Saturday, June 16, 2012

mood final exam

ada jugak perasaan jangkal bila tekan "new post''
rasa macam dah bukan satu kelaziman
tapi alhamdullilah mood nak berentri masih lagi tinggi
sebulan tanpa sebarang entri sebenarnya bukan bererti lupa pada blogging :)

melalui kehidupan biasa sebagai seorang pelajar di bumi perantau
sememangnya tidak lari dari sebarang onak ranjau dan duri
namun semua yang aku lalui sebenarnya mematangkan diri ini
tiada yang lebih bererti selain ungkapan syukur kehadrat Ilahi
atas segala apa yang aku lalui..alhamdullilah
itu semua sebagai koleksi pengalaman buat diri :)

kali ni aku kembali ngan mood final exam
just around the corner!
seberapa hebat euro2012 Spain menang pesta gol ngan Ireland 
seberapa laju sepakan gol Torres 
selaju sehebat itu jugak degupan jantung aku nak jawab final exam ni
dua paper yang bakal menjadi penghujung pengajian tahun ke-2 aku dalam bidang perubatan
insyaAllah paper final exam tuk :
Biochemistry : 21 jun
Physiology : 23 jun

semoga aku masih sempat untuk meluahkan nikmat usaha
semoga aku masih sempat menggunakan nikmat tawakal dan berserah diri
semoga segala yang aku lalui mendapat berkatMu Ilahi
amin
jumpa korang semua di Malaysia 28 jun nanti!

penutup entri :
teruja 1st time dapat berdamping ngan Menteri Perdagangan Luar Negara dan Industri
semasa makan malam baru-baru ni kat Kedutaan Malaysia
seorang anak kampung daerah Jeli,Kelantan yang hanya low profile
namun kredibiliti beliau amat perlu kita semua contohi :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...