Saturday, April 13, 2013

kenapa perubatan di Russia ?


alhamdullilah masih di beri kesempatan ruang dan masa 
untuk aku berkarya idea di ruangan ni
maaf buat semua dua bulan aku menyepi
sem baru tahun ketiga perubatan betul-betul membataskan ruang masa kendiri
insyaAllah selagi termampu aku akan cuba update entri lagi :)

keputusan SPM baru-baru ini telah di ketahui
daripada yang cemerlang sehinggalah yang kurang bernasib baik
tahniah buat semua!
sebenarnya apa pun lakaran markah di slip korang,
korang semua tetap terbaik kerana sudah melepasi fasa persekolahan!
apa yang penting sekarang buatlah pilihan yang terbaik untuk masa depan
pastikan setiap peluang di ambil dan jangan terburu-buru memilih bidang
buatlah pilihan apabila tawaran datang dan ketika itu kita mempunyai banyak pilihan
baru buat pilihan betul-betul dan tepat
tanya cikgu di sekolah,pendapat mak ayah keluarga orang yang berpengalaman
dan jangan lupa istikarah
insyaAllah akan di bukakan pintu hati olehNya untuk membuat pilihan yang tepat

dalam di lema memilih bidang dan tempat pengajian
ramai yang bertanya tentang perubatan di Russia


macam mana nak apply?
apa beza perubatan di Russia dan tempat-tempat lain?
kos belanja bulanan berapa?
betul ke perubatan di Russia x bagus?
macam mana dengan kelas,makanan halal dan hal-hal agama?

dan insyaAllah dalam entri kali ini aku akan cuba menjawab segala persoalan tersebut
dan semoga entri kali ini akan membantu adik-adik yang tengah pening kepala untuk memilih ataupun tidak peluang perubatan di sini :)

 Untuk pengetahuan umum,terdapat 5 buah universiti perubatan (khusus hanya untuk perubatan tiada universiti umum seperti di negara kita) yang di iktiraf oleh Malaysian Medical Council (MMC) :

  • First Moscow State Medical University (M1)
  • Russian National Resources Medical University (M2)
  • Volgogorad State Medical University
  • Kursk State Medical University
  • Nizhny Novgorad State Medical University

macam mana nak apply?

kini terdapat tiga penaja yang sedang membuka peluang untuk perubatan di Russia :

(SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK LEBIH KETERANGAN) :

Yayasan Terengganu (YT) (hanya untuk anak kelahiran Terengganu)

dan bagi sesiapa yang ingin mencuba atas tiket persendirian korang boleh terus konteks mana-mana agen yang ada di dalam internet.Pastikan agen yang anda pilih mendapat kelulusan dan sentiasa menghantar pelajar ke Rusia supaya korang tidak tertipu!

ape beza perubatan di Russia dengan tempat-tempat lain?

sebenarnya tiada apa yang membezakan perubatan di Russia dengan di tempat-tempat lain terutamanya perubatan tempatan.Sukatan pelajaran tetap sama (masakan lepasan Russia boleh bekerja di hospital Malaysia selepas bergelar graduan),cumanya ada beberapa situasi yang membezakan perubatan di sini dengan tempat-tempat lain : 

1. Sistem Pembelajaran 

-sistem pembelajaran di sini cukup unik dan berbeza.setiap peperiksaan di panggil colloq dan final exam seperti biasa.ketika colloq,setiap pelajar akan di beri soalan yang berbeza variant (soalan subjektif) dan di beri tempoh masa untuk menjawab dan kemudiaannya perlu terus ke lecturer untuk oral examination (menjawab segala persoalan yang dikemukakan lecturer) dan markah akan di beri terus oleh lecturer ketika itu.Kaedah ini juga digunakan untuk peperiksaan akhir (final exam).Namun begitu,terdapat juga sesetengah subjek yang mempunyai sistem MCQ (soalan komputer).Sistem ini di anggap biasa kerana juga diaplikasikan kini di universiti di negara kita.

         suasana ketika oral examination (colloq)


2. Belajar dalam keadaan persekitaran dan suhu yang berbeza mengikut musim

Suhu dan keadaan persekitaran cukup memainkan peranan penting dalam memberikan keberkesanan pembelajaran kita seharian.Perkara ini menjadi cabaran yang cukup hebat buat semua pelajar yang kini sedang menimba ilmu di Russia.Untuk pengetahuan umum,Russia mempunyai 4 musim yang berbeza dalam masa setahun.Musim sejuk (salji) adalah musim yang paling tidak disenangi kedatangannya.Suhu akan mencapai tahap -30,-20,-10 darjah dan timbunan salji yang cukup tebal akan menutupi segala ruang jalan.Keadaan ini cukup menyukarkan pelajar untuk ke kelas lebih-lebih lagi pelajar di sini perlu travel setiap hari untuk ke kelas (kenapa travel?persoalan ini akan di jawab untuk soalan ke5 nanti)

      meredah salji dengan suhu mencapai -20 darjah setiap hari untuk ke kelas

kos belanja bulanan berapa?

Sesuatu yang mengejutkan,kos sara hidup di Russia kini mencapai antara 5 negara yang termahal di dunia!.yup,ianya tidak disangkal lagi.Harga makanan,tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain cukup jauh berbeza dengan negara kita.Contohnya :

Harga tempat tinggal (Hostel) satu blok 5 orang (2 bilik+bilik air+peti ais+dapur kongsi satu floor) :
RM10000/seorang setahun
Harga tempat tinggal Apartment (3/2 bilik) : rm900/1000 sebulan seorang (satu rumah 7/8 orang)
Harga sebotol air Pepsi/Nestea : RM 5/6
Harga satu set makanan Burger King yang halal (burger ikan+kentang goreng kecil+air pepsi 0.5) : rm 20/25
Harga seekor ayam mentah : rm 15/20
Harga nasi plof (nasi yang terkenal di Moscow) : rm10/15
Harga menaiki train (jika masih tiada kad pelajar) : rm 2 x sekali 
Harga bas (jika masih tiada kad pelajar) : rm 2.50 x sekali
(harga train dan bas akan menjadi murah dan mengikut bayaran bulanan setelah pelajar mendapat kad pelajar yang akan siap dalam tempoh 4/5 bulan selepas apply)

KOS BULANAN : rm 1000/1500 (mengikut perbelanjaan masing-masing dan ini tidak termasuk kos penempatan)

   Russia mengunakan sistem mata wang Rubel : 10Rubel bersamaan RM1 

betul ke perubatan di Rusia x bagus ?

Soalan yang cukup menarik untuk kita bincangkan.Baru-baru ini perkara ini cukup mengemparkan dunia perubatan di Malaysia apabila sebuah akhbar popular tempatan mengeluarkan artikel mengenai ketidakupayaan graduan Rusia ketika houseman (HO) di Malaysia dan prestasi kerja mereka yang cukup menyedihkan.Dan ianya digemparkan lagi dengan berita hangat seorang graduan Rusia yang baru sahaja memulakan kerja tetapi akhirnya melarikan diri dari rumah kerana tertekan dengan lambakan kerja di hospital.
Sebenarnya tiada apa yang perlu dibimbangkan.Jika kita nak berbicara dengan hanya prestasi seorang ataupun dua,tiga orang,tidak perlu nak pertikaikan yang masih berbaki beribu-ribu yang lain bukan?,ianya satu kebiasaan apabila ada HO yang mempunyai prestasi yang tidak baik.kenapa mesti dipertengahkan isu ini jika ianya melibatkan graduan luar negara seperti Rusia dan jika ianya melibatkan graduan tempatan,isu ini tidak ditimbulkan pula?
Tiada apa yang membezakan kita di Rusia mahupun di tempat-tempat lain.Di mana pun kita jika kita berusaha kita akan dapat,jika kita mengikut jalan dan sentiasa istiqamah kita yang akan cemerlang.Hukum alam telah membuktikan betapa orang yang berusaha itu pasti akan berjaya walaupun jika di timpa kegagalan pada mulanya kemudiannya pasti ada kejayaan.Oleh itu,tiada istilah perubatan di Rusia tidak bagus kerana sukatan  pembelajaran di mana-mana tetap sama dan mengikut kehendak semasa.Cuma yang bezanya mentaliti masyarakat kita di tanah air yang beranggapan pelajar luar negara lebih seronok melancong di negara-negara lain berbanding belajar walhal melancong itu hanyalah satu peluang yang di ambil untuk mengisi masa cuti semester jika tidak pulang ke tanah air.Bahkan,persekitaran belajar jika di ambil kira lebih mencabar di luar negara berbanding di tempatan dari segi makanan halal,pengangkutan,pergaulan dan sebagainya.

macam mana dengan kelas,makanan halal dan hal-hal agama ?

Belajar di bumi Russia sebenarnya banyak memberikan kita pengalaman yang cukup luar biasa serta tahap kematangan dan berdikari yang tinggi.Masakan tidak,setiap hari pelajar di kerah untuk travel ke kelas (kebanyakan universiti dan lebih2 lagi universiti M1 yang sedang aku duduki kini).di M1 Moscow,terdapat lingkungan 100 fakulti berbeza mengikut tempat (satu dean office). Hal ini cukup berbeza dengan kita di Malaysia yang mempunyai kampus dan belajar hanya setempat.Jarak untuk tiap-tiap fakulti ada yang jauh dan ada yang berada dekat antara satu sama lain.Oleh itu,menjadi kebiasaan pelajar-pelajar di sini untuk membuka peta Moscow dan mencari tempat fakulti setiap kali masuk semester yang baru.
Menjadi satu cabaran apabila setiap pelajar harus bersiap dan keluar awal untuk ke kelas untuk sama ada berjalan kaki,menaiki bas untuk ke stesen METRO (sistem rangkaian kereta api bawah tanah Moscow yang menghubungkan satu wilayah Moscow) untuk ke kelas setiap hari.

METRO Moscow merupakan antara rangkaian kereta api bawah tanah terlaju dan terbesar di dunia.Ianya menjadi pengangkutan utama pelajar Malaysia di Moscow untuk ke kelas yang rata-ratanya jauh daripada tempat tinggal.

Makanan halal agak sukar untuk di dapati.Namun,tetap ada kedai makanan halal di sesetengah tempat (perlu disahihkan halal dengan senior2 mahupun pemilik kedai terlebih dahulu).Di Shopping Mall pula,terdapat beberapa kedai makan sahaja yang betul-betul halal  tidak termasuk ayam MCD mahupun KFC (confirm tidak halal).Kerana itulah pelajar-pelajar di Rusia lebih gemar untuk memasak apabila pulang dari kelas namun akdang-kadang jika hari yang memenatkan jadual belajar yang padat,terpaksa juga mencari kedai makan yang halal untuk memenuhi keperluan makan seharian.

Bagi berkenaan agama pula (agama Islam), berada di sebuah negara soviet seperti Russia cukup mencabar tahap keimanan kita.Pelbagai ujian perlu kita hadapi terutamanya melibatkan solat lima waktu,cara hidup juga bagi pelajar perempuan yang memakai tudung.
Sebenarnya ianya bukanlah satu masalah,tetapi ianya adalah satu kemanisan iman.Satu ujian yang tidak akan kita dapat jika kita di negara kita dan ianya membuktikan Allah SWT cukup sayang umatnya :).
Mengenai isu sembahyang,korang boleh tengok dan paham melalui video-video ni :



video-video ini adalah hasil karya hebat KLIK SINI > calyleproduction yang terdiri daripada pelajar tahun keempat First Moscow State Medical University


begitulah serba sedikit perkongsian mengenai perubatan di negara Russia.Maaf andai masih tidak dapat menjawab persoalan semua kerana segala apa yang di tulis adalah hasil pengalaman pengajian aku di sini selama 3 tahun ini.Nasihat untuk adik-adik : belajar di mana-mana adalah sama yang membezakan ia adalah usaha kita sendiri dan bukannya orang lain.Buatlah pilihan yang tepat kerana ianya akan menjadi satu jalan untuk masa depan yang berpanjangan,bertanyalah orang yang berpengalaman kerana mungkin ideanya dapat memberikan kata putus buat kebuntuan dan semestinya jalan lupa untuk berdoa dan yang paling penting Istikarah meminta jalan daripada Allah SWT.

selamat membuat pilihan ! :)

anak perantau di bumi Russia

Sunday, February 17, 2013

athens..bumi tamadun purba PART II

menyaksikan betapa esaNya kuasa Allah SWT semestinya satu anugerah yang tak ternilai 
segala keajaiban dan kekuasaanNya telah terdampar luas di depan kaca mata
apa lagi hujah n alasan kita hambaNya untuk mendusta?

kini masuk hari terakhir aku n kawan2 di bumi Athens, ibu negara Greece
agak berat hati nak tinggalkan sebuah kota purba yang cukup unik penuh dengan tinggalan sejarah
sangkaan aku n kawan2 dulu ternyata salah
keadaan ekonomi yang meleset di tambah dengan keadaan negara yang bakal muflis,
bukanlah satu penghalang erti keamanan dan kemakmuran di bumi ini
mereka hidup bahagia,penuh dengan senyuman walaupun masalah ekonomi melanda

demostrasi secara aman menuntut kerajaan memandang serius permasalahan mereka

     walaupun di sebuah negara yang islam hanyalah minoriti daripada kesuluruhan penduduknya,makanan halal tetap boleh di dapati dimana-mana sahaja.Lebih menarik, harganya lebih murah berbanding di Istanbul mahupun Moscow! (atas kiri : donut gergasi RM2/satu,atas kanan : nasi beriyani RM8/sepinggan,bawah : pencuci mulut (percuma jika makan di restoren)..alhamdullilah syukur :)

   Sukan Olimpik yang pertama di dunia pada tahun 1896..sampai sekarang struktur binaanya masih bertahan

bandaraya Athens

                 seterusnya aku n kawan-kawan menuju ke pusat pelancongan terkenal di Athens ala-ala Pasar Kedai Payang di Terengganu : Flea Market *pasar kutu??




cukup perkongsian aku selama 3 hari di bumi Athens..cukup berat hati nak meninggalkan bumi ini apatah lagi inilah destinasi terakhir kami sebelum berangkat pulang ke Moscow 

semoga jumpa lagi Athens !

malam terakhir tu aku n kawan-kawan menginap di atas kerusi empuk kat airport je sebab flight kami jam 7 pagi keesokkan harinya :)

bye2 Athens!

breakfast dalam flight..simple tapi dah boleh kenyang..alhamdullilah :)

sampai Moscow,penuh salji kat luar
yess!i'm coming back to reality!
suhu Moscow masih di bawah takat beku ketika tu -10 degree

pelbagai pengalaman menarik baik yang baik mahupun yang buruk telah aku perolehi
sepanjang 14 hari percutian kali ni
yang paling penting hadiah terbaik aku dapat balik demam dan selsema sepanjang 2 minggu.haha n sampai sekarang selsema aku masih xsembuh2 lagi

papepun,sem baru dah bermula
subjek baru pun ada yang banyak yang dah bermula
so back to basic as medical student
insyaAllah..semoga mendapat segala keberkatanNya

jumpa lagi di winter trip tuk tahun hadapan! :)

Sunday, February 10, 2013

athens..bumi tamadun purba PART I

alhamdullilah selesai pengembaraan di bumi Istanbul
perasaan sedih n hiba meninggalkan bumi suci Al-Fateh 
namun aku tinggalkan satu tekad n azam dalam diri tatkala flight melepasi garisan luar udara Istanbul :
insyaAllah..suatu hari nanti aku akan jejakkan kaki lagi di Istanbul
kembali mengambil aura semangat pemuda hebat Sultan Muhammad Al-Fateh
mengambil pengajaran azab Allah SWT ke atas pemimpin zalim Mustafa Kamal Altartuk
juga menikmati keindahan Hagia Sophia dan seisinya..amin :)

dan kini aku n kawan2 teruskan pengembaraan di bumi Greece!

here we go Athens!

tepat jam 5 petang,aku n kawan2 selamat mendarat di Athens International Airport
suhu persekitaran bertambah baik(kurang sejuk) dalam lingkungan 10-12 degree
berbanding di Istanbul ketika itu yang mencecah 5-8 degree
alhamdullilah..akhirnya aku sampai di bumi Acropolis
kalau dulu mengenalinya melalui pemahaman sukatan pelajaran Sejarah sekolah menengah,
dan hari ni aku berpeluang menyaksikan kehebatannya dengan mata kasar
memang x sabar :D

                              Welcome To Athens..alhamdullilah satu pembuka khabar yang baik

pemandangan dari luar Athens International Airport

aku n kawan2 menggunakan sistem kereta api bawah tanah METRO untuk berangkat ke hotel yang kami tempah melalui venere.com,sebuah laman web yang menyediakan tempahan hotel secara online yang sentiasa memberikan cadangan penginapan yang sesuai di serata dunia..cukup mudah n senang :)

sampai hotel sambil tunggu masa nak check-in,pe lagi wi-fi free online :D

   memandangkan aku n kawan2 akan berada di Greece hanya 3 hari,*sebab time nak book tiket dulu,aku n kawan2 diberi nasihat oleh keluarga kami di Malaysia agar berada di kota ni sekejap je sebab macam2 dalam berita tentang pergolakan yang sedang melanda Greece sekarang..so aku n kawan2 plan pengembaraan kami dengan penuh padat sampai malam..apa yang penting,semua tempat yang menarik akan kami lawati..insyaAllah

bangun pagi keluar,dah nampak ada demonstrasi jalanan
kata mereka kepada kami : jangan risau,ianya dilakukan secara aman
tidak ada sebarang gangguan terhadap mana2 pelancong
alhamdullilah :)

         dataran Flea Market yang menjadi tarikan pelancong..kat sini jalan utama menuju ke puncak di mana Acropolis berada..jom start mendaki ! :D

nampak macam vandalisme tapi cukup unik dan menarik

   belum sampai lgi di puncak bukit,aku n kawan2 dah jumpa satu tempat yang cukup cantik pemandangannya apatah lagi tempat tu penuh dengan orang ramai..
subhanaAllah..satu pemandangan kota Athens dapat kelihatan juga dapat kelihatan Acropolis yang gah di puncak bukit
                                                           kota Athens dari pandangan atas bukit
                     Athens mengekalkan bangunan-bangunan lama sebagai satu aset yang cukup ternilai





selesai bergambar sakan,terus aku n kawan2 bergerak menjejaki Acropolis, yang sekarang ni kekal sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia













subhanAllah..cukup mengagumkan..walaupun binaannya kini dikuatkan dengan bantuan konkrit namun seni binaannya tetap teguh cukup unik dan menakjubkan
aku n kawan2 meninggalkan Acropolis dengan satu keazaman :
"sejarah itu mampu di ciptakan dengan satu semangat yang luar biasa dengan hasil yang cukup luar biasa''

saksikan pengembaraan aku dalam PART II/terakhir di bumi Greece 
tuk entri akan datang :)

Friday, February 8, 2013

istanbul..bumi suci Sultan Al-Fateh PART III

3 hari berbaki yang cukup bermakna di bumi Istanbul
plan di rancang ngan penuh teliti arap2 xde tempat menarik yg x dilawati
suhu pun dah menjadi semakin sejuk hujan pun dah mula membasahi bumi
alhamdullilah..keunikan n kecantikan bumi Allah SWT sememangnya tiada tandingan :)

                         hujan renyai2 namun x pernah melunturkan mood happy..istanbul tetap best :)

       Istanbul Archieology Museum..muzium arkieologi terkaya di dunia..kaya dengan pelbagai artifak dan    monumen2 dari serata dunia..subhanAllah walaupun kurang mengetahui sejarah,namun dapat melihat sendiri dengan mata kasar segala bahan peninggalan sejarah ni dah buat hati rasa teruja dan gembira

                                                                 raja zaman Byzantine


                perutusan zaman purba..macam mana agak2nya orang zaman dulu boleh paham tulisan2 ni kan?




















selesai cuci mata di museum, aku n kawan2 berkunjung ke sebuah istana yang di bina sekitar tahun 1400 oleh Sultan Mehmed II dan didiami oleh sultan sehinggalah ianya di jadikan muzium atas arahan Mustafa Kamal Altartuk pada tahun 1924..istana ni banyak membantu dalam ketamadunan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah ketika itu
Istana Topkapi (Topkapi Palace)

Topkapi Palace sangat cantik dan indah

                                                    cadar yang digunakan sultan terdahulu


                            pintu masuk ke kawasan bersidang kerajaan..cukup unik subhanAllah


                                                                       kamar sultan


      di istana ini tersimpan tapak kaki Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,pedang baginda,janggut baginda,cop mohor baginda..juga pedang milik Nabi Daud a.s,tongkat kayu milik Nabi Musa a.s,pedang perang khalifah Ar Rasyidin (semuanya dilarang ambil gambar)..alhamdullilah cukup bersyukur akhirnya dapat tengok segala barang peninggalan rasul-rasul terdahulu

    juga di sini tersimpan segala hasil kekayaan kerajaan Islam terdahulu, barang-barang mewah milik sultan dan yang paling menjadi tumpuan berlian seberat 86 karat..menurut sejarah, berlian tu dijumpai oleh orang awam di dalam tong sampah lalu ianya dijual dengan hanya digantikan dengan 3 pasang sudu (sistem barter) dan sehingga kini ianya menjadi milik kerajaan..subhanAllah

tidak lengkap berkunjung ke Istanbul jika tidak menaiki feri mengelilingi selat Bosphorus
sungai yang ketika dulu pernah menjadi kubu pertahanan Sultan Muhammad Al-Fateh
menjaga Constantinople daripada serangan musuh
juga digunakan Al-fateh sebagai satu taktik untuk menawan kota Constantinople
aku n kawan2 tidak mengambil perkhidmatan feri kerana suhu yang sangat sejuk serta hujan lebat ketika tu..namun kami tetap bersyukur akhirnya dapat singgah di Artakoy,sebuah lokasi menarik tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangan selat Bosphorus yang cukup cantik :)





jambatan Bophorus kat belakang tu merupakan jambatan tercantik di Turki,keempat terpanjang di Eropah serta ketujuh terpanjang di dunia

aku n kawan2 mengambil peluang di hari-hari terakhir berada di Istanbul dengan berkunjung n menziarahi Masjid Al-Fateh serta makam baginda..perasaan hiba dan sayu tatkala aku n kawan2 melangkah masuk ke gerbang pintu masuk masjid n sempat kami menunaikan sembahyang zohor di sana










 Pagi 22 April 1452 bersamaan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir,paluan gendang dan nasyid.Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh.Penduduk Constantinople terkejut dan hairan seperti tidak percaya mana mungkin tentera Al-Fateh mampu menembusi tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki dan sejauh 160 kaki?
Sesuatu yang cukup menakjubkan,Tentera Al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat,taktik yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini.Mereka mempunyai kekuatan luar biasa apabila mengangkat 70 buah kapal dari selat Bhosphorus ke Tanjung Emas.Tiada siapa yang dapat bayangkan bagaimana ianya berlaku pada waktu malam sedangkan mereka terpaksa melalui bukit-bukau dan kemenangan membuka kota Constantinople hanya memakan masa selama 54 hari sahaja..subhanaAllah
Begitulah penangan hebat Sultan Muhammad Al-Fateh.
bagindalah yang digambarkan Rasulluah SAW ketika dalam perang Khandak : 
"Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka.Sebaik-baik pemimpin adalah ketuanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya''









sayu dan hiba tatkala melangkah masuk ke makam baginda Sultan Al-Fateh yang berada di perkarangan masjid baginda..melangkah dengan kaki kanan bau harum semerbak dan wangi menyerubungi segenap ruang kelihatan ramai yang sedang membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan rata-rata mereka dalam kelihatan sedih dan menangis..aku n kawan2 juga xmelepaskan peluang menghadiahkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sesungguhnya peluang n pengalaman ini yang paling manis n bermakna sepanjang kunjungan aku di bumi Istanbul..berkunjung ke makam seorang tokoh Islam yang cukup hebat di usia remajanya seawal 21 tahun sesungguhnya ianya satu nikmat yang cukup ternilai..susah untuk aku n kawan2 untuk meninggalkan tempat ini..insyaAllah satu hari nanti jika diberikan peluang oleh Allah SWT,aku akan berkunjung lagi ke makam baginda

segala misi dan agenda penting pengembaraan di bumi Istanbul berakhir selepas 8 hari berkampung di sana.macam2 pengalaman manis n pahat telah aku n kawan2 lalui dan yang paling penting kami dapat rasai pelbagai makanan halal yang berada di mana-mana sahaja,tidak seperti di Moscow..alhamdullilah :)











       semoga berjumpa lagi Istanbul !
untuk Lisa Surihani : Istanbul aku jugak dah datang :D

terlepas mengikuti Part I n II di Istanbul?
klik sini :

                                                            bismillah..bye2 Istanbul !

pengembaraan aku n kawan2 diteruskan ke bumi Athens,Greece
perjalanan mengambil masa 2 jam melalui jalan udara


alhamdullilah..makan pagi di dalam flight Aegean Air

 macam2 khabar yang kami dengar tentang Athens pada mulanya
tentang pergolakan dan krisis ekonomi yang tengah melanda di bumi Greece
namun apabila tiba di sana pengalaman yang cukup manis dapat aku n kawan2 rasai
kenapa?
berjumpa lagi tuk PART I Athens dalam entri akan datang!
insyaAllah..pelbagai kisah menarik akan aku kongsikan tentang lokasi Sukan Olimpik 2004 tu!
jangan lupa selalu update di laman blog ni
jumpa lagi tuk part akan datang :)
                     

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...