Wednesday, October 12, 2011

perginya tak kembali



Hujan yang hanya rintik-rintik sebelum ini bertukar menjadi lebat tatkala kaki melangkah keluar daripada Hospital Rosalima bagi penghujung kalendar pembelajaran hari ni.suhu yang manjangkau 5 degree hari ini ditambah salutan angin yang meniup segala daun-daun kering dipersekitaran ditambah air hujan yang tanpa segan silu memenuhi segala inci badan membuatkan hari ini antara hari yang paling ghairah munculnya kesejukan pada musim luruh ini.Senada dengan suasana persekitaran,begitu juga dengan gerak hati aku yang entah tetiba bertukar kencang tidak senang dan seperti ada sesuatu yang terjadi tanpa pengetahuan.

Tanpa memikirkan kesejukan,tangan yang sebelum ini berselimutkan poket jaket tebal keluar men"grab''kan telefon yang berada dalam poket seluar.tiada nombor lain yang ditekan selain nombor abah aku.Agak lama juga bunyi deringan sebelum abah aku mengangkat telefon sehinggalah satu detik aku dengar suara yang cukup sayu "Assalamualaikum"
yup..suara abah yang sebelum ini tak pernah aku dengar sesayu tu
Lantas aku menjawab dan menceritakan tentang perihal aku hari ini.Cerita panjangku tetiba disekat oleh abah dengan satu perkataan yang benar2 membuatkan hati aku kucar-kacir:
"tok dah xdop"..setengah jam lepas
4.30 petang Moscow dan semestinya 8.30 Malam waktu Malaysia

Ya Allah..Innalillah..
gerak hati seakan2 tidak mahu menerima realiti tapi itulah kehendak Ilahi..ketentuan takdir yang perlu dan harus diterima sekalian makhlukNya
gerak kaki yang sebelum ini laju menjangkau tetiba bertukar suram..di mata aku hanya terngiang2 wajah sayu tok yang kali terakhir aku lihat pada tengah hari 6hb September beberapa jam sebelum aku berangkat ke Moscow

tok dah lama menderita sakit tulang rusuk ditambah dengan usia yang dah menjangkau lebih 70an..aku masih ingat,ketika aku balik Malaysia cuti baru-baru ini tok sudah tak boleh berjalan dan setiap aktiviti allahyarhamah terbantut dan memerlukan bantuan orang lain..sangat sedih

aku masih ingat pada malam raya,aku mendukung tok untuk dibawa ke rumah aku..untuk sambut hari raya..tok sudah lemah..namun senyuman tok masih seakan2 seperti aku masih kecil diusia 8 tahun..penuh dengan kemanisan dan kasih sayang..dan itulah senyuman di kala pagi Aidilfitri terakhir yang dapat aku rasai..untuk selama-lamanya..

Ya Allah..walaupun aku tidak dapat menatap wajah arwah tersayang buat kali terakhir..walaupun aku tak dapat bersama arwah di saat2 akhir hayatnya,aku yang jauh nun di kutub Utara hanya mampu berdoa dan menghadiahkan Al-Fatihah dan bacaan Yaasin sambil hati masih belum cukup tenang memikirkan keadaan di rumah sekarang..semoga tokki akan tabah menghadapi ranjau hidup selepas ni keseorangan tanpa kekuatan daripada isteri tersayang..dan semoga aku masih sempat,dipanjangkan umur untuk pulang ke Malaysia menatap dan mengunjungi makam arwah nanti..

Semoga roh arwah dicucuri rahmat
amin
AL-FATIHAH

11 comments:

Unknown said...

takziah.... moga roh allahyarham dicucuri rahmah....

satu hikayat said...

Salam khadhari. moga dianugerahkan kekuatan dan ketabahan. takziah saudara. mungkin ini lah ujian tuan buat hamba-Nya yang Dia yakini mampu untuk menghadapi ujian sebegini.

Fakrul Airul said...

salam takziah,,, semoga rohnya dicucuri rahmat,, Amin

Ain Fauzi said...

salam takziah...kuatkan semangat ye..

khai said...

alfatihah..terima aksih semua atas ucapan takziah..semoga roh allahyarhamah ditempatkan disisi orang-orang yang beriman..amin

Kak Aya said...

takziah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

belajar rajin-rajin, harumkan nama kampung kita.

salam kenal ...dekat namun jauh

khai said...

alfatihah..moga roh allahyarhamah ditempatkan disisi org2 beriman..

salam kenal jgk kak aya
insyaallah :)

sheffie said...

chayok2

khai said...

sheffie: :)

waheda said...

Takziah.Tabah kan hati awk.Al-Fatihah

khai said...

insyaallah waheda..alfatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...