Sunday, January 8, 2012

Pictures Of The Year 2011 CONTEST


salam buat semua blogger
kat mana pun korang berada
semoga sentiasa senyum,gembira,tenang dan sihat sejahtera hendakNya :)

seperti yang dijanjikan dan diuar-uarkan 
sempena 1st Anniversary blog ni tanggal 9.januari*dah setahun umur blog ni.happy birthday!
aku nak anjurkan 1 contest tuk semua orang
xkira makcik,pakcik,adik2,kakak2 abang2
yang takde blog *hanya yg ada blog.tapi xpe.boleh create blog :p
yang ada blog..yang otai mahupun yang baru jinak2 lam dunia blogger ni
jemput join 1st contest blog aku ni :

Pictures Of The Year 2011 Contest
#muka aku tu tengah suspen duk ngendap gambar2 korang yg terbaik :)

syarat-syarat penyertaan :
  • Buat satu entry ngan tajuk : Pictures Of The Year 2011 Contest
  • Letakkan banner contest (kat atas tu) lam entri korang dan linkkan ke entri contest aku ni 
  • Letakkan 1 GAMBAR yang paling bermakna,yang paling berharga yang korang boleh isytiharkan gambar tu sebagai Picture Of The Year bagi tahun 2011 bagi korang*tak kira gambar tu korang sendirian ke,berdua ke,berkumpulan ke.janji gambar tu gambar terbaik korang sepanjang tahun 2011:)
  • Kat bawah gambar tu korang cerita serba sedikit tentang gambar tu : TAK LEBIH DARIPADA 30 PATAH PERKATAAN *buat ayat gramatis skit.baru terbaik :)
  • Pasal follow blog mahupun page blog aku,tak ada paksaan.tu atas korang.lau korang rasa blog aku ni menarik berkualiti korang boleh follow.atas korang la :)
  • Kemudian korang tagkan entri korang tu kat 3 orang kawan korang*pastikan diaorang tau nama diorang ditag yep
tarikh tutup penyertaan : 
05.Februari.2012 *tertakluk kpd penganjur nak lanjutkan atau pendekkan.segala perubahan akan diinformkan kemudian

keputusan : 
seminggu selepas ditutup penyertaan,aku akan umumkan Top 20 dan gambar2 Top 20 akan disiarkan kat page blog : khadhari.blogspot.com
*tujuan dipaparkan dalam page BUKAN untuk kriteria gambar paling banyak di like,tapi hanya sekadar untuk paparan umum :)
dan seminggu lepas tu(atau 3,4 hari) : keputusan 2 ORANG PEMENANG akan diumumkan!*2 orang pemenang terbuka kepada lelaki dan perempuan.tiada kuota khusus
kriteria permarkahan:
80%-berdasarkan gambar
20%-kata-kata mengenai gambar(tak melebihi daripada 30 patah perkataan)

hadiah :
ni part paling best
memandangkan ni 1st contest,aku nak bagi hadiah istimewa buat 2 orang pemenang bertuah
hadiah khas daripada HARD ROCK CAFE MOSCOW !
*hadiah mungkin t-shirt,jaket,gadget atau lain2 :)

LAST sekali,
korang comment kat entri ni korang punya link entri contest !
x sabar nak tengok picture2 terbaik semua tuk tahun lepas 2011 :)

sebagai rujukan :
setiap syarat penyertaan perlulah diikut
sekiranya ada penyertaan yang gagal mengikut semua syarat,
maka penyertaan korang boleh dibatalkan
harap semua take note :)

selamat berentri dan semoga berjaya !
best of luck for all :)

sebarang perkembangan semasa mengenai contest ni korang boleh ke my blog page :

Tuesday, January 3, 2012

nilai ilmu dan kejayaan : kejalan diredhaiNya


3 januari 2012 yang cukup indah dan bererti
cuaca mendung di bumi Soviet ketika waktu dah mencecah jam 1 petang
suhu masih ditahap beku ditambah salji yang mengeras memenuhi segala ruang dan tempat
segala-galanya bukti rahmat Allah buat hamba-hambaNya
tiada lain bagi kita selain bersyukur dengan pemberianNya :)

setiap detik ada sahaja isu-isu dan masalah berkaitan masyarakat yang cuba dibangkit2
antara fitnah mahupun realiti itu diluar kotak pemikiran kita
tetapi apa yang pasti kita manusia adalah insan pemerhati
menilai dan membuat kesimpulan dengan apa yang dipaparkan dan dibaca
apatah lagi ianya melibatkan insan cerdik pandai yang pernah menjadi kebanggaan negara
menjadi idola anak-anak kecil di bangku sekolah 
kerana kejayaannya yang pernah mengemparkan arena pendidikan negara satu ketika dulu

klik link dibawah tuk mengetahui khabar angin yang semakin tersebar hari ni :
(hanya untuk dibaca dan jangan terlalu percaya)

semoga segala khabar angin itu silap dan seandainya ia benar
semoga si perilaku kembali ke pangkal jalan
dan sentiasa dibawah payung rahmat dan hidayahNya
amin

apa yang pasti
kisah ini sedikit sebanyak mengingatkan kita :
kisah seorang genius Matematik,Sufiah Yusof yang pernah mengemparkan dunia apabila layak memasuki Kolej St.Hilda,Oxford University untuk mengkaji Matematik diawal usia 13 tahun.
Meskipun Sufiah berwarganegara British,namun ibu Sufiah berketurunan Melayu dan berasal dari Johor:sedikit sebanyak telah membanggakan kita rakyat Malaysia.Namun,segala-galanya berubah apabila Sufiah melarikan diri dari kolejnya pada tahun 2001 dan mengiklankan diri di laman web sebagai "pelayan" kelas atasan pada tahun 2008.
Namun rata-rata pelapor media tidak menyalahkan Sufiah atas apa yang berlaku tetapi lebih kepada keluarganya yang dikatakan menetapkan kehidupan buat Sufiah sejak dia kecil lagi.Tiada erti sosial dan setiap ruang waktu hanya bersama-sama buku dan ilmu.

Sufiah bersama-sama bapa dan kakaknya ketika diumumkan mendapat tempat di Oxford University pada usia 13 tahun

segala cerita ini bukan untuk mengaibkan sesiapa apatah lagi menjatuhkan maruah sesiapa
tetapi sekadar untuk kita mengambil pengajaran atas apa yang berlaku disebaliknya
cerita ini juga bukan untuk dikomen mahupun untuk dimaki-hamun
tapi cukuplah sekadar mengetahui info mengenainya dan berfikir untuk kebaikan bersama

rata-rata manusia meletakkan sesuatu kejayaan itu adalah titik noktah bagi pencapaian ilmu.
Ilmu yang tinggi pasti akan dibalas dengan kejayaan yang bakal akan dibangga-bangga
Tapi sedarkah kita :
dengan ketinggian ilmu itu sebenarnya untuk kita belajar dan memahami tentang kebesaran Ilahi?
dengan kejayaan yang digapai itu adalah untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Sang Pencipta?

Ilmu itu meluas aspeknya.amatlah tinggi darjatNya bagi orang-orang yang mengapainya
apatah lagi orang-orang yang menjadikan Ilmu itu sebagai satu pengajaran tuk pengukuhan diri terus dijalanNYa
maka beruntunglah orang-orang bertambah Ilmu yang semakin tunduk kebawah 
seperti padi yang semakin berisi semakin tunduk kebawah

jadilah Ilmu yang kita dapat itu untuk satu pengukuhan iman dalam hati
bukan untuk kita bermegah-megah diri dan menjadikannya satu aplikasi 
untuk mencipta dunia baru kehidupan kearah kejahilan dan jauh daripada Ilahi
itu satu kesilapan kita jika kita insan yang berjaya kerana ilmu pengetahuan
ciptalah satu benteng agama berlandaskan ilmu kita
kukuhkan ia jangan biarkan ia rapuh dek masa

Rasulullah s.a.w yang bersabda (ertinya) : “ Sesiapa sahaja yang melalui satu jalan demi menuntut ilmu, maka Allah nanti akan melalukan (mempermudahkan laluan orang itu) ke syurga.Dan sesungguhnya para malaikat rh sentiasa membuka sayap-sayap mereka kerana mengharapkan keredhaan (Allah) kepada para penuntut ilmu.Dan sesungguhnya orang ‘alim itu,sentiasa akan diminta ampun untuknya oleh setiap makhluk yang berada di langit dan di bumi,hinggakan ikan-ikan di dalam air.Dan sesungguhnya kelebihan orang ‘alim di atas seorang ‘abid (orang yang suka beramal–ibadat) adalah seumpama kelebihan (kedudukan) bulan di atas segala planet.Sesungguhnya para ulama’ itu adalah para pewaris Para Nabi (a.s) .(Dan) sesungguhnya Para Nabi (a.s) tidak pernah mewariskan (meninggalkan) sebarang dinar (duit emas) ataupun dirham (duit perak) melainkan mereka semua hanya meninggal ilmu semata-mata.Maka sesiapa sahaja yang mengambil warisan (daripada Para Nabi a.s itu), maka sesungguhnya dia benar-benar telah mengambil keuntungan yang terlalu besar".
(HR Al-Imam at-Tirmizi)

ini tugas dan peranan kita untuk membawa ilmu itu kejalan yang diredhai
bukan tugas ibubapa,sanak saudara mahupun pemimpin negara
semoga ilmu yang kita pelajari selama ini mendapat berkat dan rahmatNya
Amin :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...