alhamdullilah masih di beri kesempatan ruang dan masa
untuk aku berkarya idea di ruangan ni
maaf buat semua dua bulan aku menyepi
sem baru tahun ketiga perubatan betul-betul membataskan ruang masa kendiri
insyaAllah selagi termampu aku akan cuba update entri lagi :)
keputusan SPM baru-baru ini telah di ketahui
daripada yang cemerlang sehinggalah yang kurang bernasib baik
tahniah buat semua!
sebenarnya apa pun lakaran markah di slip korang,
korang semua tetap terbaik kerana sudah melepasi fasa persekolahan!
apa yang penting sekarang buatlah pilihan yang terbaik untuk masa depan
pastikan setiap peluang di ambil dan jangan terburu-buru memilih bidang
buatlah pilihan apabila tawaran datang dan ketika itu kita mempunyai banyak pilihan
baru buat pilihan betul-betul dan tepat
tanya cikgu di sekolah,pendapat mak ayah keluarga orang yang berpengalaman
dan jangan lupa istikarah
insyaAllah akan di bukakan pintu hati olehNya untuk membuat pilihan yang tepat
dalam di lema memilih bidang dan tempat pengajian
ramai yang bertanya tentang perubatan di Russia
macam mana nak apply?
apa beza perubatan di Russia dan tempat-tempat lain?
kos belanja bulanan berapa?
betul ke perubatan di Russia x bagus?
macam mana dengan kelas,makanan halal dan hal-hal agama?
dan insyaAllah dalam entri kali ini aku akan cuba menjawab segala persoalan tersebut
dan semoga entri kali ini akan membantu adik-adik yang tengah pening kepala untuk memilih ataupun tidak peluang perubatan di sini :)
Untuk pengetahuan umum,terdapat 5 buah universiti perubatan (khusus hanya untuk perubatan tiada universiti umum seperti di negara kita) yang di iktiraf oleh Malaysian Medical Council (MMC) :
- First Moscow State Medical University (M1)
- Russian National Resources Medical University (M2)
- Volgogorad State Medical University
- Kursk State Medical University
- Nizhny Novgorad State Medical University
macam mana nak apply?
kini terdapat tiga penaja yang sedang membuka peluang untuk perubatan di Russia :
(SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK LEBIH KETERANGAN) :
Yayasan Terengganu (YT) (hanya untuk anak kelahiran Terengganu)
dan bagi sesiapa yang ingin mencuba atas tiket persendirian korang boleh terus konteks mana-mana agen yang ada di dalam internet.Pastikan agen yang anda pilih mendapat kelulusan dan sentiasa menghantar pelajar ke Rusia supaya korang tidak tertipu!
ape beza perubatan di Russia dengan tempat-tempat lain?
sebenarnya tiada apa yang membezakan perubatan di Russia dengan di tempat-tempat lain terutamanya perubatan tempatan.Sukatan pelajaran tetap sama (masakan lepasan Russia boleh bekerja di hospital Malaysia selepas bergelar graduan),cumanya ada beberapa situasi yang membezakan perubatan di sini dengan tempat-tempat lain :
1. Sistem Pembelajaran
-sistem pembelajaran di sini cukup unik dan berbeza.setiap peperiksaan di panggil colloq dan final exam seperti biasa.ketika colloq,setiap pelajar akan di beri soalan yang berbeza variant (soalan subjektif) dan di beri tempoh masa untuk menjawab dan kemudiaannya perlu terus ke lecturer untuk oral examination (menjawab segala persoalan yang dikemukakan lecturer) dan markah akan di beri terus oleh lecturer ketika itu.Kaedah ini juga digunakan untuk peperiksaan akhir (final exam).Namun begitu,terdapat juga sesetengah subjek yang mempunyai sistem MCQ (soalan komputer).Sistem ini di anggap biasa kerana juga diaplikasikan kini di universiti di negara kita.
suasana ketika oral examination (colloq)
2. Belajar dalam keadaan persekitaran dan suhu yang berbeza mengikut musim
Suhu dan keadaan persekitaran cukup memainkan peranan penting dalam memberikan keberkesanan pembelajaran kita seharian.Perkara ini menjadi cabaran yang cukup hebat buat semua pelajar yang kini sedang menimba ilmu di Russia.Untuk pengetahuan umum,Russia mempunyai 4 musim yang berbeza dalam masa setahun.Musim sejuk (salji) adalah musim yang paling tidak disenangi kedatangannya.Suhu akan mencapai tahap -30,-20,-10 darjah dan timbunan salji yang cukup tebal akan menutupi segala ruang jalan.Keadaan ini cukup menyukarkan pelajar untuk ke kelas lebih-lebih lagi pelajar di sini perlu travel setiap hari untuk ke kelas (kenapa travel?persoalan ini akan di jawab untuk soalan ke5 nanti)
meredah salji dengan suhu mencapai -20 darjah setiap hari untuk ke kelas
kos belanja bulanan berapa?
Sesuatu yang mengejutkan,kos sara hidup di Russia kini mencapai antara 5 negara yang termahal di dunia!.yup,ianya tidak disangkal lagi.Harga makanan,tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain cukup jauh berbeza dengan negara kita.Contohnya :
Harga tempat tinggal (Hostel) satu blok 5 orang (2 bilik+bilik air+peti ais+dapur kongsi satu floor) :
RM10000/seorang setahun
Harga tempat tinggal Apartment (3/2 bilik) : rm900/1000 sebulan seorang (satu rumah 7/8 orang)
Harga sebotol air Pepsi/Nestea : RM 5/6
Harga satu set makanan Burger King yang halal (burger ikan+kentang goreng kecil+air pepsi 0.5) : rm 20/25
Harga seekor ayam mentah : rm 15/20
Harga nasi plof (nasi yang terkenal di Moscow) : rm10/15
Harga menaiki train (jika masih tiada kad pelajar) : rm 2 x sekali
Harga bas (jika masih tiada kad pelajar) : rm 2.50 x sekali
(harga train dan bas akan menjadi murah dan mengikut bayaran bulanan setelah pelajar mendapat kad pelajar yang akan siap dalam tempoh 4/5 bulan selepas apply)
KOS BULANAN : rm 1000/1500 (mengikut perbelanjaan masing-masing dan ini tidak termasuk kos penempatan)
Russia mengunakan sistem mata wang Rubel : 10Rubel bersamaan RM1
betul ke perubatan di Rusia x bagus ?
Soalan yang cukup menarik untuk kita bincangkan.Baru-baru ini perkara ini cukup mengemparkan dunia perubatan di Malaysia apabila sebuah akhbar popular tempatan mengeluarkan artikel mengenai ketidakupayaan graduan Rusia ketika houseman (HO) di Malaysia dan prestasi kerja mereka yang cukup menyedihkan.Dan ianya digemparkan lagi dengan berita hangat seorang graduan Rusia yang baru sahaja memulakan kerja tetapi akhirnya melarikan diri dari rumah kerana tertekan dengan lambakan kerja di hospital.
Sebenarnya tiada apa yang perlu dibimbangkan.Jika kita nak berbicara dengan hanya prestasi seorang ataupun dua,tiga orang,tidak perlu nak pertikaikan yang masih berbaki beribu-ribu yang lain bukan?,ianya satu kebiasaan apabila ada HO yang mempunyai prestasi yang tidak baik.kenapa mesti dipertengahkan isu ini jika ianya melibatkan graduan luar negara seperti Rusia dan jika ianya melibatkan graduan tempatan,isu ini tidak ditimbulkan pula?
Tiada apa yang membezakan kita di Rusia mahupun di tempat-tempat lain.Di mana pun kita jika kita berusaha kita akan dapat,jika kita mengikut jalan dan sentiasa istiqamah kita yang akan cemerlang.Hukum alam telah membuktikan betapa orang yang berusaha itu pasti akan berjaya walaupun jika di timpa kegagalan pada mulanya kemudiannya pasti ada kejayaan.Oleh itu,tiada istilah perubatan di Rusia tidak bagus kerana sukatan pembelajaran di mana-mana tetap sama dan mengikut kehendak semasa.Cuma yang bezanya mentaliti masyarakat kita di tanah air yang beranggapan pelajar luar negara lebih seronok melancong di negara-negara lain berbanding belajar walhal melancong itu hanyalah satu peluang yang di ambil untuk mengisi masa cuti semester jika tidak pulang ke tanah air.Bahkan,persekitaran belajar jika di ambil kira lebih mencabar di luar negara berbanding di tempatan dari segi makanan halal,pengangkutan,pergaulan dan sebagainya.
macam mana dengan kelas,makanan halal dan hal-hal agama ?
Belajar di bumi Russia sebenarnya banyak memberikan kita pengalaman yang cukup luar biasa serta tahap kematangan dan berdikari yang tinggi.Masakan tidak,setiap hari pelajar di kerah untuk travel ke kelas (kebanyakan universiti dan lebih2 lagi universiti M1 yang sedang aku duduki kini).di M1 Moscow,terdapat lingkungan 100 fakulti berbeza mengikut tempat (satu dean office). Hal ini cukup berbeza dengan kita di Malaysia yang mempunyai kampus dan belajar hanya setempat.Jarak untuk tiap-tiap fakulti ada yang jauh dan ada yang berada dekat antara satu sama lain.Oleh itu,menjadi kebiasaan pelajar-pelajar di sini untuk membuka peta Moscow dan mencari tempat fakulti setiap kali masuk semester yang baru.
Menjadi satu cabaran apabila setiap pelajar harus bersiap dan keluar awal untuk ke kelas untuk sama ada berjalan kaki,menaiki bas untuk ke stesen METRO (sistem rangkaian kereta api bawah tanah Moscow yang menghubungkan satu wilayah Moscow) untuk ke kelas setiap hari.
METRO Moscow merupakan antara rangkaian kereta api bawah tanah terlaju dan terbesar di dunia.Ianya menjadi pengangkutan utama pelajar Malaysia di Moscow untuk ke kelas yang rata-ratanya jauh daripada tempat tinggal.
Makanan halal agak sukar untuk di dapati.Namun,tetap ada kedai makanan halal di sesetengah tempat (perlu disahihkan halal dengan senior2 mahupun pemilik kedai terlebih dahulu).Di Shopping Mall pula,terdapat beberapa kedai makan sahaja yang betul-betul halal tidak termasuk ayam MCD mahupun KFC (confirm tidak halal).Kerana itulah pelajar-pelajar di Rusia lebih gemar untuk memasak apabila pulang dari kelas namun akdang-kadang jika hari yang memenatkan jadual belajar yang padat,terpaksa juga mencari kedai makan yang halal untuk memenuhi keperluan makan seharian.
Bagi berkenaan agama pula (agama Islam), berada di sebuah negara soviet seperti Russia cukup mencabar tahap keimanan kita.Pelbagai ujian perlu kita hadapi terutamanya melibatkan solat lima waktu,cara hidup juga bagi pelajar perempuan yang memakai tudung.
Sebenarnya ianya bukanlah satu masalah,tetapi ianya adalah satu kemanisan iman.Satu ujian yang tidak akan kita dapat jika kita di negara kita dan ianya membuktikan Allah SWT cukup sayang umatnya :).
Mengenai isu sembahyang,korang boleh tengok dan paham melalui video-video ni :
video-video ini adalah hasil karya hebat KLIK SINI > calyleproduction yang terdiri daripada pelajar tahun keempat First Moscow State Medical University
begitulah serba sedikit perkongsian mengenai perubatan di negara Russia.Maaf andai masih tidak dapat menjawab persoalan semua kerana segala apa yang di tulis adalah hasil pengalaman pengajian aku di sini selama 3 tahun ini.Nasihat untuk adik-adik : belajar di mana-mana adalah sama yang membezakan ia adalah usaha kita sendiri dan bukannya orang lain.Buatlah pilihan yang tepat kerana ianya akan menjadi satu jalan untuk masa depan yang berpanjangan,bertanyalah orang yang berpengalaman kerana mungkin ideanya dapat memberikan kata putus buat kebuntuan dan semestinya jalan lupa untuk berdoa dan yang paling penting Istikarah meminta jalan daripada Allah SWT.
selamat membuat pilihan ! :)
anak perantau di bumi Russia
13 comments:
Tq very much for the article..it help me a lot to visualise the life condition there..hope u'll be a good doctor when return to Malaysia after graduate. wish u all the best!!! :)
thank you so much. this would be beneficial for me.
penah dpt offer abroad..tp xtrgerak ati nk pegi..keinginan ad..tp rse tkut ngan tmpat org pn ad..at last end up stdy kt m'sia je..:p
kampus yanie pun tmpat blaja lain2 tmpat..kne naik bas kolej utk g satu2 fakulti..:) tp fortunately still lg perlu naik BAS je..xdela smpai kne travel bukak peta sume..hehe..
saya bakal budak medic di volgograd. .. nak tanyalah bahasa russia tu susah x?
menarik. kalau takde artikel ni taktau pun camtu lifestyle students kat russia
Nasib tak pergi rusia haihhhh -,-
Minggu exam.... gud luck. Cost of living a bit different here in kursk. Hostel fees apprx rm3000-6000 depends on your agent.
Thanks for the convincing article..Insyaallah , I am to leave for Russia this September 2014.
And insyaallah , I am going to futher my studies at M1.Hope 2 see you as my senior.TQ.
Gud info. What is the most challenging part study in Russia .
saya dapat offer untuk ke russia di RSMU .. adakah tempat 2 di daftarkan atas MMC ??
nak tanya kene buat foundation dulu ke one year di uni russia tu baru boleh masuk first year medic ?
bagus sangan informasi di blog ini kerana kami merupakan insitutsi yang menguruskan pelajar2 ke sana.
berminat nak sambung belajar ke sana boleh hubungi 016-2273645
bagus sangan informasi di blog ini kerana kami merupakan insitutsi yang menguruskan pelajar2 ke sana.
berminat nak sambung belajar ke sana boleh hubungi 016-2273645
Post a Comment