keheningan malam dapat dirasai malam ni..wap2 sejuk menghempap tingkap seakan2 memberi petanda moscow hari ni masih sejuk dan aku masih lagi seperti biasa..beradu diri di kamar tersuci ni tanpa bergerak kemana-mana menikmati hari dengan bingkisan facebook dan buku bioorganic chemistry(minggu depan aku dah final exam !)
alhamdullilah...saat ni aku bersyukur kerna aku masih mampu menikmati alam ciptaanNya dan berupaya menulis coretan dari hati...
hari ni..aku ingin berbicara mengenai CINTA YANG TELAH PERGI!
perlu diungkit kembali atau biarkan je ia pegi ?????
TAFSIRAN PERTAMA
apa pendapat korang bila ada segelintir daripada kita cakap kat korang
CINTA TU BUTA !
apa nak di percaya??laki@pompuan zaman sekarang sama je??
nak kan rupa...duit...bila dapat nafsu..dah lupa??
mula nak cari lain??cakap bukan main manis...cinta akhir hayat konon..
bila dapat yang lebih baik..tinggal kita cam tunggul je!!
apa??ingat kita batu xde harga diri??hati dan jiwa!!
pi lah cinte!!aku dah bosan ngan sume ni!!
tensionkan diri aku!!aku dah xpercayakan cinta!!
TAFSIRAN KEDUA
cammana lak kalau korang jumpa orang yang cakap macam ni
HIDUPKU SEMPURNA DENGAN CINTA !
aku xley hidup tanpa dia...dialah nyawa aku...dialah hidup aku..dialah semangat aku..seminit xtengok dia cam seminit aku x bernafas dengan sempurna!makan sesuap aku ingat dia..minum segelas aku rindukan dia..termenung sekejap cam dah bosan tanpa dia!semua perkara aku buat hepy dengan adanya dia..tanpa dia,tiadalah kehidupan yang sempurna..aku rela mati tanpa dia..!
TAFSIRAN KETIGA
ada gak korang dapat pandangan camni
APA CINTA2 NI??
belajar dulu la..xske33...aku dah banyak tengok orang bercinta..sume meranakan diri..sume dah rosak..apa nak jadi ngan org zaman sekarang ni??pe nak jadi..ish33
mmmm...3 tafsiran yang berbeza..aku nak sekat tafsiran ketiga tu sebab ntah r..xbermakna tuk coretan aku kali ni..hehe:kalau korang fikir..kalau pendapat yang pertama itu betul..mengapa pendapat kedua tu mesti ada??dan kalau pendapat kedua itu yang betul..mengapa mesti pendapat yang pertama itu mesti wujud??
bagi aku..cinta tu mende yang subjektif..lau korang dapat feel tu..korang memang akan dapat rasa sampaikan korang tak terkata..nak cite kat orang:memang xterungkap dek kata apatah lagi sampai nak genggam dunia!!
tapi..kalau korang dah hilang feel dengan cinta...memang tak terdaya...sume yang ada musnah seolah2 cintalah kunci jiwa!sume dah hancur..dunia??tiada dah indahnya sume buruk belaka!!
(hehe..aku ni cam dah ada pengalaman je)
bagi teman2 yang pernah merasa tafsiran yang pertama..korang xley menidakkan erti cinta yang sebenarnya..(kalau tak caya??tengok wikipedia sendiri..maksudnye tetap sama??hehe..xdelah..)
korang jangan cuba membenci cinta kerana apa yang korang hadapi bukan silap cinta tapi silap teman korang atau mungkin silap diri korang sendiri!
kalau korang dah tak percaya ngan cinta..cubalah tuk bertenang..dan muhasabah diri..cinta bukan apa yang korang pernah rasainya sekali..dan mengapa tersilap sekali,harus menjadi terakhir kali??..mengapa mesti dia mengubah tafsiran anda terhadap yang lain juga??(lelaki sama je!@pempuan sama je)mmg xadil bagi aku dan yang lain2..
cubalah mencanang kembali cinta yang dulu pernah korang suburkan kalau korang ada pilihan kedua..mendapat tawaran tuk memutik cinta bersama,jangan pernah sekali2 anda menolak lagi!cubalah belajar dan belajar lagi erti cinta yang hakiki kerana yang menanti memang cukup indah sekali..
satu lagi pesan aku,jangan pernah kita menyalahkan cinta kerana pelajaran yang teruk ! ianya tak pernah sekali2 berlaku jika korang paham erti belajar dan cinta..belajar tetap utama kerana ianya masa depan kita ! belajar tu nadi hidup kita dan pencetus akal kita tuk lebih cerdas dan cergas sepanjang masa..
so,buang je sume kisah2 lama ! kisah2 yang menghantui diri dan xde erti sekali2 ! cuba bangkitkan kembali semangat cinta yang pernah teguh bak gunung berapi !
cuba tengok
bila lagi kita nak jadi camni?
ADAM dan HAWA yang sanggup bersama-sama turun ke bumi atas amanat Ilahi??
mahupun
Romeo & Juliet yang sanggup sehidup semati??
xpun macam aktor & aktres filem titanic yang sanggup mendambakan cinta walau berlainan darjat dan taraf diri??
dan yang paling penting..cinta kita sesama manusia tetap sekecil2 zarah yang ada kerana cinta kepada si dia adalah kerana kita mencintai YANG MAHA ESA..ALLAH memberi hati dan perasaan kepada umatnya bergelar manusia sekadar tuk penyeri hidup di dunia yang sementara ini..ALLAH memberi kita rasa erti cinta sekadar tuk memenuhi tuntutan fitrah kaum yang berlainan lelaki dan perempuan menambahkan zuriat dan penghuni dunia hamba ALLAH yang hakiki..jangan pernah kite lari dari pegangan cinta berlandaskan agama..jangan pernah membelakangkan akidah dan akhlak semata-mata kepuasan nafsu dihati..jangan pernah kita menidakkan hukum ilahi kerana perasaan yang sekecil debu ini..
pesanan aku yang terakhir kali..
BUANG JE NOKTAH HITAM YANG PERNAH ANDA LALUI SEBELUM NI..JANGAN BIAR IA MENGHANTUI DIRI KORANG GI ! BUANG JE EPISOD DUKA YANG PERNAH ANDA HARUNGI SEBELUM NI..BUANG JE KISAH HAMPA YANG MELEMAHKAN DIRI !
BANGKITLAH KEMBALI DENGAN NAFAS YANG PENUH WANGI !DAN BERLANDASKAN JALAN YANG MEMENUHI TUNTUTAN ILAHI..
insyaallah..menanti didepan amatlah bererti..
AMIN
1 comment:
Like ;)
Post a Comment