salam blogging buat semua pencinta2 blog..dimana saja anda berada..
make ur life fun ye!
alhamdullilah
selepas seminggu aku meninggalkan bumi moscow
akhirnya aku kembali semula di sini untuk meneruskan misi menimba ilmu untuk masa hadapan yang hakiki..
seminggu di bumi JERMAN..
seperti tidak keterlaluan tuk mengiktirafkannya sebagai minggu yang paling bererti lam hidup ini..
banyak yang aku belajar..
dan hari ni aku dah dapat konklusi..
dan kini aku ingin kongsi tuk semua yang ingin menghayati..
siapa x kenal JERMAN?
negara pengeluar kereta terulung di dunia..
sapa x ingin pandu MERCEDES BENZ??
negara yang cukup terkenal ngan FOOTBALLnya!!
negara yang cukup CANTIK dengan pemandangannya !
dan yang lebih penting yang ingin aku kongsikan :
negara yang penuh dengan
kesopanan serta keikhlasan hati rakyatnya menerima
erti sebenar
SENYUMAN
dan
KEAMANAN SEDUNIA
serta
negara yang penuh dengan keindahan sinar islam yang tak tercapai di lain2 negara
aku ingat lagi..
saat aku menjejakkan kaki di bumi berlin (ibu negara jerman)
menaiki bas awam tuk ke tempat penginapan
(canggih giler!semua bas awam di jerman keluaran MeRCEDES BENZ !)
aku tersentak seketika..
kedengaran suara lembut ni dari arah belakang aku :
"EXCUSE ME..SORRY"
ntah pape..aku tengok kat bawah..
OIIPPPSS...luggage aku mengganggu laluan awam tuk naik turun bas tu !
aku mula mengelabah..
(lau begini aku buat di moscow,mampus aku !dan lama aku dikecam orang moscow !)
namun,bila aku alihkan luggage aku,xde sebarang suara sinis kedengaran..
bahkan..aku mendapat satu ukiran senyuman dari insan yang mengucapkan kata2 manis sebenar tadi..
malah,senyuman tersebut seolah-olah berlanjutan kepada penumpang-penumpang bas yang lain
sehinggakan bas tersebut mula dipenuhi dengan senyuman..
seolah-olah menyambut ketibaan kami dengan penuh tangan yang terbuka !
YA ALLAH
begitu indahnya budaya masyarakat JERMAN !
begitu juga ngan aunty ni..tatkala aku ngan kawan2 tersesat mencari arah tuk jalan2..kehadiran aunty ni seakan-akan membawa tuah..beliau menegur kami,then menunjukkan arah yg betul serta masih berkesempatan bercerita tentang perihal dirinya ! cukup indah sekali !
menghayati erti berbudi bahasa bukanlah sesuatu yang sukar bagi rakyat jerman..
mereka telah diajar dari kecil tuk menghormati orang tua serta berbuat baik kepada orang lain samaada sesama warganegara mahupun orang asing..cukup berbeza di moscow yang seolah-olah terbawa2 dengan sikap dan budaya yang dibawa nenek moyang soviet mereka..dimana-mana sahaja di bumi moscow,jika ingin melihat senyuman rakyatnya kepada kita warga asing bagaikan mencari sebutir permata hitam dalam lautan yang luas diameternya..memang susah dan kadang-kadang je dapat jumpa..
aunty n sanggup melayani karenah kami tuk bergambar bersamanya..
perkongsian seterusnya adalah apabila aku dan kawan2 menjejaki sebuah masjid yang didirikan oleh warga indonesia di berlin..masjid ini dijaga sepenuhnya oleh sebuah persatuan rakyat indonesia yang begitu ramai menetap disini..
suasana masjid yang tersusun dan harmoni
ketika kami sampai..musyawarah sedang dijalankan
begitulah kuatnya ukhwah persaudaraan masyarakat indonesia di sini..walaupun mereka jauh dari tanah kelahiran,tetapi mereka tetap bersatu hati sama-sama menjaga akhlak dan peribadi demi menegakkan syiar islam yang hakiki..
kehadiran kami disini bagaikan satu rahmat berharga bagi mereka..kami disambut dengan penuh mesra memandangkan kita semua adalah sesama muslim walaupun berlainan sempadan negara
begitu juga di Hamburg, kami menjejaki sebuah masjid yang cukup besar tersergam indah ditengah-tengah kawasan penempatan mewah disini..
seni bina masjid ini cukup unik dan khabarnya masjid ini merupakan antara masjid terbesar di jerman..
majlis syiah yang tersergam indah di bandar pelancongan Hamburg
begitu ramai penduduk muslim di sini yang berasal dari negara iran, turki dan negara semenanjung arab yang lain yang menetap disini..
apa yang membuatkan kami terharu..
kehadiran kami disini disambut dengan penuh kegembiraan walaupun berlainan haluan memandangkan mereka dari puak syiah dan kita dari ahli sunnah wal-jamaah..
namun atas dasar persaudaraan islam..kita tetap serupa,mengadap dan beriman kepada ALLAH SWT YANG MAHA ESA..
begitulah indahnya bumi berlin dan hamburg
pengertiannya cukup bermakna dan akan dapat dirasai oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini..
PERCAYALAH..
indahnya JERMAN bukan setakat
tempat-tempat yang cukup menarik tuk dikunjungi
bahkan kemesraan rakyatnya serta sinar islam yang cukup agung dan penuh ertinya..
yang seolah-olah menjadi mercu tanda utama NEGARA BENUA EROPAH ini menarik pelancong luar tuk menjejaki keindahannya..
sungguh sedih serta pilu untuk meninggalkan jerman yang kaya dengan budi bahasa..yang kaya dengan keutuhan pegangan agama syumul islam..
semoga berjumpa lagi JERMAN !
BUMI INDAH CIPTAAN-Nya
4 comments:
wah... bestnyer.. tak dapat untuk merasai, tapi dapat dengar pengalaman orang pun cukup lah.. hehe..
tapi cuba kalau orang malaysia nampak orang asing.. kalau boleh semua sibuk nak elak n pandang pelik kan?? haha..
haha..xpe,lau ade rezeki,pegi la jerman..mmg best..
yup,tu la pasal,xtahu kenapa gitu..kena ubah mentaliti..maybe sebab orang kite kurang lihat orang asing di negara kita,belum boelh menyesuaikan diri lagi dgn pelancong asing sbb pelanconga sing yg berkunjung di ngra kita sill sedikit nk bnding ngan ngra2 eropah..tapi yg pasti,rakyat kita berbudi bahasa jugak..tu yang bangganya;)
bagusnya org jerman . btw betul ke mostly org moscow mcm tu
sheffie:org jerman mmg bagus
yup.mostly org moscow mmg gitu,mybe sebab dyeorg masih gi terikut2 budaya komunis nenek moyang mereka.tpi ada juga segelintir tu baik..:)
Post a Comment