Wednesday, February 29, 2012

winter screen by K.M photographer


When the bold branches
Bid farewell to rainbow leaves 
Welcome wool sweaters
-B. Cybrill

location : Воробьёвы горы (Sparrow Hills), Moscow
 chill
 cool
 looking forward
 cold
 innocent

credit to K.M Photographer

Sunday, February 26, 2012

may God bless us


jam dah menunjukkan hampir pukul 6.00 pagi
pagi yang sangat hening bertemankan nota BioChem *ubat mengantuk dan senang tidur 
tanpa sebarang penangan Nescafe @ Milo Fuze *maka akan terlelaplah aku sebentar gi
dan sebelum aku menutup tirai malam ni aku nak doa :
semoga hari ni akan muncul dengan lebih bermakna berbanding hari2 yang sebelumnya
amin

*komen yang aku terima kat entry blog 
terima kasih blogger asma sebab sudi tag aku tuk contest tu..contest yang sangat menarik
maaf aku xjoin *baru lepas mood jadi penganjur.hehe
tapi insyaAllah aku akan kongsi2 skit apa yang blogger asma nak aku citekan :)

setiap kali aku teringat or tetiba mari fikir pasal yani 
aku akan start search YouTube n pasang lagu ni :


aku masih ingat lagi,1st time aku jumpa yani,dia jalan ngan kembar dia
*sekolah rendah Tahun 5
walaupun aku xsekelas dengan dia,tapi hampir hari2 aku bertemu dan nampak dia
kat kantin,pustaka,time nak balik sekolah*time tu aku balik ngan van.makcik drebar ambil aku :p
aku ngan kawan2 aku selalu mengata diaorang muka sama *tak matang.xtahu erti kembar tu apa >.<
kadang2 gelak2 depan dia seolah-olah mende tu 1 lawak dan cam ngeri *sebab muka sama

sehinggalah aku naik Form 1 aku bertemu lagi ngan twin 
dan kali ni aku duk sekelas ngan diaorang 
tapi kali ni lagak aku dah separa matang *dah x mengata2 lagi dah
sehinggalah aku naik Form5
aku still sekelas ngan diaorang
macam mana pelik sekalipun,watak kawan dah bertukar kasih
perasaan dan hati dah kembali berbeza
walaupun pada mulanya ramai kawan2 n cikgu2 sekolah mengetahui hal ni
*ayahnya seorang cikgu sejarah disekolah aku pada mulanya
dan ramai yang cuba nak menidakkan keadaan ni
memandangkan aku ketua pelajar dan dia seorang pengawas sekolah
segala-galanya kat sekolah perbuatan kami adalah seperti kawan biasa
terjaga dan di sekolah agenda kami adalah hanya tuk belajar :)
aku semakin mengenali diri dia sedikit demi sedikit dan begitu juga ngan dia
dia sememangnya seorang yang funny,caring dan childish
walaupun dulu time sekolah perangai aku agak suka permainkan perasaan perempuan
dan aku cukup terkenal ngan sikap buruk tu kat sekolah *memalukan >.<
tapi dia yang last dan dia still percaya ngan kejujuran aku
betapa aku nak dia tahu aku betul2 memetik hatinya untuk menikahi dia
bukan tuk bermain2 dengan tu
dan bermula tu aku nekad dialah yang terakhir 
sebagai peneman dunia dan akhirat

dan pada tahun 2010
aku mendapat tawaran belajar kat luar negara
dan dia di kolej matrikulasi tempatan
aku nekad tuk terima tawaran ni sebab aku nak kejar cita-cita 
ditambah keinginan keluarga tuk lihat aku berjaya
dia menerima keputusan aku dan menghadiahkan aku 1001 sokongan dan kekuatan semangat
dan kini dia pula yang melanjutkan pelajaran di Bumi Kenyalang 
dan keputusan tu sememangnya tepat tuk dia juga mencapai apa yang dia nak tuk hidup dia :)

3 tahun dah berlalu
macam2 dugaan dah aku dan dia terima
macam2 berita dan khabar kurang enak yang aku tahu mengenai dirinya di sana
aku tetap xpercaya sebab aku lebih mengenali siapa dia
dan ternyata semua tu hanya khabar angin tuk memutuskan kami
namun apa pun realiti dan hakikatnya
perhubungan aku dan dia masih belum halal pada-Nya
setiap hari aku berdoa
semoga sampai masa dan ketikanya
aku akan melafazkan nikah n mengahwini dia
semoga mendapat berkat Allah SWT
dan semoga dialah insan yang memegang n memiliki tulang rusukku 
dan dialah peneman untukku meniti jalan syurga
amin :)

she n her twin 

Wednesday, February 22, 2012

CSKA Moscow vs Real Madrid : memorable experience !

Alhamdullilah
masih di beri pinjaman nyawa oleh pemilik yang abadi
masih di beri kesempatan menikmati segala keindahan dan kecantikan duniawi
semuanya bersifat sementara dan tiada yang kekal di sebaliknya :)

mood aku happy hari ni
sebab hanya ada 1 kelas je n kelas tu start lambat kul 3 petang! *rehat2 lu pagi :D
apa yang pasti,aku happy sebenarnya bukan kerana ni sahaja
tapi sebab match yang aku tengok LIVE depan mata semalam !
memang sengit,terbaik n meletop !

CSKA Moscow menerima kedatangan Real Madrid ke Moscow !

kedua-dua kelab gergasi Eropah ni sedang mengintai peluang tuk ke Suku Akhir UEFA Cup
permainan yang sangat menarik daripada kedua2 pasukan
counter attack,jaringan menarik CR (Christina Ronaldo) pada minit awal permainan
yang mulanya menghampakan seluruh peminat CSKA 
dan gol penyelamat dan penyudah daripada pemain CSKA,Wernbloom
menjadikan 90 minit yang cukup mendebarkan dan menghangatkan !
walaupun suhu yang sejuk mencapai minus degree di dalam stadium *mengigil jugak aku :D

*some of the story at Luzhniki Stadium,Moscow

suasana yang cukup padat di dalam stesen bawah tanah METRO seawal jam 7.30 malam (sejam setengah sebelum perlawanan bermula)

semangat membara peminat2 CSKA 
CSKA Moscow kebanggaan rakyat Russia !



kawalan keselamatan yang cukup ketat di luar stadium
*ambil masa hampir 40 minit tuk masuk kedalam stadium !
1st time masuk luzhniki stadium !

opening of the match..memorable experience forever !



KICK OFF ! GO GO CSKA !
penangan CR memang terbaik
perkara biasa time football match
mereka bersemangat!
part ni aku suka..bendera Syria dikibarkan ! :)
vandalisme dimana2 :|

aku n kawan2 keluar stadium awal minit ke 85 sebab bimbang berlaku rusuhan di akhir perlawanan
namun agak terkilan n kecewa sebab time kitaorang keluar,bunyi sorokan menggegarkan stadium
sebab CSKA menjaringkan 1 gol tuk menyamakan kedudukan
TAHNIAH CSKA MOSCOW!
teruskan perjuangan tuk match seterusnya kembali lagi di bumi Moscow! :)

GO GO GO CSKA Moscva!

ternyata bola sepak menyatukan seluruh rakyat Russia tanpa mengira agama dan bangsa
mereka bersorak berteriak bersatu hati mengibarkan bendera dan mafla
demi pasukan kebanggaan mereka
dan begitu juga kita di bumi Malaysia :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...