Friday, January 14, 2011

certificate oF ice skating !

selamat malam buat sume rakan2 di moscow | selamat pagi kepada rakan2 yang kini berada di tanah air tercinta dan xlupa juga kepada semua pencinta2 blog yang berada di seluruh pelusuk dunia..


seperti 'bukan' biasa,coretan aku hari ni agak menarik tuk di baca!
pas 5 hari aku xkuar dari pushkin (tempat tinggal aku),akhirnya kuar jugak aku dari sini ! cuaca cam biasa..-1 yang memang dah cukup tuk menyeksakan diri !


alhamdullilah..rancangan aku dan kawan2 menjadi tuk kali ni > pergi ke satu tempat yang sangat cantik di bumi moscow ni (park kultury) tuk main 
ICE SKATING !! 
ICE SKATING !!
ICE SKATING !!


(bunyi cam menyeramkan je,,apa taknye,xpernah kot aku main sebelum ni..main atas salji yang membeku then dengan tapak kasut yang sgt nipis..mmm..xpe2,janji try lu k!tu yg lebih happening !)


hari ni bangun awal pagi..ntah kenapa alarm yang tak pernah dengar selama ni..laju lak telinga aku detect hari ni..(cam tau2 je nak gi main!hehe)

jom !
mula2 beli kasut ice skating


pelbagai aneka pilihan..tengok amir dah kabur mata..sampai berjam2 kat kedai ni !hehe

cuba mir..jangan tak cube..

izzat seperti sudah terbiasa ngan perilaku sebegini..
(mencuba berkali-kali..hehe)

ok dah ! lau tunggu korang memilih ! sampai tutup la kedai ni !
hahaha

dah jom kita ke destinasi !

panorama park kultury
tengok je muka2 cool sume ni..lam hati..duppp..dappp..dup..dapp..takut nak main..hehe)

first tengok pintu gerbang ke tempat main..memang hati aku ni dah kecup perut..
"aishh..tempat open ni..mampus gua kali ni..tak pandai main !"

pintu gerbang yang agak comel tapi penuh misteri !

kaunter tiket masuk
(langkah-langkah yang penuh berhati-hati..hehe)


xpe2..relex je..janji dapat main ! terlepas hajat dulu ! hehe
jatuh banyak kali pun..apa peduli..janji hepy !

bila dah masuk..JOM MAIN !!

first..agak boleh tuk imbangkan diri

wah..dah gaya cam pro ni !
(padahal pas posing gmbar ni..jatuh tergolek..sakit giler!haha)

jom sume kite rancang strategi ! 




tengok ! sume dah pandai main ! siap jumpa kawan russia baru lagi !haha



tengok..siap boleh berposing !!


haha..apa pun,macam2 pengalaman yang dah aku dan kawan2 yang lain rasai hari ni..daripada jatuh berkali-kali sampailah boleh main siap bergaya2 lagi..betul la kata orang2 tua,belajar dulu meniarap tuk pandai merangkak dan pandai dulu merangkak tuk pandai berjalan..sekali kita sakit,bermakna kita belajar tuk tak lagi sakit..dan sekali percubaan kite berhasil,bererti kita akan berusaha tuk lebih membuahkan hasil!
kredit to guru2 ice skating kami :khushairi | raihanah | asilah | amir afiq..thanx coz ajar aku dan lain2 dari mula2 sampai dah boleh paham erti 'ice skating' ! cayalah korang !hehe


yahooo ! akhirnya berjaya lepasi halangan pertama !muahaha

hahaha..
ni dia certificate yang xkan pernah laku di dunia ni..sampai bila2 !

TAHNIAH SENYUM SOKMO !
CUBA LAGI !


Wednesday, January 12, 2011

buang je CINTA yang dah pergi!

keheningan malam dapat dirasai malam ni..wap2 sejuk menghempap tingkap seakan2 memberi petanda moscow hari ni masih sejuk dan aku masih lagi seperti biasa..beradu diri di kamar tersuci ni tanpa bergerak kemana-mana menikmati hari dengan bingkisan facebook dan buku bioorganic chemistry(minggu depan aku dah final exam !)

alhamdullilah...saat ni aku bersyukur kerna aku masih mampu menikmati alam ciptaanNya dan berupaya menulis coretan dari hati...

hari ni..aku ingin berbicara mengenai CINTA YANG TELAH PERGI!
perlu diungkit kembali atau biarkan je ia pegi ?????

TAFSIRAN PERTAMA
apa pendapat korang bila ada segelintir daripada kita cakap kat korang



CINTA TU BUTA !
apa nak di percaya??laki@pompuan zaman sekarang sama je??
nak kan rupa...duit...bila dapat nafsu..dah lupa??
mula nak cari lain??cakap bukan main manis...cinta akhir hayat konon..
bila dapat yang lebih baik..tinggal kita cam tunggul je!!
apa??ingat kita batu xde harga diri??hati dan jiwa!!
pi lah cinte!!aku dah bosan ngan sume ni!!
tensionkan diri aku!!aku dah xpercayakan cinta!!

TAFSIRAN KEDUA
cammana lak kalau korang jumpa orang yang cakap macam ni

HIDUPKU SEMPURNA DENGAN CINTA !
aku xley hidup tanpa dia...dialah nyawa aku...dialah hidup aku..dialah semangat aku..seminit xtengok dia cam seminit aku x bernafas dengan sempurna!makan sesuap aku ingat dia..minum segelas aku rindukan dia..termenung sekejap cam dah bosan tanpa dia!semua perkara aku buat hepy dengan adanya dia..tanpa dia,tiadalah kehidupan yang sempurna..aku rela mati tanpa dia..!

TAFSIRAN KETIGA
ada gak korang dapat pandangan camni


APA CINTA2 NI??
belajar dulu la..xske33...aku dah banyak tengok orang bercinta..sume meranakan diri..sume dah rosak..apa nak jadi ngan org zaman sekarang ni??pe nak jadi..ish33

mmmm...3 tafsiran yang berbeza..aku nak sekat tafsiran ketiga tu sebab ntah r..xbermakna tuk coretan aku kali ni..hehe:kalau korang fikir..kalau pendapat yang pertama itu betul..mengapa pendapat kedua tu mesti ada??dan kalau pendapat kedua itu yang betul..mengapa mesti pendapat yang pertama itu mesti wujud??
bagi aku..cinta tu mende yang subjektif..lau korang dapat feel tu..korang memang akan dapat rasa sampaikan korang tak terkata..nak cite kat orang:memang xterungkap dek kata apatah lagi sampai nak genggam dunia!!
tapi..kalau korang dah hilang feel dengan cinta...memang tak terdaya...sume yang ada musnah seolah2 cintalah kunci jiwa!sume dah hancur..dunia??tiada dah indahnya sume buruk belaka!!
(hehe..aku ni cam dah ada pengalaman je)

bagi teman2 yang pernah merasa tafsiran yang pertama..korang xley menidakkan erti cinta yang sebenarnya..(kalau tak caya??tengok wikipedia sendiri..maksudnye tetap sama??hehe..xdelah..)
korang jangan cuba membenci cinta kerana apa yang korang hadapi bukan silap cinta tapi silap teman korang atau mungkin silap diri korang sendiri!

kalau korang dah tak percaya ngan cinta..cubalah tuk bertenang..dan muhasabah diri..cinta bukan apa yang korang pernah rasainya sekali..dan mengapa tersilap sekali,harus menjadi terakhir kali??..mengapa mesti dia mengubah tafsiran anda terhadap yang lain juga??(lelaki sama je!@pempuan sama je)mmg xadil bagi aku dan yang lain2..

cubalah mencanang kembali cinta yang dulu pernah korang suburkan kalau korang ada pilihan kedua..mendapat tawaran tuk memutik cinta bersama,jangan pernah sekali2 anda menolak lagi!cubalah belajar dan belajar lagi erti cinta yang hakiki kerana yang menanti memang cukup indah sekali..

satu lagi pesan aku,jangan pernah kita menyalahkan cinta kerana pelajaran yang teruk ! ianya tak pernah sekali2 berlaku jika korang paham erti belajar dan cinta..belajar tetap utama kerana ianya masa depan kita ! belajar tu nadi hidup kita dan pencetus akal kita tuk lebih cerdas dan cergas sepanjang masa..

so,buang je sume kisah2 lama ! kisah2 yang menghantui diri dan xde erti sekali2 ! cuba bangkitkan kembali semangat cinta yang pernah teguh bak gunung berapi !

cuba tengok
bila lagi kita nak jadi camni?

ADAM dan HAWA yang sanggup bersama-sama turun ke bumi atas amanat Ilahi??

mahupun
Romeo & Juliet yang sanggup sehidup semati??


xpun macam aktor & aktres filem titanic yang sanggup mendambakan cinta walau berlainan darjat dan taraf diri??


dan yang paling penting..cinta kita sesama manusia tetap sekecil2 zarah yang ada kerana cinta kepada si dia adalah kerana kita mencintai YANG MAHA ESA..ALLAH memberi hati dan perasaan kepada umatnya bergelar manusia sekadar tuk penyeri hidup di dunia yang sementara ini..ALLAH memberi kita rasa erti cinta sekadar tuk memenuhi tuntutan fitrah kaum yang berlainan lelaki dan perempuan menambahkan zuriat dan penghuni dunia hamba ALLAH yang hakiki..jangan pernah kite lari dari pegangan cinta berlandaskan agama..jangan pernah membelakangkan akidah dan akhlak semata-mata kepuasan nafsu dihati..jangan pernah kita menidakkan hukum ilahi kerana perasaan yang sekecil debu ini..


pesanan aku yang terakhir kali..
BUANG JE NOKTAH HITAM YANG PERNAH ANDA LALUI SEBELUM NI..JANGAN BIAR IA MENGHANTUI DIRI KORANG GI ! BUANG JE EPISOD DUKA YANG PERNAH ANDA HARUNGI SEBELUM NI..BUANG JE KISAH HAMPA YANG MELEMAHKAN DIRI !
BANGKITLAH KEMBALI DENGAN NAFAS YANG PENUH WANGI !DAN BERLANDASKAN JALAN YANG MEMENUHI TUNTUTAN ILAHI..

insyaallah..menanti didepan amatlah bererti..

AMIN






Tuesday, January 11, 2011

wedding oF the year

malam di moscow masih muda dan seperti biasa kota ini masih lagi dipenuhi limpahan salji dengan suhu yang agak sederhana sejuk sekitar 0,-1..
hari ini tiada sebarang perkara menarik yang melanda melainkan menikmati dua sajian yang enak dimasak dua orang chef yang agak terkenal di pushkin 
( ery & kery )..TQ korang!memang bez giler!


seperti biasa,dikala suasana sunyi sepi ,ada sahaja tergerak di hati nak berkongsi sesuatu yang agak misteri !
coretan aku hari ini adalah mengenai pertemuan dua hati..bibik cinta dua insan cek da (kakakku) dan abg lias (abang iparku)..yang baru beberapa bulan melayarkan bahtera mereka..

mana tidaknya,baru sahaja sebentar tadi aku chat ngan dia [cekda (kakakku) pengantin perempuan disebelah kanan gambar diatas]..ha..macam2 rahsia cuba aku selongkar..sedikit demi sedikit..walaupun mula2 agak sukar memujuk si dia membuka segala rahsia yang ada,tapi apakan daya
godaan adik nya ni lebih kuat dari segala2nya!muahaha!!
apa yang pasti
rupa-rupanya indah cerita perjalanan hidup mereka..!!


tadi cekda cakap mereka mula bertemu ketika menjalankan ROS (ntah..aku pun xtau pe mksud ni..dri dulu aku cri.hehe..ROS ni cam praktikal graduan guru sebelum ijazah) bersama-sama beberapa orang rakan yang lain di sekolah aku!(ye..aku masih ingat waktu ni..masa tu aku form 4 dan cekda ke sekolah aku tuk buat ROS ni..tapi siyesly,aku xingat abg lias yang mana satu!hehe).
walaupun masing2 belajar di universiti yang sama (UPSI) namun mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ni sehinggalah mereka bertemu tuk menjalankan ROS di sekolah yang sama..

kata cekda,waktu ni dia kenal abg lias kurang rapat..sebab abg lias ni pendiam..malu-malu kucing la katakan..hehe..maklumlah,baru je kenal..nama pun ntah tau ke tak..
hari demi hari..apabila dah duduk sekali..berbincang tentang report yang perlu dihantar nanti ke universiti..balik lewat petang atas tugasan yang diberi..letih bersama..penat apatah lagi..
mereka saling mengenali antara satu sama lain..(tapi..masa ni kawan biasa je la kan)

namun hari demi hari..perasaan tu dh jadi lain..berhubung pun tiap2 hari..
dah tau diri tu single lagi..apa lagi???
masing2 cuba tuk meluahkan hati dan perasaan yang dirasa selama ni..namun,tu sume x berlaku disebabkan keegoaan diri yang memang tinggi mengalahkan KLCC !
sapa yang nak mula dulu ??
kata cek da : "perlu ke aku berbunyi ??xkan la aku nak mengada2..timba nak cari perigi..ish xbley22.."
kata abg lias pula : "nak ke dye kat aku..malulah aku lau aku gitau dye tolak aku..nak letak mana muka ! "
aishhh...tu la kisah cinta yang memakan masa yang agak lama
masing2 cuba tuk menderitakan diri dengan harapan
yeee..masenya akan tiba jugak nanti!!

sampaila satu hari tu,abg lias menerima satu ujian besar atas kehilangan orang yang tersayang..(ALFATIHAH..semoga rohnya dicucuri rahmat hendakNya)..satu ujian besar sehinggakan menganggu diri..tempias hidup yang amat mendalam..
ketika ni..hubungan mereka semakin intim..kehadiran cekda seolah2 penyeri..malah seperti ubat mustajab terhadap apa yang dihadapi...
ALHAMDULLILAH..
masing2 dah meluahkan segala isi hati yang tersimpan...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

begitulah kisah cinta yang amat menyayat hati !!!
sehinggalah pada tarikh 13hb september 2010,pasangan ni telah selamat diijab kabul sebagai pasangan sehidup semati..
ALHAMDULLILAH..
aku sebagai adik,menumpang gembira atas bahtera cinta indah yang kini cekda dan abg lias miliki..
dan bagi aku..perkahwinan korang amatlah simbolik memandangkan cekdalah kakak aku yang terakhir melayarkan bahtera cinta dihati (selepas kak ja dan abg pi & kak nyah ngan abg asri)dan perkahwinan mereka ini diadakan beberapa hari sebelum hari aku berlepas ke bumi Moscow tuk melanjutkan pelajaran..memang aku amat hargai !






majlis akad nikah









majlis persandingan

bagi aku..koranglah WEDDING OF THE YEAR
semoga ceritera cinta terindah korang berdua akan terus hangat
kemekaran cinta yang tiada pengakhirannya
 menjadi nadi penyatuan
dua hati dan jiwa
hingga ke noktah akhir jasadnya

AMIN



anugerah WEDDING OF THE YEAR SENYUM SOKMO




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...