Wednesday, June 1, 2011

secebis kasih KAWAN : ibarat seluas lautan


melayan alunan rentak syahdu nyanyian sigma
seolah-olah menjadi ubat mata untuk terus berjaga malam
yup..amat  berguna dan berkesan
memandangkan seminggu mendatang juadah aku hanyalah peperiksaan;)
insyaALLAH..usaha dan tawakal
selebihnya berserah kepada tuhan;)

waktu kini tepat jam 3.40 pagi
01.06.2011
bermakna genap sebulan lagi kendiri akan melangkah pulang ke tanah air
tiada kata nak diungkap..tunggulah kepulangan aku kelak;)

kesunyian malam ni seolah2 berubah rentak
melihat roomateku nyenyak melayan mimpi malam
namun mata aku still xmau mengambil tempat
mengapa ?
tetibe aku teringat akan insan bernama KAWAN
KAWAN yang pernah ada untuk aku 18 tahun lepas
kembali terngiang2 lam lubuk hati
seolah2 menceritakan satu babak indah dalam kehidupan

yup
mereka penyeri hidup aku
mereka mencurahkan keindahan hidup aku yang hanya sementara ni
aku tak nyesal mengingati mereka saat ini
kerana merekalah insan yang bergelar KAWAN ;)
ramai orang memberi sebab dan pendapat berbeza mengenai KAWAN

ada yang mencas positif terhadap erti KAWAN
kata mereka :
tiada erti kehidupan tanpa KAWAN
mana mungkin manusia mampu hidup tanpa KAWAN ?
KAWAN tempat bermain,berkongsi segala2nya
seolah-olah berkongsi satu diri dan muka..KAWAN berkongsi bersama

ada juga yang mencas negatif terhadap erti sebenar KAWAN
kata mereka :
KAWAN? hampeh !
depan bukan main berlagak malaikat
belakang...masyaALLAH
kalau time susah,nak cari ke lubang cacing pun susah
kalau time senang,sanggup menadah tangan melutut mohon perkongsian
KAWAN itu berkepentingan..tiada makna untuk bersifat kasih dan sayang

mmmmm..
setiap daripada kita memberikan makna berdasarkan pengalaman yang mereka dapat
tapi amatlah tidak enak
jika kita berpegang dengan negative charge
dimana seribu satu erti kebahagiaan bersama2 KAWAN ?
tidak mahukah kita berkongsi nikmat ?
jika buruk sikapnya..terimalah itu sebagai kekurangannya
jika teruk budinya..terimalah itu satu amanah untuk kita perbaikinya
kerana hanya kita KAWAN yang dia ada
dia..bukan untuk dibenci dan dicerca..tetapi untuk dibaiki dan dipelihara;)

indah kan KAWAN ?
bagi aku..erti KAWAN terlalu agung untuk diulas pengertiannya
tanpa KAWAN..tiada erti bahagia dan hebat
kerana KAWAN..bagi aku,pengajar terbaik erti kehidupan
KAWAN ada untuk aku di waktu aku senang dan susah
merekalah penyelamat segala antigen dan bakteria yang datang;)

kalau dulu
pergi mana2 mesti mahu berteman
aku ingat lagi nostalgia time aku sekolah rendah
bermain2 bersama2 KAWAN,tiada siapa nak marah
mengutuk KAWAN yang dilihat lemah dan pelik
itu satu kepastian..
bersuka riang,ketawa gelak,berlari2 dalam kamar kelas
tanpa teguran cikgu..memang dunia itu milik aku dan KAWAN
hahaha..itu zaman kebudak-budakan;)
naik sekolah menengah,erti KAWAN lebih menyerlah
apa yang KAWAN buat,aku buat
aku ikut pesan ma abah cikgu
pilih KAWAN biar tepat
yup..itu aku pegang 
aku dan KAWAN bersama2 susah dan senang
tidur sampai jam 5 pagi untuk berdiskusi..itu diari harian
tak rumah aku kiteorg kumpul rumah KAWAN
macam2 yang kiteorg bincang
sampai maggi berbungkus2 boleh habis licin.sambil study layan game
tapi hakikat cara kiteorg dah buatkan kami cemerlang
alhamdullilah..itu namanya kerjasama dan usaha dan akhirnya berserah;)
dan akhirnya
satu mimpi yang bagaikan betul2 terjadi
aku dapat tawaran medic ke russia (siyesly,memang daripada sekolah aku tak fikir nak dapat ni)
syukur sangat2..amin2..alhamdullilah
dan kali ni..aku jumpa lagi KAWAN dan KAWAN
semuanya baik,sangat prihatin dan sanggup berkorban
kiteorg bersatu membentuk satu pasukan
segala perkara kiteorg kongsikan..apa yang terbaik kiteorg buktikan
KAWAN aku di bumi russia semuanya menghadiahkan jambangan keindahan KAWAN
yang cukup bermakna

lakaran senyuman KAWAN membuatkan aku riang
mereka semuanya insan hebat dan cemerlang..
aku bersyukur Allah SWT menghadiahkan hadiah cukup istimewa untuk aku,hamba kerdil ini
hadiah KAWAN yang cukup baik..sempurna
untuk aku teruskan perjuangan yang masih panjang

*maaf jika tertinggal..walaupun tiada dalam gambar,semua tetap KAWAN aku ;)

buat semua yang pernah ada untuk aku
selama aku berdiri di bumi sementara ni
terima kasih kerana menghadiahkan aku erti KAWAN yang sebenar
terima kasih yang tak terhingga
kerana mengajar aku erti sahabat sejati dan teman
terima kasih diatas segala teguran selama ni
itu terbaik untuk perbetulkan segala silap aku
terima kasih kerana pernah ada di waktu aku menitiskan air mata
itu mengajar aku erti keikhlasan
terima kasih kerana pernah ada ketika aku sedang kesusahan
itu mengambarkan kepada aku yang korang kuat pengorbanan

kerana aku yakin dan percaya
kasih kawan bukan melalui tamparan indah sebentuk ciuman 
tetapi kasih kawan melalui rintihan dan teguran
itu yang terbaik untuk memberi aku pengajaran
terima kasih KAWAN

tiada istilah untuk melafazkan kasih aku buat KAWAN
hanya doa untuk kebahagiaan dan kesejahteraan mengiringimu
aku sayang korang selagi nyawa ini dikandung badan;)

buat semua pembaca entry ni
maaf andai ceritera aku kali ni tiada makna bagi kalian
tetapi aku mohon buat kalian
hargailah KAWAN selagi ikatan itu terselit erat
jangan pernah cuba untuk memutuskan
jangan juga pernah untuk melepaskan 
kerana mengikat satu ikatan KAWAN
seperti membina sebuah mahligai Taj Mahal

ingatlah..hadirnya mereka bukan satu persiaan
bukan juga sesuatu yang menyusahkan dan menyeksakan
tetapi untuk seribu satu kebaikan
kerana kita memerlukan tangan mereka
untuk memimpin kita ke penghujung jalan
terima kasih KAWAN ;)

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud:

''Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya''

Sunday, May 29, 2011

jom LIKE page blog aku@facebook !;)


MU kalah n BARCA menang
penutup malam aku yang hampa;(

sedang aku melayan karenah mata yang masih belum mahu berdomba
tetiba mari satu hormon kat lam diri aku :
hormon yang menyuruh aku buat page!

yup..
aku buat ni coz senang nanti aku nak share2 n bagitau apa2 tentang blog aku yang sempoi ni
aku harap page ni dapat memberikan sedikit sebanyak 
 maklumat terkini kat semua tentang blog aku ni
kalau korang ade pape nak tanya tentang aku
boleh la terus direct aku di page ni k;)

kalau korang rasa blog aku ada di hati korang
kalau korang rasa aku berblogging bukan syok sorang diri.hehe
jom2 like page aku ni :


KLIK DIBAWAH:

like jgn tak like yep;)

alhamdullilah
4 bulan aku dalam dunia blogging ni
macam2 dah aku dapat
macam2 peristiwa dah aku lalui
macam2 benda dah aku pelajari
semuanya memberi erti dan makna
sebuah kehidupan;)

insyaALLAH
selagi kendiri ini masih berkeringat
selagi nyawa dikandung badan
selagi itu aku akan ada untuk kalian
blog ni akan terus bernyawa dan berguna dimata kalian;)

semoga segala apa yang kita lakukan
akan diberkati tuhan
amin ;)

lepas korang like
comment kat entry aku ni k
n jangan lupa bagi link blog korang sekali yep!
senang aku nak round2..blogwalking nanti
usha2 blog korang lak;)

terima kasih 
buat semua yang menyokong blog aku ni selama 4 bulan ni
terima kasih
buat semua yang sudi berkunjung ke blog aku yang masih mentah ni
adanya blog aku ni kerana korang semua;)

selamat berblogging;)

Saturday, May 28, 2011

perjuangan aku bermula di sini;)


masa akan terus berputar..detik akan terus bergerak
manusia akan terus berjalan selagi nyawa di kandung badan
siang dan malam..pagi dan petang..menyinari hari-hari kita dengan penuh hebat
setahun berlalu seakan-akan baru semalam
agak gelak dalam hati apabila memikirkan
1 tahun pengajian kedoktoran akan aku labuhkan ;)

sedang hati aku mengucap syukur,tetiba kendiri kembali teringat akan satu masa dan ketika
dari mana mulanya?
ya..kenangan terindah program persediaan..
xkan pernah dilupakan ;)

aku ingat lagi..daftar masuk program persediaan : 13 jun 2010
medic tuk ke russia memang ramai batch aku..hampir 50 orang YT hantar
mula2 memang agak lainlah
maklumlah masing2 xkenal..malu2 lebih lagi ngan budak perempuan.hehe
betul la kata orang
tak kenal maka tak cinta kan?;)

masing2 khusyuk dengar madam elena ajar bahasa russia;)

madam elena sedang ajar...sssssssss

bergambar kenangan bersama2 madam elena time kelas russia yang last !

apa yang bestnye,
3 minggu di asrama TATI,lastly aku dan kawan2 dipindahkan ke apartment Awana Kijal !
syok habis la!;)

jom angkut barang !;)

terima kasih van dan pak cik van ni coz angkut harta2 berharga ni;)




apartment yang kami duduki hampir 2 bulan setengah..memang cantik dan berada dekat ngan tepi pantai;)

sesi memasak bersama chef pakar;)


dah bekas free,periuk dan dapur pun free,apa lagi?
jom belajar masak sendiri !;)

suasana lam bas hari2 time ke kelas..kecoh satu bas!haha


aktiviti petang2 : berjemur di tengah panas;)


pengalaman pertama bedah tikus;)



majlis berbuka puasa bersama YT..memang best;)



solat terawih berjemaah ramai2..alhamdullilah..walaupun ruang kecil,tapi dapat muat;)
*murtabak-juadah terbaik pas terawih..perrgghhh!!


ni lak bila time cuti..jom balik umah !;)


BBQ ramai2 sebelum tinggalkan AWANA;)

alhamdullilah..akhirnya aku n kawan2 berjaya dapat sijil lulus bahasa russia;)

program terakhir bersama MB Terengganu;)


dan di sini..perjalanan kami bermula;)

alam persediaan dulu akan kekal tinggal kenangan
3 bulan aku n kawan2 mengenali erti diri
masing2 bersatu tenaga,bersatu hati untuk mencapai 1 misi
yup..kami bakal membawa nama di negara republik Russia!

apa yang pasti,pada saat ni..ketika ni,,detik ni..
aku still rasa cam aku still kat AWANA..
main air pantai..main bola pantai
aku still rasa cam aku kat TATI
lam kelas tunggu madam elena ajar bahasa russia
tunggu miss farah miss huda datang ajar biology dan physics
aku still rasa cam kat dalam bas SP BUMI
balik umah setiap hujung minggu;)
begitulah kehidupan..yang berlalu akan tetap berlalu
segala kenangan itu adalah pengajaran dan pengalaman

buat junior2 yang hampir 100orang yang tengah menjalani program persediaan di TATI sekarang,
belajar rajin2..main la sepuas2nya.hehe
enjoykan diri..kerana alam persediaan hanya akan berlaku sekali;)

kami menanti kedatangan korang di bumi Moscow ni ;)

apa yang pasti,
setiap perjuangan akan ada titik mula
dan
perjuangan aku..bermula di sini ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...