Thursday, February 9, 2012

kehidupan sem baru bermula !


alhamdullilah
syukur masih diberi waktu dan kesempatan 
tuk aku terus bernafas menghirup udara segar hasil kebesaran-Nya
apatah lagi merasai segala nikmat pinjaman Allah SWT di muka bumi ni
sesuatu yang amat bermakna dan bererti :)

3 minggu cuti SEM *winter break kali ni
sangat2 bermakna bagi aku 
selama 3 minggu ni lah masa tuk aku rehat nak lepas stress
abis benda yang aku buat 
tengok cerita korea*walaupun sebelum ni anti giler
tengok cerita melayu*walaupun sebelum ni aku tengok pun naik mual.hampeh je :|
men game battle tank*perghh memang best.main ramai2 
dengar ceramah agama on9*Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim memang terbaik
muhasabah diri..tambah ilmu duniawi dan ukhrawi
ni je yang aku mampu buat memandangkan suhu kat luar mencecah -20 degree
*kadang2 je kuar tu pun emergency beli barang keperluan
itulah kehidupan aku ari2 time cuti ni :)

dan hari ni
bermulalah episod baru aku tuk tahun 2012
tahun baru dan sem baru
alhamdullilah..sekarang aku dah masuk sem 4 tahun ke 2 kedoktoran

 jadual baru aku tuk sem kali ni
a lot of new subject ! 
jadual ni agak padat dan aku akan tempohi 4 final exam sebelum penutup sem kali ni
harap2 semuanya akan berjalan lancar dan baik
new sem = new mood !
amin :)

ni gambar time final exam tuk Anatomy
nilah sistem pendidikan Russia
kitaorang kena jawab dulu question kat kertas then answer oral ngan lecturer
kemudian kena pointing part kat organ
final exam ni kitaorang lalui sebelum penutup sem lepas

winter break!*almost 3 week
kebanyakkan student kat moscow akan keluar moscow pergi trip kat negara lain sebab time ni cuti sem yang agak lama
time ni gak time paling maksimum musim salji
suhu mencecah -22 degree!*paling sejuk tuk tahun ni

ni tingkap bas yang dah beku akibat suhu kat luar mencecah -20 degree
nasib baik dalam bas ada heater..tu pun aku tetap mengigil :|



ha nilah keje aku sepanjang cuti sem kali ni
tido bangun then mengadap laptop*solat jangan tinggal 
nak beriadah kat luar xleh penuh ngan salji sejuk ! 
*gemukkan badan makan kitkat :D

ni yang best time winter kat Russia..ada winter sale
bayangkan 70% diskaun kat ZARA,TopMan,Pull&Bear n brand2 lain
lambakan pakaian n semua murah2


                         
dan kini tibalah masa tuk aku kembali ke dunia yang nyata 
teruskan perjuangan menimba ilmu dan mencapai kejayaan yang diimpi !

semoga kedatangan sem baru ni 
akan lebih menyemarakkan semangat aku dan kawan2 yang lain
tuk terus cemerlang dan berjaya 
menjadi pelajar yang berilmu,beriman dan bertaqwa
mendapat berkat dan redha Ilahi
amin :)

best of luck for myself dan buat korang yang akan masuk sem baru 
teruskan study n be the best! :)

Sabda Rasulluah SAW yang bermaksud :
"Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabillilah hingga ia kembali"
-Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Monday, February 6, 2012

Pictures Of The Year Contest 2011 *Contestant


Alhamdullilah masih diberi pinjaman nyawa oleh pemilik yang abadi
masih juga diberi nikmat melihat mendengar tuk merasai segala keindahan duniawi
syukur dipanjatkan buat Ilahi

hari yang mendung berlatarkan suhu -12
minggu terakhir sebelum masuk spring session
mood nak belajar pun dah makin kurang ni :|

Alhamdullilah
hampir 26 hari mencari2 Pictures terbaik sepanjang 2011
akhirnya menemui penghujungnya
banyak pengalaman yang dapat aku pelajari dalam menjayakan 1st contest aku ni
ada gambar yang xdapat nak di copy,ada jugak masalah gambar bersaiz kecil
dan ada jugak post entri contestant yg terlepas pandang
*baru aku tahu bukan senang nak anjurkan contest melibatkan blogging :)



dan hari ni
aku nak umumkan
*97 contestant
yang dah sah bertanding tuk merebut kejuaraan :
Pictures Of The Year 2011




"aset sesuatu gambar bukan dinilai dari segi kecantikan tetapi kepentingan n cerita yg terungkap disebaliknya.ternyata gambar yg berkualiti memberi makna dan nilai yang tersendiri walaupun sekadar biasa dipandangan mata"

nantikan pengumuman Top 20 pada :
08.Februari ni
melalui my page blog :
*kesemua gambar Top20 akan diupload dan pengumuman Top20 hanya akan diumumkan melalui page blog ni
juri bersama untuk pencarian Top 20 : heryrun-miey.blogspot.com

dan pengumuman 2 pemenang melalui entri blog pada :
12.Februari ni 
pemenang2 akan memenangi special gift from Hard Rock Cafe Moscow!

pencarian Top20 kini bermula!
nantikan keputusan dua hari gi
best of luck tuk semua :)

Wednesday, February 1, 2012

Pictures Of The Year 2011 CONTEST : pengumuman PENTING*


salam buat semua blogger
lama dah menyepi tanpa berita
alhamdullilah..cuti sem yang sangat menarik n best
walaupun kekadang ade jugak mari perasaan bosan
nak je aku terjun tingkap.hak8


tahniah dan syabas buat semua contestant
Pictures Of The Year Contest 2011 
yg dah hampir 90 orang!
alhamdullilah
semuany hebat-hebat belaka

namun pemarkahan masih belum dibuat
dan sekarang ni aku nak umumkan 1 berita 
yang TARIKH TUTUP PENYERTAAN AKAN DITUKARKAN
dari 9.Februari 
kepada TARIKH BARU : 5.Februari
maaf sgt2 atas sebab yang tak dapat aku elakkan

dan kepada semua yg masih belum publishkan entri contest korang
cepat publish sebelum 12.00 tengah malam (waktu Malaysia) 5.Februari!

cepat masih ada 4 hari gi!

*dan buat semua contestant yg dh join,insyaAllah lepas tutup tarikh penyertaan,
aku akan publishkan 1 movie khas tuk announce semua contestant yg bertanding :)

tarikh pengumuman TOP 20 dan seterusnya pemenang akan diberitahu kemudian
*insyaAllah seminggu selepas tarikh tutup penyertaan

TAKE NOTE kawan2
dan maaf atas segala kekalutan dan perubahan tarikh :)
wish you all BEST OF LUCK!

kepada yg masih belum submit entri tuk contest,
sila tekan link ni : KLIK SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...