video keadaan di lapangan terbang antarabangsa domodedovo,moscow ketika tradegi berlaku..
jam di laptop menunjukkan waktu di hamburg,jerman sudah pun mencecah jam 12.25 malam dengan suhu yang agak sejuk sekitar 1 degree (moscow -10deg)..tatkala semua kawan2 ngan senior2 sedang nyenyak tidur kerana letih seharian melayan karenah diri shopping2 n jalan2 round kotaraya ni pada hari n..dan aku still macam biasa,masih sempat tuk melayan FB dan kini nk blogging,dek menghargai peluang free akses di tempat penginapan yang kami duduki sekarang ni (lau kat tmpat awam,main internet sejam kat jerman ni mencecah rm10 !)
apapun,dunia tetap berputar...dan masa tetap berjalan..4 hari aku dan kawan2 serta senior2 berada di jerman yang agak jauh dari moscow (2jam setengah perjalanan melalui flight), kami dikejutkan dengan berita pengeboman yang berlaku di lapangan terbang antarabangsa domodedovo (yang baru sahaja menjadi tempat tuk kami naiki flight) 4 hari yang lepas..angka korban mencecah 34 orang dan yang tercedera seramai 130 orang lebih>menyebabkan tradegi ini menjadi antara bahan hangat di muka depan akhbar-akhbar dunia dan berita-berita semasa..
suasana kecoh diluar terminal
apa dah berlaku kepada lapangan terbang yang menjadi kebanggaan seluruh warga russia yang diiktiraf antara lapangan terbang yang paling canggih dari aspek keselamatannya?apa sudah jadi kepada lapangan terbang yang terbasar di russia yang dibina pada tahun 1964 ini?mengapa tradegi hitam yang pernah berlaku disini pada tahun 1994 berulang kembali?>>apa yang pasti : aku tidak meragui aspek keselamatan di lapangan terbang ini,mmg cukup hebat sekali..berbanding di KLIA dan lain2 lapangan terbang di dunia..
aku ingat lagi 5 hari lepas,ketika aku nak melepasi kawasan imigresen russia tuk ke balai pelepasan,aku dicheck satu persatu sehinggakan muka aku pun pengawai bertugas konfius ! (agak berbeza ngan gambar aku lam passport),alhamdullilah..aku lepas > then halangan seterusnya aku dikehendaki membuang kasut dan semua barang dan melepasi 1 kawasan checking yang menggunakan 100% elektronik (scan badan menggunakan komputer)..memang cukup ketat ! (sehinggakan ada di kalangan kami yang kene tahan sekejap untuk dipersoal atas keraguan>nasib baik ada kad universiti dan passport..alhamdullilah..)
dan jika pengeboman ini berlaku...dimana masalahnya?adakah kremlin masih mahu menuding jari dan menyalahkan pihak lain?dan adakah umat islam masih menjadi sasaran suspek selepas pengeboman yang berlaku di stesen METRO 2 tahun lalu?dan apakah nasib kami duta2 kecil moscow di sini?dan apa yang lebih memusykilkan kita semua,kejadian berlaku di terminal ketibaan..bererti suspek kemungkinnya penduduk tempatan mahupun orang asing?
apa pun persoalannya,tradegi yang menimpa semuanya berlaku atas dasar pencerobohan dan provokasi semata2..moscow sememangnya tidak lari dari sebarang ancaman dan kekacauan..bumi yang pernah dianggap bumi soviet ini sering kali tidak lekang daripada sebarang isu-isu kekejaman dan pergolakan seolah-olah moscowlah bandaraya utama menolak dasar keamanan..kelibat rakyatnya yang sering tidak bersepahaman dan sering menyalahkan orang asing jika berlaku apa-apa pengeboman menyebabkan negara ini sering kali digeruni olah kuasa-kuasa besar yang lain..dimana kelibat barack obama tatkala tradegi ini berlaku?dan mengapa jurucakap rusia,tatyana morozona klasifikasikan tradegi ini berpunca daripada penganas?dan mengapa china,britain dan israel sepi dan tutup mulut dalam membincangkan
tepuk dada,tanyalah minda kalian semua..begitulah hakikatnya..natijahnya,apa yang berlaku di bumi moscow pada hari ini sememangnya ada hikmahnya..hikmah tuk mengajar Dmitry Medvedev,presiden republik russia tuk buka mata akan realiti sebenar dan jangan lagi menyalahkan pihak-pihak yang tidak bersalah..
signifikannya,nasib kami disini tetap sama..pelajar malaysia tetap terselamat dan masih belum pernah menjadi sasaran mana-mana kempen pembunuhan yang berleluasa dalam kalangan masyarakat tempatan..lau ada pun,kami hanyalah sekadar tempias dan mangsa keadaan..kecekapan pihak kedutaan Malaysia di moscow serta persatuan-persatuan pelajar sememangnya amat perlu dibanggakan..ada sahaja permasalahan yang berlaku,merekalah yang tidak lekang tangan mencari acuan keselamatan untuk kami yang hampir 1500orang warga malaysia yang menetap di sini..
keindahan kota metropolitan moscow
keindahan kota metropolitan moscow
apapun yang berlaku..moscow tetap bandaraya aman dan tenteram bagi aku..kerana setiap kali aku ke kelas,menaiki bas,menaiki keretapi api,mahupun berjalan-jalan di kaki lima serta ke pasaraya2,kelibat warga moscow tetap seperti biasa,menghormati kami semua dan melakarkan senyuman manis seolah-olah kamilah tetamu berharga mereka..kekacauan yang hanya kadang2 berlaku,memang memberi impak yang agak besar buat kami semua serta diri aku sendiri..tapi apa yang berlaku itulah mengajar kami realiti sebenar dunia hari ini yang sedang dilanda krisis kemanusiaan..kremlin masih cantik seperti biasa,METRO still menjalankan tugasan menjadi yang kedua keretapi tersibuk didunia,arbatskaya still cantik seperti hamburg,spartiv dan park kultury still aman dan harmoni seperti sediakala..ASHAN tetap mejadi pembekal utama keperluan harian kami semua dan itulah yang aku dan lain2 harapkan..seperti sediakala tuk kami jalankan misi meneruskan wadah ilmu tuk berbakti kepada negara satu hari ini..
kami pencinta keamanan !
doa kalian semua menjadi semangat tuk kami meneruskan perjuangan ini...walaupan jauh dimata kalian semua,kami tetap bersabar menghadapi segala dugaan yang ada kerana manisnya akan menjelma jua..INSYAALLAH..tunggulah kepulangan kami dengan segulung ijazah yang penuh bermakna yang kita semua harapkan..
AMIN
2 comments:
petikan kosmo, rabu, 26jan2011
'...letupan di lapangan terbang yang mengorbankan 35 nyawa kelmarin mungkin didalangi oleh seorang pengebom berani mati wanita dari wilayah yang didominasi oleh penduduk islam di caucasus....'
'.....penganas itu ditemani seorang lelaki, dan dalam kejadian letupan tersebut, kepala wanita tersebut terputus...'
'.... penyiasat rusia menemui kepala yang kelihatan seperti orang arab dan disyaki sebagai pengebom berani mati terbabit...'
'......perdana menteri rusia berikrar akan mengambil tindakan balas ke atas pengebom berani mati itu...'
allahualam
i'm confess islam, and i'm not terrorist..!
yup..tulah hakikatnya yang berlaku..semasa pengboman train bawah tanah 2 tahun lepas pun,orang islam gak yang menjadi mangsa..kita semua mengharapkan yang terbaik daripada badan penyiasat russia..jgn membuat provokasi lagi..propaganda semata-mata..insyaallah
Post a Comment