Tuesday, November 27, 2012

we need a m.o.m.e.n.t

alhamdullilah bersyukur masih diberi kekuatan untuk terus berdiri
untuk aku terus melalui hari-hari 
tanpa ada sebarang sekatan mahupun apa bentuk sekalipun paksaan
kehidupan kita memerlukan keamanan
#Pray For Our Gaza
bantulah mereka selagi kita terdaya tatkala mereka amat memerlukan :)

ntah kenapa jam dah hampir 5 pagi mata aku masih terang
mungkin kerana aku terlalu sibuk melayan makanan minda : ilmu
yang semakin hari semakin laju memasuki ruang fikiran
dan apa yang aku harapkan
semoga semuanya dipermudahkan
sesi pembelajaran teramatlah ketat sekarang
barulah aku kenal apa itu kehidupan dunia perubatan 
cukup laju cukup berkejar
namun 1 yang aku dapat
aku dapat pelajari satu bentuk keunikan kehidupan
aku bersyukur
aku masih diberikan m.o.m.e.n.t kehidupan :)

moments : one direction

apa yang pasti
setiap m.o.m.e.n.t yang kita ada kini
segala-galanya mengalakkan kita untuk mengubah kehidupan kita
dari hari ke sehari
dan kadang-kadang apabila kita bangun sahaja di setiap pagi
pasti kita ceria dan happy
kenapa?
kerana kita masih diberi m.o.m.e.n.t 
alhamdullilah :)

insyaAllah petang nanti jam 2 petang aku akan bentangkan poster thesis
untuk Pathology Anatomy Conference anjuran universiti 
dan dikatakan akan disertai oleh perwakilan-perwakilan daripada negara lain
*mungkin sebab terlalu berdebar sampai sekarang aku xngantuk lagi :p
siyesly,macam2 perasaan hadir dalam diri
semoga  5 orang kesemuanya dari batch aku yang terpilih untuk presentation hari ni
akan dipermudahkan segala-galanya olehNya
amin

kali ni aku akan memberi simple talk mengenai penyakit yang cukup ganjil 
yang cukup sinonim di negara kita : penyakit autoimmune SLE
insyaAllah..doakan kawan2 semoga dipermudahkan semuanya..amin

apa yang pasti
segala-galanya bermula melalui niat dan hati
apa yang kita mahu dan apa yang kita ingin
namun perlu diingati
kejayaan itu perlu kita letakkan ketepi
dan apa yang penting
adalah keseronokan dalam kehidupan
keseronokan hasil sepanjang titik peluh perjuangan
sambil kita tidak lupa kesyukuran kita buat Ilahi
Dialah Yang Maha Pengatur
alhamdullilah :)

we need a m.o.m.e.n.t
untuk berusaha dalam cita-cita
untuk berkongsi sayang bersama keluarga
untuk berkongsi segala kisah kehidupan suka dan duka
kita semua ada interaksi
untuk menjalani kehidupan normal sebagai seorang manusia biasa 
kerana itu melengkapkan diri kita :)

p.e.a.c.e no WAR :)

Wednesday, November 14, 2012

s.w.e.e.t 20

alhamdullilah 14.11.2012 tiba dengan baik dan sempurna
walaupun kini Moscow di bawah suhu takat beku
namun ianya bukan satu yang perlu dipentingkan :)
dan tahun ini masuk kali ke 5 aku menyambut ketibaan tarikh yang bermakna ini
bukan kerana suhu dan keadaan
bukan juga kerana perayaan
namun kerana hari istimewa seseorang

selamat hari lahir yang ke-20
diucapkan khas buat Nur Iliani Mohd Rashid
tiada apa yang special dapat dihadiahkan 
selain ucapan serta doa melalui panggilan telefon
walaupun hakikatnya jarak masa dan tempat cukup jauh dan berbeza 
namun semestinya itu bukan erti untuk aku lupa tentangnya  :)


kalau dulu mengenalinya hanyalah sebagai kawan biasa
apatah lagi sudah muak melihat muka yang selalu dilihat sejak dari bangku sekolah rendah lagi
dua muka serupa dan mempunyai kembar yang sama parasnya
tidak lebih daripada itu
tahun berganti tahun
sehingga di usia 16 tahun
barulah aku sedar mengapa dia istimewa kemudiannya 
*mungkin kawan2 yang selalu update entri blog aku yang lepas2 mengetahui segala cerita berkenaan aku dan dia :)

alhamdullilah
apa yang aku harapkan sekarang
hanyalah redha Allah SWT
redha mak ayah
redha keluarga
redha kawan2 semua
untuk aku melayari satu perhubungan yang halal disisiNya
aku sedar mungkin ia mengambil masa
memandangkan aku sibuk dengan pengajian perubatan yang masih berbaki 3 tahun lamanya
apatah lagi dia juga harapan keluarga untuk mengenggam segulung ijazah
itu sebenarnya yang lebih penting dan utama
harapan mak ayah,harapan keluarga
insyaAllah..sama-sama mencapai kepuncaknya :)

Selamat Hari Lahir sekali lagi yang ke-20
maaf andai pernah ada silap dan salah
jalanilah kehidupan seharian dengan baik di bumi Kenyalang
hadapilah segala onak dan ranjau demi masa depan
sesungguhnya Allah SWT ada bersama kita di susah dan senang 
amin

semoga terus sukses dalam hidup
sweet 20

ikhlas daripada :
*jangan salah orang :D
aku di sebelah kiri 
yang sentiasa berada di belakang dan menyokong mu :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...