Tuesday, January 11, 2011

wedding oF the year

malam di moscow masih muda dan seperti biasa kota ini masih lagi dipenuhi limpahan salji dengan suhu yang agak sederhana sejuk sekitar 0,-1..
hari ini tiada sebarang perkara menarik yang melanda melainkan menikmati dua sajian yang enak dimasak dua orang chef yang agak terkenal di pushkin 
( ery & kery )..TQ korang!memang bez giler!


seperti biasa,dikala suasana sunyi sepi ,ada sahaja tergerak di hati nak berkongsi sesuatu yang agak misteri !
coretan aku hari ini adalah mengenai pertemuan dua hati..bibik cinta dua insan cek da (kakakku) dan abg lias (abang iparku)..yang baru beberapa bulan melayarkan bahtera mereka..

mana tidaknya,baru sahaja sebentar tadi aku chat ngan dia [cekda (kakakku) pengantin perempuan disebelah kanan gambar diatas]..ha..macam2 rahsia cuba aku selongkar..sedikit demi sedikit..walaupun mula2 agak sukar memujuk si dia membuka segala rahsia yang ada,tapi apakan daya
godaan adik nya ni lebih kuat dari segala2nya!muahaha!!
apa yang pasti
rupa-rupanya indah cerita perjalanan hidup mereka..!!


tadi cekda cakap mereka mula bertemu ketika menjalankan ROS (ntah..aku pun xtau pe mksud ni..dri dulu aku cri.hehe..ROS ni cam praktikal graduan guru sebelum ijazah) bersama-sama beberapa orang rakan yang lain di sekolah aku!(ye..aku masih ingat waktu ni..masa tu aku form 4 dan cekda ke sekolah aku tuk buat ROS ni..tapi siyesly,aku xingat abg lias yang mana satu!hehe).
walaupun masing2 belajar di universiti yang sama (UPSI) namun mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ni sehinggalah mereka bertemu tuk menjalankan ROS di sekolah yang sama..

kata cekda,waktu ni dia kenal abg lias kurang rapat..sebab abg lias ni pendiam..malu-malu kucing la katakan..hehe..maklumlah,baru je kenal..nama pun ntah tau ke tak..
hari demi hari..apabila dah duduk sekali..berbincang tentang report yang perlu dihantar nanti ke universiti..balik lewat petang atas tugasan yang diberi..letih bersama..penat apatah lagi..
mereka saling mengenali antara satu sama lain..(tapi..masa ni kawan biasa je la kan)

namun hari demi hari..perasaan tu dh jadi lain..berhubung pun tiap2 hari..
dah tau diri tu single lagi..apa lagi???
masing2 cuba tuk meluahkan hati dan perasaan yang dirasa selama ni..namun,tu sume x berlaku disebabkan keegoaan diri yang memang tinggi mengalahkan KLCC !
sapa yang nak mula dulu ??
kata cek da : "perlu ke aku berbunyi ??xkan la aku nak mengada2..timba nak cari perigi..ish xbley22.."
kata abg lias pula : "nak ke dye kat aku..malulah aku lau aku gitau dye tolak aku..nak letak mana muka ! "
aishhh...tu la kisah cinta yang memakan masa yang agak lama
masing2 cuba tuk menderitakan diri dengan harapan
yeee..masenya akan tiba jugak nanti!!

sampaila satu hari tu,abg lias menerima satu ujian besar atas kehilangan orang yang tersayang..(ALFATIHAH..semoga rohnya dicucuri rahmat hendakNya)..satu ujian besar sehinggakan menganggu diri..tempias hidup yang amat mendalam..
ketika ni..hubungan mereka semakin intim..kehadiran cekda seolah2 penyeri..malah seperti ubat mustajab terhadap apa yang dihadapi...
ALHAMDULLILAH..
masing2 dah meluahkan segala isi hati yang tersimpan...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

begitulah kisah cinta yang amat menyayat hati !!!
sehinggalah pada tarikh 13hb september 2010,pasangan ni telah selamat diijab kabul sebagai pasangan sehidup semati..
ALHAMDULLILAH..
aku sebagai adik,menumpang gembira atas bahtera cinta indah yang kini cekda dan abg lias miliki..
dan bagi aku..perkahwinan korang amatlah simbolik memandangkan cekdalah kakak aku yang terakhir melayarkan bahtera cinta dihati (selepas kak ja dan abg pi & kak nyah ngan abg asri)dan perkahwinan mereka ini diadakan beberapa hari sebelum hari aku berlepas ke bumi Moscow tuk melanjutkan pelajaran..memang aku amat hargai !






majlis akad nikah









majlis persandingan

bagi aku..koranglah WEDDING OF THE YEAR
semoga ceritera cinta terindah korang berdua akan terus hangat
kemekaran cinta yang tiada pengakhirannya
 menjadi nadi penyatuan
dua hati dan jiwa
hingga ke noktah akhir jasadnya

AMIN



anugerah WEDDING OF THE YEAR SENYUM SOKMO




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...