Saturday, December 17, 2011

kes kematian aminulrasyid : antara konflik & pengajaran


sambil melayan YouTube bersama2 santapan BioChem tengah2 malam ni
memang dah nak termuntah2 dah aku duk ngadap formula2 sains ni je*poning dah eden
klik punyer klik..ntah pape aku klik *maklumlah video dihujung jari
akhirnya aku terklik satu video mengenai satu episod kematian 
yang pernah mengemparkan negara satu ketika dulu *tahun 2010
mungkin cerita ni dah lapuk dan dah tak gempak dah
tapi apa yang pasti 
perjalanan cerita ni terselit seribu satu makna disebalik apa yang berlaku
makna yang xkan pernah LAPUK dek zaman untuk pengajaran kita semua
dan aku yakin n pasti..semua tahu tentang kisah ni :

kes penembakan maut seorang pemandu kereta bawah umur
oleh anggota polis


Pada jam 2 pagi 26 April 2010:
seorang remaja berusia 15 tahun,Aminulrasyid Amzah
telah mati ditembak oleh anggota peronda polis (2 kereta 4 orang)
berhampiran rumahnya di Jalan Makyong, Seksyen 11,Shah Alam,Selangor.
Aminulrasyid memandu kereta Proton Iswara milik kakaknya,
tanpa lesen pada malam hari bersama rakannya.
Polis peronda yang menaiki kereta peronda polis (MPV)
mengejar dan mengarahkan suspek berhenti
tetapi Aminulrasyid ketakutan lalu melarikan diri dan membahayakan anggota polis.
Kereta peronda polis mengejar kereta itu sejauh 6 km 
dalam kelajuan yang tinggi sebelum ia terlanggar sebuah motosikal.
Kereta itu enggan berhenti.
Tembakan tepat di bahagian belakang kepala mangsa.
Rakannya Muhammad Azamuddin Omar,15 yang duduk di sebelah
melarikan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan dan badan
sumber : wikipedia

keputusan akhir perbicaraan mahkamah hanya diputuskan 
selepas lebih setahun tradegi maut ini berlaku :

Shah Alam 15 September 2011 :
Koperal Jenain Subi telah didapati bersalah 
menyebabkan kematian pelajar AminulRasyid Amzah akhir April tahun lalu,
kes yang menarik perhatian seluruh negara. 
mengenai soal pematuhan peraturan oleh anggota keselamatan sendiri
Dalam keputusannya hari ini, Hakim Latifah Mohd Tahar 
memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain,yang berakhir dengan 21 tembakan,
satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar 
untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh AminulRasyid
Anggota polis itu dikenakan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Sesyen

terlalu banyak pentafsiran umum mengenai tradegi ini
daripada perdebatan hebat di medan Parlimen sehinggalah bualan di kedai2 kopi
semuanya bercerita panjang lebar membuat konklusi masing2
tak perlu kita nak cakap panjang lebar tentang apa yang berlaku sebenarnya 
cukuplah sekadar menjadi pengajaran buat kita semua :

1.penggunaan senjata oleh pihak berkuasa terhadap orang awam
terlalu melampau jika pihak polis melepaskan tembakan bertubi-tubi keatas kenderaan yang dipandu mangsa dengan alasan mengganggap mereka sebagai penjenayah.Sepatutnya perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi tanpa usul periksa terlebih dahulu dan hanya kerana sebuah kenderaan yang lari selepas beberapa kali diperintahkan untuk berhenti.

penjelasan oleh sahabat baik mangsa yang juga berada di dalam kereta tersebut ketika kejadian menceritakan segala-galanya :

sumber : Star Online


2.Penggunaan kenderaan oleh remaja bawah umur dan tanpa lesen memandu
Silap siapa?sepatutnya remaja-remaja yang masih mentah apatah lagi tanpa lesen memandu yang sah yang masih dibangku sekolah tidak sepatutnya dibiarkan memandu kenderaan.
Lebih menyedihkan remaja-remaja ini dibiarkan keluar memandu pada waktu tengah malam.Ibubapa seharusnya memainkan peranan untuk tidak membiarkan anak-anak mereka melakukan perkara yang dinyatakan diatas.Sesuatu yang amat merbahaya buat anak-anak apatah lagi jika berlaku kes seperti ni:bertimbun dengan pihak polis.

tradegi kematian arwah Aminulrasyid 
sememangnya banyak memberi impak yang besar buat semua
membuktikan kepincangan pentadbiran sistem pertahanan dan keselamatan negara
isu ketidakadilan dalam sistem keadilan mahkamah 
sehinggalah kepada isu peraturan pemanduan yang masih gagal dituruti masyarakat awam
segala-galanya antara konflik & pengajaran

perkara yang dah lepas biarkan menjadi pengajaran buat kita semua
pihak berkuasa,ibubapa malahan diri kita sendiri remaja
ikutilah peraturan yang telah ditetapkan..laksanakanlah dengan penuh amanah
demi kesejahteraan kita bersama
insyaAllah

Al-Fatihah buat keluarga Allahyarham Aminulrasyid
semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya
dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan soleh
amin

video kenangan Allahyarham semasa riwayat hidupnya :

*dedikasi khas daripada sahabat handal Allahyarham

6 comments:

Atiqah Zakaria said...

Yeah, thanks a lot untuk entry ni. Dulu waktu mula-mula kes ni ada jugak nak cari information means nak cari the truth. Okay, this help so much. xoxo :D

widiea azira said...

arwah mcm dh lalai kan,dy xmo hntikan kreta..myb dy dh rase yg hayatnye sampai situ je..wallahualam..

tp mcm kterlaluan la bla ad yg kta arwah ni merompak.

khai said...

atiqah:yup.pihak media mcm menutup kes ni tanpa sebarang penjelasan jelas kat org awam..hukuman penjara terhadap pesalah pun nampak cam xsetimpal ngan ap yg berlaku.apapun semoga kisah ni menjadi pengajaran buat kita semua..insyaAllah atiqah

khai said...

widiea:yup.dengar penjelasan kawan baik allahyarham mmg sebak sgt,dye takut sebab dye pinjam kereta kakak dye..ajal dan maut tu ditangan tuhan..
pihak polis mmg nk tutup kesalahan..xde jumpa pistol pisau pun dlm kenderaan tu..
sama2 kita ambil iktibar..insyaAllah

sha my heart said...

isu ni mmg gempar habis. mcm2 spekulasi timbul.

sedih pula baca entri ni

khai said...

sha:tu la.bnyk sgt pengajaran yg blh kte ambil..sedih bila keluarga arwah buat liputan media nafi penyataan media thdp arwah..apapun,mahkamah dh putuskan hukuman.harap yg bersalah insaf n mendapat blasan sewajarny

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...