permata yang dicari : dehearty
mungkin terlalu awal bagi aku tuk perkatakan tentang hal ini
tapi tiada silapnya jika hanya tuk sharing dan berkongsi pendapat
demi kebaikan bersama :)
seminggu tanpa sebarang coretan *agak sunyi laman ni :)
tapi tiada silapnya jika hanya tuk sharing dan berkongsi pendapat
demi kebaikan bersama :)
seminggu tanpa sebarang coretan *agak sunyi laman ni :)
kini aku kembali tuk berbicara tentang suatu perkara yang menarik tuk diperkata
suatu perkara yang mungkin sukar untuk kita semua berkonklusi
suatu perkara yang agak bersensitiviti tinggi
suatu perkara yang mungkin memerlukan panduan agama tuk mengupas persoalannya
suatu perkara yang perlu kita fahami dengan lebih terperinci
adakah apa yang kita tahu tentangnya selama ini
buah mulut orang-orang sekeliling
atau
mungkin mentaliti kita sendiri ?
apa pertafsiran korang ngan apa yang ada di bawah ni :
JODOH
adakah ianya suatu PENCARIAN
atau mungkin suatu KETENTUAN ?
terlalu sukar untuk mencari jawapan tuk hal ini..namun apa yang pasti,gambar-gambar diatas jelas menunjukkan mentaliti dan sikap masyarakat kita hari ini meletakkan jodoh itu sebagai suatu pencarian..malah diletakkan sebagai suatu ramalan ?
terdapat banyak pentafsiran manusia yang boleh kita percayai terhadap persoalan jodoh ni
ada yang kata jodoh itu sebenarnya boleh dicari dan diminta
namun urusan selanjutnya adalah ketentuan Allah SWT
ada yang kata jodoh itu sebenarnya sudah ditentukan oleh Allah SWT
tanpa perlu kita berusaha untuk mencarinya dan menukarkannya
ada juga yang mengatakan yang jodoh itu suatu yang dah ditentukan Ilahi
dan memerlukan pencarian daripada kita
memang benar,
kita,manusia tidak boleh lari daripada fitrah kejadian kita sejak azali
cinta itu sebenarnya suatu fitrah
islam itu juga suatu fitrah
namun cinta itu perlu dilunaskan mengikut islam agar mendapat keredhaanNya
sebenarnya tiada jodoh yang datang bergolek di depan mata kita
mancari-cari mengapai-gapai kita
sebaliknya memerlukan pencarian dan usaha daripada kita
ianya ditafsirkan sama seperti rezeki yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada kita
kita boleh berusaha dan berdoa untuk mendapat rezeki yang lebih daripadaNya
apa yang lebih menyedihkan
ada diantara kita yang mempersoalkan ketentuan Allah :
"Ya Allah,mengapa aku masih belum menemui jodohku walhal usiaku sedang menuju ke detik senja?"
persoalan tu sebenarnya sangat x patut diluahkan oleh kita
ianya seakan-akan mempersoalkan qada' dan qadar Allah
elakkan bertanya kepada Allah :
mengapa sesuatu itu tidak berlaku kepada kita
tetapi tanyalah Allah apakah yang perlu dilakukan untuk sesuatu itu berlaku
penjelasan aku tadi sebenarnya bukan satu galakan tuk menyuruh korang bercinta !
tapi sebenarnya tuk buktikan yang erti bercinta
itu sebenarnya adalah sesuatu yang serius jika kita berada didalamnya !
silapnya masyarakat kita hari ini
mereka bercinta untuk suka-suka
mendambakan cinta itu lebih sehinggakan hilang ingatan kepada agama
melanggar fitrah kejadian manusia
lari dari noktah2 agama
khayal tak tentu hala
hilang akidah dan akhlak
lalai dibuai nafsu sarakah syaitan bertopeng manusia
menyebabkan mentaliti orang sekeliling memandang cinta sebelum berkahwin itu
bukan suatu inisiatif yang bagus untuk mencari jodoh yang dah ditetapkan kepada kita
apa pun pentafsiran kita
jodoh itu ketentuan Allah SWT
dekatkanlah diri kita kepadaNya
berdoalah kepadaNya mohon petunjuk
mohon permudahkan mohon membuka sinar
mohon dipertemukan dengan jodoh yang baik
demi keredhaan dijalanNya
dunia dan akhirat..insyaAllah
"Ya Tuhanku, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari memohon sesuatu yang aku tidak mengetahui hakikatnya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampunan serta tidak menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk golongan orang-orang yang merugi." (QS. Hd: 47)