Sunday, December 25, 2011

salju : bukti kebesaran-Nya


Alhamdullilah
syukur kerana masih diberi peluang tuk merasai pinjaman nyawa dan diri
syukur juga masih diberi ruang waktu tuk menikmati segala nikmat kebesaran Ilahi
syukur juga masih mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi liku-liku hidup
yang penuh dengan ranjau dan onak duri
segala-galanya mengajar dan mematangkan diri ini 
menjadikan hari-hari yang aku lalui penuh dengan corak dan warna-warni
itulah kehidupan
setiap pengalaman yang kita lalui
sebenarnya bukan sekadar menghadiahkan satu memori yang cukup bermakna & bererti
tetapi apa yang lebih penting lagi memberikan kita seribu satu pengajaran 
pengajaran tuk menginsafi siapa sebenarnya diri ini
lihatlah persekitaran Soviet hari ni
penuh dengan salju yang memutih lebat membasahi bumi
ramai rakan2 yang mengimpikan detik ini
ramai yang menyuarakan aku bertuah kerana dapat menikmati rasanya salju
yang aslinya xkan pernah dapat di bumi kelahiran sendiri
itu satu kesyukuran..itu satu kenikmatan 
mungkin hari ini hari aku..akan datang milik kawan2
tap sedarilah situasi dan keadaan aku hari ini 
aku sebenarnya diberi satu ujian besar oleh Allah SWT
segala-galanya yang berlaku pasti ada hikmat kejadianNya
maka berdosalah aku jika makin lalai dibuai keseronakkannya
sedangkan akulah insan yang rugi 
nikmat Allah didepan mata gagal tuk menginsafkan diri
masyaAllah
"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih. Maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butir-butiran) salji dari langit, iaitu dari (gumpalan-gumpalan awan) seperti gunung-ganang. Maka ditimpakan-Nya salji itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari sesiapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. Allah menggantikan malam dan siang, sesungguhnya pada yang demikian  itu pelajaran yang besar bagi orang yang mempunyai penglihatan. Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian yang lain berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(al-Nur 24:43-45)
kehadiran musim salji bukanlah sesuatu yang menggembirakan warga Soviet
segala aktiviti harian mereka akan terbantut
apatah lagi dengan keadaan suhu yang mencecah negatif selsius
memerlukan kekuatan fizikal & mental yang tinggi tuk keluar mencari rezeki
begitu juga bagi aku sebagai seorang pelajar
perlu bangun seawal 7 pagi tuk ke kelas walhal ketika tu persekitaran masih seperti pukul 5 pagi (gelap)
kalau nak ikutkan nafsu nak je tidur 24 jam melayan mimpi dikala sejuk
kalau keluar penuh dengan menggigil merah muka ditambah selsema
itulah bukti kita manusia lemah..insan yang penuh kerdil
tiada limitnya ketahanan badan kita : hasil cantuman tanah
tanah liat yang penuh hina 
semoga kehadiran musim salji akan terus memberi makna dan erti
membuktikan kebesaran Ilahi
amin

Saturday, December 17, 2011

kes kematian aminulrasyid : antara konflik & pengajaran


sambil melayan YouTube bersama2 santapan BioChem tengah2 malam ni
memang dah nak termuntah2 dah aku duk ngadap formula2 sains ni je*poning dah eden
klik punyer klik..ntah pape aku klik *maklumlah video dihujung jari
akhirnya aku terklik satu video mengenai satu episod kematian 
yang pernah mengemparkan negara satu ketika dulu *tahun 2010
mungkin cerita ni dah lapuk dan dah tak gempak dah
tapi apa yang pasti 
perjalanan cerita ni terselit seribu satu makna disebalik apa yang berlaku
makna yang xkan pernah LAPUK dek zaman untuk pengajaran kita semua
dan aku yakin n pasti..semua tahu tentang kisah ni :

kes penembakan maut seorang pemandu kereta bawah umur
oleh anggota polis


Pada jam 2 pagi 26 April 2010:
seorang remaja berusia 15 tahun,Aminulrasyid Amzah
telah mati ditembak oleh anggota peronda polis (2 kereta 4 orang)
berhampiran rumahnya di Jalan Makyong, Seksyen 11,Shah Alam,Selangor.
Aminulrasyid memandu kereta Proton Iswara milik kakaknya,
tanpa lesen pada malam hari bersama rakannya.
Polis peronda yang menaiki kereta peronda polis (MPV)
mengejar dan mengarahkan suspek berhenti
tetapi Aminulrasyid ketakutan lalu melarikan diri dan membahayakan anggota polis.
Kereta peronda polis mengejar kereta itu sejauh 6 km 
dalam kelajuan yang tinggi sebelum ia terlanggar sebuah motosikal.
Kereta itu enggan berhenti.
Tembakan tepat di bahagian belakang kepala mangsa.
Rakannya Muhammad Azamuddin Omar,15 yang duduk di sebelah
melarikan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan dan badan
sumber : wikipedia

keputusan akhir perbicaraan mahkamah hanya diputuskan 
selepas lebih setahun tradegi maut ini berlaku :

Shah Alam 15 September 2011 :
Koperal Jenain Subi telah didapati bersalah 
menyebabkan kematian pelajar AminulRasyid Amzah akhir April tahun lalu,
kes yang menarik perhatian seluruh negara. 
mengenai soal pematuhan peraturan oleh anggota keselamatan sendiri
Dalam keputusannya hari ini, Hakim Latifah Mohd Tahar 
memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain,yang berakhir dengan 21 tembakan,
satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar 
untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh AminulRasyid
Anggota polis itu dikenakan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Sesyen

terlalu banyak pentafsiran umum mengenai tradegi ini
daripada perdebatan hebat di medan Parlimen sehinggalah bualan di kedai2 kopi
semuanya bercerita panjang lebar membuat konklusi masing2
tak perlu kita nak cakap panjang lebar tentang apa yang berlaku sebenarnya 
cukuplah sekadar menjadi pengajaran buat kita semua :

1.penggunaan senjata oleh pihak berkuasa terhadap orang awam
terlalu melampau jika pihak polis melepaskan tembakan bertubi-tubi keatas kenderaan yang dipandu mangsa dengan alasan mengganggap mereka sebagai penjenayah.Sepatutnya perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi tanpa usul periksa terlebih dahulu dan hanya kerana sebuah kenderaan yang lari selepas beberapa kali diperintahkan untuk berhenti.

penjelasan oleh sahabat baik mangsa yang juga berada di dalam kereta tersebut ketika kejadian menceritakan segala-galanya :

sumber : Star Online


2.Penggunaan kenderaan oleh remaja bawah umur dan tanpa lesen memandu
Silap siapa?sepatutnya remaja-remaja yang masih mentah apatah lagi tanpa lesen memandu yang sah yang masih dibangku sekolah tidak sepatutnya dibiarkan memandu kenderaan.
Lebih menyedihkan remaja-remaja ini dibiarkan keluar memandu pada waktu tengah malam.Ibubapa seharusnya memainkan peranan untuk tidak membiarkan anak-anak mereka melakukan perkara yang dinyatakan diatas.Sesuatu yang amat merbahaya buat anak-anak apatah lagi jika berlaku kes seperti ni:bertimbun dengan pihak polis.

tradegi kematian arwah Aminulrasyid 
sememangnya banyak memberi impak yang besar buat semua
membuktikan kepincangan pentadbiran sistem pertahanan dan keselamatan negara
isu ketidakadilan dalam sistem keadilan mahkamah 
sehinggalah kepada isu peraturan pemanduan yang masih gagal dituruti masyarakat awam
segala-galanya antara konflik & pengajaran

perkara yang dah lepas biarkan menjadi pengajaran buat kita semua
pihak berkuasa,ibubapa malahan diri kita sendiri remaja
ikutilah peraturan yang telah ditetapkan..laksanakanlah dengan penuh amanah
demi kesejahteraan kita bersama
insyaAllah

Al-Fatihah buat keluarga Allahyarham Aminulrasyid
semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya
dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan soleh
amin

video kenangan Allahyarham semasa riwayat hidupnya :

*dedikasi khas daripada sahabat handal Allahyarham

Sunday, November 27, 2011

jodoh : pencarian atau ketentuan?


permata yang dicari : dehearty

mungkin terlalu awal bagi aku tuk perkatakan tentang hal ini
tapi tiada silapnya jika hanya tuk sharing dan berkongsi pendapat
demi kebaikan bersama :)


seminggu tanpa sebarang coretan *agak sunyi laman ni :)
 kini aku kembali tuk berbicara tentang suatu perkara yang menarik tuk diperkata
suatu perkara yang mungkin sukar untuk kita semua berkonklusi
suatu perkara yang agak bersensitiviti tinggi 
suatu perkara yang mungkin memerlukan panduan agama tuk mengupas persoalannya
suatu perkara yang perlu kita fahami dengan lebih terperinci 
adakah apa yang kita tahu tentangnya selama ini
buah mulut orang-orang sekeliling 
atau 
mungkin mentaliti kita sendiri ?

apa pertafsiran korang ngan apa yang ada di bawah ni :






















































































JODOH
adakah ianya suatu PENCARIAN 
atau mungkin suatu KETENTUAN ?

terlalu sukar untuk mencari jawapan tuk hal ini..namun apa yang pasti,gambar-gambar diatas jelas menunjukkan mentaliti dan sikap masyarakat kita hari ini meletakkan jodoh itu sebagai suatu pencarian..malah diletakkan sebagai suatu ramalan ?

terdapat banyak pentafsiran manusia yang boleh kita percayai terhadap persoalan jodoh ni
ada yang kata jodoh itu sebenarnya boleh dicari dan diminta 
namun urusan selanjutnya adalah ketentuan Allah SWT
ada yang kata jodoh itu sebenarnya sudah ditentukan oleh Allah SWT
tanpa perlu kita berusaha untuk mencarinya dan menukarkannya
ada juga yang mengatakan yang jodoh itu suatu yang dah ditentukan Ilahi 
dan memerlukan pencarian daripada kita

memang benar,
kita,manusia tidak boleh lari daripada fitrah kejadian kita sejak azali
cinta itu sebenarnya suatu fitrah
islam itu juga suatu fitrah
namun cinta itu perlu dilunaskan mengikut islam agar mendapat keredhaanNya
sebenarnya tiada jodoh yang datang bergolek di depan mata kita
mancari-cari mengapai-gapai kita
sebaliknya memerlukan pencarian dan usaha daripada kita
ianya ditafsirkan sama seperti rezeki yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada kita
kita boleh berusaha dan berdoa untuk mendapat rezeki yang lebih daripadaNya

apa yang lebih menyedihkan
ada diantara kita yang mempersoalkan ketentuan Allah :
"Ya Allah,mengapa aku masih belum menemui jodohku walhal usiaku sedang menuju ke detik senja?"

persoalan tu sebenarnya sangat x patut diluahkan oleh kita
ianya seakan-akan mempersoalkan qada' dan qadar Allah
elakkan bertanya kepada Allah : 
mengapa sesuatu itu tidak berlaku kepada kita
tetapi tanyalah Allah apakah yang perlu dilakukan untuk sesuatu itu berlaku

penjelasan aku tadi sebenarnya bukan satu galakan tuk menyuruh korang bercinta !
tapi sebenarnya tuk buktikan yang erti bercinta 
itu sebenarnya adalah sesuatu yang serius jika kita berada didalamnya !
silapnya masyarakat kita hari ini
mereka bercinta untuk suka-suka
mendambakan cinta itu lebih sehinggakan hilang ingatan kepada agama
melanggar fitrah kejadian manusia
lari dari noktah2 agama
khayal tak tentu hala
hilang akidah dan akhlak
lalai dibuai nafsu sarakah syaitan bertopeng manusia
menyebabkan mentaliti orang sekeliling memandang cinta sebelum berkahwin itu 
bukan suatu inisiatif yang bagus untuk mencari jodoh yang dah ditetapkan kepada kita

apa pun pentafsiran kita
jodoh itu ketentuan Allah SWT
dekatkanlah diri kita kepadaNya
berdoalah kepadaNya mohon petunjuk
mohon permudahkan mohon membuka sinar
mohon dipertemukan dengan jodoh yang baik
demi keredhaan dijalanNya
dunia dan akhirat..insyaAllah



























"Ya Tuhanku, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari memohon sesuatu yang aku tidak mengetahui hakikatnya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampunan serta tidak menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk golongan orang-orang yang merugi." (QS. Hd: 47)

Sunday, November 20, 2011

sushi time *


Thanks God for still given the opportunity to enjoy life
although it is temporary
Alhamdullilah :)

yesterday we got farewell party for our groupmate Doris Goh
she will going back to Malaysia
continue study there before further to US
good luck Doris !

sushi time at Planeta Sushi Akthany Ryad *
it's awesome !



snap pics while waiting for sushi !




see you again ! :)

Thursday, November 10, 2011

aidiladha2011 : some of our story*



setiap perjuangan memerlukan kesungguhan
setiap kesungguhan memerlukan keikhlasan
setiap keikhlasan memerlukan pengorbanan
dan setiap pengorbanan memerlukan istiqamah

aidiladha di bumi moscow tidaklah seindah dan semeriah di tanah air
segala-galanya simple dan sederhana
walaupun tanpa sebarang upacara korban 
namun segala-galanya ceria dan riang
tatkala takbir raya berkumandang
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar
Wallilahlilham 

6.November : Ambassy of Malaysia Moscow


some of our story*












































para pelajar malaysia dari pelusuk moscow memenuhi dewan untuk bertakbir raya bersama2


khutbah yang cukup bertenaga dan bermaklumat disampaikan oleh uncle Keris Mas

walaupun simple,namun sudah cukup mengubat rindu akan masakan malaysia :)

Ucapan perasmian majlis oleh Datuk Zainol, Duta Besar Malaysia ke Russia

menjamu selesa beramai-ramai ambil feel raya :)

kanak-kanak riang di pagi raya

menjamu selesa beramai-ramai memeriahkan suasana

tuah kepala botak jijo..simbolik raya haji tahun ni :D

candid di pagi raya : mengeratkan silaturrahim :)

pelajar tahun pertama : 1st raya aidiladha di perantauan buat mereka

bergambar kenangan bersama uncle Keris Mas

riang ria bermain bunga api


segala kenangan yang dilalui dan ditempuhi
adalah bukti keteguhan sebuah ikatan dan ukhwah nurani
semoga segala pengorbanan yang telah diperjuangkan selama ni
mendapat keberkatan daripada Ilahi
amin :)






salam aidiladha 
buat sahabat handal,guru-guru dan seluruh ahli keluarga yang kini berada di Malaysia serta pihak tajaan Yayasan Terengganu
daripada kami : pelajar tahun dua 1st Moscow State Medical University
dengan ucapan semoga pengorbanan tahun ini 
lebih bermakna dari tahun sebelumnya :)
insyaALLAH..amin



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...