Friday, March 11, 2011

dan ini DUNIA

aku mula tertanya2
dimana keagungan dunia yang sebenarnya?
aku mula tercari2 
dimana keindahan dunia yang sahihnya?
aku mahu lihat segala bukti laungan penghuni dunia
akan hebatnya erti 
cinta
harmoni
sejahtera
bahagia
aman sentosa
dan
kaya harta

dan bila mata aku melihat di sekeliling dunia
sejenak aku memandang ke kiri

seketika aku memandang ke kanan


sesaat kelibat mata aku memandang ke depan

dan seminit melemparkan renungan ke belakang

 inikah paparan indah dunia yang semua hebahkan?
tiada lagikah paparan2 menarik untuk tatapan aku 
generasi setahun jagung yang penuh 
dengan cas penarik
dan sifat ingin mencuba 
atas setiap penglihatan yang ada?

dan kerana ini ke
kawan2 seusia aku di luar sana meniru semua gaya indah dunia ini?
dan sebab ini ke
kawan2 seusia aku kini ternoda mencari segala segi keseronokan dek mencuba nasib memenuhi kehendak dunia?
anak gadis yg seperti sudah hilang ayunya

anak teruna yg seperti sudah hilang sifat kepahlawannya

bayi hasil benih haram dibuang merata2.apa ingat sampah ke?


dimana pergi
pedoman hidup
kesopanan yang dicanang
akhlak ummah yang ditunjang
atau mungkin ada betulnya kata tun dr. mahathir
adakah melayu sudah lupa?

sedang ibu bapa sendiri berbangga dengan 'status' diri anak2 muda mereka bergelar insan terhebat kebanggaan dunia
dimana pergi kawan2 aku yang dulu 
duduk semeja bermain mengaji bersama
sudahkah mereka memasuki alam dunia yang indah ini sehinggakan melupakan dunia yang sepatutnya mereka berada?


wahai penghuni2 dunia
salah siapakah ini semua?
siapakah yang mahu mengangkat tangan mengaku kesalahan dan ingin bertanggungjawab atas apa yang berlaku?


akuilah
ini semua silap kita
hentikanlah segala kata2 manis yang kita ungkapkan selama ni..
hentilah memuji segala benda yang langsung tidak membawa makna..
boikotlah segala bahan2 yang sedap hanya di mulut tapi padah di jiwa..
berhentilah menyambut manis kedatangan anasir2 negatif sosial..


sampai bila lagi kita mahu ini terus bermaharajalela?
cukuplah generasi aku hari ini yang melihat 
dan 
memandang dunia yang berlagak ngeri seperti hari ni..
jangan lagi kita biarkan generasi kita akan datang,anak2 cucu2 kita melihat lagi dunia 'indah' seperti hari ini..
AYUH kita berubah kepada yang lebih baik
menjadi insan yang berada tepat pada jalan aliran PENCIPTA


kerana apa yang berlaku kepada dunia hari ni


adalah disebabkan penghuni2nya..
dan kesalahan itu terletak di tangan kita


firman allah SWT:

'Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)' 

Surah Ali Imran : 14

2 comments:

NURSAFINAZ BINTI JOHANI said...

i follow u...
siyesly. u pnye post best sgt.
itulah realiti hidup skrg ni.
sedih kn dgn keadaan ni

khai said...

thanx safinaz..
yup,tu yg berlaku kat negara kita hari ni kan..
arap2 kite sume akn berda di jln yg benar;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...