31 OGOS
bagi kita rakyat Malaysia
merupakan hari yang sangat2 bererti
setiap pekerja tak kira peringkat bawahan mahupun atasan
akan meninggalkan pekerjaan mereka sehari
setiap pelajar tak kira diperingkat universiti mahupun sekolah
akan bercuti sehari daripada menimba ilmu
kerana pada tarikh ini
seluruh rakyat Malaysia akan berkumpul
memperingati sejarah kemerdekaan terulung tanah air tercinta
begitu juga di bumi Russia
walaupun sejak dulu hinggalah kini
Russia gah memegang pangkat : kuasa besar dunia
namun mereka tetap pernah melalui masa2 lampau yang perit dan pedih
akibat peperangan
sepertimana jua kita di Malaysia dahulu kala
ianya berlaku pada lebih 60 tahun dahulu ketika perang dunia ke2 tercetus
apabila tentera Nazi Jerman menyerang negara soviet ini
dan akhirnya
detik 9 Mei 1945
tentera MERAH (russia) telah berjaya mengalahkan angkatan Nazi German
dan detik inilah yang menjadi simbol kebanggaan mereka
walaupun beratus2 ribu nyawa pejuang2 patriot terkorban
video ini menceritakan segala2nya mengenai hari kejayaan mereka ini
dan pada hari khamis (5.Mei)baru2 ni
aku dan rakan2 berkesempatan
meraikan hari Victory ni peringkat universiti kami
walaupun tarikh keramat 9 Mei belum tiba lagi
namun kehangatan hari bersejarah ini sememangnya dapat dirasai di bumi Moscow saat ni
bagi aku dan kawan2
inilah pengalaman pertama kami merasai kemeriahan hari Victory
yang sebelum ni aku hanya dapat lihat perayaannya di kaca TV
memang aku hargai !;)
bersama Dean Officer for foreigner student 1st MSMU,Mr.Peter Ivanoff
bersama orang kuat 1st MSMU dan foreign student yang lain
salah seorang pejuang pertiwi kelihatan sebak
tatkala lagu kebangsaan Russia berkumandang
golongan tentera : merekalah nadi kekuatan republik Russia
semangat generasi muda Russia tak ubah seperti pejuang2 mereka terdahulu
tanda peringatan buat pejuang2 pertiwi
berkesempatan bergambar bersama seorang pejuang mereka terdahulu
nyanyian lagu2 patriotik Russia yang cukup memukau
tarian kesenian Russia seakan2 tarian Portugis yang dapat kita lihat di Melaka
merekalah kebanggaan warga Republik Russia
pangkat tidak akan mampu diganti dengan setitik peluh perjuangan
tanda peringatan buat pejuang2 Victory day
dan ini pengalaman pertama buat kami
1st year student 1st MSMU..
sememangnya pengalaman yang cukup berharga ;)
apa yang dapat aku pelajari daripada perayaan ini
mereka (anak2 muda) russia sememangnya mempunyai
semangat patriotik yang cukup tinggi
tatkala lagu kebangsaan mereka berkumandang
setiap daripada mereka kelihatan begitu sebak
aku dan kawan2 sememangnya hanya mampu melihat
memahami setiap perkataan skrip lagu sudah sepertinya kami masih belum mampu
dan kami hanyalah mampu berkongsi kegembiraan dan kesedihan
yang mereka pernah alami
ayuh semua kawan2 di Malaysia
kita generasi muda
jangan pernah lupa akan perjuangan generasi2 dahulu kala
adanya kita hari ni berstatus generasi Pasca merdeka
adalah kerana hasil perjuangan mereka semua
mereka : kebanggan kita selama2nya;)
gambar2 korang amik memang cantik.cayalah.hehe;)
semoga Hari Victory ni akan terus menjadi kebanggaan dan kemegahan
warga Republik Russia !;)
4 comments:
Gamba lawa². Orang lawa².. 31 Ogos kita sambut Hari Raya & Hari Kemerdekaan sekali kan?
New update from merepeksematamata : Rolling In The Deep
menarik bro!!!
owh.. bestnya.. ober c..
taufik:haha..thanx bro..cmne nk buat square tu?adeshhh..
ezad:thanx ezad!;)
hafiz:best la jugak..meh la kunjung sini;)
Post a Comment