Wednesday, April 25, 2012

malaysia : nantikan aku pulang

mendongak kepala keluar tingkap sambil menghirup udara segar
tatkala waktu di jam mencapai waktu 3.30pagi
pelik kan?bumi Russia tiada lagi belenggu salji mahupun kesejukan
segala-galanya sudah normal memandangkan musim bunga kini bakal bertandang
suhu meningkat dari hari ke hari dan kini sudah mencapai sekitar 15 degree
begitu jugak ngan waktu solat yang sudah berubah mendadak
subuh seawal 3.50pagi maghrib selewat 8.50malam
subhanaAllah..bukankah itu bukti kekuasaan dan keesaan Tuhan?
sama2 kita renung dan ambil iktibar :)

bila rindu - ruffedge
mood rindu malaysia..sambil tulis entri sambil dengar lagu ni
walaupun lagu ni dah lama dan ahli2 ruffedge pun sekarang ni dah berpecah ikut haluan masing2
tapi bagi aku mereka masih tetap satu ruffedge..memang lagu2 mereka best dan terbaik

namun apa yang pasti entri aku kali bukan nak cerita pasal ruffedge
tapi sesuatu yang lebih penting dan bermakna bagi aku :)

mendapat email berkenaan tiket daripada wakil pihak ejen flight
benar2 membuatkan hati aku berlari2 melompat2 kegembiraan
setahun bakal berlalu
dan ianya hanya berbaki dua bulan saja lagi !

(klik pada gambar untuk besarkan)
alhamdullilah..tiket flight Cathay Pacific Airways dah aku terima
bertolak balik dari Moscow pada 28 jun dan akan transit di Hong Kong selama 16 jam
*yang aku kuningkan tu tarikh dan waktu sampai KLIA 
insyaAllah 30 jun 2012 jam 5.10 pagi 

apapun hakikatnya kerinduan aku terhadap bumi Malaysia sememangnya takkan pernah pudar dan hilang
benar kata orang tua2 : 
"hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri..lebih baik hujan batu di negeri sendiri"

2 tahun berada di bumi Soviet banyak mengajar aku erti kehidupan dan realiti dunia hari ni
umat islam tersisih jauh walaupun jumlah mereka menyumbang hampir 1/3 
daripada keseluruhan populasi rakyat di sini
begitu juga dengan sikap dan mentaliti rakyatnya yang dilihat masih lagi soviet 
sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mesra alam
pergaduhan kaum yang membawa kepada pergolakan 
sehinggakan mengorbankan nyawa
segala-galanya adalah pembelajaran berguna bagi aku
dalam usaha mematangkan lagi diri ini
juga sebagai penyeri bagi setiap langkah kehidupan aku disini
yang masih berbaki 4 tahun lagi

kini aku rindukan detik2 dulu
memandang sawah padi di kampung tatkala fajar menjelma
melihat mahatari jatuh disebalik hutan-hutan bukit 
menikmati juadah tradisional pemanis mulut sedap menjilat jari
menjadi jaguh kampung bersama rakan2
dan menyelami segala perkongsian pengalaman bersama2 insan2 yang disayangi


iringilah kepulangan aku nanti dengan bacaan doa selamat pulang dan pergi
payungilah aku nanti dengan seribu makna senyuman 
bawalah aku pulang ke kampung halaman
aku ingin kembali ke bumi aku mula mengenal erti jejak 

malaysia : nantikan aku pulang :)

9 comments:

Jannah said...

selamat pulang ke Malaysia :D

fariha said...

balik! balik!. moga selamat perjalaman.. =)

Zaty Hany said...

Pulang ke Malaysia dan sebarkan ilmu di sini :)

Dhiya Fariza said...

bestnyer. i wont be coming back to malaysia. sigh

Miss Amateur Cook said...

kite balik 30.5. awal sebulan tu. hehe jangan jealous khai. :D

capt. keon alhan said...

wahh,,bakal doktor nak blik m'sia...smga slmt sampai...dah lme gila tak terjah sni...

khai said...

jannah : thanks xsabar nak balik ni :D

fariha : haha..xsampai 2 bulan je lagi

khai said...

zaty hany : insyaAllah selagi termampu..baru masuk thun ke 2 still hav 4 years :)

dhiya : why2? :p

khai said...

miss amateur cook : aishh..tu lagi best..hehe

capt. keon : alhamdullilah..thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...