Sunday, February 19, 2012

belajar di sekolah harian? *jom betulkan segala kekurangan !


Mak Limah : "Lijah,anak kau yang bongsu tu sekolah kat mana ya?"
jawab Mak Lijah segan2 : "sekolah kat seberang kampung sebelah tu je ha..SMK......"
balas Mal Limah dengan yakin dan sedikit riak : "anak aku yang sorang tu cerdik sungguh..masuk  
                                                                           SBP.......harapan keluarga tu.hormat bla bla bla"

pernah dengar x dialog ni bila makcik2 bercakap kat tempat korang?
realiti masyarakat kita sekarang
antara kita sedar ataupun x,kita nak percaya ataupun x,itulah mentaliti + tradisi
sememangnya sesuatu yang cukup susah n payah tuk diubah
sesuatu yang perlu dibanggakan jika anak masuk sekolah SBP/sekolah bagus2
dan sesuatu yang dipandang rendah bila anak just study kat sekolah harian biasa
apa yang pasti,
sikap mereka ni sebenarnya  telah downkan semangat pelajar2 sekolah harian biasa 
tuk mencungkil segala isi kelebihan dalam diri mereka
rata2 pelajar di sekolah harian biasa akan menerima tempias ni
keyakinan self-confident mereka rendah dan lemah disebabkan oleh buah mulut masyarakat
sokongan yang kurang daripada penduduk setempat
yang seolah-olah memandang pelajar sekolah harian sebagai pelajar kelas ke-2
pelajar yang hanya bersederhana akademik,bersahsiah yang kurang 
apatah lagi ponteng dijadikan amalan

dan jika ini prinsip yang dipegang masyarakat
sehingga bila darjat pelajar sekolah harian akan sama tingginya dengan pelajar sekolah lain?
dan bilakah lagi mereka akan menerima sokongan padu golongan setempat?

sesuatu yang perlu kita ingat dan sedar :
tempat dan keadaan takkan mampu melunturkan semangat,azam dan iltizam
walau kat mana pun kita menimba ilmu,selagi berkat itu ada ianya adalah satu usaha dan tawakal
setiap pelajar walau kat sekolah mana mereka bertinta ilmu
mereka akan tetap mempunyai kelemahan dan kelebihan mereka yang tersendiri

buat adik2 kawan2 yang still di alam sekolah dan bersekolah harian biasa
ayuh perbetulkan kesilapan korang bukakan balik segala pintu terkunci dalam kelebihan korang !

1.self-confident 
masalah utama pelajar sekolah harian biasa
nak nampak jelas lagi?
cubalah masuk mana2 pertandingan akademik,sukan mahupun kokurikulum
yang melibatkan sekolah2 berasrama n sekolah harian
lihat di mana kekalahan awal mereka
mendengar melihat nama sekolah pun dah jadi DOWN !
bangun kawan2
nama tu bukan kayu ukur tuk jatuh keyakinan,
nama tu sebenarnya penguat untuk teruskan azam berjuang
jangan tunduk bila berdepan,jangan malu2 segan2
buktikan kita semua manusia sama2 ada kekurangan dan kelebihan
begitu jugak time belajar kita kena sentiasa proaktif 
kalau cikgu buat don't know je kat kita..acah2 je ajar kita
tanya cikgu : 
cikgu dapat gaji tuk mengajar kami kan?kalau cikgu gagal buat kami berjaya,cikgu berdosa :)
*JANGAN ikut amalan ni n buat kat cg di sekolah.xbaik :)
ni just tuk bangkitkan confident.hehe

#pergi sekolah esok tunjukkan muka senyum,tegur cikgu baik2
belajar dengan penuh azam dan confident..yeahh!

2. gunakan masa terluang dengan bijak/smart !
kalau nak diikutkan,masa yang terluang buat pelajar sekolah harian biasa sebenarnya sama sahaja ngan pelajar sekolah berasrama
cuma bezanya masa terluang bagi pelajar berasrama diatur dan buat pelajar harian biasa mereka perlu mengendalikan masa dengan cara mereka sendiri
bila ikut time table sendiri,maka balik sekolah sampailah esok plak sekolah
memang sembahyang+main+makan+tidur la jawabnya
xpun tengok sinetron ke,lestary ke,melodi ke kat TV :|
xpun lepak kat warong kedai,main dam n pergi merata2
habiskan masa dengan handset dan playstation 
disinilah silapnya kita..kegagalan kedua hasil cernaan diri kita sendiri
jadi buat adik2 yang belajar kat rumah,
perlulah membuat time table sendiri yang gerenti berfungsi !
start malam,xde dah TV.focus on study.telefon pun OFF
bukan selalu pun,petang esok bukak balik :)
yang lagi bagus kalau korang buat study group ramai2
pilih rumah mana2 kawan,buat perbincangan berkumpulan
hari ni yang ni ajar,esok kau ajar,lusa hang plak ajar
*buat la makan2 bekal2..baru best :D

#buat study group korang jadi fun ngan berkongsi2 maklumat dan cerita! :)

3.xada sokongan padu daripada belakang ?
yang ni satu yang bagus adik2!
mak ayah xharapkan korang sebab sekolah kat sekolah biasa je,sebaliknya lebihkan tumpuan kat adik/abang/kakak korang yang study kat sekolah berasrama
kalau ni yang berlaku,korang kena chill je..dan pastikan jangan tunjuk ketidakpuasan hati korang kat mak ayah..kena ingat mereka sentiasa betul dan mereka buat begitu sebab mereka ada cara terbaik tuk kita juga 
mereka sayang kita n mungkin tu cara mereka nak motivasikan kita :)
so,jadikan ni sebagai tekanan dalaman dan motivasi tuk kita terus berusaha ! untuk terus belajar !
fikirkan korang boleh ubah mentaliti mak ayah korang terhadap diri korang yang diaorang anggap korang biasa2 sederhana je dalam pelajaran..caiyok2 !:)
#perkara biasa bila kita belajar n duk kat rumah
dapat pahala lebih tolong mak :)

4.bila dah berusaha sikit,cepat give up?
yang ni dialami oleh semua student kat mana2 korang study
lepas pulun habis study,tetiba mari perasan give up
kalau boleh nak je buang semua ilmu kat lam diri korang kan?
xpe..jangan risau..ni common :)
cara nak atasi :
1.korang duduk tenang
2.tengok kiri kanan depan belakang
3.berdoa dalam hati "Ya Allah..tenangkanlah hatiku.."
*mohon segala kehendak korang.sesungguhnya Allah Maha Mendengar
4.basuh muka then take a rest ! :)
#berdoalah mintalah segala apa yang kita inginkan walaupun terpaksa dalam keadaan merangkak mahupun berlinangan air mata..Allah sentiasa ada buat kita :)

buat semua teman pembaca,
maaf andai entri aku kali ni mungkin menyebabkan korang terpinggir
*sebab mentionkan pelajar sekolah harian biasa
aku buat status ni sebab aku pun pelajar sekolah harian biasa
seorang pelajar yang tidak pandai dan tidak juga cerdik
pelajar yang biasa2 di sekolah kampung
dan aku bersyukur dalam kekeliruan aku mencari arah
Allah tunjukkan aku jalan
 kuatkan semangat aku untuk berusaha dengen penuh azam dan iltizam
aku tutupkan segala pintu kemusykilan dan kemustahilan
walaupun di mata masyarakat tiada pandangan
tapi aku berubah demi tuk buktikan
pelajar sekolah harian bukan mustahil untuk cemerlang
jika korang pelajar sekolah berasrama,korang bertuah
teruskan kecemerlangan korang dan jangan sia2kan kepintaran yang ada
teruskan berjalan dan jalan tersilap sebarang langkah :)
dan buat semua teman yang bersekolah harian biasa
tiada cacat celanya kita..tiada mustahilnya kita untuk berjaya
biarkan apa sahaja bicara masyarakat dan biarkan kita tiada sokongan
Allah sentiasa ada :)
sebab yang nak berjaya bukannya mereka
tapi kita :)
*aku doakan korang semua berjaya lam apa jua bidang dan peperiksaan
may god bless u..amin

ni aku time form5..5SAB SMK Tengku Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu
terbaik gempak dan meletop !

Wednesday, February 15, 2012

risalah anak kampung


Sungai Lui-Aizat

bila dengar lagu ni,
aku akan suka tertawa
dan kadang2 juga sedih diiring air mata
aku ada alasan mengapa dan sebabnya 
Sungai Lui-Aizat benar2 mengingatkan aku akan kampung halaman 
(tempat yang pernah aku belajar risalah erti kehidupan)
walau kat mana saja aku berada lebih2 lagi kini di bumi perantauan

cuba korang bayangkan
bila mana musim perayaan terutamanya Aidilfitri menjelang 
ibu kota bandar2 besar akan lengang dek semua penduduk akan bertumpu ke satu arah tuju mereka
arah tuju yang bagi mereka,bila hadirnya musim perayaan,
mereka perlu kesana,kembali dan pulang kepada cerita hidup asal mereka
yang dah ditinggalkan sejak sekian lama
itulah kampung halaman..tempat mereka dibesarkan dan diajar erti kehidupan :)

ni aku time umur setahun jagung dulu.memang tak matang lagi masa ni :p
aku dibesarkan di Kampung Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu 
dan pernah hampir 10 tahun menetap di Kampung Wakaf Tengah,Kuala Terengganu

sejak kecil aku di bawa tuk bermain air alur (sungai tapi cetek)
asal je masuk musim tengkujuh,air alur ni lah jadi peneman main ramai2
dan best jugak masa ni boleh tangkap ikan puyu (ikan yang duduk dalam kawasan lumpur)
apa yang mencabarnya tangkap ikan puyu ni sebab ikan ni susah nak ditangkap
so kita kena ada skill sebab ikan ni agak aktif dan bersisik keras
main2 kejar kat sawah padi,balik makan ubi rebus cicah dengan gula
perghh...memang terbaik !
*dan banyak lagi tak terungkap tuk di cerita

sekarang ni 
aku dah meningkat usia remaja 
aku juga sama seperti teman2 lain yang sudah berhijrah ke tempat lain 
demi untuk menimba ilmu dan mengejar cita2
bukan sengaja meninggalkan ma ayah keluarga kawan2 saudara-mara 
tapi itulah satu kewajipan demi nusa,bangsa dan agama 

buat semua teman2 yang pernah melalui memori yang sama seperti aku,
simpanlah kenangan tu sehingga akhir hayat kita
jika kini kita berada di kota mahupun merentasi benua penghujung dunia
jangan pula kita alpa dan lupa asal-usul sebenar kita
siapa diri kita dan dari mana munculnya kita
berbanggalah kita sebagai jaguh kampung
dan apabila kita berjaya satu hari nanti
duplikasilah ilmu itu kepada warisan turun-temurun kita
jangan biarkan mereka terlepas daripada merasai nikmat indah 
seperti yang kita dan nenek moyang kita pernah rasai 
jangan biarkan mereka melupai adat resam dan sejarah asal kehidupan kita 

 pepatah melayu :
hujan emas di negeri orang
lebih baik hujan batu di negeri sendiri

Sunday, February 12, 2012

Pictures Of The Year 2011 CONTEST *WINNER


syukur dipanjatkan buat Ilahi
masih diberi kesenangan dan keupayaan untuk menjalani kehidupan duniawi
tiada yang lebih sempurna selain bersyukur kepadaNya :)

ibu kota Soviet mencapai suhu yang paling sejuk hari ni : -23 degree
*nasib baik hari ni cuti minggu.just tengok suasana ikut tingkap je 
alhamdullilah..walaupun perit nak lalui tapi tu satu pengalaman dan nikmat 
daripada sang Pencipta..anggaplah ia bukan dugaan tapi sesuatu yang perlu ditempuhi :)

dan seperti yang korang semua ketahui
selepas hampir sebulan pencarian 
selepas pelbagai tapisan sehinggalah Top 20 yang terbaik
akhirnya hari ni adalah titik noktah penghujung dan kemuncaknya
hasil percaturan MARKAH JURI (70%) dan UNDIAN (30%)


dan hari ni melalui entri ni saat ni :
aku nak umumkan 
2 Pictures Of The Year 2011 !

"siblings are the people we practise on,the people who teach us about fairness,cooperation,kidness and caring.So,please appreciate them as much as you appreciate yourself!"

"Kenangan bersama murid Pendidikan Khas semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuching. Tak sangka hari tu, dari sikap pemalu di sekolah, mereka jadi jurucakap yg petah di depan pengunjung!"


Tahniah buat 2 pemenang yang telah berjaya !
mereka akan memenangi special gift from  :
Hard Rock Cafe Moscow*Original ! :)

dan aku jugak nak umumkan TOP5 (tempat ke3,4 dan 5) 
tahniah buat korang !

"Duduk berhimpit-himpit dah macam sardin, orang ramai tengok pun kami buat tak tau, ala ape nak dimalukannya, kami kan Geng Bas Sekolah, dan inilah memori terindah 2011"

"bersama sentiasa riang.
berjauhan pasti rindu nak pedajal memasing.
awesome person, with awesome joking.
that is not what we have go through, 
but the time we spent with.
it is the great moment"



*officially graduated pada tanggal 22 september 2011 ! Alhamdulillah :) things end, but memories last forever ^^ nobody said life would be easy, but they just promised it would be worth it.

berikut adalah MARKAH PENUH bagi setiap TOP20 :


TAHNIAH buat semua TOP20 Pictures Of The Year 2011 Contest <klik sini
korang adalah terbaik ! :)

dan TAHNIAH jugak buat semua 97 contestant Pictures Of The Year 2011 Contest
Alhamdullilah..26 hari pencarian peringkat awal akhirnya aku dapat belajar satu perkara
setiap orang mempunyai memori yang tersendiri dan ianya boleh diungkap melalui sesuatu gambar :)
KLIK SINI <video 97 contestant

dan di kesempatan ni gak
aku nak ucapkan ribuan terima kasih buat semua juri yang bagi full support !
*mereka semua dah sah jadi juri Professional :p

buat semua pengundi2 
dan buat semua yang menjayakan contest ni sepanjang sebulan ia berlangsung
terima kasih !

akhirnya semua dah terjawab
sesiapa pun pemenang dan sesiapa pun yang tak menang
antara tuah dan rezeki
bersyukurlah kepada Ilahi
korang semua adalah terbaik
dan setiap daripada kita mempunyai memori yang tersendiri
pengalaman dan kenangan yang takkan mampu diungkap dek kata
dan ianya hanya mampu digambarkan melalui sekeping gambar yang cukup bermakna :)

aset sesuatu gambar bukan dinilai dari segi kecantikan tetapi kepentingan n cerita yg terungkap disebaliknya.ternyata gambar yg berkualiti memberi makna dan nilai yang tersendiri walaupun sekadar biasa dipandangan mata :)
-PicturesOfTheYearContest2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...