Wednesday, March 23, 2011

JELAJAH BLOG LUAR NEGARA



jom klik & join segmen ni!

assalamualaikum dan salam sejahtera
1st sekali,aku nak perkenalkan diri
kata orang : xkenal maka tak cinta;)
nama aku : MUHAMMAD KHADHARI BIN KAMARUDDIN,
penuntut tahun pertama di 1st Moscow State Medical University
insyaallah,pengajian aku akan tamat pada tahun 2016..amin;)

sepanjang 7 bulan aku berada di bumi moscow ni,
macam2 kenangan manis dah aku lalui..
sesuatu yang xkan aku lupakan !
alhamdullilah..
1st sekali,aku sangat bersyukur coz dipertemukan dengan senior2 yang sangat bagus dan baik : menyertai usrah bersama2 mereka sangat2 bermakna bagi aku..alhamdullilah,walau dimana sahaja kita berada,sinar islam itu tetap akan menjelma;)

ukhwah yang terjalin erat di antara kami semua

kenangan manis seterusnya yang aku xkan leh lupakan 
apabila 1st time aku dapat tengok n sentuh snow !
video singkat ni menceritakan segala2 nya :

memang xterbayang kegembiraan masa ni..tetiba snowing tengah aku bergegas2 tuk ke kelas..hehe
4 bulan winter yang sangat indah coz 1st time aku lalui musim ni lam hidup aku!

 ke kelas dengan penuh salji 

it's snowing !

ice skating di park bersama kawan2 ! it's awesome !

dan alhamdullilah..
aku sempat meraikan hari raya aidiladha tahun ni di kedutaan besar bersama2 dengan warga2 malaysia yang lain..
laungan takbir raya berkumandang..
1st time beraya tanpa kelibat ibubapa dan keluarga..
(kena belajar melalui semua ni.hehe)

salam perantauan daripada kami,1st year student MSMU

walaupun jauh di perantauan,ukhwah kami tetap terjalin erat

snap picture di hari raya aidiladha

kejohanan SFL : futsal bersama2 AYAM FC ! terbaik punyer !

snap pic with anatomy lecturer : Prof Nely

kenangan pahit ?

1st sekali apabila aku mula2 sampai,memang aku xdapat nak manage masa ngan baik,maklumla perjalanan aku tuk ke kelas hari2 ambil masa lam 2 jam..bangun awal pagi redah suhu mencecah - belasan2 deg,jalan kaki + naik bas + train underground + bas !
dan kadang2 tu ade juga aku tertidur nyenyak lam train time balik..terlepas station tu perkara biasa.hehe..
aku jugak pernah beberapa kali terjatuh di kawasan public apabila berjalan sambil memegang 2 plastik berat makanan (baru balik daripada pasaraya),bayangkan masa tu suhu -18 gitu,aku bergegas2 then terjatuh coz ais membeku kat sepanjang permukaan jalan..memang sempoi!lagi malu apabila russian xcuba nak tolong tapi siap gelak2 kat aku..adeshhh;D
ada 1 hari tu aku dan kawan2 terpaksa ponteng kelas coz ade rusuhan berlaku..rusuhan besar2an yang mensasarkan foreigner dan orang islam..memang seram habis!ada jugak student malaysia yang kena kidnapped,tapi alhamdullilah semuanya terkawal dan selamat;)
aku sangat bersyukur coz kenangan2 pahit ni telah mematangkan diri n mengajar aku erti cabaran dan realiti hidup yang sebenar..alhamdullilah ;)

dan kata2 khas daripada aku buat semua adik2 yang mahu melanjutkan pengajian ke russia terutamanya moscow :
tangan kami disini sentiasa terbuka untuk kalian..
jangan dengar kata2 sumbang orang2 diluar sana yang mahu menyekat keinginan kita
jangan mendengar provokasi2 masyarakat tentang pengajian di russia mahupun negara2 lain
kita semua tetap sama..
yang penting,kita berusaha tuk dapat apa yang kita nak..
adik2 mari sini,adik2 akan dapat rasa suatu nikmat yang tak terhingga
nikmat2 ni xkan dapat adik2 rasai bila duduk di negara kita sendiri mahupun negara2 lain
memang best ! abang khadhari tunggu korang mari sini !;)

salam perantauan dari bumi moscow,russia

6 comments:

Anonymous said...

bestnye..gud luck!semoga terus success!

mHairiemiey said...

best giler kan ngoh duk kat moscow,,,,huhuhuuh(!!)

SITI SYUHADAH said...

bestnye dapt men ngan slji..slji tuh mcm ais ker??huhuh
best sgt2..kat luar ngra kan??huhuhu..g kelas late pown sempat g rakam video..hihih

khai said...

anonymous:tq..insyaallah;)
ateh:best giler2.hehe
syuhadah:lebih kurang cam ais,yup..hehe,tu r,smpai terlewat ke kelas,seronok ngak..

Abdullah_syabab said...

salam bro. haha ak ske mg punyer 'statement' "walau dimana sahaja kita berada,sinar islam itu tetap akan menjelma"..papepun,selamat maju jaya n sukses dunia akhirat ;)

khai said...

abdullah:thanx..insyaallah;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...