Tuesday, August 23, 2011

penangan hari raya ;)


23 Ramadhan yang cukup indah
langit kekal cerah..bumi kekal aman..sinaran matahari semakin terik memancar
menandakan bulan suci ini bakal akan melabuhkan tirainya tak lama lagi
simbolik kedatangan Syawal yang kini bakal berganti ;)

hari ini
agak misteri
sebab xpernah lagi sebelum ni surat khas daripada posmen yang aku dapat
lagi bangga,kat surat tu tertulis nama aku sendiri ;D

(gambar diedit menggunakan paint)



sangat terharu dapat kiriman kad raya daripada yang tersayang
thanks nur iliani
cantik..comel..cam tuan dia je;D
selamat hari raya jugak
maaf zahir batin


budak2 makan roti sekaya
nantikan k kad raya from saya ;D

Wednesday, August 10, 2011

DAN INI MOSCOW : jejak langkah pertama


dan ini moscow : menyelami 1 tahun pengembaraan
episod pertama : jejak langkah pertama

penerbangan Qatar Air dari Kuala Lumpur-Doha (7 jam)
Doha-Moscow (5 jam)


Suasana di dalam kabin flight yang pada mulanya suram dan hambar tetiba bertukar meriah apabila semua penumpangnya bersorak dan bertepuk tangan :

''Alhamdullilah...selamat mendarat'',
bisik hati kecil aku tatkala tayar hadapan flight menjangkau landasan,menandakan penerbangan kali ini selamat dan berjaya sampai ke destinasi tujuan.
Memperlihatkan panorama di luar kabin melalui tingkap,tiada lagi suasana panas terik seperti di KLIA mahupun di Doha,namun cuaca yang agak sejuk ditambah suasana yang seperti suram dan malap seperti tanpa kelibat cahaya matahari.cukup indah.

MOCKBA = MOSCOW

Menjangkau masuk ke balai ketibaan Domodedovo International Airport dengan ayunan kaki yang penuh cermat serta penglihatan aku ligat berputar satu putaran jam melihat ke kiri dan kanan atas dan bawah seperti menghargai setiap saat yang bakal aku lalui.
tulisan papan iklan semua dah bertukar 
orang2 disekeliling pun sume dah lain 
tak ade lagi dah suasana Malaysia yang aku huni selama 18 tahun 
segala2nya baru dan lain


Namun,tiada plak di riak wajah warga Moscow ni seperti mengalu-alukan ketibaan aku dan rombongan.Semuanya nampak serius dan masam,senyuman kita pun dibalas dengan jelingan.apatah lagi di Kaunter Imigresen,langsung xde nilai kemesraan dan ramah cam kat negara kita !

"agak recist warga negara ni''
bisik hati aku yang mula melemparkan cas negatif terhadap perspeksi awal rakyat negara ni

mengendahkan seketika bisikan hati aku tadi,suasana bertukar menjadi ceria 
apabila keluar sahaja daripada airport:
mulut aku berasap apabila bercakap !
kesejukan pun dapat aku rasa sampai ke tulang
suhu di Moscow hari itu di bawah 10 drjah selsius

YA ALLAH..1st time aku merasai nikmatMU ini..


Waktu sudah beransur petang dan bas mula bergerak ke destinasi pertama : membawa aku dan kawan2 ke hostel yang bakal dihuni selama setahun pengajian di sini (dikhabarkan hostel akan berubah2 tuk tahun berikutnya)
sepanjang perjalanan yang hampir 2 jam akibat kesesakan yang sangat teruk
macam2 panorama dapat aku lihat !
MALL yang tak ubah cam JUSCO
MCDONALDS Drive-Thru
apartment2 yang tinggi
xubah cam kat Kuala Lumpur !
cuma bezanya kereta yang lain2 (xde plak kereta perodua dan proton)
dan tiada satu pun kelibat masjid dapat aku lihat

sedang mata riak melihat suasana,akhirnya bas berhenti di suatu kawasan lapang di hadapan sebuah bangunan yang agak lama dan agak tinggi



inilah hostel yang bakal aku duduki selama setahun 
aku duduk sini hanya kontrak setahun sebab dia x bagi duduk kekal kat sini tuk 6 tahun
ntah xtahu aku kenapa
harga pulak RM10K untuk setahun >.<

suram semacam je..

1 blok ade 2 bilik : 1 bilik ada 2 katil n 1 lagi ade 3 katil
ni bilik yang 2 katil punyer bilik aku ;)

yang uniknya tandas kat Moscow ni,xde lubang aliran air keluar
so,lepas guna kena lap lantai.lau x,air akan bertakung 

dapur plak dikongsi 1 floor 1 dapur..yang tak bestnya,kul 12 dah ditutup.huhu

seharian mengenali hostel PUSHKINA ni,esokkannya aku dan kawan2 dibawa berjalan2 di sekitar moscow

tugu peringatan PUSHKIN (sempena nama hostel yang aku duduk tu)

aku n kawan2 dibawa mengenali METRO
sistem pengangkutan kereta api bawah tanah ke-2 tersibuk di dunia !
memang sibuk dan padat !

CINNABON ni makanan pembuka tirai aku kat moscow;)






aku n kawan2 dibawa senior makan kat kedai halal
xsilap aku pemilik dia orang arab
memang best !

inilah suasana pagi 2 sehari selepas aku sampai kat moscow ;)

alhamdullilah..
apa yang dicita kini didepan mata
bukan angan2 lagi
 gambaran Moscow selama ni
kini dah terjawab rapi
aku bersyukur YA ALLAH kerana mendapat peluang menjejakkan kaki di bumi ini
segala-galanya bukti keindahan dan kebesaran-MU

******************************
nantikan episod kedua akan datang
aku akan bercerita tentang
suasana pembelajaran dan pengajian aku di sana selama setahun !
jumpa tuk episod akan datang ;)

Thursday, August 4, 2011

dan ini moscow..menyelami 1 tahun pengembaraan



penantian yang selama ini dinanti2 kini menjelma 
kehadirannya ibarat satu sinar dalam diri
barakahnya ibarat satu petunjuk kebesaran Ilahi
Ramadhan tiba lagi dengan penuh barakah dan keberkatannya
tiada kata-kata yang dapat diungkap selain syukur kepadaNYA
kerana Ramadhan yang lepas bukan yang terakhir buat diri ini
syukur Ilahi..

Hampir 3 minggu tanpa entri
seakan-akan blog aku ni dah x berfungsi.hehe
almaklumlah balik cuti setahun sekali
banyak masa diluang dengan perkara2 yang xkan aku dapat di Moscow
jalan2,main2,bersama2 family kawan n yang tersayang
pengalaman yang begitu bererti ;)

bila duduk saja2 ni,.teringat pulak aku kat Moscow
hostel,METRO,kampus U dan Mall ;)
pengalaman setahun disana penuh dengan episod suka dan duka
manakan tidak,5 tahun lagi episod ini akan berkesinambungan dalam kamus hidup aku
tetapi apa yang pasti
setahun di kota Eropah ini sudah cukup mengajar aku erti
berdikari
kecekalan
kesabaran
keazaman
kekuatan
dan apa yang lebih penting mengajar aku erti sebenar kehidupan

dan kali ni
memandangkan aku dah 3 minggu tak ber'entri' ;)
aku nak buat satu segmen episod setahun pengembaraan aku di bumi Moscow,
beberapa esipod yang bakal menyusul selepas ni akan mampu memberi gambaran buat korang
tentang Moscow dan kehidupan aku sebagai pelajar kat sana

so,jangan lupa nantikan episod PERTAMA SELEPAS NI ! ;)



SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
beramallah seperti Ramadhan kali ini terakhir buat diri-sendiri ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...