Saturday, March 3, 2012

bulatan gembira aku dan kami


tiada yang lebih bermakna buat diri ini selain memanjatkan syukur kehadrat Ilahi
tiada yang lebih bererti buat hidup ini selain mengucapkan Alhamdullilah
setelah semua yang dilalui walaupun ianya penuh onak ranjau dan duri
kerana janji Allah SWT itu pasti
golongan2 yang teguh berdiri di jalanNya pasti akan mendapat keberkatan diri
serta ganjaran besar kalau bukan hari ini tapi di hari pembalasan yang bakal menanti
amin :)

bulatan gembira aku dan kami
mungkin ada antara korang yang akan tersenyum apabila membaca tajuk entri aku kali ni
dan mungkin ada antara korang yang tiada reaksi 
dan mungkin ada antara korang tertanya2 apakah sebenarnya bulatan yang gembira ni ?

klik video di bawah
video yang cukup bermakna oleh sekumpulan anak perantau di bumi Korea

itulah yang aku maksudkan bulatan gembira kami :)
sebuah jaringan/berkelompok manusia yang akan menghasilkan antibodi kegembiraan
apabila mereka bersatu hati (berkumpul)

pernah dua tahun lepas aku kecewa kerana ditempatkan di bumi Soviet ni
pernah juga di lubuk hati kecil ni menyalahkan diri sendiri yang
menerima tawaran belajar di luar negara
apatah lagi ketika itu hebah satu negara berkenaan graduan perubatan luar negara
yang dianggap ZERO dan tidak setaraf dengan pelajar2 perubatan keluaran negara kita
di kala keyakinan diri semakin luntur semangat belajar semakin menurun
aku adalah insan yang sangat bertuah ketika tu kerana dipertemukan dengan bulatan gembira 

mulanya aku confius
penerimaan aku bukan sepenuhnya
kadang2 agak janggal bertemu dalam kelompok kecil 5 orang
dengan seorang senior yang dipanggil naqib
sesuatu yang baru dan pelajaran yang baru
namun apabila makin ada chemistry
aku mulai merasakan ada vaksin kegembiraan dalam bulatan itu 

bulatan gembira mengajar aku erti sebenar kehidupan
bulatan gembira telah banyak menyedarkan aku dari tidur lena dan asyik duniawi
ternyata aku adalah insan yang sangat2 bertuah dipilih oleh Allah SWT
untuk berada di bumi soviet ni
kerana kini aku mengerti
cita-cita aku bukan sekadar menjadi seorang doktor
tetapi seorang doktor yang beriman 
Alhamdullilah..aku bersyukur atas segala ketentuanMu jalan hidupku yang Engkau aturkan


ternyata selama ini aku silap dalam mengira2 nasib diri
tiada yang lebih indah daripada nikmat bulatan gembira ini
mungkin jika kini aku di bumi tanah air tercinta
aku xkan dapat rasai erti sebenar bulatan gembira
aku mungkin xkan dapat rasai erti sebenar ukhwah fillah muslimin sejati
mungkin juga aku xkan sedar realiti aku seorang mukmin
dan aku juga xkan mengerti erti sebenar islam agama yang suci

melalui bulatan gembira aku belajar apa itu kehidupan dan apa hala tuju sebenar kehidupan

apa yang pasti
bulatan gembira ni telah membuka mata aku 
memperbetulkan mentaliti cetek dan jahil aku
yang satu ketika dulu memandang remeh akan orang2 yang menyertai usrah
yang dianggap aku golongan yang terlalu taksud dengan akhirat
pakai serban,menyerikan,pergi kerumah2 berdakwah,sangat digeruni tuk didekati
dan ternyata semua itu meleset dan tidak benar

tak semestinya orang yang ingin mempelajari mendalami agama 
perlu memakai serban *tiada cerminan melalui luaran
tidak semestinya mereka yang join usrah taksud semata2 mengejar akhirat
dan tidak semestinya mempelajari ilmu2 agama memerlukan kita untuk bersikap alim
berlagak iman memakai kopiah 

kerana erti usrah itu sendiri adalah berkumpul dan mengeratkan silaturrahim dan ukhwah
berkongsi pendapat dalam apa jua hal
samada berkenaan pembelajaran,hobi,cita2 mahupun bab2 agama *ingat-mengingati
walaupun di mana sahaja di dalam bilik,di food court mall ataupun di tempat kuliah
kita berkumpul dengan penuh ceria dan terbuka hati
kerana itulah mudahNya ajaran agama yang suci
dan disitulah letaknya bulatan gembira kami :)

kami berkumpul dalam santai,simple,riang dan tawa
kami berbangga dengan bulatan gembira kami
kerana kami mengerti segala-galanya bermula dari ukhwah yang suci
dan disusuli berkat Ilahi
amin :)

"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Dan negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahui" (QS 29:64)

13 comments:

Anonymous said...

dah agakkk, mesty usrah..hihi

puteraakmal said...

nice entry..semoga mendapat berkatNya.amin

aydah ahmad said...

suke :)

CikguAreefNaim said...

salam,

bukan semua org yg berpeluang utk memiliki pengalaman yg cukup indah n bermakna ni, so jgn sia2kannya...

salam ukhwah n salam perkenalan :)

Anonymous said...

semOga menjadi seorang doktor yang beriman .. =)

~ bulatan itu osemm

khai artzfar said...

jangan lepaskan setiap peluang yg ade depan matal..rezeki... best giler duduk negara orang

khai said...

jemari kecik : yup..bulatan gembira yg kuat n tu usrah :)

puteraakmal : amin.insyaAllah

khai said...

aydah : jom join ramai2 bulatan gembira ni.beseny kat IPTA/IPTS ade :)

areef : salam ukhwah n perkenalan..yup,sgt bertuah n bersyukur..amin :)

khai said...

izzah : amin..insyaAllah :)

khai : yup..betul tu..sgt bertuah..dkt malaysia juga ade kn

loveheaven07 said...

nice sharing,happy day `sukses for u~

khai said...

loveheaven07: amin..insyaAllah..sama2 kita kearah tu :)

Anonymous said...

mohon untuk share link :)

khai said...

anonymous : sila2..share is caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...