Sunday, January 13, 2013

bumi salju Moscow

alhamdullilah masih di beri pinjaman nyawa atas segala upayaNya
kehidupan di dunia yang sementara
namun penuh dengan kecantikan dan keindahan
subhanAllah..syukur atas segala kesempatan untuk merasai nikmatNya

januari 2013 semakin hampir ke pertengahannya
semakin hari semakin banyak yang dapat kita belajar daripada kehidupan
dan alhamdullilah
masuk tahun ni cukup tiga tahun aku menetap di bumi soviet
satu kenyataan yang masih aku rasakan seakan-akan mimpi yang tak berkenyataan
berada di bumi yang cukup terkenal dengan empat musim ini
benar-benar mengajar aku erti berdikari dalam segala apa bentuk kehidupan
manakan tidak,
perubahan bukan sahaja berlaku dari segi suhu persekitaran mahupun cuaca,
bahkan yang lebih penting putaran masa dan gerak kerja seharian
betul-betul berubah daripada gaya hidup aku yang dulu 3 tahun lepas

itulah penangan bumi salju Moscow (musim salji/sejuk)
berlaku setahun sekali (November-Mac) setiap tahun
antara 4 musim yang paling tidak disenangi kehadirannya oleh warga Moscow
apatah lagi seorang perantau yang tidak sebati dengan keadaan ini
mereka mengganggap musim sejuk/salji sebagai musim yang bermasalah
kerana kegiatan harian akan tergugat
salji akan memenuhi jalan-raya
apatah lagi aktiviti sosial seharian juga akan terbantut dengan keadaan dan suhu yang sangat sejuk

-21 degree antara suhu yang paling sejuk yang di capai tahun ni
kalau ikut senior,jika suhu mencecah -30 kerajaan akan isytiharkan darurat
namun,sejak aku di sini tidak pernah lagi suhu mencapai tahap tersebut
mungkin xperlu nak harap,-21 ni pun dah xsanggup nak hadapi 
beku satu badan walaupun berbaju tebal berbadan seperti kek lapis :D

walaupun hakikatnya kedatangan salju di Moscow bukanlah satu tuah yang diharapkan,
namun hakikat yang tak dapat dielakkan
ianya adalah satu rahmat bagi golongan muda dan kanak-kanak
apatah lagi sesiapa yang baru pertama kali merasai turunnya salji dari atas langit!
semestinya sesuatu kenangan yang takkan dapat dilupakan :)
cuba tengok beza musim spring (bunga) dan musim salji di tempat yang sama pernah aku candid
subhanaAllah..Allahuakbar
pengaturan Allah SWT cukup unik 
dan lihatlah segala keadaan berubah dan cukup berbeza dengan keesaanNya

inilah sungai Moscow yang cukup cantik pemandangannya
air sungai menjadi berais tatkala suhu mencecah -20 degree!
permandangan ni dapat aku lihat dari dalam train kereta api hampir setiap hari tuk ke kelas 
cukup menyejukkan hati dan jiwa yang dalam keletihan,kelesuan mahupun kesedihan 

walaupun suhu mencapai tahap bawah beku,
matahari juga tak ketinggalan menjalankan kerjanya memancarkan cahaya
kalau dulu aku selalu je fikir,
apelah agaknya fungsi matahari ni,bercahaya tapi tak berguna
namun lama-kelamaan aku faham,
kalau tak ada cahaya ni,maka sejuk tu akan aku rasai gelapnya selama 24 jam
Ya Allah..terima kasih Allah :)

gambar ni aku ambik time perjalanan ke kelas jam 8.30 pagi
bayangkan waktu berubah pada musim sejuk tiba
malam menjadi makin panjang dan waktu subuh sekitar jam 8pagi 
siang menjadi pendek dan waktu maghrib juga beralih sekitar jam 5 petang
cukup penting untuk membahagikan masa dengan baik



walaupun itulah hakikatnya yang perlu aku telan,
namun segala-galanya bukanlah sesuatu yang perlu dianggap kesulitan
bahkan ianya adalah satu hidayah,rezeki serta satu rahmat :)
kesyukuran aku panjatkan buat Sang Pencipta
tiga tahun yang aku tempuhi di bumi salju Moscow
telah banyak mematangkan diri aku
telah banyak mengajar aku erti kehidupan
telah banyak mengajar aku erti syukur dan rendah diri
walaupun musim ini dianggap musim yang tidak disenangi kebanyakan orang
kerana keadaannya,cuacanya,masanya
namun bagi aku ianya tetap indah dan bermakna
kerana ciptaan Allah pada musim ini
cukup cantik,unik dan menarik segala hati dan perasaan
untuk kita semua mengambil segala bentuk iktibar dan pengajaran daripadanya
sangat aku harapkan,
semoga tiga tahun yang bakal menanti tuk aku tempuhi
akan mampu menghadiahkan aku lebih manfaat daripada
kehadiran bumi salju di bumi Moscow (musim sejuk)
insyaAllah..amin 

Saturday, January 5, 2013

2013 dan azam 2012

5 pagi yang cukup hening
tutup lampu pasang laptop
layan lagu Youtube..pasang earphone kasi sound paling kuat!
erm..dah lama aku xdapat feel ni
layan hati perasaan tekan keyboard update blog
walhal aku xdapat lari dari hakikat
 yang blogging kini cukup asing buat diri sejak akhir2 ni
aku tak tahu apa alasan yang munasabah
maaf buat semua andai apa yang diharapkan xdapat tuk aku laksanakan
insyaAllah..entri pertama 2013 semangat baru untuk berblogging :)

selamat tahun baru 2013 buat semua yang baca entri ni
insyaAllah..aku doakan yang terbaik buat semua..amin :)
seperti biasa,bila bercakap soal tahun baru
tidak lari daripada azam 
semua orang bercakap pasal azam
azam tuk terus berjaya,nak dapat jodoh yang baik
nak capai tu,nak shopping ni
tapi bagi aku
bila bercakap pasal azam
tiada apa yang dapat membuatkan aku berfikir panjang
sejak 20 tahun aku berada atas bumi Allah ni
azam aku tak pernah tetap segala apa yang aku buat semua ikut kata hati
boleh berubah dalam masa sekejap
pendirian aku memang tak pernah tetap..satu kelemahan ke kawan2?

namun
satu kesyukuran aku panjatkan pada Allah SWT
walaupun hakikatnya azam aku tak pernah tetap
pendirian aku meronta-ronta berjalan berhenti kembali pergi jauh mati tertanam rapat
namun 
ada satu perkara dalam fikiran aku yang tak pernah lari
apa yang aku buat,setiap saat dan detik gerak mata mulut badan tangan kaki
segala-galanya aku buat aku fikir keluarga aku
ntah penyakit apa yang aku dapat
hakikatnya mereka terlalu kuat dalam fikiran aku

istimewanya kehidupan
apabila Allah bagi setiap hambaNya akal dan perasaan
apabila perasaan tu bermain di fikiran
mampu membuatkan kita jiwa kacau
hebat kan?

bayangan mereka terlalu kuat dalam jasad aku
dan aku mengerti
azam aku satu je dari aku kecik sampai sekarang
aku nak terus tengok senyuman mak ayah aku
tak cukup lagi ke sengsara mereka bela aku sebelum ni?
tak cukup lagi ke derita mereka kasi aku senang sebelum ni?

alhamdullilah..
aku ada hari ni tuk kesinambungan azam 2012 dan tahun2 sebelumnya :)
apa yang aku nampak
apa yang aku lihat
apa yang aku dengar
adalah satu harapan satu kekuatan
untuk aku terus berdiri mencapai azam aku
aku tak perlukan kecemerlangan yang besar untuk aku lalui 2013 yang berbaki 360 hari lagi
aku juga tak perlukan habuan atas setiap apa yang aku ingin kecapi
aku tak perlukan kemewahan apatah lagi keseronokan berpanjangan untuk aku teruskan hajat
yang aku perlukan doa semua
restu mak ayah
berkat Allah SWT
itu yang mampu membawa aku terus di tahun 2013


setiap daripada kita ada azam yang tersendiri
ada yang cuba luahkan kerana terlalu yakin untuk dicapai
ada yang cuba sembunyikan kerana terlalu rendahkan diri kurang yakin untuk dicapai
ada yang cuba ambil mudah kerana fikir tu just angan-angan
cuba kita fikir
apakah azam tu akan mampu memberikan satu kepuasan hasil atas kesungguhan kita mengejarnya?
cukupkah sekadar kejayaan untuk kita impikan hasil perjuangan?
jangan lupa kawan-kawan
kejayaan akan lebih bermakna andai ianya ditemani dengan kebahagiaan :)
cuba garapkan azam yang mampu kita capai kedua-duanya
pasti manis diakhirnya
cubalah!

*maaf kawan2 yang ada add di Facebook yang tak diapprove
jumlah kawan dah nak capai limit
limit di FB bukan bererti limit tuk ukhwah kan? :)
feel free jumpa aku di
Instagram : mkhadhari
ukhwah fillah abadan abada :)
selamat tahun baru 2013!
semoga 2013 hadir dengan lebih bermakna!yeaahh!

Monday, December 10, 2012

menjadi seorang 'diri' buat seorang ibu


lagu : buatmu Ibu-Aeman

menjadi diri aku hari ni dah cukup membuatkan aku gembira
aku lega,aku dah boleh tarik nafas dalam-dalam
aku seolah-olah kini sedang merasai satu hasil kejayaan
aku dapat rasai segala bentuk nikmat 
aku dapat rasai keindahan dalam kehidupan
aku bersyukur atas segala yang aku kecapi hari ni

hari-hari aku masak nasi,aku buat lauk
kadang-kadang dengan daging,
kadang-kadang dengan ayam
aku dah boleh tumis bawang,aku dah boleh beza gula/garam
kalau boleh aku nak tunjuk kat mak aku
yang aku bukan lagi macam aku yang dulu
aku yang sentiasa duduk atas kerusi makan
setiap kali lepas balik sekolah,
setiap kali lepas main bersama rakan,
setiap kali waktu malam,
menunggu rezeki datang dengan tenang/senang kaki bergoyang
walhal hakikatnya mengharapkan mak aku yang sediakan

hari-hari aku basuh pinggan,aku basuh gelas
kadang-kadang sampai cuci licin rupanya macam sehari baru beli
kadang-kadang kotor sedikit *mungkin kurang peka ketika mencuci
kalau boleh aku nak sangat bagitahu mak 
aku bukan lagi macam aku yang dulu
lepas kenyang letak pinggan
terus blah
walhal hakikatnya aku mengharapkan mak aku untuk mencucinya

hari-hari aku tengok gambar mak aku
aku pandang aku tenung
erm..makin tahun makin berkedut pipi mak aku
tapi makin tahun makin cute plak rupanya :)
kalau boleh aku nak sangat bagitahu mak aku
aku rindu dia
setiap hari setiap jam setiap saat dalam hari-hari aku

hari-hari aku stay up sampai pagi
aku sibuk menimba ilmu
aku sibuk menghafaz formula2 perubatan
aku berjaya lulus dalam peperiksaan
kalau boleh aku nak bagitahu mak aku
aku nak dia bangga dengan aku
aku lakukan segala-galanya kerana dia
sebab aku sedar
mak aku nak tengok aku berjaya

hari-hari aku tengok mak cik bersama anak2 dia dalam train,tepi jalan
anak-anak dipimpin dengan erat
anak-anak dijaga dengan baik
dipeluk dicium
dan kalau boleh aku nak bagitahu mak aku
aku nak saat-saat tu kembali pada aku macam aku kecik2 dulu
*aisshh xmalu plak aku umur dah tua :D

hari-hari aku tengok anak2 rusia cakap dengan mak dia
cakap elok2 dengan nada senyum
tunduk kepala tanda hormat 
aku terharu aku sedih
dan kalau boleh aku nak sangat bagitahu mak aku
aku nak ulang balik masa dulu
aku xnak lagi cakap2 kasar
xnak lagi guna nada tinggi
tidak hormat mak aku
aku janji 
*aku pasti hargai seandainya ianya betul2 berlaku :)

hari-hari aku tengok kedai runcit tepi hostel aku
aku nak barang,aku perlu barang
aku gerak dengan kudrat aku
aku xmengharapkan sapa2 lagi
kalau boleh aku nak bagitahu mak aku
aku di sini hari2 cukup makan
aku sihat..aku kenyang
aku dah tak macam dulu
aku suka mintak duit/suruh mak aku beli barang kedai runcit
tuk aku kenyang/tuk aku sihat
aku xlagi menyusahkan mak aku :)

kini aku jauh..aku bukan macam dulu lagi
hari-hari boleh tatap tengok wajah mak aku
hari-hari boleh tengok keadaan/kondisi mak aku
hari-hari aku boleh tengok
mak aku jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dengan cukup cemerlang/hebat

aku hari ini ada untuk segala pengorbanan mak dan ayah aku
3 tahun berbaki pasti kejayaan ini untuk mak dan ayah aku
kalau dulu aku terima segala harapan dan impian mak aku terhadap aku
dan hari ni aku sudah ada di pertengahan jalan
semoga pengakhiran nanti aku dapat berjumpa mak aku
aku mohon restu atas segala kesalahan aku
aku tak mampu membalas segala jasa dan pengorbanan mak aku
tapi sekurang-kurangnya aku dah dapat capai harapannya terhadap aku
sekurang-kurangnya aku dah tak lagi malas,zalim,teruk seperti dulu
sekurang-kurangnya aku sudah menjadi seorang 'diri' buat seorang ibu
insyaAllah..amin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...