Wednesday, October 19, 2011

samat hari lahir ke-60 :)


jam di tangan menunjukkan hampir 3 setengah pagi waktu tempatan
kelibat mata masih segar 
walaupun esok jam 8 pagi aku dah perlu bersiap tuk hadapi sesi kelas yang per1 !

tiada apa yang boleh diungkap
selain hanya melalui kata2
tiada apa yang dapat diluah
selain hanya ucapan ikhlas dari hati yang penuh dengan bahagia
19.10 cukup signifikan buat diri ini
bukan kerana esok aku tiada colloq (exam)
bukan juga kerana esok aku xde kelas subjek2 yg killer
tapi kerana sesuatu yang lebih dan cukup berharga

selamat hari lahir buat abah tersayang Kamaruddin bin Mohd
yang ke-60 !

kalau dulu ungkapan dihubung dengan satu pulukan erat
dengan tiupan lilin..kek satu hiasan
tapi kini hanya melalui satu ucapan
jasa dan pengorbanan seorang ayah takkan mampu dinilai dengan apa sahaja mesin penyukat
walau secanggih manapun ia buatan pakar

kepuasan seorang ayah hanyalah kegembiraan seorang anak
kegembiraan seorang ayah hanyalah kebahagiaan seorang anak
tiada istilah letih dalam membanting tulang
tiada sebarang cemuhan atau sesalan atas sikap buruk seorang anak
yang ada hanyalah ajaran dan tunjuk ajar yang sangat memberi kesan yang mendalam

jika tangan seorang ibu yang mengayunkan buaian mampu mengoncang dunia
maka tangan ayah yang membanting tulang mampu membahagiakan sebuah keluarga
jika hari ini kita masih ada seorang insan yang bergelar bapa
jangan pernah kita membelakangi mereka
jangan pernah buat mereka kecewa
jangan pernah lupa mereka
telefon awek pakwe berjam2 lamanya..walhal untuk parent seminit pun lama
itu satu kekejaman zaman moden
jangan pernah buat mereka duka lara tersinggung atas bicara kita
sikap kita yang kadang2 buat hati mereka duka lara
jangan pernah tinggalkan mereka terkapai2 sendirian
kerana adanya mereka hari ini
diusia tua mereka
adalah untuk kita
untuk hari-hari bahagia kita 

buat abah yang tersayang
selamat hari lahir yang ke-60
semoga abah terus sukses dalam hidup
semoga abah terus tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam kehidupan
semoga abah akan terus cekal dalam melayan segala karenah anak2
semoga abah terus diberikan kesihatan yang baik..tubuh badan yang sihat
semoga abah bahagia dengan ma dan keluarga kita
dan semoga abah diberkati Allah SWT di dunia dan di akhirat

tiada yang lebih bermakna buat seorang yang bergelar bapa selain doa seorang anak
walaupun jauh di mata,tanpa dipandangan zahirnya
tapi di hati tetap ada
sentiasa ada selagi diri masih bernyawa

sayang abah & ma



2 comments:

munirah BT said...

selamat hari lahir buat ustaz din..

Kak Aya said...

selamat hari lahir untuk abah awak ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...