waktu di moscow pada ketika ini sudah menjangkau jam 5.00 pagi..
macam biasa..mata ini masih terbuka luas memaparkan kelompak bijinya seolah-olah menolak tawaran katil tuk hanyut dibawah dambaannya..
ntah kenapa,walhal hari ni aku sepatutnya letih disebabkan seharian suntuk berjalan2 di kota!memang best giler!
seperti biasa..kerja baruku sejak beberapa hari ni untuk menghilangkan bosan yang ada dengan menulis coretan tentang apa yang dirasa di hati dan jiwa..
kali ni aku terpanggil tuk berbicara mengenai 2.0.1.0..mengimbau kembali peristiwa suka dan duka tahun 2010 yang baru beberapa hari meninggalkan kita..
bagi negara kita..
seperti tahun-tahun sebelumnya,2010 tetap hangat memperkatakan tentang pasang surut arena politik negara..dengan beberapa pilihan raya kecil dan parlimen diadakan, sedikit sebanyak menganggugugat parti politik yang memerintah kerajaan hari ini dengan hanya beberapa kemenangan yang dikecapi sekaligus mengurangkan majoriti yang ada..kes perbicaraan liwat anwar ibrahim seperti biasa seperti tiada jalan akhirnya..
begitu juga dengan gosip hangat bintang hiburan tempatan yang tak lenang dek media semasa..kes artis turun naik mahkamah pula seolah-olah menjadi rutin seharian mereka..perkahwinan pelakon umie aida yang diadakan di kota suci mekah dilihat seperti wedding of the year dan berita tergempar kematian ngeri penyanyi terkenal achik spin akibat kemalangan juga menjadi episod duka tatkala 2010 melabuhkan tirainya..ALFATIHAH..
arena sukan negara juga menutup kalendarnya pada tahun 2010 dengan naik turun prestasi atlet negara..skuad badminton negara masih gagal menggengam kembali Piala Thomas yang pernah dimenangi pada tahun 1992..namun,skuad harimau malaya telah berjaya mengenggam piala suzuki AFF 2010 dengan mengalahkan pasukan gergasi indonesia dengan agregat 4-2..TAHNIAH MALAYSIA !
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
mmmm...
lupakan seketika tentang episod suka dan duka yang melanda negara..
cammana pula bagi aku ?
2010 telah meninggalkan impak yang cukup besar lam hidup aku..
bagi aku kesannya lebih mendalam daripada apa yang dialami oleh pemimpin negara , ketua jurulatih bola sepak negara mahupun orang-orang lain..
2010 telah banyak mengajar aku erti
PENGORBANAN
KEIKHLASAN
KESETIAAN
KASIH SAYANG
KESEDIHAN
PENGHARAPAN
KERELAAN
KEJUJURAN
PENGHORMATAN
KERINDUAN
KEGIGIHAN
KEJAYAAN
dan yang lebih penting
KEIMANAN & KETAQWAAN
2010 telah memberi sinar tuk diriku memulakan hidup yang baru..
aku masih ingat..tarikh keramat 12 mac 2010..telah mengubah segala-galanya..
alhamdullilah..aku telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM..
aku bersyukur padaMU YA ALLAH..
kerana aku percaya orang yang berusaha akan dibantu olehNya..
pada saat dan ketika tu..aku mula berjinak2 lam dunia siber..FACEBOOK pun da mula active dan laman2 scholar mula diintai cari..
aku masih ingat mula2 aku dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Pahang..memang aku rasa aku bertuah sgt2 coz aku dapat tawaran yang sama dengan buah hati..
tapi kegembiraan aku tak tahan lama..aku mendapat tawaran tuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya..kali ni,seperti biasa,aku lebih cenderung memilih UM ditambah nasihat keluarga yang seolah2 terus menolak hatiku tuk ke UM..
"xpe...lau aku jauh ngan dye..tu lagi bagus..lau duk dekat2..confem aku akan hanyut kan.."
betul x??
sampai la satu hari tu..aku ingat lagi masa tu aku tengah simpan2 brg awal tuk ke UM..aku terima mesej dari Yayasan Terengganu :
"TAHNIAH ANDA BERJAYA UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE RUSSIA..SILA HUBUNGI NOMBOR YANG DEMIKIAN...blablabla"
saat tu...kucing memekik pun aku xdengar..apatah lagi ayam berkokok aku langsung x hirau..waktu tu..seolah2 bumi berhenti berputar..pokok nyior berdiri tegak tanpa sebarang ayunan di samping semua kereta di jalanan berhenti seolah2 menunjukkan rasa hormat terhadap apa yang aku rasai ketika ni..
YA ALLAH..apa yang aku dapat ni???
aku xtau aku perlu suka..atau aku harus duka..aku xtau aku harus gembira atau aku harus menangis duka..aku xtau sama ada aku harus diam atau aku harus terus beritahu abah dan ma aku atau aku harus delete mesej ni dan buat bodo2 saja..
tetiba hati aku tersentak
"ye..inilah hakikatnya !!"
lalu aku terus merebahkan diri sujud syukur kepada Ilahi..
''YA ALLAH..besarnya nikmatMu ini...begitu besar rezekimu ini..adakah ini jalan terbaik untuk aku..adakah ini hadiahMu terhadapku..adakah ini hadiahMu terhadap kedua ibubapaku atas pengorbanan mereka selama ni kepadaku..adakah ini ujianmu terhadapku..YA ALLAH..jika ini jalannya,permudahkan setiap perjalananku YA ALLAH''
xde kata yang dapat ku ucap lagi..50 orang anak terengganu yang bertuah..dan aku salah seorang daripadanya..
AMIN..
waktu berlalu dengan pantas sehinggalah Julai 2010,aku ditempatkan di TATI untuk menjalankan program persediaan 3 bulan..ketika di TATI,aku belajar erti sebenar kehidupan..aku bertemu dengan kawan-kawan baru yang baik dan penyayang kesemuanya..aku belajar tuk berdikari memandangkan inilah kali pertama aku hidup berjauhan dari keluarga..memang best !
"tarikh fly dah dekat...bulan 9..berapa bulan gi.."
apa yang aku fikirkan ini sentiasa terngiang2 lam fikiran aku..mmm...waktu dah dekat..aku dah nak tinggalkan bumi Malaysia..macam mana hidup kat sana? dan.......hati aku campur baur..mungkin aku fikir bila dah sampai sane,mmg aku harus lupakan apa yang berlaku di malaysia,almaklumlah apa2 yang berlaku,aku jauh....sukar tuk aku balik...
aidilfitri 2010 pun seolah-olah lebaran paling bermakna bagi aku..xpasal2 hari raya pertama,aku dah sibuk membawa kamera kehulu kehilir bergambar dengan siapa sahaja..ntah r..sikap aku dah mula lain
"ye...tinggal beberapa hari gi..aku akan rindukan kamu semua !"
air nyior..ikan dan sotong celup tepung pantai mengabang telipot memang xlekang dari dikunjungiku tiap petang..begitu gak ngan pisang goreng mak cik kat balai maras..keropok goreng,laksa penang,ayam goreng,keow teaw kerang pasar minggu wakaf tengah..nasi lemak Maras...
"aku akan rindukan sume ni!!"
wah!!best giler!!
"abg pergi baik2..ingat...aygg syg abg"
mmg sayu...aku tahan kesedihan yang melanda diri.demi menunjukkan keteguhan dan kekuatan diri walhal runtuh dihati..aku yakin..aku tinggalkan dye buat seketika dan mangharapkan jodoh berpanjangan dari Ilahi..
AMIN
barang dah siap dipacking,hari pun dh tiba tuk fly,aku berserah semuanya..aku berniat tuk ke bumi Moscow tuk menimba seberapa banyak ilmu tuk berjasa buat negara kelak..
aku tinggalkan semuanya di malaysia..family,orang yang tersayang,kawan2 dan semuanya...atas pengorbanan demi perjuangan...perjuangan tuk mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat..
"abah ma..ayang,kak ja,abg pi,sabila,sya,yaya,kak nyah,abg asri,odah,malehah,cekda,abg lias,emy,edy...oyi pergi tuk seketika..demi masa depan kita bersama..i love you all!!"
sememangnya
2010
tahun tuk aku belajar...tuk aku belajar tuk lebih menjadi matang menongkah arus hidup yang penuh mencabar..tahun 2010 juga tahun peralihan bagiku mengubah diri kepada yang lebih baik..dan tahun 2010 juga tahun tuk aku mengerti erti cinta yang sebenar dan suci..cinta terhadap semuanya disekiling dan menghargai segala apa yang aku miliki selama ni..
aku bersyukur kerana 2010 meninggalkan aku dengan pelbagai kenangan suka dan duka..
semoga apa yang aku lalui pada tahun 2010
akan mampu aku laluinya lagi buat tahun2 yang seterusnya..
AMIN
2 comments:
akhirnye ley k0men,,k0menga bet0l laa angah ey,,,
n0thing t0 say,,juz gudlak f0r the years ahead,,,
haha...masalah setting ni..
ok,alang pun sme..!
Post a Comment