pagi yang sangat hening hari ni
kitaran hidup bersujud kepada Ilahi di kala subuh hadir di setiap fajar pagi
tangan di tadah memanjatkan doa bersyukur atas segala yang berlaku kelmarin dan hari ini
begitulah kemanisan ibadat suci tuntutan buat seorang mukmin sejati
melihat telatah dan gelagat calon2 SPM 2011
di facebook mahupun twitter
ada yang xsabar nak ambik keputusan,
ada yang takut/debar sampai xleh tidur
ada yang sudah tersedia redha dengan apapun yang bakal berlaku
benar2 mengibas kembali time aku di situasi yang sama 3 tahun lepas :)
namun sejauh dan setinggi manapun tahap stimulasi hormon adrenalin bagi calon
aku pasti dan yakin
hormon adrenalin (hormon debar) ni
lebih membuak2 dalam diri ibubapa mahupun guru
mereka sebenarnya yang terlebih debar berbanding kita yang ambik keputusan SPM ni
kadang2 tu kita pukul 1 malam dah tidur nak ambik result,
ibubapa sampai xleh tidur xlena
kadang2 tu dengan mereka2 sekali ikut nak ambil result kat sekolah
begitu jugak dengan cikgu2,bangun awal2 pagi
kalau boleh nak je duk sekolah dari malam nak tunggu result
dengan harapan nak kongsi kegembiraan dengan anak didik tersayang
namun,apapun reaksi mereka,telatah mereka
bagaimana pula dengan diri kita sendiri yang nak ambil result SPM ni?
bangun pagi pada hari keputusan :
1. tenang dan jangan mengelabah
jangan tertekan dengan harapan ibubapa,keluarga,guru2,jiran yang seolah-olah xsabar2 nak tengok/kira jumlah A kat atas kertas slip kita !
tenang je jika time mereka yang terlebih gabra,
tunjukkan muka innocent kita senyum lebar2 :)
tunjukkan muka innocent kita senyum lebar2 :)
lakukan sesuatu yang boleh buat kita lupa akan result sebentar cam
-baca Al-Quran/sembahyang sunat
-bukak Facebook layan Twitter dulu pagi2
-pergi kedai mamak/warung pekena nasi lemak Tea O dulu
2. jangan pergi ambil result keseorangan
masa yang sesuai untuk ambil result dalam lingkungan jam 12 tengah hari-2 petang
sebaik2nya pergilah ke sekolah berteman bersama2 kawan2 mahupun ibubapa
ni penting sebab bimbang tahap kedebaran kita terlalu membuak2
sehinggakan boleh membuatkan kita stress dalam perjalanan ke sekolah
kalau berteman,mungkin boleh cakap2,buat lawak dulu ke
tu salah satu cara nak hilang debar :)
3. lemparkan senyuman paling manis
bila menjejakkan kaki di sekolah
tentu korang rindu kat sekolah kan?
bila korang jejakkan kaki je depan pintu sekolah,lemparkan senyuman semanis2nya
sebab di situlah tempat korang peroleh segala ilmu segala tunjuk ajar sehingga korang ada hari ni
di situlah jugak korang peroleh erti diri,semangat untuk maju dan berjaya dalam hidup
dan apabila menjejakkan kaki sahaja di sekolah
redhalah tawakallah dengan apa sahaja yang bakal berlaku
kosongkan fikiran :)
4. jumpa cikgu dan terimalah apapun
keadaan yang bakal berlaku
ni part paling susah sekali nak terima
kadang2 tu xsampai pun lagi time nak jumpa cikgu,dah keluarkan air mata terlalu sebak
*terutamanya perempuan
seharusnya korang tenang,tarik nafas dalam2,
jumpa cikgu,bagi yang sama jantina
peluk dan cium tangan cikgu
dan ambillah slip keputusan tengok sekali imbas
terus di hati memanjatkan kesyukuran
kerana apa yang tertulis di slip adalah ketentuan rezeki buat kita
terimalah seadanya :)
5. kongsikan kegembiraan bersama2 guru dan kawan2
part yang paling sedih dan bermakna dalam hidup
peluk kawan2 kita kongsikan kegembiraan/kedukaan bersama2 mereka
kerana bersama merekalah kita berusaha sehabis maksimum
bersama2 merekalah kita berkongsi duka lara stress dan tension ketika belajar
bersama2 merekalah kita tidur larut malam mencungkil segala ilmu pengetahuan
dan pada hari result,kita bersyukur bersama2 atas apa jua keadaan dan keputusan :)
sebelum balik,ucapkan kemaafan dan ucapan jutaan terima kasih buat semua cikgu
kerana telah ajar kita segala erti rasa hidup
jasa dan pengorbanan mereka xkan mampu di balas walau dengan jutaan ringgit
terima kasih cikgu
6. balik rumah tunjuk keputusan kat ibubapa/keluarga
balik dengan tenang dan penuh dengan muka gembira
kalau keputusan korang memberangsangkan mencapai target korang dan ibubapa,
buatlah kejutan/suprise buat mereka !
dan kalau keputusan korang kurang memberangsangkan
tunjukkanlah keputusan korang dengan hati terbuka
dan peluklah ibubapa kita tanda kita sudah redha dengan apa sahaja ketentuan
pasti mereka memahami kita
dan ucapkan terima kasih buat mereka atas segala sokongan padu mereka selama ni :)
7. berdepan dengan orang awam
biasanya bila time result SPM je keluar,mana2 ibubapa yang ada anak calon SPM
semestinya akan jadi tumpuan lebih2 lagi jika di kampung
berdepanlah dengan pertanyaan jiran2 dengan hati terbuka
jika mereka tanya,jawablah dengan jujur dan penuh bangga
sebab itulah rezeki kita
apapun yang berlaku,
ucaplah Alhamdullilah buat Pemberi segala nikmat buat kita
ucaplah syukur buat Pemberi segala rezeki buat kita
jika kita berjaya,
jangan pula takbur/megah diri hadir dalam sanubari kita
letakkan itu satu ujian/cabaran buat diri untuk terus cemerlang untuk peringkat lebih tinggi
jika kita tak berjaya,
terimalah ketentuan dengan redha
mungkin rezeki kita bukan hari ni
dan mungkin juga ada hikmat sebaliknya untuk kita lebih berusaha pada masa akan datang
terimalah apapun yang ada kat atas slip peperiksaan kita
jangan terlalu kecewa jika tak mencapai target yang dicita
yakinlah ibubapa dan guru2 berbangga dengan apa jua keadaan yang berlaku kat kita
sebab setiap usaha itu sudah satu bukti kita berjaya !
jika bukan ganjaran hari ini
pasti ganjaranNya di akhirat nanti
amin :)
best of luck buat semua SPM candidate !
Alhamdullilah..kenangan SPM yang xkan mampu dilupakan dalam hidup !
Firman Allah yang mafhumnya :
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahwa Dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira dan untuk merasakan kepadamu sebagian dari rahmat-Nya dan supaya kapal dapat berlayar dengan perintah-Nya dan (juga) supaya kamu dapat mencari karunia-Nya; mudah-mudahan kamu bersyukur. (30:46)
6 comments:
perghh sharing yg berguna..aku suka part mak ayah n cikgu yang terlebih debar tu :D
Whoaa! Baca entri ne teringat lak kisah 2 tahun lepas. Dpt result gempak ke tak, yg penting kita kena bersyukur dgn rezeki yg diberi. apa yg berlaku semua ada hikmahnya an, tehee ;D
insanbiasa : hakikatny begitulah bila time result keluar :p
yaya's ": yup betul tu yaya..yang penting kita redha dan tawakal..tu pun dah kira kejayaan :)
tahniah dori, walaupun terlambat. dah 4 tahun.hikhik
miszz miza : alhamdullilah..thanks :)
Post a Comment