Friday, February 8, 2013

istanbul..bumi suci Sultan Al-Fateh PART III

3 hari berbaki yang cukup bermakna di bumi Istanbul
plan di rancang ngan penuh teliti arap2 xde tempat menarik yg x dilawati
suhu pun dah menjadi semakin sejuk hujan pun dah mula membasahi bumi
alhamdullilah..keunikan n kecantikan bumi Allah SWT sememangnya tiada tandingan :)

                         hujan renyai2 namun x pernah melunturkan mood happy..istanbul tetap best :)

       Istanbul Archieology Museum..muzium arkieologi terkaya di dunia..kaya dengan pelbagai artifak dan    monumen2 dari serata dunia..subhanAllah walaupun kurang mengetahui sejarah,namun dapat melihat sendiri dengan mata kasar segala bahan peninggalan sejarah ni dah buat hati rasa teruja dan gembira

                                                                 raja zaman Byzantine


                perutusan zaman purba..macam mana agak2nya orang zaman dulu boleh paham tulisan2 ni kan?




















selesai cuci mata di museum, aku n kawan2 berkunjung ke sebuah istana yang di bina sekitar tahun 1400 oleh Sultan Mehmed II dan didiami oleh sultan sehinggalah ianya di jadikan muzium atas arahan Mustafa Kamal Altartuk pada tahun 1924..istana ni banyak membantu dalam ketamadunan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah ketika itu
Istana Topkapi (Topkapi Palace)

Topkapi Palace sangat cantik dan indah

                                                    cadar yang digunakan sultan terdahulu


                            pintu masuk ke kawasan bersidang kerajaan..cukup unik subhanAllah


                                                                       kamar sultan


      di istana ini tersimpan tapak kaki Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,pedang baginda,janggut baginda,cop mohor baginda..juga pedang milik Nabi Daud a.s,tongkat kayu milik Nabi Musa a.s,pedang perang khalifah Ar Rasyidin (semuanya dilarang ambil gambar)..alhamdullilah cukup bersyukur akhirnya dapat tengok segala barang peninggalan rasul-rasul terdahulu

    juga di sini tersimpan segala hasil kekayaan kerajaan Islam terdahulu, barang-barang mewah milik sultan dan yang paling menjadi tumpuan berlian seberat 86 karat..menurut sejarah, berlian tu dijumpai oleh orang awam di dalam tong sampah lalu ianya dijual dengan hanya digantikan dengan 3 pasang sudu (sistem barter) dan sehingga kini ianya menjadi milik kerajaan..subhanAllah

tidak lengkap berkunjung ke Istanbul jika tidak menaiki feri mengelilingi selat Bosphorus
sungai yang ketika dulu pernah menjadi kubu pertahanan Sultan Muhammad Al-Fateh
menjaga Constantinople daripada serangan musuh
juga digunakan Al-fateh sebagai satu taktik untuk menawan kota Constantinople
aku n kawan2 tidak mengambil perkhidmatan feri kerana suhu yang sangat sejuk serta hujan lebat ketika tu..namun kami tetap bersyukur akhirnya dapat singgah di Artakoy,sebuah lokasi menarik tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangan selat Bosphorus yang cukup cantik :)





jambatan Bophorus kat belakang tu merupakan jambatan tercantik di Turki,keempat terpanjang di Eropah serta ketujuh terpanjang di dunia

aku n kawan2 mengambil peluang di hari-hari terakhir berada di Istanbul dengan berkunjung n menziarahi Masjid Al-Fateh serta makam baginda..perasaan hiba dan sayu tatkala aku n kawan2 melangkah masuk ke gerbang pintu masuk masjid n sempat kami menunaikan sembahyang zohor di sana










 Pagi 22 April 1452 bersamaan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir,paluan gendang dan nasyid.Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh.Penduduk Constantinople terkejut dan hairan seperti tidak percaya mana mungkin tentera Al-Fateh mampu menembusi tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki dan sejauh 160 kaki?
Sesuatu yang cukup menakjubkan,Tentera Al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat,taktik yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini.Mereka mempunyai kekuatan luar biasa apabila mengangkat 70 buah kapal dari selat Bhosphorus ke Tanjung Emas.Tiada siapa yang dapat bayangkan bagaimana ianya berlaku pada waktu malam sedangkan mereka terpaksa melalui bukit-bukau dan kemenangan membuka kota Constantinople hanya memakan masa selama 54 hari sahaja..subhanaAllah
Begitulah penangan hebat Sultan Muhammad Al-Fateh.
bagindalah yang digambarkan Rasulluah SAW ketika dalam perang Khandak : 
"Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka.Sebaik-baik pemimpin adalah ketuanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya''









sayu dan hiba tatkala melangkah masuk ke makam baginda Sultan Al-Fateh yang berada di perkarangan masjid baginda..melangkah dengan kaki kanan bau harum semerbak dan wangi menyerubungi segenap ruang kelihatan ramai yang sedang membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan rata-rata mereka dalam kelihatan sedih dan menangis..aku n kawan2 juga xmelepaskan peluang menghadiahkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sesungguhnya peluang n pengalaman ini yang paling manis n bermakna sepanjang kunjungan aku di bumi Istanbul..berkunjung ke makam seorang tokoh Islam yang cukup hebat di usia remajanya seawal 21 tahun sesungguhnya ianya satu nikmat yang cukup ternilai..susah untuk aku n kawan2 untuk meninggalkan tempat ini..insyaAllah satu hari nanti jika diberikan peluang oleh Allah SWT,aku akan berkunjung lagi ke makam baginda

segala misi dan agenda penting pengembaraan di bumi Istanbul berakhir selepas 8 hari berkampung di sana.macam2 pengalaman manis n pahat telah aku n kawan2 lalui dan yang paling penting kami dapat rasai pelbagai makanan halal yang berada di mana-mana sahaja,tidak seperti di Moscow..alhamdullilah :)











       semoga berjumpa lagi Istanbul !
untuk Lisa Surihani : Istanbul aku jugak dah datang :D

terlepas mengikuti Part I n II di Istanbul?
klik sini :

                                                            bismillah..bye2 Istanbul !

pengembaraan aku n kawan2 diteruskan ke bumi Athens,Greece
perjalanan mengambil masa 2 jam melalui jalan udara


alhamdullilah..makan pagi di dalam flight Aegean Air

 macam2 khabar yang kami dengar tentang Athens pada mulanya
tentang pergolakan dan krisis ekonomi yang tengah melanda di bumi Greece
namun apabila tiba di sana pengalaman yang cukup manis dapat aku n kawan2 rasai
kenapa?
berjumpa lagi tuk PART I Athens dalam entri akan datang!
insyaAllah..pelbagai kisah menarik akan aku kongsikan tentang lokasi Sukan Olimpik 2004 tu!
jangan lupa selalu update di laman blog ni
jumpa lagi tuk part akan datang :)
                     

Wednesday, February 6, 2013

istanbul..bumi suci Sultan Al-Fateh PART II

alhamdullilah..sedar xsedar dah masuk hari keempat aku n kawan2 di bumi Istanbul
bumi yang penuh suci dengan segala sejarah ketamadunan Islam
seperti biasa bangun pagi pasti dengan senyuman lebar semangat yang membuak2
dan hari ni semangat tu lebih hebat daripada hari2 sebelumnya
hari ni kami akan mengerjakan solat Jumaat di Masjid Biru
alhamdullilah..akhirnya apa yang diimpikan dapat kami rasai :)

subhanaAllah..ukiran dalaman Masjid Biru sangat cantik 

khutbah jumaat dalam bahasa Turki

                                         seni bina Islam tiada tandingannya


                         Ground Floor dah kurang jemaah selepas selesai sembahyang

ambil peluang bersalaman dengan Imam Besar..sejuk hati dengar bacaan khutbah n alunan bacaan ayat suci beliau ketika sembahyang..subhanAllah

selesai sembahyang,aku n kawan2 terus melangkah ke kawasan syurga membeli-belah yang cukup terkenal di Istanbul..jaraknya hanya dalam 5km berjalan kaki daripada Masjid Biru

Grand Bazaar (Kapalicarsi)
 Grand Bazaar Istanbul merupakan bazaar tertutup yang tertua dan terbesar di Dunia..ianya merangkumi hampir 3000 kedai dan dikunjungi hampir 250000 hingga 400000 orang pengunjung setiap hari..cukup mengagumkan

tudung Paflina (mungkin salah ejaan)..tudung ni cukup popular dalam kalangan kaum Hawa Turki

       lautan manusia membanjiri Kapalicarsi

cenderamata yang cukup unik :)

rata-rata peniaga di Grand Bazaar akan cam muka kita daripada Malaysia dan Indonesia
kata mereka, Malaysia negara Islam yang bagus
Alhamdullilah :)

pernah dengar x kisah Mustafa Kamal Altartuk?
Bapa Kemodenan Turki juga Bapa Kehancuran Islam
kerana kepimpinan beliaulah, sistem khalifah Islam di dunia berakhir sekitar tahun 1920an
beliau telah menukarkannya kepada sistem demokrasi
dan kematiannya cukup dasyhat dan mengerikan
subhanaAllah..
laknat Allah atas segala perbuatan zalimnya terhadap Islam
ketika pengakhiran hayat beliau,
beliau merasa panas sepanjang masa sehinggakan bomba diarahkan menyiram istananya 24jam dan pembantunya diarahkan meletakkan ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.SubhanaAllah,namun ianya bukanlah satu solusi yang berjaya,dikatakan beliau sentiasa menjerit dan didengari jeritan tu seluruh istana akibat kepanasan yang melampau.Pada tahun 1938,akibat kepanasan beliau telah pengsan selama 48 jam dan bangun daripadanya beliau telah hilang ingatan.
Akhirnya beliau meninggal dunia.Selepas meninggal,tiada seorang pun yang memandikan,mengafankan beliau sehingga mayatnya di awet selama 9 hari 9 malam.sehinggalah adik perempuannya sendiri yang hadir untuk menebus mayat beliau namun pengebumian xdapat dijalankan kerana bumi xdapat menerima mayat beliau (susah nak masuk liang lahad)..kuasa Allah Maha Besar
dan akhirnya mayat beliau diletakkan didalam sebuah keranda dan disaluti batu marmar dan ianya kekal sehingga sekarang (tidak ditanam)
subhanAllah..Allah Maha Kuasa dan Esa..itulah bukti untuk pengajaran kita semua
aku n kawan2 xdapat nak ke tempat beliau disemadikan namun kami berpeluang berkunjung ke istana di mana beliau telah melalui sangat2 getir sebelum kematiannya itu
Domalbahce Palace
sebuah istana 90% disaluti emas dibina ketika zaman Sultan Abdul Hamid
subhanAllah..cukup cantik istana ni di dalam mahupun luarannya
namun agak terkilan sebab di dalam istana xdibenarkan mengambil gambar 
    
                                                       pintu masuk Dolmabahce Palace


               simbol kezaliman dan kejatuhan sistem khalifah naungan Sultan Abdul Hamid


                                   dahan ni pun dah nampak macam disalut emas :p


  di dalam Istana ni lah terdapat bilik tidur khas Kamal Altartuk di mana beliau terseksa dan meninggal dunia


  Istana ini masih digunakan lagi oleh Presiden Turki pada hari ini namun hanyalah untuk majlis-majlis kenamaan melibatkan diplomat-diplomat asing..kata Tour Guide kami : jadilah Perdana Menteri satu hari nanti sebab diplomat2 luar sahaja yang boleh mengambil gambar di dalam istana ni *sengih jela :p

    di katakan istana ni di bina oleh Sultan Abdul Hamid kerana baginda risaukan keadaan ekonomi kerajaan   ketika itu dan membinanya dengan harapan ramai pelancong akan berkunjung ke Istanbul kerana keunikan istana emas ini

Istana yang cukup megah di dalamnya..cukup unik senibinanya

alhamdullilah selesai perkongsian tuk kali ni
*maaf segala cerita tentang Sultan Muhammad Al-Fateh akan aku kongsikan tuk part seterusnya
insyaAllah untuk part seterusnya aku akan ceritakan tentang perasaan hiba aku n kawan2 menziarahi makam Sultan Muhammad Al-Fateh,Topkapi Palace (lambang kemegahan Kerajaan Islam),muzium arkeologi termahal di dunia dan banyak lagi pengalaman terakhir di bumi Istanbul

terima kasih semua semoga jumpa lagi di pengembaraan Part III :)

terlepas mengikuti entri Part I?
sila klik : PART I
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...