Tuesday, February 5, 2013

istanbul..bumi suci Sultan Al-Fateh PART I

kalau masa kecik dulu
kalau di tanya :
tempat mana mungkin aku berimpian nak pergi satu hari nanti?
*sambil mengelamun berfikir melayan mimpi dan impian dengan muka senyum 
dan gelak dalam hati
dengan pantas aku akan jawab :
paris,london,istanbul,new york,tokyo..blablabla
dan time tu pasti aku ngan kawan2 akan gelak besar
tempat yang begitu jauh ngan malaysia mana mungkin aku mampu untuk sampai
nak sampai senang je,bukak internet,search google images then boleh sampai

manakan rezeki Allah SWT tu cukup meluas
betapa aku ketika itu lupa bahawa rezeki itu bukan di tangan aku bahkan ianya di tangan Pencipta
subhanAllah..tawa aku n kawan2 dulu kini jadi kenyataan
nikmat yang dulu aku hanya aku impikan hadir dalam mainan mimpi malam
akhirnya aku jejak dengan kudupan mata dan langkah kaki kanan
sujud syukur atas segala nikmat ni subhanAllah

tepat jam 3 petang waktu Turki (9 malam waktu Malaysia) alhamdullilah selamat landing di Atarturk International Airport,Istanbul..iAllah 8 hari di sini takkan aku sia2kan



sampai check in hotel,terus aku n rakan2 keluar ambil udara segar di Istanbul..suhu 8 degree cukup berbeza ngan Moscow yang ketika tu -15 degree..sambil berjalan,kami jumpa deretan kedai yang menjual makanan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Turki : Bahlava.warna n bentuknya cukup unik rasanya juga sangat manis..apa lagi terus beli walaupun harganya agak mahal rm4 satu potong -.-

breakfast kat hotel seawal jam 9 pagi.simple kan makan pagi orang turki?kalau kita pagi2 mesti dah pekena nasi lemak,nasi minyak,roti canai ngan teh tarik *so dah xtahan,pas makan ni,terus cari makanan lain :p

hari yang cukup hening berlatarkan sinaran matahari yang memancarkan seluruh bumi Istanbul
penuh dengan pelancong pelbagai rupa dan warna kulit
yang lebih menarik di setiap tempat akan jumpa orang2 malaysia 
daripada berkeluarga,pasangan suami isteri juga pelajar-pelajar
jumpa je terus bertanya khabar dan bersalaman
ternyata rakyat kita ramah dimana-mana :)

 ni kawasan Hippodrome..monumen kat belakang tu monumen paling tua di Istanbul di bina 3000 tahu dahulu..*caption gambar budak ni..main2 depan aku pe lagi kan da kena snap..haha 
                 suasana yang cukup cantik di Istanbul




Alhamdullilah..akhirnya menjejakkan kaki di Masjid Biru (Masjid Sultan Al-Ahmed)..masjid ni dibina pada tahun 1603 hasil manifestasi orang Kristian ketika tu yang mahukan Hagia Sophia (berhadapan Masjid Biru) dijadikan muzium n Masjid Biru digantikan sebagai masjid

Hagia Sophia !





Hagia Sophia dibina pada zaman Byzantine..sejarahnya cukup unik..ketika Al-Fateh berjaya menawan Constantinople,baginda telah menukarkan Hagia Sophia daripada sebuah gereja kepada sebuah masjid yang cukup agung ketika itu..namun hari ni ianya dijadikan sebagai sebuah muzium..sebuah muzium lambang kejayaan empayar Islam :)

xsah kalau ke Istanbul xkunjung ke Galata Tower,sebuah kubu hebat Bynzantine ketika melawan kebangkitan tentera Islam..berada di puncak bangunan dapat lihat keseluruhan kota Istanbul dari pelbagai penjuru..sunset kat sini cukup menarik :)

ni la yang kami cari sejak hari pertama di Istanbul..alhamdullilah akhirnya dapat jugak makan ayam KFC halal..kalau kat Moscow mampu telan air liur je tengok Russian makan ayam KFC xhalal -.-..dh sampai sini pe lagi makan kauw2 la jawabnya :p

tiga hari di bumi Istanbul macam2 pengalaman dah aku n kawan2 dapat
ternyata Lisa Surihani xsalah tempat cari buah hati sampai ke Istanbul :)

iAllah pas ni aku akan cerita plak pasal Sultan Al-Fateh,istana emas yang dibina sultan terdahulu
dan pelbagai lagi tempat-tempat menarik dalam PART II
jangan lupa selalu update sini :)

12 comments:

Anonymous said...

bestnyaaa!!

khai artzfar said...

bestnyer berjalan negara orang

Luqman Zakaria said...

third pic tuh actually ape yer.

Aqilah Amran said...

bahlava ke baklava??

FarhanahAdzlan said...

Subhanallah cantiknya :) best dapat jejak kat negara orang. pengalaman tu yg best yg xdapat smua orang dapat huhu

Farah Nadia Lee said...

Subhanallah .. cantiknya pemandangan dinegara orang... mesti seronok jalan2 dekat tempat orang,kan..??

khai said...

anonymous : alhamdullilah sgt best :)

khai said...

khai artzfar : yup pengalaman baru khai..alhamdullilah

khai said...

luqman : tu bakhlava..makanan dia xrase pun sbb npk pelik semacam je :p

khai said...

aqilah : xtau ejaan sbnr..bakhlava kot :p

khai said...

farhanah : yup alhamdullilah syukur :)

khai said...

farah : alhamdullilah seronok sgt..syukur :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...