Sunday, May 29, 2011

jom LIKE page blog aku@facebook !;)


MU kalah n BARCA menang
penutup malam aku yang hampa;(

sedang aku melayan karenah mata yang masih belum mahu berdomba
tetiba mari satu hormon kat lam diri aku :
hormon yang menyuruh aku buat page!

yup..
aku buat ni coz senang nanti aku nak share2 n bagitau apa2 tentang blog aku yang sempoi ni
aku harap page ni dapat memberikan sedikit sebanyak 
 maklumat terkini kat semua tentang blog aku ni
kalau korang ade pape nak tanya tentang aku
boleh la terus direct aku di page ni k;)

kalau korang rasa blog aku ada di hati korang
kalau korang rasa aku berblogging bukan syok sorang diri.hehe
jom2 like page aku ni :


KLIK DIBAWAH:

like jgn tak like yep;)

alhamdullilah
4 bulan aku dalam dunia blogging ni
macam2 dah aku dapat
macam2 peristiwa dah aku lalui
macam2 benda dah aku pelajari
semuanya memberi erti dan makna
sebuah kehidupan;)

insyaALLAH
selagi kendiri ini masih berkeringat
selagi nyawa dikandung badan
selagi itu aku akan ada untuk kalian
blog ni akan terus bernyawa dan berguna dimata kalian;)

semoga segala apa yang kita lakukan
akan diberkati tuhan
amin ;)

lepas korang like
comment kat entry aku ni k
n jangan lupa bagi link blog korang sekali yep!
senang aku nak round2..blogwalking nanti
usha2 blog korang lak;)

terima kasih 
buat semua yang menyokong blog aku ni selama 4 bulan ni
terima kasih
buat semua yang sudi berkunjung ke blog aku yang masih mentah ni
adanya blog aku ni kerana korang semua;)

selamat berblogging;)

Saturday, May 28, 2011

perjuangan aku bermula di sini;)


masa akan terus berputar..detik akan terus bergerak
manusia akan terus berjalan selagi nyawa di kandung badan
siang dan malam..pagi dan petang..menyinari hari-hari kita dengan penuh hebat
setahun berlalu seakan-akan baru semalam
agak gelak dalam hati apabila memikirkan
1 tahun pengajian kedoktoran akan aku labuhkan ;)

sedang hati aku mengucap syukur,tetiba kendiri kembali teringat akan satu masa dan ketika
dari mana mulanya?
ya..kenangan terindah program persediaan..
xkan pernah dilupakan ;)

aku ingat lagi..daftar masuk program persediaan : 13 jun 2010
medic tuk ke russia memang ramai batch aku..hampir 50 orang YT hantar
mula2 memang agak lainlah
maklumlah masing2 xkenal..malu2 lebih lagi ngan budak perempuan.hehe
betul la kata orang
tak kenal maka tak cinta kan?;)

masing2 khusyuk dengar madam elena ajar bahasa russia;)

madam elena sedang ajar...sssssssss

bergambar kenangan bersama2 madam elena time kelas russia yang last !

apa yang bestnye,
3 minggu di asrama TATI,lastly aku dan kawan2 dipindahkan ke apartment Awana Kijal !
syok habis la!;)

jom angkut barang !;)

terima kasih van dan pak cik van ni coz angkut harta2 berharga ni;)




apartment yang kami duduki hampir 2 bulan setengah..memang cantik dan berada dekat ngan tepi pantai;)

sesi memasak bersama chef pakar;)


dah bekas free,periuk dan dapur pun free,apa lagi?
jom belajar masak sendiri !;)

suasana lam bas hari2 time ke kelas..kecoh satu bas!haha


aktiviti petang2 : berjemur di tengah panas;)


pengalaman pertama bedah tikus;)



majlis berbuka puasa bersama YT..memang best;)



solat terawih berjemaah ramai2..alhamdullilah..walaupun ruang kecil,tapi dapat muat;)
*murtabak-juadah terbaik pas terawih..perrgghhh!!


ni lak bila time cuti..jom balik umah !;)


BBQ ramai2 sebelum tinggalkan AWANA;)

alhamdullilah..akhirnya aku n kawan2 berjaya dapat sijil lulus bahasa russia;)

program terakhir bersama MB Terengganu;)


dan di sini..perjalanan kami bermula;)

alam persediaan dulu akan kekal tinggal kenangan
3 bulan aku n kawan2 mengenali erti diri
masing2 bersatu tenaga,bersatu hati untuk mencapai 1 misi
yup..kami bakal membawa nama di negara republik Russia!

apa yang pasti,pada saat ni..ketika ni,,detik ni..
aku still rasa cam aku still kat AWANA..
main air pantai..main bola pantai
aku still rasa cam aku kat TATI
lam kelas tunggu madam elena ajar bahasa russia
tunggu miss farah miss huda datang ajar biology dan physics
aku still rasa cam kat dalam bas SP BUMI
balik umah setiap hujung minggu;)
begitulah kehidupan..yang berlalu akan tetap berlalu
segala kenangan itu adalah pengajaran dan pengalaman

buat junior2 yang hampir 100orang yang tengah menjalani program persediaan di TATI sekarang,
belajar rajin2..main la sepuas2nya.hehe
enjoykan diri..kerana alam persediaan hanya akan berlaku sekali;)

kami menanti kedatangan korang di bumi Moscow ni ;)

apa yang pasti,
setiap perjuangan akan ada titik mula
dan
perjuangan aku..bermula di sini ;)

Sunday, May 22, 2011

skrip lama kembali berulang : tanah runtuh hulu langat



berita terkini yang telah mengemparkan negara
episod tanah runtuh dan nyawa terkorban kembali menjelma
dan kali ni melibatkan mangsa-mangsa yang hampir semuanya
anak yatim yang masih belum mencapai usia remaja
gerakan mencari dan menyelamat seperti sudah sampai ke kemuncaknya
tatkala 25 mangsa yang hilang sebelum ini sudah ditemui
dan 16 daripadanya terkorban


AL-FATIHAH
buat keluarga dan ahli kerabat mangsa yang terkorban
semoga tabah menghadapi dugaan ini..

cukup menyayat hati
skrip lama berulang kembali
tragedi tanah runtuh yang disangka-sangkakan berakhir di Bukit Antarabangsa (2008)
menjelma lagi di Hulu Langat tahun ini
dan kali ini ianya melibatkan
warga-warga
Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa

penduduk awam bertungkus-lumus mencari mangsa yang tertimbus

tragedi tanah runtuh kali ni melibatkan kemusnahan dewan serbaguna dan surau

lokasi kejadian (pinggir bukit)

ahli keluarga tidak tahan sebak tatkala menatap wajah ahli keluarga mereka yang terkorban

video ini menceritakan segala-galanya

kalau dulu
peristiwa Highland Tower dianggap peristiwa terburuk pernah negara kita alami
sehingga saat ini,setiap blok kondominium mewah ini tiada berpenghuni
kata kerajaan :
hentikan pembinaan kondominium di atas bukit
denda buat jurutera dan arkitek yang ingkar
tiada lagi komproni untuk rasuah
namun
 hari ni bercambah2 pulak kondominium mewah di kawasan lereng2 bukit..
mengapa ?

begitu juga tradegi sama berulang dua tahun lepas
tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa..sudah cukup menyayat hati
meranapkan hampir separuh kawasan perumahan mewah
satu tamparan hebat buat negara
sktuktur binaan yang hebat
namun
puluhan nyawa terkorban
silap kita ?

kerakusan manusia ada dimana-mana
kerana ringgit segalanya binasa
mengapa semua ini boleh berlaku ?
silap kitakah membiarkan episod ini kembali berlaku 
sedangkan pengajaran sebelum ni sudah tersedia ada?
bencana berlaku di depan mata

bangkitlah kerajaan hasil pilihan rakyat jelata!
kita tidak mahu lagi peristiwa sebegini berulang kembali
episod duka yang mengorbankan nyawa
kita tidak mahu lagi tragedi ini kembali
cukuplah ini yang terakhir buat negara
kerana segala jalan dan penyelesaian itu ada
di tangan pemerintah
kita hanya mampu merancang
sedangkan ALLAH SWT yang menentukan
amin..

Friday, May 20, 2011

senyum sokmo ----> mkhadhari


seminggu tanpa entry..tanpa sebarang khabar n berita kat laman ni
dan hari ni aku kembali
kali ni aku muncul bukan lagi membawa versi khadhari yang berumur 18 tahun..
tapi khadhari yang berumur 19 tahun (baru 3 hari);)
syukur..alhamdullilah..
usia yang semakin meningkat..mengajar aku untuk berlagak lebih matang
usia yang makin bertambah ni..
membuatkan jiwa dan naluri aku lebih untuk muhasabah diri
dari mana aku datang..kemana aku pergi dan kearah mana aku akan kembali
usia yang semakin menongkah ni jugak,membuatkan aku berfikir sejenak
masa seolah2 membawa aku ke satu destinasi:destinasi yang akan kekal abadi
semakin dekat diri aku menuju ke alam yang kekal nanti
begitulah kita manusia,tidak boleh lari daripada arus ini
selamat hari lahir ke-19 buat diriku sendiri ;)
semoga panjang umur..dimurahkan rezeki,bahagia disamping yang tersayang
dan diberkati oleh ALLAH SWT;)

nah..hadiah untuk birthday boy.haha..berseri2 aku time ni..
aku dapat pencuci muka ngan syampu free ramuan telur ngan kek.haha


dan
 entry aku kali ni gak
aku nak sahkan yang ni wajah blog aku yang baru !
korang jangan terkejut
aku tetap khadhari senyum sokmo yg dulu
tapi kali ni aku dah tukar aku punya theme jadi nama aku
(xade kene mengena ngan hidup atau yg mati yep)


ni rupa laman blog lama aku sebelum direnovatekan.haha


korang nak tahu tak siapa yang design wajah baru blog aku ni?
siyesly,lau nak harapkan aku memang xada masa
lagipun aku xla pandai buat semua ni;)
so 
aku nak ucap jutaan terima kasih buat blogger hebat cik qina
coz tolong aku design blog ni menjadi baru
memang aku terharu giler
ni kira hadiah birthday aku la yep.hehe
ni blog terbaru cik qina (dia ada lagi satu blog) :
http://nurulqina.blogspot.com/
tq again buat qina
blog aku dah versi matang sekarang ;)


amacam?
korang ok x ngan wajah baru blog aku ni?
xde lagi dah senyum sokmo
tapi aku...mkhadhari ;)
buat semua teman2
teruskan mengunjungi blog aku 
insyaALLAH..entry mendatang akan aku coretkan ngan penuh teliti dan top habis !;)
selamat berblogging !;)

Monday, May 9, 2011

SPRING : jom BBQ!

alhamdullilah
musim yang dinanti2 dah pun tiba
memang best giler !
suhu dah menjangkau 15-25 degree
rasa cam dah kat malaysia
cuma kelembapan udara masih sekitar belasan degree
bestnye tak terkira..
syukur..nikmat ALLAH SWT itu sentiasa ada;)

jom BBQ !
time spring ni la nak bakar2 ayam
beriadah kumpul ramai2
dan semalam
berBBQ + jalinan ukhwah 
anak2 terengganu tajaan YT kat moscow ni telah didiadakan
sume berkumpul xkira tahun pengajian
bakar ramai2,main pun ramai2,bergalok (bergurau) pun ramai2.hehe

memang sempoi habis !

kasi bakar sama itu roti dan ayam!

tanpa mereka,tiadalah ayam itu dibakar dengan sedapnya;)

kerja : mengumpulkan ayam yang telah siap dibakar.hehe

kite bakorr je >

kata orang : genggam bara api biar sampai jadi arang
kesimpulannya : ayam tersedia untuk dibakar.hehe

wah ! best giler ayam2 ni !

mereka menunggu ayam dengan penuh sopan ;)

paih sudah kepanasan..

sambil tunggu BBQ siap,jom main ni !

aktiviti : tak kenal maka tak cinta !

keram dah terkena!

dah habis bakar,habis aktiviti
pe lagi..jom makan !;)

bergambar jap.hehe

bergambar ngan senior otai abg miji (tengah)
dah nak grade bulan 6 nanti
terbaeek punyer!

semoga ukhwah ini tidak akan putus
kerana bermulanya ia melalui pertemuan
dan berakhirnya ia nanti melalui kematian
amin

jom BBQ lagi len kali !;)

credit to photographer : kak ika & shahir
cantik!!;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...