Wednesday, August 15, 2012

dunia baru *

jam menunjukkan hampir 2 pagi
mata masih gagah menumpu kearah sekeliling
begitu juga tangan dan anggota lain yang seakan2 mendalih dari menjamah katil tuk lena tidur
mungkin ini masanya tuk aku bertahajud
mungkin juga ini masanya untuk aku berentri
memandangkan dah lama aku tidak menyentuh kekunci new post di blog list :)

syukur alhamdullilah Ramadhan seakan2 semakin laju berlari meninggalkan kita semua
sejauh mana kemampuan kita mengecapi nikmat disebaliknya
sejauh itu juga kita bersyukur atas kehadirannya yang hanya sekali dikurniakan Allah selama setahun
natijah disebaliknya ada pada hambaNya yang sentiasa berusaha memperolehinya
apatah lagi kita sekarang seakan2 melintasi malam Lailatul Qadar
itulah nikmat Allah SWT yang tiada nilainya

di tengah2 kelesuan malam dicampur bunyi cengkerik yang seakan2 meraikan suasana malam
tetiba mari plak terdetik di hati dan lubuk perasaan mengenai sesuatu yang pasti
apatah lagi membuak2 keinginan tuk berentri mengenai pengalaman aku beberapa minggu lepas
ketika menjalani sesi attachment di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu
sesuatu hakikat yang sangat dan amat perlu untuk aku telan


perasaan bertuah tu ada..perasaan beruntung itu tetap ada..
bukan semua orang dapat peluang yang aku dapat
namun aku sedar memegang nametag ni walaupun hakikatnya sebagai pelajar
semuanya merubah perspeksi jangka pendek aku sebelum ini
ya..aku kini di dunia baru
dunia yang selama ini aku menolaknya 100% daripada kalendar hidup aku !

aku menahan diri..aku perlu tahu erti memahami :
aku dah 2year,masuk ni dah 3year,ada 4 tahun lagi..so lalui jalan ni !
dan sedarkan diri ni rumah aku 4 tahun lagi

hari pertama segala2 nya bermula dengan mudah dan ringkas
aku dan kawan2 yang hampir 2o orang ketika tu berkumpul di bilik mesyuarat tuk mendengar taklimat
banyak perkara baru yang diberitahu antaranya standard precaution dan banyak lagi
tiada apa yang menarik perhatian aku ketika ini sehinggalah kami dibahagikan kepada 2 orang setiap wad
dan setiap 2 orang ni dibimbing oleh seorang sister/ketua jururawat
dengar nama pun dah sister kan,semua mereka merupakan jururawat yang dah hebat dan pakar

kami dibawa ke wad masing2
memasuki pintu wad dengan bismillah
semua pesakit melihat kami
ermm..senyum2 kiri kanan
yup..kami perlu tunjukkan kemesraan kan..orang baru kat wad :p
sehinggalah sampai kepada satu kelompok kumpulan yang berkot putih seperti aku
mereka berdiri dalam satu kelompok dan menghampiri seorang pesakit
tanpa segan silu aku terus bertanya sister : siapa mereka?
sister terus jawab : sss,,tu la bila dr. round wad yang depan tu pakar,then MO,yang belakang tu HO
sesuatu maklumat baru bagi aku..rupa2nya keje dr. pagi2 round wad
check pesakit tuk persediaan bagi ubat,makanan dan rawatan lanjut waktu pagi tu

tanpa segan silu aku dan kawan mendekati sekumpulan dr. yang sedang round wad tadi
mereka terpinga2 : siapakah aku ?
dengan tetiba bercakap seorang dr. yang bagi aku agak senior : who r you??
tersedu jantung aku rasa dah macam lembik lutut..semua dr. dalam kumpulan tadi memandang aku dan kawan..lagi kami malu dengan pesakit2 tadi tengok kami seolah2 menantikan satu jawapan yang pasti daripada soalan pendek dalam english tadi
dengan simple aku menjawab : we're medical student..2nd year medical student
tak lupa dengan senyuman manis yang penuh lakaran :)
dengan tegas dan pantas dr. yang bertanya aku tadi memberikan aku kertas bacaan electrocardiography (ECG)
tersentak aku menggigil bukan main..
mak aiii!!!ape ni??aku xpaham laa..aku tau basic ECG jee.:bicara hati aku penuh takut !
ok..answer me..it's normal or NOT? kata dr. tu lagi dengan penuh yakin
lagi buat aku rasa nak lari je 100M daripada wad tu..ok tahan
dengan agak kucar-kacir aku explainkan skit2 apa yang aku tahu dan belajar
dr. tu khusyuk mendengar sambil tersenyum
yup..aku yakin dan pasti jawapan aku memang salah dan mengarut !
balas dia :
ok..you want to be a dr..you must learn..learn more!not only from your syllabus..buy books!
after this buy easy ECG books..i will ask you later about ECG
rupanya2 dr. tu merupakan dr. pakar bagi perubatan am..kata2 beliau amat membina
mungkin aku malu dimalukan dan diejek juga dinaikkan suara dihadapan dr2. lain,depan pesakit sendiri
namun itulah hakikat yang perlu aku telan
nak jadi seorang pejuang penyelamat manusia,aku perlu menahan segala teguran
aku perlu belajar dan belajar bukan setakat menerima suapan lecturer
yang kadang2 hanya 10% daripada apa yang patut aku tahu


hari demi hari
makin banyak yang aku belajar
aku lihat..aku memerhati
itulah sesuatu nikmat yang perlu aku syukuri
yang perlu untuk aku pelajari
aku melihat betapa peritnya seorang pesakit diebetes yang terbelah dua kakinya ketika dressing (cuci luka)
aku melihat bagaimana seorang ibu cukup perit melahirkan bayi lebih2 bayi kelahiran pertama
aku juga melihat bagaimana hampir setiap hari pesakit bertemu ajal kembali ke Rahmatullah
itulah kehidupan aku nanti di rumah baru

berborak bersama2 dengan dr. HO (baru posting) dan nurse2
sememangnya membuka mata aku lebih jauh mengenai hakikat di alam perubatan
bagi seorang dr. HO,mereka bekerja shift pagi-malam atau malam-pagi
begitu juga dengan nurse
mereka juga perlu hadapi segala jenis pesakit yang kadang2 menguji kesabaran dr. dan nurse
ade pesakit yang sengaja mempertikaikan kerja dr. dan nurse
dan bermacam2 lagi karenah apabila kita bekerja dengan manusia
begitu juga dengan masa dan tekanan kerja
tak sempat makan tengah hari sehingga ikat perut makan sehingga abis shift malam
itulah ertinya kesetiaan,kesabaran dan kecekalan
gantikanlah ia dengan senyuman :)


tiada istilah happening dalam hidup
sekiranya kaki melangkah masuk ke dunia ini
misi masih panjang khidmat amat diperlukan
tiada erti kemegahan dan kebanggaan
selain pentas menguji kesabaran sejauh mana tahap kecekalan
bergelar seorang pejuang keselamatan
yang sanggup korbankan masa,keluarga dan masa lepak dan gembira
itulah realitinya seorang yang berada di dunia perubatan
semoga mendapat berkat dan barakah daripadaNya
amin Ya Allah

*semoga dilancarkan segala percakapan mengacarakan majlis buka puasa 1000 orang Mahasiswa Anak Terengganu bersama Menteri Besar Terengganu hari ini..semoga semuanya berjalan lancar..amin 


15 comments:

Anonymous said...

x pernah ada dlm kalendar hidu p... ? interesting ...

Momo said...

oic.. dengar cerita ko ni kan..aku dah terbayang pulak drama siri jepun code blue.. ohsem future doctor!! nanti ko balik m'sia ko rawat aku ek? hehehe..

shahnonsalleh said...

seem to be stressed out and tiring but i know deep down there must still be a satisfaction and happiness...

hidayahjaffri said...

Nice entry :) good luck dori~ :)

Izzah Munirah Zulkifli said...

best nyerr jadi doktor..nice entry :)
senang tak nak jadi doktor??nak jadi jugak..:)

Shohwatul Islam. said...

Assalamualaikum :)
Wahh3! Alhamdulillah, dberi pluag ntuk bbkti kat org ^_^ before xpenah minat medic or what? ^_^
btw, best of luck n smoge Allah pmudahkn sgale2nye :) ameen

solihin said...

best..

khai said...

hamizah : yup sblum ni mmg minat benda lain..tapi alhamdullilah rezeki Allah n skrg ni dh makin minat ngan dunia ni :)

khai said...

momo : haha..beres2 xde hal

khai said...

unknown : stress but it's fun..we study to help people..it's berkat insyaALLAH :)

khai said...

kak hidayah : insyaAllah :)

khai said...

izzah : senang je kalau kita minat..insyaAllah izzah pun akan jdi dr. jugak stu hari nti..sme2 doakan..amin

khai said...

ain N : yup sebelum ni mmg xpernah minat tpi alhamdullilah n jalan Allah n skrg baru sedar jln ni adlh terbaik tuk hidup :)

khai said...

solihin : sme2 doakan yg terbaik..iA amin

Anonymous said...

salam ,, nak tanye mase 2nd year ,,, mmg bole practikal kat hosp. malaysia ea ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...