Tuesday, January 3, 2012

nilai ilmu dan kejayaan : kejalan diredhaiNya


3 januari 2012 yang cukup indah dan bererti
cuaca mendung di bumi Soviet ketika waktu dah mencecah jam 1 petang
suhu masih ditahap beku ditambah salji yang mengeras memenuhi segala ruang dan tempat
segala-galanya bukti rahmat Allah buat hamba-hambaNya
tiada lain bagi kita selain bersyukur dengan pemberianNya :)

setiap detik ada sahaja isu-isu dan masalah berkaitan masyarakat yang cuba dibangkit2
antara fitnah mahupun realiti itu diluar kotak pemikiran kita
tetapi apa yang pasti kita manusia adalah insan pemerhati
menilai dan membuat kesimpulan dengan apa yang dipaparkan dan dibaca
apatah lagi ianya melibatkan insan cerdik pandai yang pernah menjadi kebanggaan negara
menjadi idola anak-anak kecil di bangku sekolah 
kerana kejayaannya yang pernah mengemparkan arena pendidikan negara satu ketika dulu

klik link dibawah tuk mengetahui khabar angin yang semakin tersebar hari ni :
(hanya untuk dibaca dan jangan terlalu percaya)

semoga segala khabar angin itu silap dan seandainya ia benar
semoga si perilaku kembali ke pangkal jalan
dan sentiasa dibawah payung rahmat dan hidayahNya
amin

apa yang pasti
kisah ini sedikit sebanyak mengingatkan kita :
kisah seorang genius Matematik,Sufiah Yusof yang pernah mengemparkan dunia apabila layak memasuki Kolej St.Hilda,Oxford University untuk mengkaji Matematik diawal usia 13 tahun.
Meskipun Sufiah berwarganegara British,namun ibu Sufiah berketurunan Melayu dan berasal dari Johor:sedikit sebanyak telah membanggakan kita rakyat Malaysia.Namun,segala-galanya berubah apabila Sufiah melarikan diri dari kolejnya pada tahun 2001 dan mengiklankan diri di laman web sebagai "pelayan" kelas atasan pada tahun 2008.
Namun rata-rata pelapor media tidak menyalahkan Sufiah atas apa yang berlaku tetapi lebih kepada keluarganya yang dikatakan menetapkan kehidupan buat Sufiah sejak dia kecil lagi.Tiada erti sosial dan setiap ruang waktu hanya bersama-sama buku dan ilmu.

Sufiah bersama-sama bapa dan kakaknya ketika diumumkan mendapat tempat di Oxford University pada usia 13 tahun

segala cerita ini bukan untuk mengaibkan sesiapa apatah lagi menjatuhkan maruah sesiapa
tetapi sekadar untuk kita mengambil pengajaran atas apa yang berlaku disebaliknya
cerita ini juga bukan untuk dikomen mahupun untuk dimaki-hamun
tapi cukuplah sekadar mengetahui info mengenainya dan berfikir untuk kebaikan bersama

rata-rata manusia meletakkan sesuatu kejayaan itu adalah titik noktah bagi pencapaian ilmu.
Ilmu yang tinggi pasti akan dibalas dengan kejayaan yang bakal akan dibangga-bangga
Tapi sedarkah kita :
dengan ketinggian ilmu itu sebenarnya untuk kita belajar dan memahami tentang kebesaran Ilahi?
dengan kejayaan yang digapai itu adalah untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Sang Pencipta?

Ilmu itu meluas aspeknya.amatlah tinggi darjatNya bagi orang-orang yang mengapainya
apatah lagi orang-orang yang menjadikan Ilmu itu sebagai satu pengajaran tuk pengukuhan diri terus dijalanNYa
maka beruntunglah orang-orang bertambah Ilmu yang semakin tunduk kebawah 
seperti padi yang semakin berisi semakin tunduk kebawah

jadilah Ilmu yang kita dapat itu untuk satu pengukuhan iman dalam hati
bukan untuk kita bermegah-megah diri dan menjadikannya satu aplikasi 
untuk mencipta dunia baru kehidupan kearah kejahilan dan jauh daripada Ilahi
itu satu kesilapan kita jika kita insan yang berjaya kerana ilmu pengetahuan
ciptalah satu benteng agama berlandaskan ilmu kita
kukuhkan ia jangan biarkan ia rapuh dek masa

Rasulullah s.a.w yang bersabda (ertinya) : “ Sesiapa sahaja yang melalui satu jalan demi menuntut ilmu, maka Allah nanti akan melalukan (mempermudahkan laluan orang itu) ke syurga.Dan sesungguhnya para malaikat rh sentiasa membuka sayap-sayap mereka kerana mengharapkan keredhaan (Allah) kepada para penuntut ilmu.Dan sesungguhnya orang ‘alim itu,sentiasa akan diminta ampun untuknya oleh setiap makhluk yang berada di langit dan di bumi,hinggakan ikan-ikan di dalam air.Dan sesungguhnya kelebihan orang ‘alim di atas seorang ‘abid (orang yang suka beramal–ibadat) adalah seumpama kelebihan (kedudukan) bulan di atas segala planet.Sesungguhnya para ulama’ itu adalah para pewaris Para Nabi (a.s) .(Dan) sesungguhnya Para Nabi (a.s) tidak pernah mewariskan (meninggalkan) sebarang dinar (duit emas) ataupun dirham (duit perak) melainkan mereka semua hanya meninggal ilmu semata-mata.Maka sesiapa sahaja yang mengambil warisan (daripada Para Nabi a.s itu), maka sesungguhnya dia benar-benar telah mengambil keuntungan yang terlalu besar".
(HR Al-Imam at-Tirmizi)

ini tugas dan peranan kita untuk membawa ilmu itu kejalan yang diredhai
bukan tugas ibubapa,sanak saudara mahupun pemimpin negara
semoga ilmu yang kita pelajari selama ini mendapat berkat dan rahmatNya
Amin :)

Sunday, December 25, 2011

salju : bukti kebesaran-Nya


Alhamdullilah
syukur kerana masih diberi peluang tuk merasai pinjaman nyawa dan diri
syukur juga masih diberi ruang waktu tuk menikmati segala nikmat kebesaran Ilahi
syukur juga masih mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi liku-liku hidup
yang penuh dengan ranjau dan onak duri
segala-galanya mengajar dan mematangkan diri ini 
menjadikan hari-hari yang aku lalui penuh dengan corak dan warna-warni
itulah kehidupan
setiap pengalaman yang kita lalui
sebenarnya bukan sekadar menghadiahkan satu memori yang cukup bermakna & bererti
tetapi apa yang lebih penting lagi memberikan kita seribu satu pengajaran 
pengajaran tuk menginsafi siapa sebenarnya diri ini
lihatlah persekitaran Soviet hari ni
penuh dengan salju yang memutih lebat membasahi bumi
ramai rakan2 yang mengimpikan detik ini
ramai yang menyuarakan aku bertuah kerana dapat menikmati rasanya salju
yang aslinya xkan pernah dapat di bumi kelahiran sendiri
itu satu kesyukuran..itu satu kenikmatan 
mungkin hari ini hari aku..akan datang milik kawan2
tap sedarilah situasi dan keadaan aku hari ini 
aku sebenarnya diberi satu ujian besar oleh Allah SWT
segala-galanya yang berlaku pasti ada hikmat kejadianNya
maka berdosalah aku jika makin lalai dibuai keseronakkannya
sedangkan akulah insan yang rugi 
nikmat Allah didepan mata gagal tuk menginsafkan diri
masyaAllah
"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih. Maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butir-butiran) salji dari langit, iaitu dari (gumpalan-gumpalan awan) seperti gunung-ganang. Maka ditimpakan-Nya salji itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari sesiapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. Allah menggantikan malam dan siang, sesungguhnya pada yang demikian  itu pelajaran yang besar bagi orang yang mempunyai penglihatan. Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian yang lain berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(al-Nur 24:43-45)
kehadiran musim salji bukanlah sesuatu yang menggembirakan warga Soviet
segala aktiviti harian mereka akan terbantut
apatah lagi dengan keadaan suhu yang mencecah negatif selsius
memerlukan kekuatan fizikal & mental yang tinggi tuk keluar mencari rezeki
begitu juga bagi aku sebagai seorang pelajar
perlu bangun seawal 7 pagi tuk ke kelas walhal ketika tu persekitaran masih seperti pukul 5 pagi (gelap)
kalau nak ikutkan nafsu nak je tidur 24 jam melayan mimpi dikala sejuk
kalau keluar penuh dengan menggigil merah muka ditambah selsema
itulah bukti kita manusia lemah..insan yang penuh kerdil
tiada limitnya ketahanan badan kita : hasil cantuman tanah
tanah liat yang penuh hina 
semoga kehadiran musim salji akan terus memberi makna dan erti
membuktikan kebesaran Ilahi
amin

Saturday, December 17, 2011

kes kematian aminulrasyid : antara konflik & pengajaran


sambil melayan YouTube bersama2 santapan BioChem tengah2 malam ni
memang dah nak termuntah2 dah aku duk ngadap formula2 sains ni je*poning dah eden
klik punyer klik..ntah pape aku klik *maklumlah video dihujung jari
akhirnya aku terklik satu video mengenai satu episod kematian 
yang pernah mengemparkan negara satu ketika dulu *tahun 2010
mungkin cerita ni dah lapuk dan dah tak gempak dah
tapi apa yang pasti 
perjalanan cerita ni terselit seribu satu makna disebalik apa yang berlaku
makna yang xkan pernah LAPUK dek zaman untuk pengajaran kita semua
dan aku yakin n pasti..semua tahu tentang kisah ni :

kes penembakan maut seorang pemandu kereta bawah umur
oleh anggota polis


Pada jam 2 pagi 26 April 2010:
seorang remaja berusia 15 tahun,Aminulrasyid Amzah
telah mati ditembak oleh anggota peronda polis (2 kereta 4 orang)
berhampiran rumahnya di Jalan Makyong, Seksyen 11,Shah Alam,Selangor.
Aminulrasyid memandu kereta Proton Iswara milik kakaknya,
tanpa lesen pada malam hari bersama rakannya.
Polis peronda yang menaiki kereta peronda polis (MPV)
mengejar dan mengarahkan suspek berhenti
tetapi Aminulrasyid ketakutan lalu melarikan diri dan membahayakan anggota polis.
Kereta peronda polis mengejar kereta itu sejauh 6 km 
dalam kelajuan yang tinggi sebelum ia terlanggar sebuah motosikal.
Kereta itu enggan berhenti.
Tembakan tepat di bahagian belakang kepala mangsa.
Rakannya Muhammad Azamuddin Omar,15 yang duduk di sebelah
melarikan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan dan badan
sumber : wikipedia

keputusan akhir perbicaraan mahkamah hanya diputuskan 
selepas lebih setahun tradegi maut ini berlaku :

Shah Alam 15 September 2011 :
Koperal Jenain Subi telah didapati bersalah 
menyebabkan kematian pelajar AminulRasyid Amzah akhir April tahun lalu,
kes yang menarik perhatian seluruh negara. 
mengenai soal pematuhan peraturan oleh anggota keselamatan sendiri
Dalam keputusannya hari ini, Hakim Latifah Mohd Tahar 
memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain,yang berakhir dengan 21 tembakan,
satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar 
untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh AminulRasyid
Anggota polis itu dikenakan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Sesyen

terlalu banyak pentafsiran umum mengenai tradegi ini
daripada perdebatan hebat di medan Parlimen sehinggalah bualan di kedai2 kopi
semuanya bercerita panjang lebar membuat konklusi masing2
tak perlu kita nak cakap panjang lebar tentang apa yang berlaku sebenarnya 
cukuplah sekadar menjadi pengajaran buat kita semua :

1.penggunaan senjata oleh pihak berkuasa terhadap orang awam
terlalu melampau jika pihak polis melepaskan tembakan bertubi-tubi keatas kenderaan yang dipandu mangsa dengan alasan mengganggap mereka sebagai penjenayah.Sepatutnya perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi tanpa usul periksa terlebih dahulu dan hanya kerana sebuah kenderaan yang lari selepas beberapa kali diperintahkan untuk berhenti.

penjelasan oleh sahabat baik mangsa yang juga berada di dalam kereta tersebut ketika kejadian menceritakan segala-galanya :

sumber : Star Online


2.Penggunaan kenderaan oleh remaja bawah umur dan tanpa lesen memandu
Silap siapa?sepatutnya remaja-remaja yang masih mentah apatah lagi tanpa lesen memandu yang sah yang masih dibangku sekolah tidak sepatutnya dibiarkan memandu kenderaan.
Lebih menyedihkan remaja-remaja ini dibiarkan keluar memandu pada waktu tengah malam.Ibubapa seharusnya memainkan peranan untuk tidak membiarkan anak-anak mereka melakukan perkara yang dinyatakan diatas.Sesuatu yang amat merbahaya buat anak-anak apatah lagi jika berlaku kes seperti ni:bertimbun dengan pihak polis.

tradegi kematian arwah Aminulrasyid 
sememangnya banyak memberi impak yang besar buat semua
membuktikan kepincangan pentadbiran sistem pertahanan dan keselamatan negara
isu ketidakadilan dalam sistem keadilan mahkamah 
sehinggalah kepada isu peraturan pemanduan yang masih gagal dituruti masyarakat awam
segala-galanya antara konflik & pengajaran

perkara yang dah lepas biarkan menjadi pengajaran buat kita semua
pihak berkuasa,ibubapa malahan diri kita sendiri remaja
ikutilah peraturan yang telah ditetapkan..laksanakanlah dengan penuh amanah
demi kesejahteraan kita bersama
insyaAllah

Al-Fatihah buat keluarga Allahyarham Aminulrasyid
semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya
dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan soleh
amin

video kenangan Allahyarham semasa riwayat hidupnya :

*dedikasi khas daripada sahabat handal Allahyarham
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...