Saturday, March 26, 2011

erti : KHADHARI


alhamdullilah..
pagi yang sungguh cerah hari ni..nikmat allah memberikan sinaran matahari buat umat-umatnya amatlah bererti..
(matahari baru muncul di moscow sejak 2 minggu ni.hehe)
terima kasih YA ALLAH..atas segala nikmat yang bersifat sementara ni;)

dan hari ni sebelum aku kuar pegi lecture history,
aku nak kongsi ngan korang tentang maksud : KHADHARI
sebenarnya sebelum ni aku sendiri tak berapa tau maksud nama aku ni..hehe
jangan salahkan parent aku coz aku penah tye sekali je kat dyeorg tentang maksud nama aku ni..tu pun time aku sekolah rendah dulu;)
aku xsalahkan wikipedia ni jugak coz xde erti nama aku ni


xpe2..yang susah nak dapat tau ni la yang aku suka sangat nak cari..
so,aku kena explore !;)

first,lau ikut parent aku maksud khadhari tu moden dan nama salah satu aliran sungai di syurga..
pengukuhan pertama yang aku dapat:


hadhari tu maksudnya bertamadun..
dan ada logiknya K ditambah didepan HADHARI..
sebab bertamadun tu lebih kurang je 
ngan moden yang parent aku cakap tu kan?

yang pasal nama sungai kat syurga tu,aku xdapat jumpa kesahihannya..lau korang tau statement ni betul ke x,gitau aku k?;)

dan bila aku search lam google :

aku terjumpa 1 artikel ni


maksudnya : wujud 1kaum yang bernama kaum khadhari?
tapi xpernah lak aku dengar kaum khadhari
atau mungkin kamu hadhari ?
kaum yang wujud pada zaman anbiya dulu..

dan ada jugak tokoh2 ilmuwan islam yang bernama khadhari :

tokoh ilmuwan islam,Syeikh Md. Al-khadari Syeikh Ali Hasabulah
dan 
tokoh hadis dan kitab terulung,Al-Imam as-Suyuthi
yang nama penuh beliau : 
Abdurrahman bin Abi Bakar bin Muhammad bin Saabiquddien bin al-Fakhr Utsman bin Nashiruddien Muhammad bin Saifuddin Khadhari bin Najmuddien Abi ash-Shalaah Ayub ibn Nashiruddien Muhammad bin asy-Syaich Hammamuddien al-Hamman al-Khadlari al-Asyuuthi

dan bila aku duk search2,cari2
aku rasa,tafsiran yang betul tentang nama keramat aku ni :
bertamadun dan moden

alhamdullilah..
aku dah dapat pengukuhan tentang erti nama aku ni;)
buat semua kawan2 aku yang  selama ni selalu duk tanya erti nama aku,
haa...persoalan korang dah terjawab;)

*lau korang ada tau tentang erti nama aku ni,kongsi2 la k..aku pun tengah mencari erti diri ni.hehe

Wednesday, March 23, 2011

JELAJAH BLOG LUAR NEGARA



jom klik & join segmen ni!

assalamualaikum dan salam sejahtera
1st sekali,aku nak perkenalkan diri
kata orang : xkenal maka tak cinta;)
nama aku : MUHAMMAD KHADHARI BIN KAMARUDDIN,
penuntut tahun pertama di 1st Moscow State Medical University
insyaallah,pengajian aku akan tamat pada tahun 2016..amin;)

sepanjang 7 bulan aku berada di bumi moscow ni,
macam2 kenangan manis dah aku lalui..
sesuatu yang xkan aku lupakan !
alhamdullilah..
1st sekali,aku sangat bersyukur coz dipertemukan dengan senior2 yang sangat bagus dan baik : menyertai usrah bersama2 mereka sangat2 bermakna bagi aku..alhamdullilah,walau dimana sahaja kita berada,sinar islam itu tetap akan menjelma;)

ukhwah yang terjalin erat di antara kami semua

kenangan manis seterusnya yang aku xkan leh lupakan 
apabila 1st time aku dapat tengok n sentuh snow !
video singkat ni menceritakan segala2 nya :
video

memang xterbayang kegembiraan masa ni..tetiba snowing tengah aku bergegas2 tuk ke kelas..hehe
4 bulan winter yang sangat indah coz 1st time aku lalui musim ni lam hidup aku!

 ke kelas dengan penuh salji 

it's snowing !

ice skating di park bersama kawan2 ! it's awesome !

dan alhamdullilah..
aku sempat meraikan hari raya aidiladha tahun ni di kedutaan besar bersama2 dengan warga2 malaysia yang lain..
laungan takbir raya berkumandang..
1st time beraya tanpa kelibat ibubapa dan keluarga..
(kena belajar melalui semua ni.hehe)

salam perantauan daripada kami,1st year student MSMU

walaupun jauh di perantauan,ukhwah kami tetap terjalin erat

snap picture di hari raya aidiladha

kejohanan SFL : futsal bersama2 AYAM FC ! terbaik punyer !

snap pic with anatomy lecturer : Prof Nely

kenangan pahit ?

1st sekali apabila aku mula2 sampai,memang aku xdapat nak manage masa ngan baik,maklumla perjalanan aku tuk ke kelas hari2 ambil masa lam 2 jam..bangun awal pagi redah suhu mencecah - belasan2 deg,jalan kaki + naik bas + train underground + bas !
dan kadang2 tu ade juga aku tertidur nyenyak lam train time balik..terlepas station tu perkara biasa.hehe..
aku jugak pernah beberapa kali terjatuh di kawasan public apabila berjalan sambil memegang 2 plastik berat makanan (baru balik daripada pasaraya),bayangkan masa tu suhu -18 gitu,aku bergegas2 then terjatuh coz ais membeku kat sepanjang permukaan jalan..memang sempoi!lagi malu apabila russian xcuba nak tolong tapi siap gelak2 kat aku..adeshhh;D
ada 1 hari tu aku dan kawan2 terpaksa ponteng kelas coz ade rusuhan berlaku..rusuhan besar2an yang mensasarkan foreigner dan orang islam..memang seram habis!ada jugak student malaysia yang kena kidnapped,tapi alhamdullilah semuanya terkawal dan selamat;)
aku sangat bersyukur coz kenangan2 pahit ni telah mematangkan diri n mengajar aku erti cabaran dan realiti hidup yang sebenar..alhamdullilah ;)

dan kata2 khas daripada aku buat semua adik2 yang mahu melanjutkan pengajian ke russia terutamanya moscow :
tangan kami disini sentiasa terbuka untuk kalian..
jangan dengar kata2 sumbang orang2 diluar sana yang mahu menyekat keinginan kita
jangan mendengar provokasi2 masyarakat tentang pengajian di russia mahupun negara2 lain
kita semua tetap sama..
yang penting,kita berusaha tuk dapat apa yang kita nak..
adik2 mari sini,adik2 akan dapat rasa suatu nikmat yang tak terhingga
nikmat2 ni xkan dapat adik2 rasai bila duduk di negara kita sendiri mahupun negara2 lain
memang best ! abang khadhari tunggu korang mari sini !;)

salam perantauan dari bumi moscow,russia

Wednesday, March 16, 2011

contest : hitam itu cool

jangan terkejut..
entry aku kali ni bertemakan hitam
sebab kali ni aku nak cakap sal hitam je.hehe

satu lagi contest yang berjaya menarik minat aku tuk join..
cool habis contest ni !


memang betul kata pereka contest ni
hitam tu memang cool !
lau korang nak tau detail gi tentang contest ni
jom2 kita join!

dan seperti yang korang tau
aku dah pun join group KAKI BLOGGER..
hangat habis !
korang nak tau sapa ADMIN dia?

helmi,syakir,saiful,tuan muda dan yang terakhir tu
NURUL HUSNA MUKHTAR..pereka contest cool ni;)

HITAM itu COOL

 apa kaitan HITAM ngan hidup aku?

mmmmm..
hati aku mula sebak
fikiran aku mula berhenti memikirkan 
segala benda berkaitan buku mahupun FB
hati aku terarah kepada satu detik
detik dan saat paling bermakna lam hidup aku
yang dah berlalu pergi 
nostalgia lalu tergiang2 kembali
saat aku melepaskan semua yang aku ada di bumi kelahiran aku sendiri
demi perjuangan hidup yang takkan pernah henti2

dan ketika saat ini
HITAMlah yang menjadi saksi
air mata
tangis 
tawa
bangga dan gembira

kot HITAM yang menjadi saksi semangat berkobar2 untuk menghadapi perjalanan ini..

saat terakhir melihat lakaran senyuman ma dan abah tersayang


50 orang anak2 terengganu berkot HITAM
lambang perjuangan akan bermula nanti > MOSCOW !

selamat tinggal MALAYSIA!


dan kot hitam ini :
akan sentiasa bersama aku
mengiringi hari2 mendatang
walau penuh onak dan duri

itulah realiti
HITAM 
itu
KENANGAN YANG ABADI
HITAM 
itu
LAMBANG PERJUANGAN BERMULA
DAN TAKKAN HENTI2
dan
HITAM itu
                     C-cabaran menanti 
                     O-OMG! penuh ranjau dan duri
                     O-obor-obor perjuangan dah pun terpacak kini!
                     L-lihatlah..akan ku bukti !

HITAM itu COOL..dan akan tetap COOL
SAMPAI AKHIR HAYAT NANTI !;)

sekarang aku nak tag lak kat kawan2 aku 
yang pernah bersama aku berpakaian kot HITAM 
pada saat bermakna aku ni
dan bersama2 meneruskan perjuangan bersama2 aku kini


buat semua yang intai2 entry aku ni
pastikan HITAM itu COOL jugak tuk korang !;)

Monday, March 14, 2011

stylo ?

OFF DAY
memang aku suka ngan perkataan ni..
hari OFF bagi aku sejak berada kat moscow ni : hari AHAD je..
lau hari len,mmg aku xkan ade mase tuk main2,jalan2 kuar2 ambil angin..
hari yang penuh ngan buku,colloq,mcQ..adesshh..
so
OFF DAY minggu ni aku nekad
nak cari ketenangan skit
pe lagi?
JOM SHOPPING!

dan kali ni,target aku ngan kawan2,nak usha2 pakaian tuk musim spring!
spring dh nak masuk ni..suhu pun dh around 1,-1 deg
pakaian lak xleh nipis2 n xley gak tebal2..
cuba la usha2 yg stylo skit

fashion : TOP MAN
harga : RM+++
amacam yang ni??
memang cool giler lau pakai time function or any celebration
warna pun ok : cream 
n sesuai digayakan ngan pakai tshirt or baju kemeja yg berwarna lembut
harga lak boleh tahan
lebih kurg je kot ngan harga design2 @ PADINI kat malaysia
so,apa kata korang ? ok ?

fashion : TOP MAN
harga : RM+++
yang ni memang xleh blah!pergghh!
saiz pun ok ngan aku.hehe..
jaket ni sesuai tuk spring n autumn..
ley tahan tuk sejuk around -7,-8 deg..
warna pun memang sempoi..xhitam,xcoklat
(sory,aku bukan pakar colour.hehe)
harga lak agak berbaloi coz ni new collection from TOP MAN
amacam korang ?

fashion : ZARA
harga : RM+++
aku memang berkenan ngan design ni !
memang cantik habis..warna lak nampak elegant..
design pun ok..
tahan sejuk tuk autumn n spring
mmg sesuai tuk pakai ke kelas,
lepak2 kat kafe or mall ngan kawan2..
so..pendapat korang ?

fashion : ZARA
harga : RM+++
cuba korang tengok jaket ni?
memang sesuai tuk pakai time function2 or mybe majlis2 keramaian
lau digayakan ngan baju kemeja lengan pnjg berwrna koko cerah..
memang lengkap! menawan habis
harga lak agak berpatutan..
so ? korang rasa berbaloi x kalau beli ?

fashion : ZARA
harga : RM++
murah kan??baju ni ngah sale sekarang ni..
agak tebal n memang cool lau dipakai time outing ngan si dia;)
baju ni gak sesuai tu spring n warnanya memang cantik..
cream susu..simple n cool
amacam ? sesuai jugak kan lau pakai ni time kat malaysia ?

fashion : BERSHKA
harga : RM++
jangan terkejut ngan harga dua jaket ni !
really2 affordable..ngah sale ni
jaket yg syafiq pakai tu memang sesuai tuk dipakai time bersantai n jalan2..
jaket putih n memang sesuai digayakan ngan seluar jeans yg gelap..
jaket yg aku pakai tu lak memang sesuai lau digayakan ngan seluar jeans yg berwarna cerah..
cayalah ! simple n stylo
apa kata korang ?

fashion : BERSHKA
harga : RM+++
cool habis..aku memang suka ngan warna ni..
hijau gelap..n sesuai dipakai time nak pergi siar2 jalan2..
jaket ni pun tahan tuk dipakai time autumn or mybe musim spring ni..
harga lak berpatutan..
susah nak cari jaket cool ginie yg harga nya agak ok kan ?
korang rasa ?

fashion : PULL AND BEAR
harga : RM++
jaket ni agak nipis n juz like sweater
agak stylo coz corak berpetak2 n bervariasi warna
memang sempoi lau dipakai time nak jalan2 or mybe ke majlis bersama kawan2
jaket ni memang ngah sale sekarang ni..
korang rasa berpatutan x?


tu la hasil aku ngan kawan2 usha2..
majoritinya agak berpatutan..stylo habis !
(winter sale dah berakhir kot.hehe)
yang pasti
salah satu daripada collection ni dah berjaya menawan hati aku
n sekrg dh jadi milik aku..hehe
korang ase yang mana?


pape pun,esok bukan lagi OFF DAY
no more jalan2 n shopping2
time for class n study !
&
senyum sokmo cam bese
akan sentiasa simple..cool n sempoi habis !


mood : study for mcQ histology esok

Friday, March 11, 2011

dan ini DUNIA

aku mula tertanya2
dimana keagungan dunia yang sebenarnya?
aku mula tercari2 
dimana keindahan dunia yang sahihnya?
aku mahu lihat segala bukti laungan penghuni dunia
akan hebatnya erti 
cinta
harmoni
sejahtera
bahagia
aman sentosa
dan
kaya harta

dan bila mata aku melihat di sekeliling dunia
sejenak aku memandang ke kiri

seketika aku memandang ke kanan


sesaat kelibat mata aku memandang ke depan

dan seminit melemparkan renungan ke belakang

 inikah paparan indah dunia yang semua hebahkan?
tiada lagikah paparan2 menarik untuk tatapan aku 
generasi setahun jagung yang penuh 
dengan cas penarik
dan sifat ingin mencuba 
atas setiap penglihatan yang ada?

dan kerana ini ke
kawan2 seusia aku di luar sana meniru semua gaya indah dunia ini?
dan sebab ini ke
kawan2 seusia aku kini ternoda mencari segala segi keseronokan dek mencuba nasib memenuhi kehendak dunia?
anak gadis yg seperti sudah hilang ayunya

anak teruna yg seperti sudah hilang sifat kepahlawannya

bayi hasil benih haram dibuang merata2.apa ingat sampah ke?


dimana pergi
pedoman hidup
kesopanan yang dicanang
akhlak ummah yang ditunjang
atau mungkin ada betulnya kata tun dr. mahathir
adakah melayu sudah lupa?

sedang ibu bapa sendiri berbangga dengan 'status' diri anak2 muda mereka bergelar insan terhebat kebanggaan dunia
dimana pergi kawan2 aku yang dulu 
duduk semeja bermain mengaji bersama
sudahkah mereka memasuki alam dunia yang indah ini sehinggakan melupakan dunia yang sepatutnya mereka berada?


wahai penghuni2 dunia
salah siapakah ini semua?
siapakah yang mahu mengangkat tangan mengaku kesalahan dan ingin bertanggungjawab atas apa yang berlaku?


akuilah
ini semua silap kita
hentikanlah segala kata2 manis yang kita ungkapkan selama ni..
hentilah memuji segala benda yang langsung tidak membawa makna..
boikotlah segala bahan2 yang sedap hanya di mulut tapi padah di jiwa..
berhentilah menyambut manis kedatangan anasir2 negatif sosial..


sampai bila lagi kita mahu ini terus bermaharajalela?
cukuplah generasi aku hari ini yang melihat 
dan 
memandang dunia yang berlagak ngeri seperti hari ni..
jangan lagi kita biarkan generasi kita akan datang,anak2 cucu2 kita melihat lagi dunia 'indah' seperti hari ini..
AYUH kita berubah kepada yang lebih baik
menjadi insan yang berada tepat pada jalan aliran PENCIPTA


kerana apa yang berlaku kepada dunia hari ni


adalah disebabkan penghuni2nya..
dan kesalahan itu terletak di tangan kita


firman allah SWT:

'Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)' 

Surah Ali Imran : 14
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...