Sunday, January 20, 2013

METRO MOSCOW(underground) movie coming soon!

1st sekali syukur kehadratNya still dapat peluang dan kudrat tuk aku buat coretan kat laman ni
alhamdullilah 
semalam aku dah berjaya menyelesaikan peperiksaaan akhir Microbiology
dan simboliknya dengan tu,
alhamdullilah juga pengajian sem pertama tahun ketiga perubatan telah tamat :)
cuti sem yang terluang ni,pada asalnya aku rancang nak balik ke Tanah Air
namun memandangkan hanya sekejap cuti tiga minggu *lama-lama baru best :p
akhirnya,aku dan beberapa rakan ambil keputusan travel ke Istanbul,Turki dan Athens,Greece!
insyaAllah,hari rabu ni akan bertolak ke sana
semoga perjalanan selamat..amin

dan tuk entri kali ni
aku tertarik tuk berkongsi tentang satu movie yang pada aku cukup unik dan best!

movie bertajuk : METRO (underground)

jom layan movie trailer dia dulu
(maaf dalam bahasa russia tak jumpa yang ada subtitle english)
full movie masih belum keluar lagi
insyaAllah kalau menurut sumber internet filem ni akan on air tak lama lagi :)

trailer 1 :

trailer 2 :

hebat kan?cerita dia sumpah macam ala-ala cerita action hollywood!


Menurut satu sumber internet : cerita ni mengisahkan tentang kereta api bawah tanah yang antara terbesar rangkaiannya di Dunia (Metro Moscow) dan air.Bencana air terbesar melanda Moscow dan Metro : adalah satu sistem bawah tanah yang bersaluran dengan sistem air.Di tengah-tengah semua orang sibuk dan tergesa-gesa,dengan kereta api yang penuh kapasiti,dinding yang memisahkan sistem keretapi dari air sungai di atas memberi laluan kepada satu gelombang air besar dan ke semua pecah longgar.Ini menyebabkan huru-hara pada skala besar yang tak pernah dialami sebelum ini dan mengundang pelbagai aksi yang cukup hebat dan menyeramkan!

dengar sinopsis cerita pun dah rasa macam seram dan best je
sememangnya x sabar nak nantikan filem ni bakal keluar beberapa bulan je lagi *menurut sumber internet

sebenarnya filem Metro ni secara tak langsung telah memperkenalkan Metro Moscow kepada dunia
mungkin ada yang tak mengetahui yang Moscow mempunyai sistem keretapi bawah tanah
yang dikatakan rangkaiannya antara terluas dan tersibuk di dunia
setanding negara Jepun
apatah lagi ianya di anggap nadi utama warganegara metropolitan ini
memandangnya ianya merupakan sistem pengangkutan awam paling penting di sini 

Metro Moscow mempunyai sejarah pahitnya yang tersendiri
kalau kawan-kawan ada ingat,masa tahun 2009
sistem Metro Moscow telah dikejutkan dengan dua letupan kuat dalam train
dan mengorbankan banyak nyawa (alhamdullilah pelajar malaysia hanya cedera)
dan pengakhiran peristiwa tu menggambarkan kepada dunia
bahawa Metro Moscow adalah merupakan antara 10 tempat berbahaya di Dunia!
namun bagi warga Russia,
ianya adalah satu simbol kebanggaan bagi sejarah ketamadunan mereka

setiap train akan sampai setiap seminit..sangat laju dan flexibel

suasana di dalam underground!

suasana di dalam train

sistem punch card..kalau student,dapat satu kad permenant yang hanya perlu topup sekali sebulan :)

pintu masuk ke dalam stesen Metro

Metro Moscow juga dianggap antara tempat paling cantik tuk dikunjungi!
[kesemua gambar daripada : en.fishki.net]

begitulah kisah Moscow dan METRO (underground)
untuk maklumat kawan-kawan,Metro adalah 'kaki dan jalan' bagi kesemua pelajar Malaysia
kerana ianya menghubungkan kesemua kelas serta fakulti
yang berpecah dan berada di merata-rata tempat mengikut subjek
semestinya ianya mewarnai kehidupan rushing kami di sini

jangan lupa kawan-kawan nantikan filem terhebat METRO!
pastikan download/search full movie yang ada subtitle english
selamat menonton nanti :)

7 comments:

eric_90 said...

filem ni macam best..bila keluar nanti mohon admin share link yang ada subtitle melayu xpun english

Anonymous said...

sounds interesting.

p/s: sy pernah nampak khadri di sekitar majlis kesyukuran dkt kg.seberang baroh. betul ke tu khadri? muka familiar je..

khai said...

eric_90 :"insyaAllah :)

khai said...

wina : bile wina?kg seberang baroh mcm penoh dengo kat kuala ganu kan?

Anonymous said...

Yee kuala ganu. betul ke itu anda?

khai said...

wina : bila ye?sbb hai tu cuti balik malaysia dlm bulan 7,8

Anonymous said...

ohh em lupe la tapi baru laagi rasenyee. dlm bulan 1 atau 2 gitu la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...