Sunday, October 23, 2011

blogger GAY : apa kemahuan mereka ?


Assalamualaikum n salam sejahtera
salam penuh keceriaan,kebahagiaan n kesukaan
atas segala nikmat Allah SWT
Alhamdulillah
skuad bola penyu nelang Terengganu berjaya layak ke final Piala Malaysia
syukur atas segala nikmat kurniaan Allah :)

‎'apa saja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia,
maka tidak ada yang dapat menahannya'
Surah Fatir ayat 2

rasa janggal plak bila nak bercakap sal entry aku hari ni
memang agak jijik tuk diperkatakan
agak hina di sisi masyarakat
tapi itulah realitinya
realiti yang perlu kita semua telan dalam2 dan bukak mata luas2
mungkin bagi kaum wanita,ianya satu penghinaan
dan bagi kita semua kaum lelaki,itu sesuatu yang amat memalukan !

klik punya klik
sedang aku blogwalking
tetiba aku terjumpa satu blog yang cukup mencurigakan
turun punya turun
masyaallah..blog gay !
apa yang lebih menyedihkan aku
pemilik blog ni adalah orang melayu islam !

*dipapar sekadar hanya untuk pengajaran semua

korang jangan terkejut kalau tengok follower blog ni
lebih 500 orang
kalau tengok statement blogger dia pun
mak oi..geli tahap cipan !
dan jangan terperanjat jika dikatakan
ada lebih beratus-ratus blog gay milik melayu islam !

apa ? kenapa ? dan mengapa ?

golongan lelaki yang kini dikatakan hampir pupus di institusi pengajian
bercampur lagi bernafsu songsang
yang kini dianggap sampah dek masyarakat
lantaran hidup dengan dadah tanpa arah tujuan
lagi hebat tamparannya dengan golongan berpelajaran tapi tiada akhlak dan akidah

kepada siapa perlu kita persalahkan?
kenapa blog seumpama ini masih belum disekat penggunaan?

jika ini realiti yang berlaku di sebalik kecanggihan teknologi jalur lebar
pasti dan gerenti aku cop jari,blog ini akan lebih ramai followernya nanti
lebih ramai golongan lelaki seperti ini muncul 
dan aku pasti yang lebih menyedihkan
ianya muncul dari kalangan lelaki harapan yang berpelajaran

tanpa perlu kita berfikir panjang
silapnya tetap terletak pada kecanggihan teknologi sekarang
segala-galanya dihujung jari
tanpa kita menidakkan kesilapan pihak berkuasa yang dilihat langsung tidak membantu membasmi gejala keji ni !
blog haram tersebar luas
paparan gambar2 hina disiar tanpa sebarang sekatan
lebih teruk lagi boleh dilihat oleh semua lapisan golongan
tak kira kecil yang masih bersekolah
sesuatu yang perlu dipandang serius dan perlukan perhatian daripada pihak kerajaan


aku tak tahu mamat ni ada blog khas tuk dia paparkan kejahilan dia sebagai seorang gay
tapi apa yang pasti mamat ni cukup popular dalam kalangan masyarakat kita sekarang
seorang jurutera yang pernah melakukan pengakuan 
"Saya Gay,Saya OK" dalam laman Youtube
cukup malang dan hampa..seorang profesional,seorang melayu dan seorang beragama islam

segala-galanya memerlukan pendekatan akidah dan agama
kembalilah ke pangkal jalan
berpeganglah kepada akidah islam yang benar
tidak cukupkah balasan tuhan terhadap golongan nabi Luth di bandar Pompei,Itali
hancur berkecai akibat kemurkaan Allah SWT terhadap golongan homoseksual pada zaman tersebut?

firman Allah SWT dalam surah Asy Syuraa ayat 165-166 :

 “Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas”

berfikirlah demi generasi mendatang
kita golongan lelaki adalah pemimpin
pemimpin yang bertanggungjawab memimpin sesebuah institusi kekeluargaan 
membahagiakan masyarakat dan seterusnya bergerak diatas jalan keredhaan

semoga kita sama-sama ambil ikhtibar daripada pendedahan ni
bersama-sama memboikot blog dan blogger homoseksual !

p/s : apakah musibah yang bakal menimpa umat kita kini akibat dari budaya songsang ini?
realitinya akan ada di depan mata..Allah SWT itu Maha Adil

Wednesday, October 19, 2011

samat hari lahir ke-60 :)


jam di tangan menunjukkan hampir 3 setengah pagi waktu tempatan
kelibat mata masih segar 
walaupun esok jam 8 pagi aku dah perlu bersiap tuk hadapi sesi kelas yang per1 !

tiada apa yang boleh diungkap
selain hanya melalui kata2
tiada apa yang dapat diluah
selain hanya ucapan ikhlas dari hati yang penuh dengan bahagia
19.10 cukup signifikan buat diri ini
bukan kerana esok aku tiada colloq (exam)
bukan juga kerana esok aku xde kelas subjek2 yg killer
tapi kerana sesuatu yang lebih dan cukup berharga

selamat hari lahir buat abah tersayang Kamaruddin bin Mohd
yang ke-60 !

kalau dulu ungkapan dihubung dengan satu pulukan erat
dengan tiupan lilin..kek satu hiasan
tapi kini hanya melalui satu ucapan
jasa dan pengorbanan seorang ayah takkan mampu dinilai dengan apa sahaja mesin penyukat
walau secanggih manapun ia buatan pakar

kepuasan seorang ayah hanyalah kegembiraan seorang anak
kegembiraan seorang ayah hanyalah kebahagiaan seorang anak
tiada istilah letih dalam membanting tulang
tiada sebarang cemuhan atau sesalan atas sikap buruk seorang anak
yang ada hanyalah ajaran dan tunjuk ajar yang sangat memberi kesan yang mendalam

jika tangan seorang ibu yang mengayunkan buaian mampu mengoncang dunia
maka tangan ayah yang membanting tulang mampu membahagiakan sebuah keluarga
jika hari ini kita masih ada seorang insan yang bergelar bapa
jangan pernah kita membelakangi mereka
jangan pernah buat mereka kecewa
jangan pernah lupa mereka
telefon awek pakwe berjam2 lamanya..walhal untuk parent seminit pun lama
itu satu kekejaman zaman moden
jangan pernah buat mereka duka lara tersinggung atas bicara kita
sikap kita yang kadang2 buat hati mereka duka lara
jangan pernah tinggalkan mereka terkapai2 sendirian
kerana adanya mereka hari ini
diusia tua mereka
adalah untuk kita
untuk hari-hari bahagia kita 

buat abah yang tersayang
selamat hari lahir yang ke-60
semoga abah terus sukses dalam hidup
semoga abah terus tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam kehidupan
semoga abah akan terus cekal dalam melayan segala karenah anak2
semoga abah terus diberikan kesihatan yang baik..tubuh badan yang sihat
semoga abah bahagia dengan ma dan keluarga kita
dan semoga abah diberkati Allah SWT di dunia dan di akhirat

tiada yang lebih bermakna buat seorang yang bergelar bapa selain doa seorang anak
walaupun jauh di mata,tanpa dipandangan zahirnya
tapi di hati tetap ada
sentiasa ada selagi diri masih bernyawa

sayang abah & ma



Wednesday, October 12, 2011

perginya tak kembali



Hujan yang hanya rintik-rintik sebelum ini bertukar menjadi lebat tatkala kaki melangkah keluar daripada Hospital Rosalima bagi penghujung kalendar pembelajaran hari ni.suhu yang manjangkau 5 degree hari ini ditambah salutan angin yang meniup segala daun-daun kering dipersekitaran ditambah air hujan yang tanpa segan silu memenuhi segala inci badan membuatkan hari ini antara hari yang paling ghairah munculnya kesejukan pada musim luruh ini.Senada dengan suasana persekitaran,begitu juga dengan gerak hati aku yang entah tetiba bertukar kencang tidak senang dan seperti ada sesuatu yang terjadi tanpa pengetahuan.

Tanpa memikirkan kesejukan,tangan yang sebelum ini berselimutkan poket jaket tebal keluar men"grab''kan telefon yang berada dalam poket seluar.tiada nombor lain yang ditekan selain nombor abah aku.Agak lama juga bunyi deringan sebelum abah aku mengangkat telefon sehinggalah satu detik aku dengar suara yang cukup sayu "Assalamualaikum"
yup..suara abah yang sebelum ini tak pernah aku dengar sesayu tu
Lantas aku menjawab dan menceritakan tentang perihal aku hari ini.Cerita panjangku tetiba disekat oleh abah dengan satu perkataan yang benar2 membuatkan hati aku kucar-kacir:
"tok dah xdop"..setengah jam lepas
4.30 petang Moscow dan semestinya 8.30 Malam waktu Malaysia

Ya Allah..Innalillah..
gerak hati seakan2 tidak mahu menerima realiti tapi itulah kehendak Ilahi..ketentuan takdir yang perlu dan harus diterima sekalian makhlukNya
gerak kaki yang sebelum ini laju menjangkau tetiba bertukar suram..di mata aku hanya terngiang2 wajah sayu tok yang kali terakhir aku lihat pada tengah hari 6hb September beberapa jam sebelum aku berangkat ke Moscow

tok dah lama menderita sakit tulang rusuk ditambah dengan usia yang dah menjangkau lebih 70an..aku masih ingat,ketika aku balik Malaysia cuti baru-baru ini tok sudah tak boleh berjalan dan setiap aktiviti allahyarhamah terbantut dan memerlukan bantuan orang lain..sangat sedih

aku masih ingat pada malam raya,aku mendukung tok untuk dibawa ke rumah aku..untuk sambut hari raya..tok sudah lemah..namun senyuman tok masih seakan2 seperti aku masih kecil diusia 8 tahun..penuh dengan kemanisan dan kasih sayang..dan itulah senyuman di kala pagi Aidilfitri terakhir yang dapat aku rasai..untuk selama-lamanya..

Ya Allah..walaupun aku tidak dapat menatap wajah arwah tersayang buat kali terakhir..walaupun aku tak dapat bersama arwah di saat2 akhir hayatnya,aku yang jauh nun di kutub Utara hanya mampu berdoa dan menghadiahkan Al-Fatihah dan bacaan Yaasin sambil hati masih belum cukup tenang memikirkan keadaan di rumah sekarang..semoga tokki akan tabah menghadapi ranjau hidup selepas ni keseorangan tanpa kekuatan daripada isteri tersayang..dan semoga aku masih sempat,dipanjangkan umur untuk pulang ke Malaysia menatap dan mengunjungi makam arwah nanti..

Semoga roh arwah dicucuri rahmat
amin
AL-FATIHAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...