Thursday, August 4, 2011

dan ini moscow..menyelami 1 tahun pengembaraan



penantian yang selama ini dinanti2 kini menjelma 
kehadirannya ibarat satu sinar dalam diri
barakahnya ibarat satu petunjuk kebesaran Ilahi
Ramadhan tiba lagi dengan penuh barakah dan keberkatannya
tiada kata-kata yang dapat diungkap selain syukur kepadaNYA
kerana Ramadhan yang lepas bukan yang terakhir buat diri ini
syukur Ilahi..

Hampir 3 minggu tanpa entri
seakan-akan blog aku ni dah x berfungsi.hehe
almaklumlah balik cuti setahun sekali
banyak masa diluang dengan perkara2 yang xkan aku dapat di Moscow
jalan2,main2,bersama2 family kawan n yang tersayang
pengalaman yang begitu bererti ;)

bila duduk saja2 ni,.teringat pulak aku kat Moscow
hostel,METRO,kampus U dan Mall ;)
pengalaman setahun disana penuh dengan episod suka dan duka
manakan tidak,5 tahun lagi episod ini akan berkesinambungan dalam kamus hidup aku
tetapi apa yang pasti
setahun di kota Eropah ini sudah cukup mengajar aku erti
berdikari
kecekalan
kesabaran
keazaman
kekuatan
dan apa yang lebih penting mengajar aku erti sebenar kehidupan

dan kali ni
memandangkan aku dah 3 minggu tak ber'entri' ;)
aku nak buat satu segmen episod setahun pengembaraan aku di bumi Moscow,
beberapa esipod yang bakal menyusul selepas ni akan mampu memberi gambaran buat korang
tentang Moscow dan kehidupan aku sebagai pelajar kat sana

so,jangan lupa nantikan episod PERTAMA SELEPAS NI ! ;)



SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
beramallah seperti Ramadhan kali ini terakhir buat diri-sendiri ;)

Thursday, June 30, 2011

penutup sebuah kalendar ;)



 waktu Moscow kini mencecah jam 5 pagi
siulan si anjing seperti biasa mewarnai suasana pagi
bumi bersuhu 30 degree sudah menampakkan sinar cahaya
sedang diri aku masih tidak mampu melelapkan mata
mengapa?

2 minggu aku menyepi tanpa sebarang entry
dan kali ni..aku kembali dengan entry yang memang istimewa tuk diri aku ni
saat yang dulu aku nanti2
insyaALLAH..bakal akan menjelma tak sampai 24 jam je lagi :
kepulangan aku di tanah air tercinta !

dan apa yang pasti
sebuah kalendar telah ditutup rapi dalam kamus hidup aku
alhamdullilah..aku sudah berjaya menghabiskan 1st year study bertitle medical student
sungguh cepat masa berlalu
dan itulah realiti hidup
sedang kita cuba berusaha untuk melepasinya
tanpa kita sedari kita sudah pun berjaya menawannya
setahun seperti sehari
itulah yang dapat aku rasai pada saat ni ;)

setahun pengajian ibaratnya seperti proses pengenalan
aku memang setuju ngan kata2 orang : tak kenal maka tak cinta
kalau dulu mengenali russia hanya melalui peta mahupun media massa
dan kini russia menjadi tanah air aku yang kedua
segala-galanya berbeza berbanding malaysia
daripada sikap masyarakat yang langsung tidak friendly
sehinggalah kepada persekitaran,suhu dan wacana arus semasa
semuanya menuntut diri ini untuk tabah,terus berusaha dan tawakal dalam setiap perkara
disamping melalui hari-hari dengan penuh gembira;)

20 september 2010 : langkah perjuangan ini bermula

suasana didalam lecture hall


@anatomy department

AIDILADHA pertama di bumi russia

1st snowing yang aku rasai : waktu balik daripada kelas

bangunan department biology..segala2nya bermula disini

ni mama paling garang yang pernah aku jumpa sepanjang hidup aku
berleter kuat2,marah,teriak..tu memang keje dia
kerana mama ni,bilik aku 1st class.haha

harungi suhu -15 degree untuk ke kelas seawal jam 9pagi setiap hari


ice skating di taman yang besar time winter

winter trip pertama : menjejaki bumi Jerman

makanan halal di moscow : agak sukar untuk dicari

HALAL di moscow

pengalaman pertama meraikan hari kemerdekaan Russia

menyertai hari sukan anjuran KELAB UMNO MOSCOW


laluan hari2 ke kelas..

rutin harian : bersesak lam train underground untuk ke kelas 

bersama lecturer selepas tamat sesi tutorial terakhir

kalendar pertamaku di bumi moscow 
banyak yang aku pelajari
banyak yang aku hadapi
walaupun penuh dengan duka dan manis
itulah pengalaman yang tak ternilai ertinya
pengalaman pertama ini akan menjadi panduan bagi aku
menempuhi 5 lagi kalendar berbaki
insyaALLAH..perjalanan ini akan nanti berakhir di destinasi;)


dan hari ni aku isytiharkan penutup bagi kalendar pertama ni

esok(1 Julai)
penerbangan Emirates Air jam 1240malam(waktu moscow)
akan menjadi saksi
kepulangan aku buat seketika
mengubati segala rindu ini akan bumi tercinta
setelah setahun tanpa di mata
balik kampong !!!!!!!

berkemas sudah..tunggu masa je lagi;)

MALAYSIA..I'M COMING !!

Wednesday, June 15, 2011

abah..inspirasi sepanjang hayat


alhamdullilah
aku bersyukur...hari ini..tanggal 15 Jun
aku masih diberi kesempatan oleh Ilahi
merasai segala nikmat dunia yang serba sementara ini
menikmati segala keindahan dan kehebatan duniawi
tanpa aku melupakan segala isi akhirat yang kelak bakal menjelma nanti
itulah yang kekal dan abadi;)

tatkala sejadah dilipat..disimpan rapi
subuh selesai..namun mata ini belum mampu untuk melayar bantera mimpi
yaaa..
aku teringat bingkisan doa aku tadi..mengharapkan terbaik tuk ma abah
xkan pernah lekang dalam sanubari
mereka kini menunggu kepulangan aku disisi


kelibat kelompak mata tetiba bertukar ngeri
babak sedih mula menghantui diri
satu persatu titik air mata turun merebah bumi
hati aku berbisik
aku rindu kenakalan aku di depan abah
aku rindu suara garang abah
aku rindu keprihatinan abah
aku rindu segala telatah abah
aku rindu segala teguran abah
yang suatu ketika pernah aku rasai hampir setiap hari
yang suatu masa dulu pernah menjadi cemuhan aku setiap detik
aku rindu segala apa yang abah ada untuk aku
serta semua anak2 yang menjadi dinding teguh berdirinya abah hari ini


nostalgia lalu mengusik hati tatkala ini..
dulu masa aku kecik2..abah selalu marah2 aku..
kadang2 aku kena rotan..
aku bingung..kenapa itu cara abah layan aku?
ma bagitahu..abah nak didik aku
aku nakal sikit jee...sikit jee...
abah nak aku tak jadi anak nakal
kena didik aku dari kecil agar tak nakal..
aku terima..aku fikir abah sayang aku..

dulu gak masa aku kecik2..aku start ngaji al-Quran seawal usia 5 tahun
aku bukan macam kawan2..makcik2 ajar ngaji..guru mengaji aku abah
setiap hari kalau tak habis satu m/s,jangan pernah bermimpi tuk kuar main 
aku bingung gak..kenapa itu inisiatif abah?
ma bagitahu lagi..abah nak aku pandai mengaji
nanti besar aku dah pandai..senang nak khatam Quran;)
aku terima..yupp..abah sayang aku;)

dulu gak masa kecik2..aku tengok kak n abang aku pakai buku mahal2
aku buku kecik je..
aku tengok kak n abang2 aku ade baju baru..cantik..aku tumpang happy
tapi kenapa aku tak de?abah lupa beli ke?
ma bagitahu..abah nak bagi aku yang lebih cantik lagi lain kali
aku terima...aku tunggu saat abah bagi kat aku nanti;)

dulu jugak time aku budak2..kalau aku naik kereta abah..aku tak suka sempit2 kat seat belakang
abah marah aku..jangan pentingkan diri..adik beradik aku ramai lagi
aku mengadu kat ma..ma bagitahu lagi..
aku bertuah..aku tak pernah merasai detik bermotosikal bergendong 4 orang skali
tu zaman muda abah n ma  ada kak ja,kak nyah n abang emi
setiap hari nak hantar kak abang aku ke sekolah..nek pergi jalan2
naik motosikal klasik..tunggang 4 orang belakang
lagi sempit2..lagi xleh nak nafas..lagi tak selesa
aku tergamam..aku terharu..aku generasi zaman tua abah n ma

belum bersyukurkah aku ???


bila aku dah besar..aku dah pandai buat kepala sendiri
kalau dulu abah garang2..sekarang usia abah dah 50-an
abah baik...abah dah tak tegur time aku buat silap
apa yang aku buat..abah tak pernah bantah
abah berubah?abah dah tak sayang aku lagi?

time aku nak exam PMR..macam2 cara abah buat nak aku belajar
abah penuhi segala kehendak aku
dengan harapan aku mampu tersenyum riang..
aku tak lagi marah2 abah..
aku kuat semangat nak ambil exam nanti
abah berubah lagi?abah dah tak sayang aku lagi?

tapi kadang2
time aku keluar ngan kawan2..pernah jugak abah nasihat2 aku
ada jugak kalau malam,abah tak bagi aku balik lewat2
tapi aku dah janji..aku keluar..nak makan2 ngan kawan2..xkan buat mende lain
aku dah janji ngan abah..aku ada study group umah kawan...
''kawan laki bah...bukan puan''
jawapan abah:
''abah tau..n abah nak oyi tau..abah sayang oyi..kalau ada apa2..abah akan salahkan diri abah''
muka aku merah..mata aku bengkak
hati aku dah hujan lebat..mata aku menahan titisan
aku sedar...abah sayang aku...

sejak dua menjak ni..
abah dah mula ditimpa pelbagai serangan penyakit..
kalau dulu jantung..luka dalam perut dan kini batu karang
aku doakan abah tak lagi masuk2 hospital cam dulu gi
aku doakan kesihatan abah sentiasa baik
sihat dan berkelapangan menyambut kepulangan aku dengan senyuman nanti;)
amin..amin..Ya Rabbal alamin..

kini..detik ni..
jam 5.10 pagi waktu di moscow bumi soviet russia
segala isi bumi ini menjadi saksi
betapa aku sayang serta hargai pengorbanan seorang abah buat diri ini
segala ketegasan abah selama ni..segala kemarahan abah selama ini...
segala teguran sentuhan moral abah selama ini..
adalah untuk diri ini..tuk aku menjelajah degree kematangan tahap tanpa limit..
aku syukuri nikmat..hadirnya abah terbaik buat diri ini
Yang Maha Esa membuka lembaran hati ini
tuk mendalami isi hati abah...
kerana bagi aku
dia terhebat....terhebat dan inspirasi.....

(gambar tanpa aku dan abang aku emi)
terima kasih abah..segala teguran dan nasihat abah
telah menjadi ilham terbaik buat kami anak2 abah
mengharungi segala onak dan ranjau dalam kehidupan
yang membawa kami ke alam kedewasaan..
yang memberikan kami erti kejayaan yang kami nikmati hari ini..
hajat abah dulu hampir kami anak2 abah semua kami laksana dan sahuti..
kebahagian kita hari ini..adalah berkat doa abah dan ma..
segala2nya untuk abah dan ma..

buat semua teman2...
coretan ini begitu istimewa buat aku..
maaf seandainya tiada erti bagi semua
namun percayalah akan realiti
hargailah kehadiran ayah selagi mereka ada disisi kita di atas bumi ini
jangan pernah melawan atau meragui kasih sayang seorang ayah buat kendiri
kerana setiap apa cara sekalipun mereka mendidik diri
hanya satu apa yang mereka ingini,..
kita menjadi anak soleh solehah bila besar nanti..
buat teman2 yang sudah kehilangan seorang ayah di dunia ini..
ALFATIHAH...bacalah yaasin..doakanlah kesejahteraan..

dan apa yang aku rasai hari ini..
aku mengerti..
dia..abah terhebat bagi diri ini..
terima kasih abah 

nantikan kepulangan anak abah sekejap saja lagi..;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...