Friday, October 26, 2012

cabaran itu pengorbanan


jam menunjukkan waktu sudah kini sudah mencecah angka 2.30 pagi
dengan berlatarkan suhu mencapai 2 degree di hari mulia 10 Zulhijjah
aku pasti rakan-rakan di tanah air kini
sudah pastinya sudah bangun bersedia meraikan hari raya yang dinanti2
mempersiapkan segala juadah untuk dijamu hari ini 
serta bersedia untuk berkunjung ke rumah Allah
untuk sama-sama bersembahyang serta bertakbir memuji kebesaran ilahi 

alhamdullilah
tahun ni masuk tahun ke 3 aku merayakan Aidiladha di perantauan
namun tiada apa yang peliknya,memandangkan sahabat-sahabat di tanah air juga,
ada yang tak balik kampung disebabkan jadual pembelajaran sibuk di universiti
ada jugak yang sedang lalui exam akhir dan assignment
insyaAllah..itulah namanya pengorbanan :)

apa yang mampu nak aku kongsikan tuk entri kali ini
mungkin hanyalah sekadar pengalaman
mungkin juga mampu kita gelarkan ia sebagai satu cabaran
cabaran yang bagi aku cukup manis dan penuh pengertian
memandangkan kehidupan di bumi Soviet ini benar2 menguji ketahanan

2 tahun aku xpernah miss untuk sama-sama meraikan hari raya Aidiladha 
di Kedutaan Malaysia di sini
walaupun suhu mencapai tahap beku namun tetap dengan kostum berbaju melayu  
dan alhamdullilah jika dipanjangkan umur dan ruang,
hari ini aku juga masih mampu untuk ke sana lagi untuk berkongsi suka-duka
beraya bersama perantau-perantau lain di Kedutaan
namun hakikat yang perlu aku terima kelas tidak berganjak dan berubah
dan aku perlu bergegas selepas takbir dan sembahyang raya untuk ke kelas
menjalani pembelajaran seperti kebiasaan

semalam 9 Zulhijjah aku dan rakan-rakan masih sempat melaksanakan iftar
berbuka puasa beramai-ramai
walaupun masa amat mengekang
walaupun keadaan yang amat letih dan penat habis kelas selewat jam 5,6 petang
dan balik terpaksa study untuk jalani exam pharmacology dan bermacam2 keesokan harinya
namun kami masih sempat duduk dan meraikan bersama-malam
menyediakan juadah untuk berbuka puasa serta menyambut hari raya Korban
rendang ayam,ketupat dan serunding serta biskut cornflakes menjadi santapan



alhamdullilah
walaupun tidak semeriah,sehebat dan sesedap juadah teman2 di Malaysia
namun ianya sudah cukup menjadi pengubat rindu kami yang kini berjauhan :)

itulah namanya kehidupan
setiap yang berlaku memerlukan pengorbanan
dan setiap pengorbanan memerlukan kesyukuran
kesyukuran di atas segala nikmat pemberian Tuhan

filem pendek mengenai Pengorbanan ini
cukup menceritakan pahit manis kehidupan sebagai seorang perantau di bumi Russia
saksikan :


Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3 mafhumnya :
''Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta''

cabaran itu pengorbanan
dan semoga pengorbanan kita semua mendapat keberkatan Tuhan
amin 


Salam Aidiladha dari bumi perantauan :)


Saturday, October 20, 2012

life : make it fun !

sunyi sepi je blog ni sejak akhir-akhir ni
bukan nak menidakkan kemalasan berentri
tapi tu sememang jawapan yang paling betul vs tepat
tuk 1 soalan : kenapa entri di blog ni kini sebulan sekali :D

alhamdullilah
walaupun entri bergerak perlahan
namun kehidupan masih bergerak pantas
masa pecut berlari
segala-galanya bukti kemodenan dan kecanggihan
kita manusia juga terlalu asyik mengejar keadaan
daripada iPhone 4S bertukar iPhone 5
daripada samsung S2 kini dah wujud samsung S3
segala-galanya cepat,mudah dan tangkas
namun
makin hari berjalan bergerak tanpa endahkan keadaan
makin ramai penghuninya kembali menemui Sang Pencipta 
bukti kan kekayaan,kehebatan,kekuasaan kita manusia tidak kekal lama?
segala-galanya ditinggalkan kecuali amalan yang berpanjangan
yang muda yang tua tiada tiket dan nisbah untuk Izrail menarik nyawa
subhanaAllah
muhasabah diri kita
di mana kita hari ni esok lusa dan seterusnya..insyaAllah

melangkah arus di musim bunga luruh 
dunia penuh dengan kekuningan
subhanaAllah..ciptaan Tuhan itu indah dan cukup mengagumkan

 sebuah taman di Fruzenskaya,Moscow..memang penuh dengan kedamaian

 ambik aura daun luruh : depan Hospital Rosalima 

hospital Tanganskaya cukup tenang!kalu sakit confirm boleh sihat serta-merta tengok keadaan ni :D

musim berbeza juga keadaan yang cukup berbeza
waktu solat juga kini dah mula bertukar
begitu juga ngan pertukaran siang malam 
malam kini lebih panjang
dah mula liat aku nak pegi kelas seawal jam 8 pagi :D
8 pagi yang seolah-olah 8 malam
itulah hakikat yang perlu di telan
jadual pembelajaran juga padat
di tambah pembelajaran yang makin memerlukan fokus dan tumpuan
exam bertimbun-timbun tanpa henti
belajar di dalam lembah mediclife
kini mengajar aku erti benar-benar menghargai masa dan penggunaan

xcukup skype kat bilik,skype dalam train :D

stay up sampai pagi tuk cover semua pembelajaran 

Paintball tournemant..kasi gegar isi masa lapang

ukhwah fillah abadan abada..bulatan gembira/usrah tidak dilupakan :)

dan itulah namanya kehidupan
just make it fun !
pastinya usaha kita hari ni penghujungnya satu nikmat kepuasan
janji Allah itu pasti
setiap usaha yang ikhlas,jujur,saksama serta istiqamah
pasti akan di balas dengan ganjaran yang setimpal
Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih
mana mungkin Dia sanggup melihat hambaNya hidup dalam kesengsaraan
mana mungkin juga Dia sanggup melihat hambaNya mati kerana kelaparan
begitu juga dengan kita
mana mungkin kita sanggup melihat kehidupan kita di belenggu kekosongan
sebaliknya cubalah kita hargainya dengan segala bentuk pengisian
berusahalah memenuhinya kearah yang berguna penuh berkesan
tanpa kita menidakkan keberkatan Tuhan

insyaAllah
semoga setiap jalan yang kini sedang kita lalui
walaupun dalam keadaan pecut dan berlari pantas
kita tidak pernah lupa untuk berpaling melihat mereka yang memberi sokongan
terima kasih di atas segala sokongan kawan2 :)
jumpa semua di puncak kejayaan !
amin

life : make it fun!

Tuesday, September 18, 2012

officially : 3year student

jam 4 pagi bertemankan secawan milo dan mcQ pharmacology
menjadi sesuatu rutin apatah lagi esok kelas bermula tengah hari

"3 year?ermm..memang susah..sebab tahun ni banyak subjek2 susah..tahun ni nak tentukan korang layak ke x jadi doc..sebab tahun depan dh start cycle..study je..ikut flow ok la" : tetiba teringat kata-kata nasihat senior

yup..now i officially 3 year medical student

alhamdullilah..aku bersyukur atas ketentuanNya atas redhaNya aku dah selamat menjalani pengajian 2 tahun yang pertama..di fikiran aku hanya satu : lambat lagi ke 4 tahun yang berbaki??
mungkin bisik hati yang terlalu mengekang diri..mengekang diri daripada cuba memahami realiti..sedarlah aku 4 tahun tu masih lama dan panjang..macam2 dugaan cabaran pahit manis asam garam kehidupan yang perlu aku tempuh lebih-lebih aku kini menimba ilmu jauh nun di bumi perantauan..masih banyak yang perlu aku pelajari dan aku harus sedar pencarian ilmu itu belum tentu pasti berakhir sekalipun aku menggapai segulung ijazah..itu bukan satu tiket aku akan boleh memasuki wad..memegang pesakit..melakukan sesuatu terhadap pesakit kerana pengalaman itu ilmu..pemerhatian itu ilmu..bertanya itu ilmu
apatah lagi sesi pembelajaran itu semestinya ilmu
dan harusnya menuntut aku untuk bertindak ke atas setiap ilmu itu
belajar,memahami dan cuba bertindak *mungkin itu prinsip baru untuk aku jalani tahun ke3 -.-'

Alhamdullilah jadual waktu tahun ke3 yang tidaklah terlalu padat
namun tetap menuntut untuk berjalan jauh dari satu kelas ke kelas yang lain
begitu juga dengan subjek yang baru
dan kebanyakan pembelajaran tahun ini di Hospital
mungkin untuk lebih mendalami sesuatu penyakit dan diagnosis pesakit
insyaAllah..semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik
amin

masa ni 1st general surgery class..lecturer suh pakai scrab n masuk operation teater (OTI) tengok pembedahan buang appendic..pengalaman pertama yang berharga alhamdullilah

mengenali apa itu erti bersyukur
membuatkan aku lebih berani memasuki pengajian di tahun baru
masa tetap berjalan perjalanan masih panjang
aku mesti berjalan sambil aku melihat sekeliling
menghargai dan mengenali apa itu nikmat dan keindahan ciptaan Tuhan
kadang2 aku mesti berlari sambil aku memandang sekilas pandang tepi kanan kiri 
mungkin aku mampu untuk menajamkan minda dan fikiran untuk menangkap panorama
mungkin ketika aku letih berjalan aku tak mampu melihat apa2 disekeliling
itulah perjalanan kehidupan kita
ianya sementara..yup itu janji Allah
tapi ketahuilah kawan2 mencuba untuk berusaha sedaya mungkin
walaupun dalam kita susah,senang,gembira,menangis
segalanya ada peluang dan ruang
segala-galanya atas diri kita sendiri
kerana diri kita yang membentuk peluang
diri kita juga pencetus alasan
dan diri kita juga pembakar harapan
kerana itu satu kehidupan
dan kehidupan itu nikmat 
kita berusaha Allah nampak
kita bersabar Allah menguji
dan apatah lagi kita tawakal Allah sukai

aku bersyukur atas segalaNya
kerana segalanya adalah daripadaNya 
dan segala2nya jua pasti kembali ke pangkalNya
alhamdullilah atas segala ketentuanNya

*selamat menjalani sem baru tahun baru pengajian buat semua 
lepak dan relax enjoy study dan fokus target insyaAllah segala2nya pasti cemerlang :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...