Sunday, May 22, 2011

skrip lama kembali berulang : tanah runtuh hulu langat



berita terkini yang telah mengemparkan negara
episod tanah runtuh dan nyawa terkorban kembali menjelma
dan kali ni melibatkan mangsa-mangsa yang hampir semuanya
anak yatim yang masih belum mencapai usia remaja
gerakan mencari dan menyelamat seperti sudah sampai ke kemuncaknya
tatkala 25 mangsa yang hilang sebelum ini sudah ditemui
dan 16 daripadanya terkorban


AL-FATIHAH
buat keluarga dan ahli kerabat mangsa yang terkorban
semoga tabah menghadapi dugaan ini..

cukup menyayat hati
skrip lama berulang kembali
tragedi tanah runtuh yang disangka-sangkakan berakhir di Bukit Antarabangsa (2008)
menjelma lagi di Hulu Langat tahun ini
dan kali ini ianya melibatkan
warga-warga
Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa

penduduk awam bertungkus-lumus mencari mangsa yang tertimbus

tragedi tanah runtuh kali ni melibatkan kemusnahan dewan serbaguna dan surau

lokasi kejadian (pinggir bukit)

ahli keluarga tidak tahan sebak tatkala menatap wajah ahli keluarga mereka yang terkorban

video ini menceritakan segala-galanya

kalau dulu
peristiwa Highland Tower dianggap peristiwa terburuk pernah negara kita alami
sehingga saat ini,setiap blok kondominium mewah ini tiada berpenghuni
kata kerajaan :
hentikan pembinaan kondominium di atas bukit
denda buat jurutera dan arkitek yang ingkar
tiada lagi komproni untuk rasuah
namun
 hari ni bercambah2 pulak kondominium mewah di kawasan lereng2 bukit..
mengapa ?

begitu juga tradegi sama berulang dua tahun lepas
tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa..sudah cukup menyayat hati
meranapkan hampir separuh kawasan perumahan mewah
satu tamparan hebat buat negara
sktuktur binaan yang hebat
namun
puluhan nyawa terkorban
silap kita ?

kerakusan manusia ada dimana-mana
kerana ringgit segalanya binasa
mengapa semua ini boleh berlaku ?
silap kitakah membiarkan episod ini kembali berlaku 
sedangkan pengajaran sebelum ni sudah tersedia ada?
bencana berlaku di depan mata

bangkitlah kerajaan hasil pilihan rakyat jelata!
kita tidak mahu lagi peristiwa sebegini berulang kembali
episod duka yang mengorbankan nyawa
kita tidak mahu lagi tragedi ini kembali
cukuplah ini yang terakhir buat negara
kerana segala jalan dan penyelesaian itu ada
di tangan pemerintah
kita hanya mampu merancang
sedangkan ALLAH SWT yang menentukan
amin..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...