Wednesday, February 6, 2013

istanbul..bumi suci Sultan Al-Fateh PART II

alhamdullilah..sedar xsedar dah masuk hari keempat aku n kawan2 di bumi Istanbul
bumi yang penuh suci dengan segala sejarah ketamadunan Islam
seperti biasa bangun pagi pasti dengan senyuman lebar semangat yang membuak2
dan hari ni semangat tu lebih hebat daripada hari2 sebelumnya
hari ni kami akan mengerjakan solat Jumaat di Masjid Biru
alhamdullilah..akhirnya apa yang diimpikan dapat kami rasai :)

subhanaAllah..ukiran dalaman Masjid Biru sangat cantik 

khutbah jumaat dalam bahasa Turki

                                         seni bina Islam tiada tandingannya


                         Ground Floor dah kurang jemaah selepas selesai sembahyang

ambil peluang bersalaman dengan Imam Besar..sejuk hati dengar bacaan khutbah n alunan bacaan ayat suci beliau ketika sembahyang..subhanAllah

selesai sembahyang,aku n kawan2 terus melangkah ke kawasan syurga membeli-belah yang cukup terkenal di Istanbul..jaraknya hanya dalam 5km berjalan kaki daripada Masjid Biru

Grand Bazaar (Kapalicarsi)
 Grand Bazaar Istanbul merupakan bazaar tertutup yang tertua dan terbesar di Dunia..ianya merangkumi hampir 3000 kedai dan dikunjungi hampir 250000 hingga 400000 orang pengunjung setiap hari..cukup mengagumkan

tudung Paflina (mungkin salah ejaan)..tudung ni cukup popular dalam kalangan kaum Hawa Turki

       lautan manusia membanjiri Kapalicarsi

cenderamata yang cukup unik :)

rata-rata peniaga di Grand Bazaar akan cam muka kita daripada Malaysia dan Indonesia
kata mereka, Malaysia negara Islam yang bagus
Alhamdullilah :)

pernah dengar x kisah Mustafa Kamal Altartuk?
Bapa Kemodenan Turki juga Bapa Kehancuran Islam
kerana kepimpinan beliaulah, sistem khalifah Islam di dunia berakhir sekitar tahun 1920an
beliau telah menukarkannya kepada sistem demokrasi
dan kematiannya cukup dasyhat dan mengerikan
subhanaAllah..
laknat Allah atas segala perbuatan zalimnya terhadap Islam
ketika pengakhiran hayat beliau,
beliau merasa panas sepanjang masa sehinggakan bomba diarahkan menyiram istananya 24jam dan pembantunya diarahkan meletakkan ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.SubhanaAllah,namun ianya bukanlah satu solusi yang berjaya,dikatakan beliau sentiasa menjerit dan didengari jeritan tu seluruh istana akibat kepanasan yang melampau.Pada tahun 1938,akibat kepanasan beliau telah pengsan selama 48 jam dan bangun daripadanya beliau telah hilang ingatan.
Akhirnya beliau meninggal dunia.Selepas meninggal,tiada seorang pun yang memandikan,mengafankan beliau sehingga mayatnya di awet selama 9 hari 9 malam.sehinggalah adik perempuannya sendiri yang hadir untuk menebus mayat beliau namun pengebumian xdapat dijalankan kerana bumi xdapat menerima mayat beliau (susah nak masuk liang lahad)..kuasa Allah Maha Besar
dan akhirnya mayat beliau diletakkan didalam sebuah keranda dan disaluti batu marmar dan ianya kekal sehingga sekarang (tidak ditanam)
subhanAllah..Allah Maha Kuasa dan Esa..itulah bukti untuk pengajaran kita semua
aku n kawan2 xdapat nak ke tempat beliau disemadikan namun kami berpeluang berkunjung ke istana di mana beliau telah melalui sangat2 getir sebelum kematiannya itu
Domalbahce Palace
sebuah istana 90% disaluti emas dibina ketika zaman Sultan Abdul Hamid
subhanAllah..cukup cantik istana ni di dalam mahupun luarannya
namun agak terkilan sebab di dalam istana xdibenarkan mengambil gambar 
    
                                                       pintu masuk Dolmabahce Palace


               simbol kezaliman dan kejatuhan sistem khalifah naungan Sultan Abdul Hamid


                                   dahan ni pun dah nampak macam disalut emas :p


  di dalam Istana ni lah terdapat bilik tidur khas Kamal Altartuk di mana beliau terseksa dan meninggal dunia


  Istana ini masih digunakan lagi oleh Presiden Turki pada hari ini namun hanyalah untuk majlis-majlis kenamaan melibatkan diplomat-diplomat asing..kata Tour Guide kami : jadilah Perdana Menteri satu hari nanti sebab diplomat2 luar sahaja yang boleh mengambil gambar di dalam istana ni *sengih jela :p

    di katakan istana ni di bina oleh Sultan Abdul Hamid kerana baginda risaukan keadaan ekonomi kerajaan   ketika itu dan membinanya dengan harapan ramai pelancong akan berkunjung ke Istanbul kerana keunikan istana emas ini

Istana yang cukup megah di dalamnya..cukup unik senibinanya

alhamdullilah selesai perkongsian tuk kali ni
*maaf segala cerita tentang Sultan Muhammad Al-Fateh akan aku kongsikan tuk part seterusnya
insyaAllah untuk part seterusnya aku akan ceritakan tentang perasaan hiba aku n kawan2 menziarahi makam Sultan Muhammad Al-Fateh,Topkapi Palace (lambang kemegahan Kerajaan Islam),muzium arkeologi termahal di dunia dan banyak lagi pengalaman terakhir di bumi Istanbul

terima kasih semua semoga jumpa lagi di pengembaraan Part III :)

terlepas mengikuti entri Part I?
sila klik : PART I

7 comments:

ROSSA said...

nicee ISTANBUL AKUU DATANGGG :)

Saif As-Solihin said...

kejelesan berganda la gini nampaknya. haha.

Sheqynne Hotloverzs said...

untungla dapat pegi sana :)

khai said...

shaz : alhamdullilah :)

khai said...

saif : iAllah boh lepas ni giliran deme plk..amin

khai said...

shqynne : alhamdullilah..syukur sgt

Unknown said...

nak tanya, kat istanbul ada tak masjid yang boleh kami tidur?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...