Sunday, February 12, 2012

Pictures Of The Year 2011 CONTEST *WINNER


syukur dipanjatkan buat Ilahi
masih diberi kesenangan dan keupayaan untuk menjalani kehidupan duniawi
tiada yang lebih sempurna selain bersyukur kepadaNya :)

ibu kota Soviet mencapai suhu yang paling sejuk hari ni : -23 degree
*nasib baik hari ni cuti minggu.just tengok suasana ikut tingkap je 
alhamdullilah..walaupun perit nak lalui tapi tu satu pengalaman dan nikmat 
daripada sang Pencipta..anggaplah ia bukan dugaan tapi sesuatu yang perlu ditempuhi :)

dan seperti yang korang semua ketahui
selepas hampir sebulan pencarian 
selepas pelbagai tapisan sehinggalah Top 20 yang terbaik
akhirnya hari ni adalah titik noktah penghujung dan kemuncaknya
hasil percaturan MARKAH JURI (70%) dan UNDIAN (30%)


dan hari ni melalui entri ni saat ni :
aku nak umumkan 
2 Pictures Of The Year 2011 !

"siblings are the people we practise on,the people who teach us about fairness,cooperation,kidness and caring.So,please appreciate them as much as you appreciate yourself!"

"Kenangan bersama murid Pendidikan Khas semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuching. Tak sangka hari tu, dari sikap pemalu di sekolah, mereka jadi jurucakap yg petah di depan pengunjung!"


Tahniah buat 2 pemenang yang telah berjaya !
mereka akan memenangi special gift from  :
Hard Rock Cafe Moscow*Original ! :)

dan aku jugak nak umumkan TOP5 (tempat ke3,4 dan 5) 
tahniah buat korang !

"Duduk berhimpit-himpit dah macam sardin, orang ramai tengok pun kami buat tak tau, ala ape nak dimalukannya, kami kan Geng Bas Sekolah, dan inilah memori terindah 2011"

"bersama sentiasa riang.
berjauhan pasti rindu nak pedajal memasing.
awesome person, with awesome joking.
that is not what we have go through, 
but the time we spent with.
it is the great moment"



*officially graduated pada tanggal 22 september 2011 ! Alhamdulillah :) things end, but memories last forever ^^ nobody said life would be easy, but they just promised it would be worth it.

berikut adalah MARKAH PENUH bagi setiap TOP20 :


TAHNIAH buat semua TOP20 Pictures Of The Year 2011 Contest <klik sini
korang adalah terbaik ! :)

dan TAHNIAH jugak buat semua 97 contestant Pictures Of The Year 2011 Contest
Alhamdullilah..26 hari pencarian peringkat awal akhirnya aku dapat belajar satu perkara
setiap orang mempunyai memori yang tersendiri dan ianya boleh diungkap melalui sesuatu gambar :)
KLIK SINI <video 97 contestant

dan di kesempatan ni gak
aku nak ucapkan ribuan terima kasih buat semua juri yang bagi full support !
*mereka semua dah sah jadi juri Professional :p

buat semua pengundi2 
dan buat semua yang menjayakan contest ni sepanjang sebulan ia berlangsung
terima kasih !

akhirnya semua dah terjawab
sesiapa pun pemenang dan sesiapa pun yang tak menang
antara tuah dan rezeki
bersyukurlah kepada Ilahi
korang semua adalah terbaik
dan setiap daripada kita mempunyai memori yang tersendiri
pengalaman dan kenangan yang takkan mampu diungkap dek kata
dan ianya hanya mampu digambarkan melalui sekeping gambar yang cukup bermakna :)

aset sesuatu gambar bukan dinilai dari segi kecantikan tetapi kepentingan n cerita yg terungkap disebaliknya.ternyata gambar yg berkualiti memberi makna dan nilai yang tersendiri walaupun sekadar biasa dipandangan mata :)
-PicturesOfTheYearContest2011

Thursday, February 9, 2012

kehidupan sem baru bermula !


alhamdullilah
syukur masih diberi waktu dan kesempatan 
tuk aku terus bernafas menghirup udara segar hasil kebesaran-Nya
apatah lagi merasai segala nikmat pinjaman Allah SWT di muka bumi ni
sesuatu yang amat bermakna dan bererti :)

3 minggu cuti SEM *winter break kali ni
sangat2 bermakna bagi aku 
selama 3 minggu ni lah masa tuk aku rehat nak lepas stress
abis benda yang aku buat 
tengok cerita korea*walaupun sebelum ni anti giler
tengok cerita melayu*walaupun sebelum ni aku tengok pun naik mual.hampeh je :|
men game battle tank*perghh memang best.main ramai2 
dengar ceramah agama on9*Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim memang terbaik
muhasabah diri..tambah ilmu duniawi dan ukhrawi
ni je yang aku mampu buat memandangkan suhu kat luar mencecah -20 degree
*kadang2 je kuar tu pun emergency beli barang keperluan
itulah kehidupan aku ari2 time cuti ni :)

dan hari ni
bermulalah episod baru aku tuk tahun 2012
tahun baru dan sem baru
alhamdullilah..sekarang aku dah masuk sem 4 tahun ke 2 kedoktoran

 jadual baru aku tuk sem kali ni
a lot of new subject ! 
jadual ni agak padat dan aku akan tempohi 4 final exam sebelum penutup sem kali ni
harap2 semuanya akan berjalan lancar dan baik
new sem = new mood !
amin :)

ni gambar time final exam tuk Anatomy
nilah sistem pendidikan Russia
kitaorang kena jawab dulu question kat kertas then answer oral ngan lecturer
kemudian kena pointing part kat organ
final exam ni kitaorang lalui sebelum penutup sem lepas

winter break!*almost 3 week
kebanyakkan student kat moscow akan keluar moscow pergi trip kat negara lain sebab time ni cuti sem yang agak lama
time ni gak time paling maksimum musim salji
suhu mencecah -22 degree!*paling sejuk tuk tahun ni

ni tingkap bas yang dah beku akibat suhu kat luar mencecah -20 degree
nasib baik dalam bas ada heater..tu pun aku tetap mengigil :|



ha nilah keje aku sepanjang cuti sem kali ni
tido bangun then mengadap laptop*solat jangan tinggal 
nak beriadah kat luar xleh penuh ngan salji sejuk ! 
*gemukkan badan makan kitkat :D

ni yang best time winter kat Russia..ada winter sale
bayangkan 70% diskaun kat ZARA,TopMan,Pull&Bear n brand2 lain
lambakan pakaian n semua murah2


                         
dan kini tibalah masa tuk aku kembali ke dunia yang nyata 
teruskan perjuangan menimba ilmu dan mencapai kejayaan yang diimpi !

semoga kedatangan sem baru ni 
akan lebih menyemarakkan semangat aku dan kawan2 yang lain
tuk terus cemerlang dan berjaya 
menjadi pelajar yang berilmu,beriman dan bertaqwa
mendapat berkat dan redha Ilahi
amin :)

best of luck for myself dan buat korang yang akan masuk sem baru 
teruskan study n be the best! :)

Sabda Rasulluah SAW yang bermaksud :
"Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabillilah hingga ia kembali"
-Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Monday, February 6, 2012

Pictures Of The Year Contest 2011 *Contestant


Alhamdullilah masih diberi pinjaman nyawa oleh pemilik yang abadi
masih juga diberi nikmat melihat mendengar tuk merasai segala keindahan duniawi
syukur dipanjatkan buat Ilahi

hari yang mendung berlatarkan suhu -12
minggu terakhir sebelum masuk spring session
mood nak belajar pun dah makin kurang ni :|

Alhamdullilah
hampir 26 hari mencari2 Pictures terbaik sepanjang 2011
akhirnya menemui penghujungnya
banyak pengalaman yang dapat aku pelajari dalam menjayakan 1st contest aku ni
ada gambar yang xdapat nak di copy,ada jugak masalah gambar bersaiz kecil
dan ada jugak post entri contestant yg terlepas pandang
*baru aku tahu bukan senang nak anjurkan contest melibatkan blogging :)



dan hari ni
aku nak umumkan
*97 contestant
yang dah sah bertanding tuk merebut kejuaraan :
Pictures Of The Year 2011




"aset sesuatu gambar bukan dinilai dari segi kecantikan tetapi kepentingan n cerita yg terungkap disebaliknya.ternyata gambar yg berkualiti memberi makna dan nilai yang tersendiri walaupun sekadar biasa dipandangan mata"

nantikan pengumuman Top 20 pada :
08.Februari ni
melalui my page blog :
*kesemua gambar Top20 akan diupload dan pengumuman Top20 hanya akan diumumkan melalui page blog ni
juri bersama untuk pencarian Top 20 : heryrun-miey.blogspot.com

dan pengumuman 2 pemenang melalui entri blog pada :
12.Februari ni 
pemenang2 akan memenangi special gift from Hard Rock Cafe Moscow!

pencarian Top20 kini bermula!
nantikan keputusan dua hari gi
best of luck tuk semua :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...