pecutkan momentum dan bersedia dengan inertia yang ada
bersedia untuk redha dengan segala dugaan mendatang
lupakan segala niat untuk mencapai kemewahan 
semoga menjadi doktor yang beriman dan cemerlang kelak
teruskan usaha !
sama2 kita sampai di puncak jaya !;)


amin
selagi ini masih menjadi milik diri..selagi itu perjuangan ini takkan pernah berhenti

Wednesday, June 1, 2011

secebis kasih KAWAN : ibarat seluas lautan


melayan alunan rentak syahdu nyanyian sigma
seolah-olah menjadi ubat mata untuk terus berjaga malam
yup..amat  berguna dan berkesan
memandangkan seminggu mendatang juadah aku hanyalah peperiksaan;)
insyaALLAH..usaha dan tawakal
selebihnya berserah kepada tuhan;)

waktu kini tepat jam 3.40 pagi
01.06.2011
bermakna genap sebulan lagi kendiri akan melangkah pulang ke tanah air
tiada kata nak diungkap..tunggulah kepulangan aku kelak;)

kesunyian malam ni seolah2 berubah rentak
melihat roomateku nyenyak melayan mimpi malam
namun mata aku still xmau mengambil tempat
mengapa ?
tetibe aku teringat akan insan bernama KAWAN
KAWAN yang pernah ada untuk aku 18 tahun lepas
kembali terngiang2 lam lubuk hati
seolah2 menceritakan satu babak indah dalam kehidupan

yup
mereka penyeri hidup aku
mereka mencurahkan keindahan hidup aku yang hanya sementara ni
aku tak nyesal mengingati mereka saat ini
kerana merekalah insan yang bergelar KAWAN ;)
ramai orang memberi sebab dan pendapat berbeza mengenai KAWAN

ada yang mencas positif terhadap erti KAWAN
kata mereka :
tiada erti kehidupan tanpa KAWAN
mana mungkin manusia mampu hidup tanpa KAWAN ?
KAWAN tempat bermain,berkongsi segala2nya
seolah-olah berkongsi satu diri dan muka..KAWAN berkongsi bersama

ada juga yang mencas negatif terhadap erti sebenar KAWAN
kata mereka :
KAWAN? hampeh !
depan bukan main berlagak malaikat
belakang...masyaALLAH
kalau time susah,nak cari ke lubang cacing pun susah
kalau time senang,sanggup menadah tangan melutut mohon perkongsian
KAWAN itu berkepentingan..tiada makna untuk bersifat kasih dan sayang

mmmmm..
setiap daripada kita memberikan makna berdasarkan pengalaman yang mereka dapat
tapi amatlah tidak enak
jika kita berpegang dengan negative charge
dimana seribu satu erti kebahagiaan bersama2 KAWAN ?
tidak mahukah kita berkongsi nikmat ?
jika buruk sikapnya..terimalah itu sebagai kekurangannya
jika teruk budinya..terimalah itu satu amanah untuk kita perbaikinya
kerana hanya kita KAWAN yang dia ada
dia..bukan untuk dibenci dan dicerca..tetapi untuk dibaiki dan dipelihara;)

indah kan KAWAN ?
bagi aku..erti KAWAN terlalu agung untuk diulas pengertiannya
tanpa KAWAN..tiada erti bahagia dan hebat
kerana KAWAN..bagi aku,pengajar terbaik erti kehidupan
KAWAN ada untuk aku di waktu aku senang dan susah
merekalah penyelamat segala antigen dan bakteria yang datang;)

kalau dulu
pergi mana2 mesti mahu berteman
aku ingat lagi nostalgia time aku sekolah rendah
bermain2 bersama2 KAWAN,tiada siapa nak marah
mengutuk KAWAN yang dilihat lemah dan pelik
itu satu kepastian..
bersuka riang,ketawa gelak,berlari2 dalam kamar kelas
tanpa teguran cikgu..memang dunia itu milik aku dan KAWAN
hahaha..itu zaman kebudak-budakan;)
naik sekolah menengah,erti KAWAN lebih menyerlah
apa yang KAWAN buat,aku buat
aku ikut pesan ma abah cikgu
pilih KAWAN biar tepat
yup..itu aku pegang 
aku dan KAWAN bersama2 susah dan senang
tidur sampai jam 5 pagi untuk berdiskusi..itu diari harian
tak rumah aku kiteorg kumpul rumah KAWAN
macam2 yang kiteorg bincang
sampai maggi berbungkus2 boleh habis licin.sambil study layan game
tapi hakikat cara kiteorg dah buatkan kami cemerlang
alhamdullilah..itu namanya kerjasama dan usaha dan akhirnya berserah;)
dan akhirnya
satu mimpi yang bagaikan betul2 terjadi
aku dapat tawaran medic ke russia (siyesly,memang daripada sekolah aku tak fikir nak dapat ni)
syukur sangat2..amin2..alhamdullilah
dan kali ni..aku jumpa lagi KAWAN dan KAWAN
semuanya baik,sangat prihatin dan sanggup berkorban
kiteorg bersatu membentuk satu pasukan
segala perkara kiteorg kongsikan..apa yang terbaik kiteorg buktikan
KAWAN aku di bumi russia semuanya menghadiahkan jambangan keindahan KAWAN
yang cukup bermakna

lakaran senyuman KAWAN membuatkan aku riang
mereka semuanya insan hebat dan cemerlang..
aku bersyukur Allah SWT menghadiahkan hadiah cukup istimewa untuk aku,hamba kerdil ini
hadiah KAWAN yang cukup baik..sempurna
untuk aku teruskan perjuangan yang masih panjang

*maaf jika tertinggal..walaupun tiada dalam gambar,semua tetap KAWAN aku ;)

buat semua yang pernah ada untuk aku
selama aku berdiri di bumi sementara ni
terima kasih kerana menghadiahkan aku erti KAWAN yang sebenar
terima kasih yang tak terhingga
kerana mengajar aku erti sahabat sejati dan teman
terima kasih diatas segala teguran selama ni
itu terbaik untuk perbetulkan segala silap aku
terima kasih kerana pernah ada di waktu aku menitiskan air mata
itu mengajar aku erti keikhlasan
terima kasih kerana pernah ada ketika aku sedang kesusahan
itu mengambarkan kepada aku yang korang kuat pengorbanan

kerana aku yakin dan percaya
kasih kawan bukan melalui tamparan indah sebentuk ciuman 
tetapi kasih kawan melalui rintihan dan teguran
itu yang terbaik untuk memberi aku pengajaran
terima kasih KAWAN

tiada istilah untuk melafazkan kasih aku buat KAWAN
hanya doa untuk kebahagiaan dan kesejahteraan mengiringimu
aku sayang korang selagi nyawa ini dikandung badan;)

buat semua pembaca entry ni
maaf andai ceritera aku kali ni tiada makna bagi kalian
tetapi aku mohon buat kalian
hargailah KAWAN selagi ikatan itu terselit erat
jangan pernah cuba untuk memutuskan
jangan juga pernah untuk melepaskan 
kerana mengikat satu ikatan KAWAN
seperti membina sebuah mahligai Taj Mahal

ingatlah..hadirnya mereka bukan satu persiaan
bukan juga sesuatu yang menyusahkan dan menyeksakan
tetapi untuk seribu satu kebaikan
kerana kita memerlukan tangan mereka
untuk memimpin kita ke penghujung jalan
terima kasih KAWAN ;)

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud:

''Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya''

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...