Saturday, May 7, 2011

VICTORY DAY : lambang kemegahan & kebanggaan rakyat russia

31 OGOS 
bagi kita rakyat Malaysia
merupakan hari yang sangat2 bererti
setiap pekerja tak kira peringkat bawahan mahupun atasan
akan meninggalkan pekerjaan mereka sehari
setiap pelajar tak kira diperingkat universiti mahupun sekolah
akan bercuti sehari daripada menimba ilmu
kerana pada tarikh ini
seluruh rakyat Malaysia akan berkumpul
memperingati sejarah kemerdekaan terulung tanah air tercinta

begitu juga di bumi Russia
walaupun sejak dulu hinggalah kini 
Russia gah memegang pangkat : kuasa besar dunia
namun mereka tetap pernah melalui masa2 lampau yang perit dan pedih
akibat peperangan
sepertimana jua kita di Malaysia dahulu kala

ianya berlaku pada lebih 60 tahun dahulu ketika perang dunia ke2 tercetus
apabila tentera Nazi Jerman menyerang negara soviet ini
dan akhirnya
detik 9 Mei 1945
tentera MERAH (russia) telah berjaya mengalahkan angkatan Nazi German
dan detik inilah yang menjadi simbol kebanggaan mereka
walaupun beratus2 ribu nyawa pejuang2 patriot terkorban

video ini menceritakan segala2nya mengenai hari kejayaan mereka ini

dan pada hari khamis (5.Mei)baru2 ni
aku dan rakan2 berkesempatan 
meraikan hari Victory ni peringkat universiti kami
walaupun tarikh keramat 9 Mei belum tiba lagi
namun kehangatan hari bersejarah ini sememangnya dapat dirasai di bumi Moscow saat ni
bagi aku dan kawan2
inilah pengalaman pertama kami merasai kemeriahan hari Victory
yang sebelum ni aku hanya dapat lihat perayaannya di kaca TV
memang aku hargai !;)

bersama Dean Officer for foreigner student 1st MSMU,Mr.Peter Ivanoff

bersama orang kuat 1st MSMU dan foreign student yang lain

salah seorang pejuang pertiwi kelihatan sebak 
tatkala lagu kebangsaan Russia berkumandang

golongan tentera : merekalah nadi kekuatan republik Russia

semangat generasi muda Russia tak ubah seperti pejuang2 mereka terdahulu

tanda peringatan buat pejuang2 pertiwi

berkesempatan bergambar bersama seorang pejuang mereka terdahulu

nyanyian lagu2 patriotik Russia yang cukup memukau

tarian kesenian Russia seakan2 tarian Portugis yang dapat kita lihat di Melaka

merekalah kebanggaan warga Republik Russia

pangkat tidak akan mampu diganti dengan setitik peluh perjuangan

tanda peringatan buat pejuang2 Victory day



dan ini pengalaman pertama buat kami
1st year student 1st MSMU..
sememangnya pengalaman yang cukup berharga ;)

apa yang dapat aku pelajari daripada perayaan ini
mereka (anak2 muda) russia sememangnya mempunyai 
semangat patriotik yang cukup tinggi
tatkala lagu kebangsaan mereka berkumandang
setiap daripada mereka kelihatan begitu sebak
aku dan kawan2 sememangnya hanya mampu melihat
memahami setiap perkataan skrip lagu sudah sepertinya kami masih belum mampu
dan kami hanyalah mampu berkongsi kegembiraan dan kesedihan 
yang mereka pernah alami
ayuh semua kawan2 di Malaysia
kita generasi muda
 jangan pernah lupa akan perjuangan generasi2 dahulu kala
adanya kita hari ni berstatus generasi Pasca merdeka
adalah kerana hasil perjuangan mereka semua
mereka : kebanggan kita selama2nya;)

credit to photographer : shahir dan ikhram
gambar2 korang amik memang cantik.cayalah.hehe;)

semoga Hari Victory ni akan terus menjadi kebanggaan dan kemegahan
warga Republik Russia !;)

Friday, May 6, 2011

7 : BLOG.blogger inspirasi

4 bulan berlalu begitu cepat
tatkala pena bergerak melakar coretan ke 49
aku rasa cam baru coretan yang pertama nak aku lakarkan
nak tergelak rasanya
camner la aku yang dulu negative thinking about blogging ni
yang tak tahu apa2 pun tentang blog2 sume ni
bley masuk ke dunia alam berblogging ni..haha

alhamdullilah
4 bulan usha2 main2 conteng2
macam2 yang dah dapat aku pelajari
daripada coretan yang menyayat hati sampailah ke entry yang menyakitkan hati
daripada coretan yang main2 sampailah ke coretan yang serius je bunyi
terima kasih..terima kasih dan terima kasih
buat semua yang sudi mengunjungi blog aku 
yang tak seberapa ni
wujudnya laman ni sehingga ke hari ni,
 kerana adanya korang semua disini;)

dan kali ni,
sempena ulang tahun blog aku yang keempat bulan :
49 coretan yang cool dan agak sempoi
13470 pengunjung yang memang aku hargai
dan 206 follower yang bagi aku teman paling setia

aku nak isytiharkan
7 BLOG dan BLOGGER terhangat di mata aku !
merekalah inspirasi aku untuk terus menghargai erti berblogging
yeaahh !

 raihanahzakaria


kawan aku ni la yang membawa aku masuk ke alam blogging..
thanx alang !
sedang belajar jurusan medic sama ngan aku..
universiti yang sama,berasal dari negeri dan scholar yang sama..
itulah alang..
orangnya memang jiwang habis vs jiwang karat..baik..manis
dan yang paling menarik : sedang hangat bercinta ngan insan tersayang
alang ni memang dah lama lam alam blogging ni
dan dia ni kira dah blogger otai;)
credit to alang : tanpa cadangan alang (hilangkan bosan hari tu)
tak tahu la wujud ke tak page senyum sokmo ni.hahaha
spasiba2;)
kalau korang nak tahu tentang kisah kehidupan di moscow
korang usha2 la blog alang yerp

 irinenadiamarcello


antara blogger terhebat di malaysia !
percaya atau x,irine ni sama umur ngan aku..
dan kini tengah study kat UITM ( mana ntah)
memang best blog dia..ada banyak yang dicoretkan si irine ni
daripada kehidupan seharian 
sehinggalah kepada kisah cinta dia ngan teman tersayang
begitulah irinenadia marcello
irine ni jugak dah membuktikan yang berblogging ni jugak
boleh jadi medan business !
irine dpt pendapatan yang memang lumayan hasil rating blog
orang kaya muda la ni;)
korang tanyalah blogger mana2 pun,mesti kenal si irine ni
itulah irinenadiamarcello;)

 aizulmarcello


korang perasan x yang nama aizul n irine sama?
mereka ni sebenarnya adik beradik..real !;)
si aizul ni aku kenal sangat la..orangnya memang baik,sporting,
xsombong..dan yang lebih penting : poyo !haha
blog si aizul ni hangat dan memang hot lam kalangan gadis2 malaysia
setiap entry dia memang ada makna tersendiri lah
kisah hidup seorang lelaki stylo
kata si aizul ni dye still single lagi..
lau korang nak masuk line pun,ok je kot.haha

benashaari


1st aku kenal blog ben ni,time alang buat entry
 tentang 'jelajah blog luar negara'..memang menarik segmen ni!
so,aku pun lawat la blog ben ni..
uhh..blogger otai ni ;)
macam2 entry ada lam blog ben ni daripada
 tentang diri,kehidupan dan seterusnya politik dan semasa
ben jugak selalu anjurkan segmen contest tuk semua blogger
memang happening blog dia!

mohdhazimdahuli


aku rasa sangat2 bertuah 
coz dipertemukan dengan insan yang bernama hazim ni
hazim adalah merupakan senior aku : 2nd year
dan merupakan naqib bagi kumpulan usrah kami;)
alhamdullilah..susah senang kami bersama;)
banyak yang aku boleh belajar daripada blog hazim ni
panduan-panduan hidup,
perkara2 berkenaan agama dan berkaitan sirah
semuanya dikongsi oleh hazim buat semua dalam blog shift_paradigms ni
thanx hazim;)

ariffshah


nama ariffshah sememangnya cukup popular dalam kalangan blogger malaysia
siapa tak kenal ariffshah?
untuk pengetahuan korang,
ariffshah ni tengah menuntut di sebuah universiti kejuruteraan di moscow ni 
: Moscow Aviation Institute (MAI)
ariffshah sekarang sudah berada di tahun terakhir pengajian
blog ariffshah ni memang pergggh !
bervariasi dalam melontarkan idea dan pendapat
daripada kisah seorang perantau (kehidupan di moscow)
sehinggalah kepada perbincangan 
dan komen berkenaan isu negara dan politik
itulah blog ariffshah;)

mohdtaufik


haha..nila blog blogger yang paling hensem ! (konon..puji skit.hehe)
nama diberi : mohd taufik
aku kenal topex ni dah dekat setahun dah..tuannya memang cool habis !
blog topex ni lebih berkenaan kehidupan
persoalan dan realiti kehidupan
setiap entry topex pun memang menarik
penggunaan ayatnya memang cow2..power
cayalah ko topex !;)

tuk pengetahuan korang
7 blog nilah yang selama ni menjadi inspirasi aku tuk terus berblogging;)
7 blogger nilah yang bagi aku penawar hati tuk teruskan positifkan diri
tentang blogging ni..
lau x,xde la semangat aku nak update setiap entry.hehe

apa kata korang ?
mereka semua hebat kn ?
kepada semua yang tengah hangat berblogging
kat mana pun korang berada
samaada di perantauan mahupun di tanah air
pastikan berblogging tu sesuatu yang bererti buat korang
make it fun yup !
selamat berblogging !;)

Monday, May 2, 2011

7 : HARAPAN bila aku balik malaysia

alhamdullilah..
setelah seminggu tanpa kelibat entry aku di laman ni..
akhirnya hari ni aku berkesempatan
 untuk berkongsi 1 entry yang cukup menarik
menarik bagi aku..yang begitu menunggu2 kan detik tu!;)

seminggu yang penuh dengan colloq (exam)..
5 exam dalam 1 minggu..
memang tak sempat nak update blog..sory yep!menyepi minggu lepas;)

dan bila minggu ni aku free
 sementara tunggu final exam tak beberapa lama lagi
tetiba plak mari fikir
dah tak lama lagi dah aku nak balik malaysia ! 
tanah air aku !;)
lau ikut tiket flight yang aku dah tempah,
aku akan berangkat daripada kota moscow ni pada 23 jun ni..
harap2 xpostpone dah..amin amin..

masa berlalu ngan begitu cepat kan?
dah 7 bulan aku kat kota moscow ni..
still masih rasa cam aku kat sekolah,
dalam barisan perhimpunan berpakaian uniform;)
yup..begitulah kehidupan..
berputar..dan terus berputar..
tanpa kita sedari;)

 2 bulan 14 hari : cuti yang taklah begitu panjang..
nampak macam lama..tapi hakikatnya itu hanyalah sekejap
pejam celik itu ini..cam seminggu je..

memandangkan masa tu tak panjang
aku yakin dan percaya :
MASA ITU EMAS
jangan membazir !

so,aku ada 7 harapan yang aku nak selesaikan 
bermula detik aku sampai 23 jun nanti
sehinggalah saat2 aku balik semula kesini bulan 9 nanti

korang nak tahu apa hajat besar aku ni?
dah 7 bulan aku duk sini..aku fikir aku kumpul..dan aku percaya..
7 hajat ni paling perrrrggghhh!!

1. JADI ANAK TERBAIK BUAT MA DAN ABAH

apa yang aku harapkan,merekalah orang pertama yang aku tengok 
bila aku menjejakkan kaki keluar daripada balai ketibaan KLIA nanti..
aku harap,merekalah orang pertama 
yang menjadi saksi melihat air mata kegembiraan aku nanti
 dan aku nak merekalah orang pertama yang aku peluk erat mohon restu..
aku tak mahu lagi jadi anak yang tak dengar cakap..lawan cakap..
aku nak berubah..
aku nak menghabiskan masa di malaysia 
ngan jadi anak mereka yang paling baik 
pernah ada tuk mereka : selama 2 bulan 14 hari

2. JADI ADIK YANG TAK NAKAL ;)

muka2 ni la dulu yang kategorikan aku budak nakal..ntah la aku kenapa..
kali ni aku balik 2 bulan 14 hari aku nak buktikan kat mereka sume
yang aku baik..adik yang terbaik pernah diaorang ada k..
aku harap sangat aku dapat jumpa diaorang semua nanti..
memang aku rindu diaorang sume tahap 100 % !
dan kali ni aku nak travel kat sume umah2 korang
cuti2 malaysia.hehe
boleh kan ?;D

3. BERJUMPA DENGAN INSAN TERSAYANG;)

miss her very much ;)
tak sabar aku nak jumpa dia..
dah 7 bulan tak jumpa..
dan aku yakin,dia pun mesti tak sabar2 nak tunggu kepulangan aku
dont worry honey !
abg belanja makan icecream nanti ye..banyak2 gitu;)
dan aku harap sangat,
aku dapat berjumpa ngan dia selalu selama 2 bulan 14 hari ni
dan aku harap3 sangat,
dia tak nangis lagi..rindu..bila aku balik malaysia nanti;)

4. JADI KAWAN PALING AKRAB..MANTOP!;)

sahabat sejati sentiasa dihati;)
aku ingat lagi,sebelum aku nak pergi dulu,
korang buat BBQ makan2 tuk aku
masing2 dah belajar jauh2..
tapi ikatan persahabatan antara kita semua tak pernah putus..
lau dulu,study sama2,susah senang pun sama..
memang aku akan kenang korang sampai bila2!
dan apa harapkan tuk kepulangan aku yang hanya 2 bulan 14 hari ni,
aku nak jumpa ngan sume pok2 ni..
pekena roti tempayan wakaf tengah xpun restoren assyikirin..
main2 badminton futsal..
lepak2 jalan2 bandar..
jumpa korang sume bulan 6 nanti !

5. MAKAN : AYAM KFC + NASI LEMAK + NASI DAGANG

yang ni memang xleh blah..dah 7 bulan aku simpan harapan ni..
siyesly,aku balik nanti,aku memang nak ngam banyak2 sume ni !
nasi lemak pasar maras,nasi lemak wakaf tengah,nasi lemak ma buat
nasi lemak sambal ikan aye..telur ngan ikan bilis..xpun ayam goreng
nasi dagang pasar maras,nasi dagang lek'ele 
snack plate KFC..hot & spicy
PERRRGGGGHHH ! memang paling HOT !
nantikan kepulangan aku nanti;)

6. AIDILFITRI PALING BERMAKNA !;)

alhamdullilah..raya tahun ni..aku akan raya kat kampung..
bukan kat perantauan;)
dan aku harap,
hari raya aidilfitri tahun ni akan lebih meriah daripada tahun2 lepas !
mana tau,tahun depan aku kena raya kat perantauan ke..
dan yang pasti,aku nak pekena sate,nasi himpit,ketupat,kuih2 raya !
bermaaf2an ngan ahli keluarga 
disamping mengutip duit raya ngan ahli2 keluarga tercinta;)
(ade chance lagi..hehe)
yang pasti..takbir raya bergema tahun ni..
bagi aku bukan di kedutaan malaysia moscow tetapi di kampung halaman;)

7. BEKAL BAWA BALIK KE MOSCOW

yang ni WAJIB perlu diingati..
pastikan luggage 30kg aku penuh nanti ngan sume2 ni.hehe
siyesly,susah sangat2 nak dapat sos cili,kicap manis,
maggi sebest kat malaysia dan budu..apatah lagi.
dan diharapkan bekalan untuk SEM depan,akan cukup untuk aku
xperlulah nak pos2 lagi..
lau aku tak ingat,korang tolong ingatkan aku k?;)


yup..7 harapan yang begitu bermakna bagi aku..
aku harap cuti 2 bulan 14 hari aku nanti..
aku mampu laksanakan semua harapan dan keinginan aku ni..
begitulah hakikatnya anak perantau..
balik kampung pun siap ada harapan lagi..
maklumlah balik sekali setahun ;)

kalau korang ada harapan jugak..
xkira la 7 ke 8 ke atau lebih lagi pun
pastikan harapan korang tu jelas..
dan jangan lupa capai harapan korang tu !
kerana setiap pengharapan itu 
membuatkan hidup korang lebih bermakna ;)
insyaALLAH..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...