Sunday, March 18, 2012

nikmat dan nilai syukur : diari hidup seorang musafir

tiada yang lebih indah selain memanjatkan kepujian kepadaNya yang layak
tiada yang lebih bermakna selain mengucapkan  kesyukuran atas segala ketentuan
pahit manis suka duka dilalui dengan ketabahan dan kesabaran
atas keyakinan setiap yang berlaku pasti ada sinar di akhir perjalanan
insyaAllah..amin 

jam menunjukkan 3 pagi di bumi Soviet berlatarkan suhu 3 degree 
tatkala semua sedang melayarkan bahtera mimpi namun aku still kat depan meja
mungkin itu hakikat seorang pelajar..ilmu ditimba xkira waktu 
memandangkan berdepan dengan peperiksaan sesuatu yang sangat mendebarkan

hakikat kehidupan sememangnya cukup unik
walaupun ia kadang2 dipenuhi dengan kesulitan
namun ianya xkan pernah lari dari pengalaman dan pengajaran
bayangkan jika hari ni kita senyap duduk diam seharian tidur 24 jam tanpa bergerak?
mungkin juga berkurung seharian di dalam rumah?
apa yang akan kita dapat?
hanya sekadar rehat yang cukup dan kepuasan makan minum tengok movie
tanpa kita menyelami ujian peperiksaan dunia luar yang cukup mencabar
tanpa kita cuba mahu merasai angin sekeliling yang kadang2 hangat kadang2 dingin
bukti keadaan berbeza dan variasi cabaran dugaan disebaliknya 

begitu juga dengan kehidupan kampus di bumi Soviet
ramai yang menggambarkan pelajar2 anak perantau di sini sedang honeymoon
cuti pendek pun dah keluar jalan2 pergi europe trip
jelajah situ jelajah sini..shopping n enjoykan diri
ramai juga beranggapan anak2 perantau di sini mungkin sedang lena nyenyak melayar mimpi
apatah lagi dengan suhu yang cukup sejuk *sangat sesuai untuk tidur
yang difikirkan mereka cukup berbeza berbanding pelajar2 di bumi sendiri
yang terpaksa menyiapkan kerja khusus bertimbun2 tidak tidur malam tiada kehidupan
apatah lagi jika bergelar pelajar perubatan tempatan
yang memang terkenal dengan ungkapan : student without life -.-

ternyata mereka silap mengatur tanggapan
jika benar mereka sedar akan hakikat,
datang dan beradalah di sini untuk pengajian yang memakan masa 6 tahun
rasailah betapa nilai cabaran dan dugaan hari-hari
rasailah segala kesulitan dan kepayahan
ujilah diri dengan ketahanan mental dan fizikal 
yang terbukti :
benar2 mematangkan diri apatah lagi menguji tahap kesabaran dan kekuatan


nikmat dan nilai syukur : diari hidup seorang musafir

pejabat dekan universiti
universiti kami ni adalah universiti tertua di Russia
yang dah bertapak lebih 100 tahun dan yang unik dan menariknya
universiti ni mempunyai fakulti/kuliah di lokasi dan tempat yang berbeza2
menyeliputi keseluruhan kota Moscow
(hampir 100 lokasi berbeza!)

8 pagi ketika musim sejuk
terdapat 4 musim berbeza di bumi Moscow dan setiap musim mempunyai karakter waktu yang berbeza
contohnya musim sejuk waktu siang akan lebih pendek berbanding waktu malam
dan musim panas waktu siang akan lebih panjang berbanding waktu malam 
*sehinggakan jam 4 pagi tu dah cerah cam 8 pagi di Malaysia

seawal 8 pagi kami sudah perlu memulakan langkah keluar dari hostel
*jika kelas bermula jam 9.30,10.00 pagi
hakikatnya hostel yang kami duduki amat jauh untuk sampai ke kelas
yang memakan masa hampir 2 jam (jika trafik jam)
dan 1 jam setengah (mengikut tempat/lokasi kuliah)

peta stesen Metro Moscow
Metro adalah rangkaian kereta api bawah tanah 
Metro Moscow merupakan antara rangkaian kereta api bawah tanah tersibuk dan terlaju di dunia sebaris Metro Jepun

hostel tempat aku duduk terletak :
di antara laluan berwarna merah stesen paling bawah (Yugo-Zapadnaya) dan
laluan berwarna oren 5 dari bawah (Belyaevo)
bayangkan kami akan bergerak kekelas 
paling jauh fakulti Biologi/Kimia tahun pertama : 
laluan berwarna biru gelap/ungu 3 dari atas (Izmailovskaya)
(setiap satu stesen ke satu stesen memakan masa 2/3 minit)
jika dihitung perjalanan dari hostel ke stesen metro menaiki bas : 30/40 minit
perjalanan dalam metro : 30/40 minit
sampai kat stesen metro kelas : berjalan/naik bas balik : 20 minit
keseluruhan memakan masa hampir sejam setengah tuk sampai
jika jalan xsesak (naik bas) dari hostel nak ke stesen metro Yugo/Belyeavo
namun jika dihitung hampir setiap hari laluan trafik di hadapan hostel kami sentiasa sibuk
dan kadang2 trafik jem yang sangat kritikan

hakikat ketika musim sejuk yang suhunya mencapai -30
pagi yang seakan2 malam ditambah plak ngan ribut salji
memang berlari2 kejar bas 
lagi parah kalau terlewat ke kelas:D
ada lecturer kalau lewat 5 minit pun dah xleh masuk kelas 

sistem pendidikan di bumi soviet juga berbeza berbanding di negara kita
setiap peperiksaan di panggil colloq
dan setiap colloq meliputi :
ujian MCQ (objektif),subjektif dan oral (berdasarkan jawapan solan subjektif)
dan jika melibatkan ujian oral sememangnya akan melibatkan sikap dan mood lecturer
setiap lecturer mempunyai sikap dan mood yang tak menentu tiap masa
kadang2 tu mereka akan tanya soalan2 di luar kotak pemikiran kita apatah lagi tiada dalam buku
kadang2 tu mereka sengaja mem'pending'kan kita
*pending colloq sememangnya perkara biasa -.-
dan sesetangah lecturer terlalu straight sehinggakan setiap kelas tu dikira colloq !
bayangkan setiap kelas perlu jawab exam dan perlu oral dan oral exam sangat susah
perlu kejar tuk siapkan semua minicolloq ni 
baru boleh jawab colloq besar (biasanya 4 kelas sekali)

klik video di bawah :
video ni betul2 mengingatkan aku time 1st year dulu
pembikinan video yang cukup berkesan oleh junior2 first year
sememangnya itulah hakikat belajar di bumi soviet
rushing and travel


pelajar perempuan sembahyang di tepi tangga di tempat kuliah


kehidupan musafir di sini benar2 menguji tahap keimanan 
walaupun populasi islam di sini sudahkan mencapai hampir 1/4 jumlah penduduknya
namun islam masih dipandang asing di sini
pernah satu ketika aku dan kawan2 di halau dri sebuah shopping mall yang besar
sebab ditangkap sembahyang berjemaah di kawasan tangga shopping mall
kami di halau dengan kawalan hampir 3 orang guard seakan2 pencuri yang baru sahaja ditangkap
begitu juga di kuliah
sembahyang hanya boleh dilakukan di kawasan tangga dan tercorot
apapun yang berlaku,sembahyang itu tetap perlu dikerjakan
dan walaupun kadang2 ianya pahit namun manisnya tetap ada
syukur dapat menjalankan solat demi tuntutan seorang muslim dan hambaNya :)


berbicara bab makan,memang agak sukar nak cari makanan halal kat sini
kalau berjalan2 kat mana2 je mesti kena cari cafe yang ada label halal
dan nak sahihnya lagi bila kita order,pelayan akan ucap : Assalamualaikum
dan makanan kat sini sememangnya mahal 
ni namanya nasi plof..nasi yanga da daging n popular kat sini
harganya kalau kat cafe2 biasa dalam 150 rubel (RM 15)

shauma (ayam cincang panggang yang disalut dengan roti nipis dengan sayur,tomato dan sos)
kalau kat tepi jalan memang banyak kedai jual shauma
nak halal kena cari kedai yang ada cop halal
harganya dalam 80 rubel (RM 8)

menu makanan di kedai halal
alhamdullilah :)


segala-galanya bukti kebesaran dan keesaan Allah SWT
Allah SWT xkan bagi kesusahan jika ianya xde hikmat yang berlaku disebaliknya
aku benar2 bersyukur atas segala pemberianNya
atas segala ketentuanNya
segala kesulitan di lalui sememangnya di susuli dengan kenangan dan pengajaran
jauh dari bumi tercinta bukan bererti perlu lari dari adab dan budi seorang melayu yang asli
dan semoga apa yang aku lalui hari ni
mampu untuk aku sebarkan hikmatNya buat generasi2 akan datang nanti
insyaAllah


kami bersyukur atas segala nikmat yang diberi
segala-galanya mengajar kami erti kehidupan yang abadi
kami berjalan dan setiap langkah kami adalah musafir dijalan-Nya
doakan kami di sini :)
amin

Firman Allah yang bermaksud: "Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada." (Surah al-Hajj, ayat 46) 

4 comments:

man yusoef said...

realitinya begitulah...orang Malaysia nampak student bljr oversea ni seronok jek, jalan sana sini, tp hakikatnya mmg bnyk cabaran..bila dah dekat negara orang, baru rasa syukurnya duduk di negara Malaysia..(ok ayat mcm pernah duduk oversea)..haha

Tulus Sweet said...

Gunakan rezeki yg dikurniakan ini semolek moleknya..:)

khai said...

man yusoef:hahaha..betul tu bro :p

khai said...

tulus : insyaAllah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...