Wednesday, November 14, 2012

s.w.e.e.t 20

alhamdullilah 14.11.2012 tiba dengan baik dan sempurna
walaupun kini Moscow di bawah suhu takat beku
namun ianya bukan satu yang perlu dipentingkan :)
dan tahun ini masuk kali ke 5 aku menyambut ketibaan tarikh yang bermakna ini
bukan kerana suhu dan keadaan
bukan juga kerana perayaan
namun kerana hari istimewa seseorang

selamat hari lahir yang ke-20
diucapkan khas buat Nur Iliani Mohd Rashid
tiada apa yang special dapat dihadiahkan 
selain ucapan serta doa melalui panggilan telefon
walaupun hakikatnya jarak masa dan tempat cukup jauh dan berbeza 
namun semestinya itu bukan erti untuk aku lupa tentangnya  :)


kalau dulu mengenalinya hanyalah sebagai kawan biasa
apatah lagi sudah muak melihat muka yang selalu dilihat sejak dari bangku sekolah rendah lagi
dua muka serupa dan mempunyai kembar yang sama parasnya
tidak lebih daripada itu
tahun berganti tahun
sehingga di usia 16 tahun
barulah aku sedar mengapa dia istimewa kemudiannya 
*mungkin kawan2 yang selalu update entri blog aku yang lepas2 mengetahui segala cerita berkenaan aku dan dia :)

alhamdullilah
apa yang aku harapkan sekarang
hanyalah redha Allah SWT
redha mak ayah
redha keluarga
redha kawan2 semua
untuk aku melayari satu perhubungan yang halal disisiNya
aku sedar mungkin ia mengambil masa
memandangkan aku sibuk dengan pengajian perubatan yang masih berbaki 3 tahun lamanya
apatah lagi dia juga harapan keluarga untuk mengenggam segulung ijazah
itu sebenarnya yang lebih penting dan utama
harapan mak ayah,harapan keluarga
insyaAllah..sama-sama mencapai kepuncaknya :)

Selamat Hari Lahir sekali lagi yang ke-20
maaf andai pernah ada silap dan salah
jalanilah kehidupan seharian dengan baik di bumi Kenyalang
hadapilah segala onak dan ranjau demi masa depan
sesungguhnya Allah SWT ada bersama kita di susah dan senang 
amin

semoga terus sukses dalam hidup
sweet 20

ikhlas daripada :
*jangan salah orang :D
aku di sebelah kiri 
yang sentiasa berada di belakang dan menyokong mu :)

Friday, October 26, 2012

cabaran itu pengorbanan


jam menunjukkan waktu sudah kini sudah mencecah angka 2.30 pagi
dengan berlatarkan suhu mencapai 2 degree di hari mulia 10 Zulhijjah
aku pasti rakan-rakan di tanah air kini
sudah pastinya sudah bangun bersedia meraikan hari raya yang dinanti2
mempersiapkan segala juadah untuk dijamu hari ini 
serta bersedia untuk berkunjung ke rumah Allah
untuk sama-sama bersembahyang serta bertakbir memuji kebesaran ilahi 

alhamdullilah
tahun ni masuk tahun ke 3 aku merayakan Aidiladha di perantauan
namun tiada apa yang peliknya,memandangkan sahabat-sahabat di tanah air juga,
ada yang tak balik kampung disebabkan jadual pembelajaran sibuk di universiti
ada jugak yang sedang lalui exam akhir dan assignment
insyaAllah..itulah namanya pengorbanan :)

apa yang mampu nak aku kongsikan tuk entri kali ini
mungkin hanyalah sekadar pengalaman
mungkin juga mampu kita gelarkan ia sebagai satu cabaran
cabaran yang bagi aku cukup manis dan penuh pengertian
memandangkan kehidupan di bumi Soviet ini benar2 menguji ketahanan

2 tahun aku xpernah miss untuk sama-sama meraikan hari raya Aidiladha 
di Kedutaan Malaysia di sini
walaupun suhu mencapai tahap beku namun tetap dengan kostum berbaju melayu  
dan alhamdullilah jika dipanjangkan umur dan ruang,
hari ini aku juga masih mampu untuk ke sana lagi untuk berkongsi suka-duka
beraya bersama perantau-perantau lain di Kedutaan
namun hakikat yang perlu aku terima kelas tidak berganjak dan berubah
dan aku perlu bergegas selepas takbir dan sembahyang raya untuk ke kelas
menjalani pembelajaran seperti kebiasaan

semalam 9 Zulhijjah aku dan rakan-rakan masih sempat melaksanakan iftar
berbuka puasa beramai-ramai
walaupun masa amat mengekang
walaupun keadaan yang amat letih dan penat habis kelas selewat jam 5,6 petang
dan balik terpaksa study untuk jalani exam pharmacology dan bermacam2 keesokan harinya
namun kami masih sempat duduk dan meraikan bersama-malam
menyediakan juadah untuk berbuka puasa serta menyambut hari raya Korban
rendang ayam,ketupat dan serunding serta biskut cornflakes menjadi santapan



alhamdullilah
walaupun tidak semeriah,sehebat dan sesedap juadah teman2 di Malaysia
namun ianya sudah cukup menjadi pengubat rindu kami yang kini berjauhan :)

itulah namanya kehidupan
setiap yang berlaku memerlukan pengorbanan
dan setiap pengorbanan memerlukan kesyukuran
kesyukuran di atas segala nikmat pemberian Tuhan

filem pendek mengenai Pengorbanan ini
cukup menceritakan pahit manis kehidupan sebagai seorang perantau di bumi Russia
saksikan :


Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3 mafhumnya :
''Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta''

cabaran itu pengorbanan
dan semoga pengorbanan kita semua mendapat keberkatan Tuhan
amin 


Salam Aidiladha dari bumi perantauan :)


Saturday, October 20, 2012

life : make it fun !

sunyi sepi je blog ni sejak akhir-akhir ni
bukan nak menidakkan kemalasan berentri
tapi tu sememang jawapan yang paling betul vs tepat
tuk 1 soalan : kenapa entri di blog ni kini sebulan sekali :D

alhamdullilah
walaupun entri bergerak perlahan
namun kehidupan masih bergerak pantas
masa pecut berlari
segala-galanya bukti kemodenan dan kecanggihan
kita manusia juga terlalu asyik mengejar keadaan
daripada iPhone 4S bertukar iPhone 5
daripada samsung S2 kini dah wujud samsung S3
segala-galanya cepat,mudah dan tangkas
namun
makin hari berjalan bergerak tanpa endahkan keadaan
makin ramai penghuninya kembali menemui Sang Pencipta 
bukti kan kekayaan,kehebatan,kekuasaan kita manusia tidak kekal lama?
segala-galanya ditinggalkan kecuali amalan yang berpanjangan
yang muda yang tua tiada tiket dan nisbah untuk Izrail menarik nyawa
subhanaAllah
muhasabah diri kita
di mana kita hari ni esok lusa dan seterusnya..insyaAllah

melangkah arus di musim bunga luruh 
dunia penuh dengan kekuningan
subhanaAllah..ciptaan Tuhan itu indah dan cukup mengagumkan

 sebuah taman di Fruzenskaya,Moscow..memang penuh dengan kedamaian

 ambik aura daun luruh : depan Hospital Rosalima 

hospital Tanganskaya cukup tenang!kalu sakit confirm boleh sihat serta-merta tengok keadaan ni :D

musim berbeza juga keadaan yang cukup berbeza
waktu solat juga kini dah mula bertukar
begitu juga ngan pertukaran siang malam 
malam kini lebih panjang
dah mula liat aku nak pegi kelas seawal jam 8 pagi :D
8 pagi yang seolah-olah 8 malam
itulah hakikat yang perlu di telan
jadual pembelajaran juga padat
di tambah pembelajaran yang makin memerlukan fokus dan tumpuan
exam bertimbun-timbun tanpa henti
belajar di dalam lembah mediclife
kini mengajar aku erti benar-benar menghargai masa dan penggunaan

xcukup skype kat bilik,skype dalam train :D

stay up sampai pagi tuk cover semua pembelajaran 

Paintball tournemant..kasi gegar isi masa lapang

ukhwah fillah abadan abada..bulatan gembira/usrah tidak dilupakan :)

dan itulah namanya kehidupan
just make it fun !
pastinya usaha kita hari ni penghujungnya satu nikmat kepuasan
janji Allah itu pasti
setiap usaha yang ikhlas,jujur,saksama serta istiqamah
pasti akan di balas dengan ganjaran yang setimpal
Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasih
mana mungkin Dia sanggup melihat hambaNya hidup dalam kesengsaraan
mana mungkin juga Dia sanggup melihat hambaNya mati kerana kelaparan
begitu juga dengan kita
mana mungkin kita sanggup melihat kehidupan kita di belenggu kekosongan
sebaliknya cubalah kita hargainya dengan segala bentuk pengisian
berusahalah memenuhinya kearah yang berguna penuh berkesan
tanpa kita menidakkan keberkatan Tuhan

insyaAllah
semoga setiap jalan yang kini sedang kita lalui
walaupun dalam keadaan pecut dan berlari pantas
kita tidak pernah lupa untuk berpaling melihat mereka yang memberi sokongan
terima kasih di atas segala sokongan kawan2 :)
jumpa semua di puncak kejayaan !
amin

life : make it fun!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...