alhamdullilah selesai pengembaraan di bumi Istanbul
perasaan sedih n hiba meninggalkan bumi suci Al-Fateh
namun aku tinggalkan satu tekad n azam dalam diri tatkala flight melepasi garisan luar udara Istanbul :
insyaAllah..suatu hari nanti aku akan jejakkan kaki lagi di Istanbul
kembali mengambil aura semangat pemuda hebat Sultan Muhammad Al-Fateh
mengambil pengajaran azab Allah SWT ke atas pemimpin zalim Mustafa Kamal Altartuk
juga menikmati keindahan Hagia Sophia dan seisinya..amin :)
dan kini aku n kawan2 teruskan pengembaraan di bumi Greece!
here we go Athens!
tepat jam 5 petang,aku n kawan2 selamat mendarat di Athens International Airport
suhu persekitaran bertambah baik(kurang sejuk) dalam lingkungan 10-12 degree
berbanding di Istanbul ketika itu yang mencecah 5-8 degree
alhamdullilah..akhirnya aku sampai di bumi Acropolis
kalau dulu mengenalinya melalui pemahaman sukatan pelajaran Sejarah sekolah menengah,
dan hari ni aku berpeluang menyaksikan kehebatannya dengan mata kasar
memang x sabar :D
pemandangan dari luar Athens International Airport
aku n kawan2 menggunakan sistem kereta api bawah tanah METRO untuk berangkat ke hotel yang kami tempah melalui venere.com,sebuah laman web yang menyediakan tempahan hotel secara online yang sentiasa memberikan cadangan penginapan yang sesuai di serata dunia..cukup mudah n senang :)
sampai hotel sambil tunggu masa nak check-in,pe lagi wi-fi free online :D
memandangkan aku n kawan2 akan berada di Greece hanya 3 hari,*sebab time nak book tiket dulu,aku n kawan2 diberi nasihat oleh keluarga kami di Malaysia agar berada di kota ni sekejap je sebab macam2 dalam berita tentang pergolakan yang sedang melanda Greece sekarang..so aku n kawan2 plan pengembaraan kami dengan penuh padat sampai malam..apa yang penting,semua tempat yang menarik akan kami lawati..insyaAllah
bangun pagi keluar,dah nampak ada demonstrasi jalanan
kata mereka kepada kami : jangan risau,ianya dilakukan secara aman
tidak ada sebarang gangguan terhadap mana2 pelancong
alhamdullilah :)
dataran Flea Market yang menjadi tarikan pelancong..kat sini jalan utama menuju ke puncak di mana Acropolis berada..jom start mendaki ! :D
nampak macam vandalisme tapi cukup unik dan menarik
belum sampai lgi di puncak bukit,aku n kawan2 dah jumpa satu tempat yang cukup cantik pemandangannya apatah lagi tempat tu penuh dengan orang ramai..
subhanaAllah..satu pemandangan kota Athens dapat kelihatan juga dapat kelihatan Acropolis yang gah di puncak bukit
kota Athens dari pandangan atas bukitAthens mengekalkan bangunan-bangunan lama sebagai satu aset yang cukup ternilai
selesai bergambar sakan,terus aku n kawan2 bergerak menjejaki Acropolis, yang sekarang ni kekal sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia
subhanAllah..cukup mengagumkan..walaupun binaannya kini dikuatkan dengan bantuan konkrit namun seni binaannya tetap teguh cukup unik dan menakjubkan
aku n kawan2 meninggalkan Acropolis dengan satu keazaman :
"sejarah itu mampu di ciptakan dengan satu semangat yang luar biasa dengan hasil yang cukup luar biasa''
saksikan pengembaraan aku dalam PART II/terakhir di bumi Greece
tuk entri akan datang :)
3 comments:
speechless. tu je kbye.
ehh tetibe teringat athens tu ada dalam buku teks sejarah form 5 hee.
farhanah : yup bila mri sini mari imbas balik buku teks tu.hehe
Korang tinggal kt hotel mane in Athens. How much per night?
Post a Comment